Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

31 Dis 2009

.: aku sunyi





segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian alam. sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah y Esa , tiada sekutu bagiNya dan ssungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.


syukurlah kerana diberi nikmat oleh Allah swt. nikmat Family y kita ada. nikmat mak abah, abang, kakak dan adik. mungkin ada di antara kita y tak lagi merasai nikmat ini.

ukhti,

hidup ini kadang2 banyak ragamnya. dari sedih, gembira, bahagia dan sebagainya. dan hidup ini pasti akan ada masanya merasa S U N Y I. kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah. dengan segala nikmat2 Nya. kita masih lagi dikurniakan orang2 y selalu membuat kita hilang dari rasa sunyi dan sepi. apatah lagi masih ada kucing dan ikan peliharaan y boleh menemani kita dan meluahkan perasaan kerana mereka lebih sudi mendengar dari mengecam dan mencela.

apa y hendak ditegaskan disini, jangan pernah merasa sunyi. pernah dengar kata2 ini?

' biar diri ini ditinggalkan oleh seluruh manusia di dunia ini, tapi asal jangan diri ini ditinggalkan Allah'

bagi mereka y merasa hidup ini sunyi, jangan sampai jadi pecah kepala. jangan sampai jadi gila. golongan y merasa sunyi ini pasti akan menjadi tidak tentu arah. mereka lebih suka berseorangan. tiada siapa ambil tahu hal dia. tiada siapa melayan kerenahnya. tapi tak sedarkah kita wahai ukhti, bahawa ada sebenarnya y pedulikan kita. ada sebenarnya y ambil tahu hal kita dan ada sebenarnya y melayan kerenah kita dan ada y sangat sayang pada kita.

siapa?

siapa lagi kalau bukan A L L A H.

hakikatnya, pada pendapat saya, sunyi itu wajar. mungkin kita sepatutnya meluangkan masa kita untuk bersunyi dan bersepi-sepi. atau dengan istilah lain ' beruzlah'. beruzlah itu ialah bersendirian sambil muhasabah diri. bertapa la kononnya. di situlah kita sebenarnya sedang mendekatkan diri kita pada Allah. mencari2 kesilapan diri. menangisi dosa2 lalu. mungkin waktu y terbaiknya adalah di sepertiga malam. di waktu semua manusia tengah sibuk di buai mimpi indah. bukankah sunyi dan sepi itu satu keistimewaan? satu anugerah dari Allah untuk kita jauh dari kehidupan dunia tapi merasa dekat sekali denganNya.

' sungguh bangun malam itu lebih kuat mengiisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan'
( al muzammil, 73:6)

jadi mengapa mengeluh?

lihat sahaja keluarga kita. sesiapa mempunyai keluarga y sibuk pasti akan merasai kesunyian. dibiarkan dan ditinggalkan selalu. ingatlah, mereka bukan membiarkan kita. tapi mereka sebenarnya sentiasa risau akan kita. mereka sebenarnya mendoakan kita. bersyukurlah masih ada mereka. bagaimana kalau kita ini hidup sebatang kara? di pondok usang tiada saudara mara? mencari makan dari sisa2?

Ya Allah, ampunkan kami ya Allah. selama ini kami leka. selama ini kami lalai mengejar nikmat dunia hingga kami lupa nikmat syurgaMu. cukupkanlah kami dengan apa y Kau beri . dan jadikanlah kami insan y tahu bersykur. Amin ya Rabbal Alamin.

Akhir kata, belajarlah untuk hidup sunyi. kerana bila sudah mati kelak, kita pasti akan merasa sunyi.


Dulu
ku takut merasa sunyi dan sepi
tidak ku fahami mengapa sunyi dan sepi menghantui.
Terasa diri diasingi
ditolak jauh ketepi
hingga sunyi dan sepi 
sentiasa menghampiri.
Tidak dapat ku terima andai diri merasa sunyi dan sepi.

Kini
ku fahami
ku halusi
betapa indahnya sunyi dan sepi
sunyi dan sepi yang mendatangi
membawa aku kelembah Insafi.
Menginsafi betapa aku lupa 
bahawa aku adalah insani
insani yang tidak akan pernah dapat lari
dari merasa sunyi dan sepi.


Kerana kembalinya aku nanti
setelah jenazah ku diurusi
sunyi dan sepi menemani
gelap gelita disisi
setelah aku dikuburi
sementara menanti hukuman dijatuhi...

Semoga aku akan tenang menghadapi
sunyi dan sepi bila gelap dan gelita menemani
dan mengharap belas ihsan Illahi...!!!



p/s : biar hidup ini sunyi seketika dari sunyi selama2nya.

26 Dis 2009

.: azam




alhamdulillah.. setelah habis cuti seminggu. setelah berjalan2 mengembara mencari ilmu sampai juga ke destinasi cinta y tidak kekal, cinta kepada apex universiti. cinta kepada sahabat2 seperjuangan dan cinta kepada muslim di sekitar.

sekarang sudah masuk 9 muharam. sudah berlalu 8 hari tahun baru. bila difikir2kan, diri ini tak bermaya  lagi menghadapi tahun baru kerana diri ini lemah. lemah mental, fizikal dan rohani. tapi semangat 'itu' muncul kembali bila mana bertemu akhwat kesayangan. bila mana masing2 memberikan kata2 motivasi, kata2 pembangkit semangat dan kata2 jihad agar diri ini terus berjuang kerana diri ini tak keseorangan. tapi diri ini ada orang y membahu di belakang. mereka bukan sedikit, tapi ramai. bukan sahaja di sini, tapi di seluruh pelosok dunia. di seluruh penjuru alam. diri ini dan mereka adalah pemula atau 'starter' untuk melahirkan perjuangan untuk melahirkan kader2 dan mujahid y luar biasa. InsyaAllah.

cukuplah setelah mendengar berbagai pengisian, ada satu bisikan luar biasa di dalam hati.subhanallah. bisikan itu adalah satu azam. azam untuk lebih banyak memberi. azam untuk menjadikan hidup ini adalah utk memberi. itulah kebahagiaan y mungkin dapat dicapai oleh semua orang sebeanrnya. memberi seumur hidup ini.

berbagai persolan timbul bilamana melihat kondisi saudara2 ku di sekitar. mungkin juga persoalan utk diriku juga.mengapa kebanyakan kita tak mampu meneruskan dakwah dan tarbiyah bila mana diri ini sudah semakin sibuk dengan akademik, bila mana diri ini sudah semakin sibuk dengan profession masing2, dan bila mana diri ini sudah berkeluarga? kenapa ukhti? kenapa berhenti sampai situ sahaja? kenapa hanya melakukan apabila merasa perlu. kenapa melakukan apabila persekitaran berkata begitu.? kenapa beratus2 ribu para pejuang islam y konon menegakkan islam semasa di kampus atau universiti tumbang begitu sahaja apabila era pekerjaan bermula? kenapa? dimana beratus2 ribu pejuang itu? adakah kita berjuang kerana semata untuk dijadikan sejarah. untuk di cerita kan kepada anak2 kita nanti y kita ini kononnya dulu berjuang di kampus? y kita ini kononnya aktif melaksanakan dakwah dan tarbiyah?

apalagi y lebih penting dari semua2 itu selain menyeru orang amar makruf nahi munkar? mana  diri ini meletakkan Tuhan kita? dimana Allah dalam hati kita? dimana Rasulullah dalam hati kita? jadi mengapa meniggalkan proses dakwah dan tarbiyah apabila diri ini semakin larut dengan kemewahan dunia? mengapa tidak mahu menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat? dimana kita meletakkan Ilah kita? adakah kita menghambakan diri kita pada kemewahan dunia semata?

ukhti fillah,
tidakkah kalian tahu dakwah itu mesti? tidakkah kalian tahu kalian mesti menyahut seruan Allah y terdapat dalam ayat2 cintaNya. dalam surah 3:103

' hendaklah ada di antara kalian menyuruh berbuat y makruf dan mencegah y munkar'

kita lihat sahaja kondisi umat islam sekarang? adakah sejak 1980an para aktivitis dakwah sudah tersebar luas  di kampus2. tapi sekarang saja sudah 2009. mengapa tiada perubahan y berlaku.? malah umat islam semakin jauh terpesong. semakin jauh dari nilai2 islam. di mana mereka2 para aktivitis dakwah y berjuang sejak 29 tahun lalu? dimana mereka?

ah..mungkin diri ini perlu tanya, dimana AKU? dimana AKU sekarang? adakah aku melakukan kerja2 'ini'.  adakah aku menyahut seruan Allah dan Rasul? adakah aku berjaya mengubah mahasiswi ini agar meletakkan hati mereka hanya pada Allah? adakah aku sudah menziarahi dan bersilaturrahim dengan mereka? mengetuk pintu2 bilik mereka dan mengajak agar ditarbiyah? adakah aku?

Tepuk dada tanya iman.

pokoknya, aku ingin seperti itu. ingin lagi menambahkan kelajuan. full speed in dakwah dan tarbiyah. ingatlah, jangan berfiikiran sempit. dakwah itu bukan terletak pada mengajak orang sahaja. tapi terletak juga pada seluruh kehidupan kita. ya. seluruh kehidupan kita adalah dakwah. malah akademik juga dakwah. leburkan dakwah dalam diri ini agar tersemat erat ia.



' if u success in dakwah, u will success in everything'

p/s; beriman, bertakwa, berkualiti. insyaAllah.

20 Dis 2009

.: sabar itu sangat cantik



alhamdulillah..
masih diberi nafas. menggunakan sepenuhnya nikmat ini utk hidup. hidup y selalu persediaan utk mati. kerana mati itu lah utk hidup dalam alam kekal abadi. mati y merupakan permulaan utk hidup.

baru2 ini, mungkin banyak y saya dengar tentang lantunan y keluar dari bibir sahabat tentang sabar. saya cuba tanamkan dalam diri saya sifat sabar. apatah lagi bila berdepan dengan sesuatu samada mutorobbi, madu' atau sesiapa sahaja.

S A B A R itu sangat cantik. apa y cantiknya. sakit dada ini kadang2 bila bersabar. tapi cuba di ambil sebagai satu hikmah. terkenang kata2 seorang sahabat,

' pertolongan Allah itu datang apabila kita sabar'

bila di belek quran, saya cuba mentadabbur surah al-baqarah ayat 45;
' dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat'

baru2 ini, terima mesej dari seorang madu' tentang resultnya y tak begitu memberansangkan. result y tak begitu menggembirakan bagi seorang ibu dan abah. apatah lagi y boleh menghancurkan semangat seorang muslim. y bisa melunturkan dengan sekelip mata. saya cuba memberi solusi masalah nya dengan hanya ungkapan SABAR.

ukhti fillah,
meskipun kita sudah fail/ gagal dalam peperiksaan beberapa kali, sungguh walaupun telah berusaha sangat keras dan deras, masakan Allah membiarkan usaha kita itu? masakan Allah mensia2 kannya. masakan Allah tidak sayang kamu? masakan kamu memarahi Allah kerana Allah tak menkabulkan doa kamu? oh.. tidak. tidak sama sekali. Allah sangat sayangkan kamu jika kamu sabar. adakah disebabkan musibah y beru beberapa kali ini kamu sudah melupakan nikmat y melimpah ruah y Allah kurniakan. lupakan kamu wahai ukhti?

tak bolehkah kita bersabar? orang y cepat marah dan cepat beremosi itu kurang sabar.  ya, kerana kurang sabar. apatah lagi bila mana kita sebagai seorang doktor atau seorang guru y sememamngnya berinteraksi dengan manusia memerlukan komitmen sabar y tinggi.

ukhti fillah,
sabar lah ukhti. di situ Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran kita. sabarlah sedikit. bagaimana bila mana kita di alam kanak2, boleh saja kita sabar dalam meniarap, mengengsot, merangkak, berjalan dan akhirnya berlari. bukankah itu perlu bersabar juga? jadi, mengapa sekarang kita jadi kurang sabar? mengapa kita slalu saja mengikut emosional tanpa fikir rasional. ? fikir2 kan ukhti. kurangkan marah, kurangkan beremosi selalu. belajarlah bersabar. ingatlah, mohonlah pertolongan Allah dengan bersabar.

wallahualam'

p/s : cuba bersabar dengan sikap sesetengah orang

17 Dis 2009

.: planning



alhamdulillah.. masih diberi nikmat hidup, nikmat bernyawa. dapat juga menghabiskan paper terakhir, MCQ pagi tadi. seusai sudah itu, terus saja menghadiri tazkirah dari seorang akhwat. lantunan tarbiyah sebagai bekalan peringatan atas diri y sering leka saat berada bersama keluarga kelak.

sebagaimana kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah, Hanzalah dan Abu Bakar y bilang dirinya munafik. kerana saat bersama Rasulullah, merasakan imannya meningkat, seolah2 syurga di depannya. tapi bila saja bersama keluarga, hilang semua rasa itu.

Rasulullah bersabda: ( lebih kurang maksud y aku paham dari tazkirah tadi)

" itu memang normal bagi manusia biasa. ada waktu2 iman kita meningkat. ada waktu2 iman kita menurun. tapi ingatlah, jangan sampai saja iman y menurun itu membuat kita melakukan perkara2 y melanggar syariat. melakukan dosa2 besar."

sudah awal2 lagi saya bermonolog dalam diri. mengira2 apa y mahu saya lakukan cuti ini. bukan saya saja, bahkan kamu semua juga. cuti y seminggu ini, apalah mahu dikirakan sangat dengan orang y cuti semester 2 bulan. tapi, banyak nya rasa nak berkongsi aktivti2 y boleh dilakukan bila cuti nanti.

# menziarahi rumah akhwat , satu aktiviti y jarang2 dilakukan atas sebab2 tertentu. tapi kali ini saya berpeluang

# menghadiri Fun and Exciting Weekend with ILUVISLAM team - Mencari cinta sempurna-di Bangi sabtu ini. ( tak sabarnya.. hehe)

# berjumpa dengan akhwat2 seperjuangan

# meng' completekan' task2 y tergendala dan mengisi borang2 y kosong tak di isi

# revise lecture note dan disease y dah belajar ( walaupun dah abih exam)

# semestinya mengupdate 'BLOG' dan mengubah suainya menjadi cantik dan kemas.

# membersihkan bilik dan mengemas nota2

#membaiki laptop dan printer y dah usang

# dan apabila berada di rumah, belajar memasak dan mempelajari resepi masakan mak y sedap

# dan akhir sekali, luangkan masa utk keluarga dan lakukan dakwah keluarga.

moga2 cuti kita y seminggu ini terisi dengan benda2 bermanfaat dan jangan lupa, planning cuti kita dengan baik agar tiada masa terbuang begitu sahaja.

p/s- jaga iman semasa di rumah dan semasa sibuk menghadiri pogram2..

13 Dis 2009

.: EXAM MODE


“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

maafkan salah silapku..

doakan kejayaanku dan sahabat-sahabatku..

moga penghasilan y diterima adalah y amat bermakna..

p/s ; buat adik, mak dan abang y tengah bermusafir, doa banyak kerana doa orang musafir itu lebih makbul..

6 Dis 2009

.: AWANI

subhanallah.. tiba2 aku tak dapat menahan diri dari menulis posting ini. ya.. mungkinkah exam penghalangnya? sudah tentu... maafkan aku, tapi aku merasa sangat terkesan dengan situasi insan y bernama A W A N I. aku rebah, terkedu, terduduk, termenung sejenak.. astaghfirullah, Allah menggerakkan aku untuk membaca cerpen itu ' Ekspedisi Cintaku' karya Hilal Asyraf. (KLIK SINI) Mesejnya dakwahnya amat bermakna. berlainan sekali dengan cerpen y lain. aku suka..
A W A N I... namanya sedap. ( bukan astro awani ya)
aku suka perilakunya. cara bagaimana dia betul2 menjaga pergaulannya. bagaimana didikan ayah dan ibunya. ah.. berlainan sekali dengan hidupku. tapi mungkin aku boleh cuba untuk mengaplikasikannya pada generasi selepasku, iaitu anak-anakku. InsyaAllah, siapa tahu kelak bagaimana. Allah mengatur perjalanan kita.
hidup y sederhana. tapi bimbingan agama oleh ibu-bapanya, subhanallah, sangat bermakna. melahirkan seorang anak seperti dia. dia... A W A N I.
sifat2 A W A N I y aku suka :
# apabila Winn datang menjenguk ke rumah Umeir, tak pernah sekalipun dia menatap awani. awani sangat menjaga dirinya. eg- sekalipun mengangkat dulang berisi air untuk tetamu
# ketika Win hendak ke bilik air, Umeir memberitahu awani, agar awani bisa masuk kebilik tanpa bertembung dengan Winn, kerana laluan ke bilik air melalu dapur di mana awani membuat kerja rumah di situ.
# rakan-rakan Universitinya , tiada lelaki
# facebook atau myspacenya, tiada kawan lelaki
# hidupnya sangat sederhana
.. susahnya hendak mendapat wanita solehah seperti ini. sekarang ini orang y terlibat dalam persatuan atau aktivitis dakwah pun, tak dapat mengelak perkara y terjadi seperti Winn dan zulaikha. Menghalalkan Couple islamik. apatah lagi laman facebook, myspace, friendsternya.. atau di YM sendiri, di approvenya kawan lelaki. atau jari menggatal meng' add' kawan2 lelaki. apatah lagi, memaparkan gambar sewenangnya di khalayak umum hanya untuk tatapan lelaki2 tanpa mengerti arahan menundukkan pandangan.
alhamdulillah, laman2 interaksi sosial ini aku tidak punya. padahal mungkin aku boleh saja chat atau lihat gambar2 y bukan dari kalangan mahramku. bagaimana juga kita sebagai muslimat, boleh saja dengan selamba, menayang muka pada kawan2 abang kita y datang jenguk ke rumah, atau lebih memalukan, aurat tak ditutup sepenuhnya. astaghfirullah.. 100x..
aku cuba nak contohi sikap A W A N I.
aku senang dengannya. dengan perilakunya.
"Aku ini ya Allah, hidup hanya untuk redha-Mu. Aku mencintai Awani, agar Kau kepada aku. Aku bukan mencari redha-Mu kerana aku mencintainya. Aku mencintainya kerana hendakkan keluarga yang diredhai-Mu. Aku bina cinta ini begini kerana hendakkan redha-Mu. Maka kasihanilah aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Jagalah diriku, dan sediakan diriku untuk menerima apa sahaja keputusan-Mu kepada aku”
( hilal Asyraf, ekspedisi cintaku)
adik-adikku, sahabat-sahabatku, ukhti fillah,
sejauh mana kita menjaga diri kita? sejauh mana kita menghayati frasa wanita solehah?
terkesan juga dengan sikap, seorang akhwat ' kak rodhiah'. i miss her so much. miss her attitude. aku bukan cintakan susuk tubuhnya, tapi aku cintakan peribadinya.
subhanallah..
chop2.. jangan lupa ya, ada lagi susuk tubuh dan perilakunya y perlu kita contohi dan kita teladani , R A S U L U L L A H. ( selawat untuk baginda). iaitu mengikuti sunnah baginda dalam setiap perkara.
p/s : ekspedisi cintaku sudah bermula.. aku tak nak menetapkan siapa2 dalam senarai jodohku. doaku moga Allah memberiku suami soleh. Redha Allah kucari. Redha Allah kucari. Redha Allah kucari. Allahuakbar.

30 Nov 2009

.: saya tak nak nikah?

maha suci Allah. sesungguhnya Allah menciptakan setiap benda itu berpasang-pasangan. sebagaimana firman Allah,

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Yaasin: 36) setiap orang umumnya pasti akan merasai pernikahan atau perkahwinan. kerana itu adalah fitrah. manusia akan saling suka menyukai. lelaki akan tertarik pada perempuan dan perempuan akan tertarik pada lelaki. tapi itu bukan alasan utk kita BERCOUPLE. diulang ayat,, bukan alasan untuk kita BERCOUPLE. samada couple islamik, couple tak jumpe face to face, couple di alam maya.. semua itu tak leh guna. ia tetap mendekati pada zina. " dan janganlah kamu mendekati zina, kerana zina itu perbuatan keji dan mungkar" saya rasa nak lenyek muka orang2 y sudah tau zina ini tidak boleh tapi tetap melakukannya. sudah tau tapi mempersoalkannya. sudah dinasihati berkali2 tapi masih tak paham2. kenapa boleh begitu? ( jawab sendiri) jika sudah suka sama suka, kenapa mesti hendak menunggu. kenapa mesti hendak bercouple dulu. apa salahnya nikah terus. meskipun kamu di alam belajar. sabda Rasulullah ; wahai para pemuda, sesape di antara kau y mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah ia berkahwin. sesunggguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan. barangsape y tak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa, krn puasa itu dapat menahan nafsunya ( HR Bukhari dan Muslim) baru-baru ini, rakan saya memutuskan utk tidak berkahwin seumur hidupnya kerana merasakan itu adalah lebih baik bagi dirinya. mungkin dia ada kisah silamnya. tapi bagi saya tindakan itu tidak betul. lebih banyak keburukannya dari kebaikannya. apa y anda boleh fikir jika tidak mahu nikah? masakan mahu jadi anak dara tua seumur hidup? atau mahu hidup keseorangan? atau mahu jadi fitnah orang ( mungkin dikatankan merampas suami orang) atau mungkin tak mahu grab peluang bagi mereka y mempunya anak soleh dan solehah? atau tak de sape y nak mendoakan kita bila kita mati kelak ( amalan y takkan terputus) ? atau mahu hidup hanya dengan anak angkat? atau tak mahu meraasai kesakitan y amat sangat melahirkan anak y halal? ah.. banyak sangat komplikasinya sehingga tak terkata. pening nak bagi dalil utk orang y tak mahu nikah ni. hei.. dengar ni. banyak hukum perkahwinan dalam islam. wajib makruh sunat haram para ulama' menyatakan bhw sesuatu perkahwinan akan menjadi fardhu bila individu itu yakin bahawa jika tak berkahwin dia pasti terlibat dlm kancah penzinaan. bagi sesetengah pula.. walaupun dah buat ibadah2 lain eg. pose dan sebagainya, tapi masih tak boleh nak tahan nafsu utk lakukan zina... maka wajib utk dia berkahwin. hah.. jadi mengapa tak mahu nikah? kalau mahu menikah, carilah y solehah. kerana.. “Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.” (Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya) carilah wanita kerana agamanya bukan kerana rupanya.. tepuk dada tanya iman. jangan tanya aiman ( anak sedaraku), nanti dia jawab aiman tak kisah. p/s: nak nikah atau tak?

28 Nov 2009

.: solat berjemaah tips, dakwah keluarga


alhamdulillah.. cuti aidiladha ini masih sempat untuk bersama family. walaupun tiket hampir2 habis dan ke destinasi y dituju tak de. ( terpaksa naik bas lompat). akhrinya hari y dinanti2 telah tiba. penantian y selama ini ditunggu sudah tiba. dapat bertemu wajah y dirindui sekian lama. mak, abah, adiik2, abang2, dan anak saudara. tapi agak sayu juga, raya kali ini tak disertai kakak tercinta kerana mengikut suaminya raya di kelantan. ( saya dari pantai timur ke selatan, kakak saya dari selatan ke pantai timur plak) .. pelik2

mungkin.. cuti y sekejap ini, pulang ke kampung ini hanyalah beberapa hari sebelum berangkat ke kelantan semula.. tapi cuba untuk di manfaatkan sebaiknya untuk dakwah pada keluarga. mungkin bagi kita y sudah ditarbiyahh ini, dakwah pada keluarga adalah satu2 nya perkara y perlu di ambil berat dan tidak boleh di remehkan. dan perlu di lakukan pada awal permulaan tarbiyah.

ada juga y mengeluh. susahnya untuk lakukan dakwah pada keluarga. ( macam saya waktu muda2 dulu di awalan tarbiyah). bermula dengan perubahan diri, membelikan quran terjemahan untuk setiap ahli keluarga, meminta akhwat follow up kakakku.. ah.. itu tak lah sebesar mana. cuma.. kagum dengan sikap kakakku y baru sahaja ditarbiyah tapi sudah mengajak seisi rumah untuk solat berjemaah bersama2. waduh.. sangat mengharukan..

rupa2nya.. solat berjemaah adalah tips y sangat berkesan selain dari tips2 y lainnya.. kenapa?

mungkin dulu saya juga takut untuk mengajak family untuk solat berjemaah sekali. ( cuma ajak adik je solat kat bilik). tapi dengan bantuan Allah dan juga kakakku y sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk lakukan sesuatu pada family, alhamdulillah.. sehingga sekarang kami masih lagi solat berjemaah di setiap waktu.

1) mengeratkan ukhwah

2) pahala y berlipat kali ganda

3) membina kepimpinan ( imam)

4) solat awal waktu

5) subuh tak terlajak

6) bina suasana islamik dlm rumahJustify Full

7) dapat buat taalim

8) mcm2 lagi mengikut citarasa y kamu dpat

jadi ukhti sekalian,

cubalah ajak ahli2 keluarga kita untuk solat berjemaah. siapa tahu, hubungan keruh dulu dapat dijernihkan semula. hubungan y renggang dapat di rapatkan, hubungan y bukan atas dasar darah daging akan dipupuk dengan cinta kerana Allah.

subhanallah.. hebatnya perancangan Allah. hebatnya tarbiyah. hebatnya mereka y ukhwah keerana Allah.

wallahualam..

p/s : jangan tinggalkan solat la...

boleh juga rujuk link ini

27 Nov 2009

.: cuti

alhamdulillah... subhanallah.. allahuakbar... hebat betul perancangan Allah.. hari ini. mulai saat ini.. semua pelajar sekolah mahupun ipta @ ipts cuti.. bukanlah cuti selama2 nya.. tapi cuti untuk berehat. moga bukan berehat utk menjadikan otak semakin beku.. tapi.. bagi student medical atau dental, NO HOLIDAY.. moga2 dengan keadaan di samping family, kita makin mudah utk lebih dekat dan cuba membaiki hubungan y telah sedia ada. dan mudah untuk melaksanakan dakwah pada keluarga.. apa kabar iman semasa keberadaan kita di rumah? apa kabar mutabaah kita? apa kabar al quran kita? apa kabar televisyen di rumah kita? apa kabar study kita? harap2 semua dalam kabar baik. lihat saja iman kita di rumah. dengan ketiadaan akhwat y disisi, kecelaruan iman kita. menaik menurun iman kita. moga2 menurun dengan erti kata menaik. bukanlah menurun dan menjunam menyebabkan mendatar dan tidak berubah2.. ah.. mungkin macam ECG .. tapi bukan. ah.. mutabaah kita sepatutnya semakin meningkat oleh kerana banyaknya masa di rumah. tapi kenapa semakin menurun? tahajud tertinggal akibat tidur lena sangat di katil empuk, mathurat baca separuh2 akibat dari urusan2 kerja rumah, dhuha pula selalu lewat hingga matahari atas kepala, istighfar pula ntah kemana. terus tido tanpa mengamalkan sunah-sunah Rasulullah.. alquran kita tak sampai satu juz pula. selalu trtangguh. selalu saja bertangguh. kononnya ingin menghabiskan 2juz esok hari. sehingga bertangguh dan bertangguh.. aduhai ukhti.. selalukah begini? seksanya diri.. sentiasa menyesali.. betul2 nafsu y sentiaasa menyesali diri sendiri. televisyen pula tak pernah berhabuk. sentiasa menjadi tatapan 24 jam. sehingga inilah menjadi punca utama mutabaah low.. firman Allah : "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, [23:1-3]" nota2 y diharapkan dapat dibaca sepanjang cuti, hanya tersimpan rapi di dalam beg. perasaan malas berkali2 menguasai. bak kata orang lepas habis cuti...: " eh, ko study tak cuti nih?" " aku bawak je nota, sampai berat beg aku dengan nota je, tapi langsung tak bukak pun" itulah.. y berlaku.. ( saya la tu) jadi ukhti.. cubalah kawal diri.. biar iman y menguasai diri, bukan nafsu y menguasai diri.. mutabaah kawal iman, iman kawal diri, diri kawal nafsu.. wallahu'alam

13 Nov 2009

.: merindui kawan lama?

alhamdulillahi robbil a'lamin, segala puji bagi Allah y menguasai sekalian alam.
selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw, murobbi teragung, dan kepada semua mujahidin dan mujahidah y berjuang menegakkan kalimah LAILAHAILLAH sehingga ke hari kiamat. insyaAllah. sayu.. hiba.. rindu.. bercampur baur perasaan. mengenangkan kenangan silam. kenangan sewaktu bersama kawan lama. kenangan bersama di sekolah rendah, sekolah menengan maupun di matrikulasi. tiba2 nama2 mereka kembali ke dalam memori. masih saya ingat nama2 kawan2 saya sewaktu di sekolah rendah. orang y paling rapat.. izyan dan aina. yang membuat saya bersemangat untuk belajar. pandai seperti mereka. dan tiba di sekolah menengah pula, dorm mate saya, farah, ida, ada, atin, nadwa, nadiah, aqilah dan sewaktu dengan nya. dan apatah lagi rakan2 BADAR y saya rindui, Aifa, husna, ana, abil, k-own, zahirah dan junior2 gak. di matrikulasi, orang2 y saya boleh masuk dalam praktikum dan roomate sendrii, dila dan izah. didie, aini, suraya, su, yana. seronoknya dan berbaur sedih. sampaikan saya sudah mendelete memori itu dalam hidup saya kerana merasakan satu nighmare... tbaru pagi tadi saya bertemu farah y mempunyai lawatan ke kelantan. perjumpaan kami telah membuka semua cerita2 sensasi dan hangat tentang kawan2 saya. ' dia nak kawin dah' ' dia dapat anak kembar' ' dia dah kurus' 'dia dah free hair' ' diorang couple' ' diorang semua tanya pasal ko' ' diorang gi reunion hari tuh' masing2 mempunyai cerita tersendiri. cerita tentang kehidupan dan haluan y berbeza. bagi saya, cerita hidup saya banyak berubah-ubah. dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan akhirnya di USM ini. mungkin, ramai y tak mengenali saya kerana perjalanan saya hanyalah saya seorang. maksud saya, apabila tiba di medan y berbeza, orang2 y sangat mengenali saya, jauh dari saya. masing2 ada jalan tersendiri. bermula di sekolah menengah, saya adalah orang y baru. dan tiba di matikulasi, saya menjadi orang y baru dan akhirnya di USM, saya juga orang y baru. orang y baru berhijrah. sebagaimana firman ALlah: ' orang y berjihad mencari keredhaan Kami, akan Kami tunjukkan jalan2 Kami. Allah beserta orang2 y berbuat baik' ( al ankabut,29:69) kawan2 y membaca entry kali ini, maafkan saya kerana tak menegur kalian. maafkan saya kerana saya juga membiarkan kalian. bahkan amar makruf nahi munkar tak dilakukan.( sebab saya juga macam kalian dlu) isu couple, isu free hair, isu aurat...segala2nya. padahal peranan seorang kawan itu adalah menasihati kawannya, tapi saya, tak lakukan. bahkan tumpang sekaki juga. meskipun ada title B A D A R. firman ALlah. ' hendaklah ada di antara engkau semua itu suatu umat ( golongan) y mengajak kpd kebaikan dan melarang kemungkaran. mereka itu lah org2 y berbahagia ( ali imran, 3 : 104) jadi.. baik mereka y belum nasihati kawan dia, jom sama2 nasihat kawan anda. walaupun dia tak nak dengar. nasihat je. mungkin satu hari, kata2 kita akan sampai juga masuk dlm hati dia dan meneybabkan dia nak berubah. ingatlah, ukhti, dalam firman Allah, surah ( al qasas, 28:56) ' sungguh engkau ( Muhammad) takkan dapat memebri petunjuk pada org y kau kasihi, tp Allah y memberi petunjuk kp orang y Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang y mahu menerima petunjuk '
Sahabat silamku, Bukan niat dihati untuk meninggalkanmu Apatah lagi memusuhimu Aku kini bukan aku yang dulu Aku kini aku yang baru Telah aku cuba untuk terangkan segalanya Namun engkau sukar untuk memahami Bukan salahku Bukan salahmu Sahabat silamku, Ingin aku luahkan Betapa aku dambakan engkau bersamaku Berjalan di atas landasan yang sama Menuju mencari redhaNya Agar dunia mampu kita genggam Agar ada mahligai syurga yang tersergam Sahabat silamku, Maafkan aku Bukan niat untuk aku lari darimu Bukan ingin memutuskan hubungan denganmu Aku takut aku futur Bukan kerana engkau yang kuat Tetapi kerana aku yang lemah Sahabat silamku, KepadaNya aku serahkan segala Dirimu jua diriku Aku berdoa agar hubungan kita diredhaiNya Marilah kita sama-sama berusaha Meninggalkan segala jahilliyyah yang ada
wallahua'lam
p/s : sahabat silam, maafkan saya tak dapat hadir setiap reunion dan aktiviti y kamu semua anjurkan. kepada aifa, semoga berbahagia. selamat mencapai pernikahan barokah..

6 Nov 2009

.: doa itu senjata

alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana mengeyangkan ku hari ini meskipun semua cafe tak bukak. cukuplah roti sebungkus sebagai pengalas perut. Alhamdulillah.. dengan nikmat kenyang ini. Subhanallah... Maha Suci Allah.. Incident y berlaku baru2 ini adalah, saya mengalami accident depan jalan besar USM. agak terkejut juga. rasa macam tak nak bawak motor selepas ini. trauma.. takut...meskipun doa menaiki kenderaan mengiringi, saya tetap accident. kenapa ya? apakah rahsia doa y saya tak tahu. kondisi DOA sangat menakjubkan. Doa itu senjata. kalau askar Israel mnggunakan kereta kebal, M16 atau apa2 senjata canggih beserta pesawatnya sebagai senjata untuk membunuh umat islam y tak bersalah, membunuh kanak2 dan wanita yang lemah ( ya Allah, selamatkanlah umat islam, para pejuang di palestin, dan pejuang2 islam di semua tempat dan masa). tapi... bagi kita, umat islam y punya Allah, sepatutnya mengetahui bahawa senjata y paling berharga dan paling mujarab adalah D O A. sebagaimana sabda Rasulullah, " mahukah aku memeberitahu padamu satu senjata y dapat melindungimu dari kejahatan musuh dan rezeki y bertambah?" sahabat menjawab. " sudah tentu ya Rasulullah" " serulah Tuhanmu siang dan malam kerana doa itu senjata orang beriman" subhanallah.. lihatlah.. dengan doa sahaja segalanya mampu berubah. kita lihat contoh. dalam exam sendiri. kita memohon doa kepada Allah, mintak diluluskan dalam exam ( lulus dah dikira bagus), tapi bila Allah tak meluluskan kita, kita berasa sangat frust. menyalahkan Allah? ( harap anda bukan begitu). mungkin dengan kejayaan, Allah melihat ia dapat melalaikan kita dariNya dan memalingkan kita dariNya. maka Allah memberi kegagalan sebagai solusi dari masalah ini. syukur.. kita semakin dekat denganNya. kita semakin bermohon bersungguh kepadaNya. kita semakin dekat denganNya. itu kan labih baik. mahu tahu rahsia dalam doa:? ' Allah mengabulkan doa berdasarkan apa y difikirkan orang itu. tapi cara y terbaik , Allah dengar doa itu. jika allah tak melihat kebaikan dalam doa itu, Dia memberi y terbaik bagi orang itu' sesetngah kita percaya, bila doa tak makbul, mereka ingat Allah tak mendengar doa mereka. itu adalah kepercayaan orang bodoh dan sesat. hei kawan.. mestilah Allah dengar doa kita, sebab Allah itu dekat. firman Allah, ' dan apabila hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan doa orang y berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolah kebenaran.' ( al baqarah, 2: 286) ukhti fi;llah, doa itu saat-saat kedekatan seseorang kepada Allah sangat dekat dan dapat dirasakan. cuba kita bayangkan diri kita sewaktu di ambang ketakutan, kapal terbang y kita dinaiki ke indonesia, atau ke sabah sarawak ( insyaAllah, akan datang, aku nak terbang ke indonesia atau ke sabah atau ke sarawak, bestnya..), sedang berada dlam keadaan y mencemaskan. sayap kapal terbang patah dan tak dapat dikawal. kapal terbang menjunam ke bawah dan apa y kita buat di dalam kapal terbang? semestinya berdoa dengan penuh khusyuk dan harap. di sertai dengan linangan air mata dna sungguh2 mintak pada Allah supaya diselamatkan ( kerana amal tak cukup lagi untuk menghadap Allah sebab sibuk study kononnya) pernahkkah kita merasa nikmat berdoa sebegitu. sudah tentu tidak. kerana keadaan kita terlampau selesa. apatah lagi naik kapal terbang pun belum pernah. negara kita pun aman tak de peperangan. tapi bagi mereka y pernah merasakan berdoa sepertimana di atas, alhamdulillah. praktikkan dalam setiap kita berdoa. berdoa dengan sungguh2. kerana Allah sahaja y mampu tolong kita. kita hanya memerlukan Dia. kita terdesak. kita hanya perlukan bantuan dari Dia. tak de siapa y dapat tolong kita. siapa y mampu tolong? mak? abah? kawan? kakak? abang? adik? anak saudara? kakak ipar? lecturer? argh.. semua tak mampu tolong kita. Allah.. Allah sahaja. " dan TuhanMu berfirman, " berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu" ( al mukmin, 40:60) syukur.. ku mengerti hikmah di sebalik accident. motor ku dapat di repair sepenuhnya dan sebagai kifarah dosa. p/s : ukhtiku, jangan lupa baca doa sewaktu naik kereta atau motor. moga Allah beri y terbaik utk skuad bola kelantan. ( meskipun pelajar usm, lecturer dan staf tak bermain bola)

26 Okt 2009

.: istilkharah

alhamdulillah.. segala puji bagi Allah y menguasai sekalian alam. Moga kita sentiasa di bawah lindungan rahmatnya.. berusaha mencari keredhaanNya. Buat mak abah dan family di johor, moga Allah berkati segala usaha kalian. saya pening. saya pusing. saya bingung. mana satu saya perlu pilih? apa, siapa dan kenapa saya perlu pilih. seorang akhwat memberitahuku bahawa istikharah sahaja jalan penyelesaiannya. ini bukan soal main2. saya cuba menyelak hadith berkenaan dengan istikharah di riyadus shalihin karangan imam nawawi. di bab 97, hadith ke 715. Dari Jabir r.a katanya RAsulullah saw mengajarkan kpd kita cara melakukan solat istikharah yakni memohon pilihan kepada Allah mana y terbaik antara dua perkara atau beberapa perkara, dalam segala macam urusan, sebagaimana beliau saw mengajarkan surah dari al-quran. beliau bersabda : "jikalau seorang dari engkau semua berkehendaki pada sesuatu perkara, maka hendaklah bersembahyang dua rakaat y tak termasuk solat fardhu. kemudian ucapkanlah y ertinya ' ya Allah, saya mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu dan saya mohon ditakdirkan untuk mendapatkan y terbaik antara dua atau beberapa perkara dengan kekuasaanMu. juga saya memohon kepadaMu akan keutamaanMu y agung, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa sedang saya tidak kuasa apa2. juga Engkau adalah Maha mengetahui sedang saya tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha mengetahui segala sesuatu y ghaib. " Ya Allah, jikalau Engkau mengetahu bahawa perkara ini memang baik untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku atau beliau saw bersabda ; baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah mendapatkannya padaku, selanjutnya berilah keberkahan padaku dalam urusan itu. tapi jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara itu adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkara ku ; atau beliau saw bersabda : baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hati, maka hindarkanlah itu daridiriku dan hindarkanlah aku darinya, lalu takdirkanlah mana mana y baik untukku di mana saja kebaikan itu dan seterunya berikanlah keredhaan padaku dengan melakukan y baik tadi " beliau bersabda : " dan orang y melakukan istikharah itu supaya menyebutkan apa y hajat keperluannya " ( HR Bukhari ) jadi akhwat fillah, dalam memilih sesuatu samada memilih madu', memilih bakal suami ataupun memilih apa sahaja benda sekalipun, saya menggalakkan anda istikharah dahulu. mohonlah petunjuk dari Allah. agar keputusan y dilakukan mendapat kebaikan. dan insyaAllah, supaya tidak menyesal di kemudian hari. moga2 apa y saya putuskan dan saya pilih ini tidaklah tersalah. saya yakin ini y terbaik buat masa ini. jikalau di duga dengan segala macam ujian pun, saya pasrah. Doakan saya kawan2, sahabat.. doakan saya akhwat sekalian. saya pasti ada hikmah disebalik semua ini. p/s : jangan bikin saya pening dan pusing lagi.

14 Okt 2009

.: puisi untuk akhwat

Teman, Sedarilah suatu hakikat, Bahawa umat Islam kini, Dalam kekeliruan, Di jurang kebinasaan, Dan telah hanyut dibawa arus kegelapan.. Arus yang telah membuatkan insan itu lupa, Siapa dirinya, Insan itu leka terhadap peranannya, Dia lena dengan angan-angannya, Dikaburi oleh hiburan, Dan keseronokan dunia semata-mata.. Namun teman, Di suatu sudut berbeza, Muslimin bertempur dengan kafirin, Terkorban jiwa, keluarga dan harta, Tertimbun dalam kesedihan dan kepayahan, Tercari sinar bahagia dan ketenangan.. Mengapa terlalu berbeza, Suatu pihak diam tanpa bantuan, Yang lainnya merintih tanpa jawapan, Bukankah mukmin itu bersaudara, Satu ada hak ke atas yang lain, Mereka berhak dipertahankan, Yang lainnya berperanan hulurkan bantuan.. Insan budiman, Fikirlah sejenak, Fikirkan sesuatu, Bahawa mereka ada hak, Untuk kita memberi dan membantu.. Sumbanglah kerana Yang Esa, Bukan kerna dunia, Agar kita tidak kaku, Moga kita tidak kelu, Saat Allah bertanya, Apa sumbanganmu untuk mereka, Apa usahamu membela deenNya.. Allah pasti akan bertanya, Mereka pula akan mendakwa, Di mana diri yang mengaku hambaNya?! p/s : moga ukhwah kita tak pernah padam meskipun kita kadang2 dalam jalan y berlainan. jom terus gencar melakukan usaha dakwah dan tarbiyah.

5 Okt 2009

.: gempa bumi di pulau ukhwah

alhamdulillah. salam perantauan buat ikhwah wa akhwat dari mesir dan dari semua negara. salam aidilfitri utk kalian meskipun diri ini tak pernah berjumpa kalian terutama akhwat medic di mesir. moga kalian terus tegar dan berbuat di jalan dakwah ini. alhamdulillah, Allah masih beri nikmat ukhwah antara kita. ukhwah y terjalin antara akhwat usm dengan akhwat UMT, IPKT, IPSM, UDM dan seluruh akhwat y berada di IPTS dan IPTA masing2. salam cinta dan salam rindu untuk kalian. kerana Allah kita berukhwah dan kita berukhwah kerana Allah. Subhanallah.. hebatnya ukhwah. beberapa hari ini ini, tiba-tiba banyak pula musibah y timbul. dari gempa bumi di Pulau Samao dan Padang, Sumatera hinggalah terbias di pantai timur ini sendiri. dari y bumbung tercabut hinggalah dahan pokok y menghempap kereta di depan bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan. subhanalllah. hebatnya Kuasa y Maha Esa. hari ini pula heboh tentang taufan parma di manilla. Mudah sahaja untuk Dia menurunkan azab ini. dengan sekelip mata. dengan tanpa disangka-sangka. Lihatlah, Betapa pentingnya kita utk muhasabah diri kita terhadap apa y berlaku. mengoreksi diri ini. Ampunkan kami Ya ALlah. sejak minggu lepas, ada sahaja masalah ukhwah berlaku. bak kata tajuk blog ini, gempa bumi y berlaku di pulau ukhwah ( bukan pulau samao ya). dari masalah y kecil dan remeh hinggalah masalah y kritikal dan berlarutan. masalah y disebabkan : 1) ukhwah berlebihan 2) ukhwah kekurangan 3) tiada ukhwah 4) tak kenal ukhwah 5) salah paham ukhwah 6) roti canai tak de kuah 7) berkuah-kuah sampai tumpah.. ( asif.. tambah sendiri) beberapa hari ini, masalah ukhwah y ingatnya dah settle masih tak settle-settle lagi. ya Allah, bantulah hambaMu ini. adakah disebabkan hubungan denganMu tak settle menyebabkan hubungan dengan manusia pun tak settle? tepuk dada tanya iman.
" HABLUM MINALLAH, HABLUM MINANNAS "
ukhwah berlebihan. sebenarnya saya juga kurang jelas dengan maksud ini. ukhwah berlebihan ada ke? rupanya ada. ukhwah y menyebabkan 2 individu sering nak bersama. tidak boleh berpisah. jika diberi task utk buat taalim di berlainan tempat, masing2 nak sekali. mengganngu kerja dakwah. menyukarkan kerja dakwah. menyebabkan akhwat lain tak boleh 'masuk' dengan mereka. senang cerita, nak sentiasa bersama sahaja. terlalu cinta dan terlalu sayang ( salah satu virus-virus ukhwah juga). ingatlah ukhti, jangan sampai sayang, cinta dan rindu itu melebihi sayang, cinta dan rindu pada Allah. Naudzubillah.. lindungi kami Ya Allah. sabda Rasulullah : cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. dan bencilah saudaramu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabatmu pada suatu hari nanti " ( HR At tarmidzi)
jika terlampau cinta, sayang dan rindu, pastilah ada sahaja syaitan y akan menusuk jarum sehinggakan ia melebihi dari Allah dan di samping itu berlakulah cemburu y amat sangat. apabila orang y dicintai bersama orang lain @ rapat dengan orang lain, mula rasa cemburu. rasa geram dengan orang y dia rapat. itu namanya ukhwah bukan kerana Allah. masakan kita cemburu dengan orang y turut mencintai orang y kita cintai? tepuk dada tanya iman lagi skali. jangan tanya AIMAN. nanti dia jawab ' aiman tak kisah'..
lupakan pasal ukhwah berlebihan tadi, sekarang ini saya cuba nak mendalami konsep ukhwah islamiyah sendiri. ukhwah atas dasar aqidah, atas dasar iman dan atas dasar saling tolong menolong mengajak y makruf dan mencegah y munkar. apakah kita pernah merasai ukhwah itu? ya.. semestinya pernah apabila kita memasuki jalan tarbiyah ini. " seorang mukmin itu ibarat bangunan, saling memperkukuh sebahagiannya dengan sebahagian y lain " suka saya utk berkongsi satu hadith tentang ukhwah kerana Allah, mencintai sseseorang kerana Allah dengan cinta ALLAH. sabda Rasulullah, " pasti akan mendapat kecintaanku, orang y sayang menyanyangi keranaKu, 2 orang y duduk bersama2 keranaKu, 2 orang y berziarah keranaKu dan 2 orang y tolong menolong keranaKu. " subhanallah.. saya nak cinta Allah. saya nak sangat. mudahnya dapat cinta Allah. tapi adakah kita grab peluang ini betul2.? apatah lagi, dengan masa y pack sangat, tak sempat nak ziarah bilik rakan2, apatah lagi jiran sebelah bilik pun tak tahu dan tak pernah ziarah. busy nya budak medic. memang dasyat busy nya.. pastu ada lagi kabar gembira untuk orang y bercinta dan bersahabat kerana Allah. dalam hadith qudsi : Allah berfirman, " mana orang y bercinta kerana keagunganKu? hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganku, iaitu hari y tiada naungan selain dari naunganKu." ada sape2 y nak? saya nak.. nak dengar lagi benefit cinta kerana Allah? Rasulullah bersabda: " umatku masuk syurga bukan kerana banyaknya solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim " lihatlah.. ukhwah itu adalah satu nikmat y tak boleh disia2 kan. satu kurnia Allah kepada hamba-hambanya y ikhlas dan hatinya suci dan bersih. tapi ada juga ukhwah ini diselangi oleh gempa buminya. iaitu yang paling common adalah berprasangka. suka sangat berprasangka. kalau bersangka baik takpe, tapi jika bersangka buruk? hancur lah ukhwah tu. especially apa y berlaku sekarang. banyaknya sangka buruk sehingga ukhwah bermasalah, tidak bertegur sapa, memasamkan muka bila berjumpa, membenci dan banyak lagi. sehingga lebih dasyat tak hadir halaqah dan mufaraqah. naudzubillah.. ampuni kami ya Allah.
' hindari prasangka buruk kerana prasangka buruk itu dusta'
ingatlah. apa y kamu prasangka buruk itu semuanya dusta. kamu terlalu awal judge orang terhadap apa y berlaku tanpa selidik terlebih dahulu. kamu dah menzalimi dia. kamu menzalimi saya. kamu menzalimi dia. ( selingan) ' jangan prasangka dengan setiap ucapan y keluar dari saudaramu, kecuali prasangka y baik selama kamu masih peroleeh kebaikan dalam ucapannya itu' lihatlah, penting nya bersangka baik pada apa y sahabat kita ucapkan selagi mana kita dapat kebaikan dan manfaat dari apa y dikatakan itu. tapi, adakah kita berbuat begini? apabila kita mendengar sahabat kita berkata sedikit, kita dah prasangka macam2 dengan sahabat kita, " eleh, nak menunjuk la tuh", " macamlah ko tu bagus sangat", " suka sangat membangga diri", " bagus sangat la tuh" dan macam2 lagi kata2 timbul dalam hati dan fikiran kita. moga sama2 muhasabah ya. so, cuba la hindar bersangka buruk. masalah akhwaat kita sekarang ni suka dan macam hobi plak bersangka buruk kat akhwat dan orang lain. ayuh, bersihkan hati kita, agar ada sahaja prasangka baik dalam hati ini. ada sahaja sikap berlapang dada dengan semua orang. jangan mudah bersangka buruk. ditakuti kita salah dalam menilai dan melayan. akhirnya.. kita y jatuh dan rugi dan menyesal. ingat.. jika anda ada konflik, cepat2 lah selesaikannya. cepatlah meleraikannya. buatlah sesi CURHAT untuk mengukuhkan kembali ukhwah ini. sampai bila kita mesti begini. moga.. ukhwah ini dilandasi cinta dan redha Allah. bukan kerana nafsu semata-mata. wallahualam' P/S: Gempa bumi di pulau ukhwah dah hampir redha. bilangan y ditimbus tanah dapat diselamatkan. tapi, masih lagi banyak rumah2 dan bangunan perlu diperbaiki dan dibina semula. beginilah gempa bumi mengajar kita.

16 Sep 2009

.: takut exam?

alhamdulillah.. marilah sama2 kita memanjatkan syukur y tertinggi kepada Allah taala kerana dengan 1001 nikmat ( banyak sangat) y dikurniakan kepada kita. tak cukup utk kita balas. takkan dapat dengan wang ringgit ataupun harta kekayaan y kita ada sekarang ataupun biasiswa JPA y sangat banyak melambak mengalahkan gaji orang bekerja. aduhai.. betapa tak sedar dirinya kita dengan nikmat itu. susah nak bersyukur apatah lagi mengucap syukur malah melahirkan syukur. contoh situasi sekaranag ( more to me) bila ada kaki dapat jalan ke kuliah, nak basikal supaya tak penat kaki ini melangkah. bila ada basikal, nak pulak motosikal ke kuliah supaya dapat membazirkan minyak petroleum malaysia. dan bila ada motosikal, ahh.. nak beli kereta pulak. supaya dapat memuatkan ramai orang untuk sama2 ke kuliah, ke bazar ramadhan atau ke KB mall supaya tak dikata pentingkan diri , pergi berdua je naik motor. memang manusia sentiasa nak lebih. bagi samah ( 50sen) dan seya ( RM1), bagi seya ( RM1) nak sepuluh ya (RM10). " dan Dia telah memberikan kepadamu apa y kamu mohonkan kepadaNya. dan jika menghitung nikmat Allah, nescaya kamu takkan mampu menghitungnya. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh" ( ibrahim 14: 34) sebelum balik raya ni, adik2 junior akan ambil exam selama 3 hari iaitu exam selanjar 1. exam y orang cakap ramai y fail berdasarkan statistik tahun2 y lepas. ( akulah y cakap). sebelum berbicara lebih lanjut, all da best to all my madu' dan mutorobbi. U can do it. InsyaAllah. Jangan pernah bersangka buruk pada diri sendiri. yakinlah, setiap usaha pasti ada balasannya. cuma lambat atau cepat je. jadi, selamat bermujahadah dalam menempuh exam/ peperiksaan/ hari penentuan samada kamu faham atau tak apa y kamu belajar lepas 2 bulan duduk di sini. 4 block semuanya, dari bioethics, nursing, cell and tissue sehinggalah block y perlukan daya penghafalan y tinggi iaitu block musculoskeletal. isu y saya nak bangkitkan adalah, kebanyakan adik2 mengadu takut exam dan ada y mengadu tak de rasa pape dan ada y dah mengadu kalau kena repeat setahun lagi macam mana? adui.. pening juga saya nak jawab. y menjadi highlitght di sini adalah. kenapa TAKUT EXAM ( utk mereka y takut tahap melampau) ? akhwat fillah, takut apa y nak dibincangkan di sini adalah takut sehingga melewatkan solat, takut sehingga tak gi terawih, tak gi majlis ilmu @ ceramah, takut sehingga tidur lambat dan miss QIAM dan lebih dasyat subuh gajah dan badak, ataupun lagi worst adalah tak solat subuh langsung. betapa happy nya mereka y takut exam ni. bahagianya mereka kerana setakut2 mereka pada exam pun, masih lagi dapat result y gempak akibat ketakutan tahap maxima pada exam. tambahan, dan perasan pandai. perasan kejayaan dia tu akibat kepintaran dia. astaghfirullah.. " maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya di berkata ' sesungguhnya aku diberi nikmat kerana kepintaranku' sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" ( 39 az zumar : 49) sepatutnya minggu ni la kita banyakkan ibadah, banyakkan amalan dan banyakkan doa kerana ini bulan ramadhan. dan kerana sekarang ni kita tengah mencari malam lailtul qadar. malah, bila dah nak abis ramadhan ni, makin ramailah y berpusu2 utk menuju pasar2 raya atau KB mall @ pasar siti khadijah tapi makin liat atau berlari2 anak menjauhi surau dan masjid. apatah lagi minggu ini minggu exam. makin ramailah meninggalkan terawih semata2 utk study dan takut tak dapat habiskan lecture note kerana terawih. ini ke msulim sejati y katanya nak majukan islam dengan akademik y mantap tapi hubungan dengan Allah tak jaga? ini kah generasi y akan menaikkan nama islam kerana kecerdikannya? oh.. saya rasa bukan. anda salah.. anda silap.
" TAKUTNYA EXAM MELEBIHI TAKUT PADA ALLAH! "
sedarkah kita takut kita itu hanya akan memusnahkan diri sahaja. takut y memakan diri. takut sehingga menzalimi diri sendiri. tahukah kita, kejayaan dan kegagalan itu Allah y tentukan? masa y diberikan untuk kita study adalah milik Allah? otak y ligat berfikir dan kuat ingatan itu adalah kurniaan Allah? pernahkah terfikir semua ini? mestilah tak pernah fikir sebab takut exam sahaja. exam lah tujuan utama kita.. kejayaan dalam exam lah petanda kejayaan kita. tiba2 teringat satu ketika di sekolah menengah dulu, sekolah y gah satu masa dulu, y agak disanjung oleh semua orang, y pelajarnya pintar2 belaka. pintar dari segi exam. pintar nya kerana berjaya menggondol pelbagai anugerah dari sultanah dan sultan kedah. tapi di satu sudut, pelajar pintar ini, leka dengan tujuannya untuk hanya menggapai kejayaan pada exam semata. pelajar ini berusaha untuk menandingi kawan2 nya dalam exam. pelajar ini tidak boleh lihat rakan2nya study lebih sedikit daripada orang lain. ada sahaja perasaan cemburu dalam hatinya mendorongnya utk usaha lebih kuat. ( tapi bab2 ibadah atau buat kebaikan tak nak plak berlumba2 atau cemburu). pelajar ini sekarang, sudah lupa apa y dipelajarinya terutama bab pendidikan islam y selalu sahaja dia tidur sewaktu ustaz mengajar tapi mampu dapat highest mark dalam kelas. " pelajar ini adalah aku atau korang la! " dan sekarang pelajar ini rasa tertipu. rasa sia2 dengan apa y dipelajarinya dulu. kerana sekarang pelajar ini terpaksa mengulang dan revise balik subjek sirah, tauhid, akhlak, ibadat etc y dipelajarinya dulu. itulah akibat " EXAM ORIENTED" inilah contoh budak takut exam. tapi takut ALLAH sangat sedikit pada masa tu. jadi saya simpulkan bahawa perasaan takut itu hanya utk Allah. bukan utk sesiapa. bukan kerana situasi. dan bukan utk benda. tapi hanya utk Allah. hanya utk hari di mana segala apa y dilakukan terlihat iaitu di hari perhitungan kelak, hari kiamat. hari dimana tiada siapa y dapat menolong kita, tiada langsung. bahkan mak ayah, keluarga, cikgu, rakan2 y dulu bergelak ketawa dengan kita ataupun slip peperiksaan kita y 10A 1 dan sijil2 akademik kebanggaan kita itupun takkan mampu nak tolong kita. tinggallah slip itu hangus rentung dek hancur disebabkan kiamat y dahsyat pada masa tu. " dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang y bertakwa. tidakkah kamu mengerti? " ( al an'am 6: 32) akhwat fillah, anda belum dikira bijak, pandai atau perasan bagus bila mendapat keputusan y cemerlang dalam peperiksaan. ukuran kepandaian seseorang itu berdasarkan ingatnya dia pada mati dan persiapannya utk itu. janganlah perasan pandai jika anda mampu mengingati segala formula dan nota2 medic y melambak tu tapi tanpa sedikit pun mengingati mati y hanya mempunya 4 huruf sahaja. M A T I.
" dan takutlah pada hari ( ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah. kemudian kamu diberi balasan y sempurna sesuai dengan apa y telah dilakukannya dan mereka tak dizalimi (dirugikan) " ( albaqarah 2:281) jadi apa tunggu lagi. nahu menjadi orang y paling bijak? mahu jadi orang y paling pandai dan top dalam sekolah @ IPT ? jadilah orang y boleh mengingati M A T I beserta persediannya utk itu dan dalam y masa y sama boleh mengingati segala fakta2 medic dan formula segala macam benda sepanjang kehidupannya. itulah.. Genius namanya. subhanallah..
" ACHIEVE ALLAH'S LIST, ACHIEVE DEAN'S LIST"
p/s : nak dapat DEAN list kena ingat mati jugak ke?

12 Sep 2009

.: bila Quran tiada di sisi

alhamdulillah.. ALLAH masih lagi memberi nikmat tarbiyah padaku. nikmat y sangat berharga. menjadikan kita semua berusaha untuk menjadi lebih baik dan terbaik. Generasi y terbaik, umat y terbaik. " Khaira Ummah" . Kerana apa? kerana kita mengajak ke arah y makruf dan mencegah y munkar. Subhanallah.. besarnya penghargaan y Allah bagi. Tingginya label y Allah bagi utk para dai' ini. Jadi, apa tunggu lagi? jom rebut title, label dan pangkat ini secara percuma.
' kamu umat islam y adalah umat y terbaik y dilahirkan utk manusia kerana kamu menyuruh berbuat y makruf dan mencegah y munkar dan beriman kepada Allah....' ( ali imran 3:110)
selepas solat subuh bergegas menghantar seorang akhwat balik ke biliknya untuk mengambil nota. disebabkan bergegas saya terlupa untuk membawa Quran terjemahan. entah kerana menganggap bahawa masa untuk mengambil nota adalah sekejap, saya tidak bawa Quran terjemahan kerana yakin hanya beberapa minit sahaja. tapi.. rupanya hampir 20minit saya menunggu akhwat ini mengambil nota dan jikalau dikira 20 minit itu saya mampu utk habiskan separuh juz. Astaghfirullah.. geramnya saya. apa y saya nak tekankan di sini, ibrahnya.. jangan pernah tinggalkan Quran. Quran adalah sepatutnya benda y paling penting untuk kita bawa ke mana sahaja kita pergi. Quran sepatutnya sentiasa di sisi kita. kadang2 kita terlepas pandang dan mengutamakan benda lain dari Quran. of course la ic, lesen memandu, kad bank dan duit kita perlu bawa. itu adalah benda y kita takkan lupa kan? tapi kadang2 kita lupa untuk membawa Quran y merupakan perkara penting iaitu lebih penting dari segalanya. kenapa perlu bawa Quran terjemahan? # mencari keredhaan Allah # untuk terapkan diri dalam mengingatinya #untuk dapatkan pahala berlipat kali ganda sebagai rujukan ilmu y utama # menjadi penenang hati ketika resah # menghabiskan mutabaah # supaya kurang bercakap # untuk elak buat perkara tak berfaedah ( eg. sembang kosong, lawak , bergelak ketawa etc) # untuk elak daripada baca majalah mangga, starz, utopia, komik , gempak dan majalah y lagha # untuk apa lagi ek? ( tambah sendiri) jadi akhwat fillah, lihatlah betapa pentingnya Quran dalam diri dan kehidupan kita. dan insyaAllah tarbiyah mengajar kita untuk menjadikan Quran sentiasa dalam hati kita dan tak segan silu untuk membacanya di tempat tertutup mahupun di tempat umum. di dalam bas, di stesen bas, di kuliah an even di atas motosikal @ kereta. inilah y kita nak bina iaitu Generasi al quran y sentiasa membaca al quran di mana sahaja semata2 mencari keredhaanNya. jadilah generasi rabbani iaitu mereka y mengajar dan belajar al-quran.
' tidak mungkin bagi seorang y telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia " jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah tapi dia berkata " jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kamu mempelajarinya!" ' ( ali imran 3:79)
inilah quran terjemahanku y sudah lama di mamah usia..
p/s : banyak kali terfikir untuk membeli quran terjemahan y baru tapi siapa y nak baca quran terjemahanku y sudah lama?

9 Sep 2009

.: matangkah kita duhai remaja?



alhamdulillah.. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan y menguasai pagi dan petang. Subhanallah.. kebesaranMu y tiada tandingan. Tuhan y mengawal setiap kawalan bumi dan seisinya. Alhamdulillah. masih diberi peluang oleh Allah swt untuk merasai ramadhan sehingga hari y ke- 19. moga2 ramadhan y selama ini kulalui Allah terima segala amalanku dan segala taubatku. Amin..

" awak tak matured la, perangai macam budak2. tapi bila berdepan dengan umum dan menyampaikan sesuatu awak boleh berubah wajah. seperti bukan awak y saya kenal"

umur y mencecah hampir 21tahun atau kalaupun 30 tahun ( like my brother), bukanlah indikator kematangan minda dan peribadi seseorang. bukanlah indikator kepandaian seseorang. Bukanlah indikator banyaknya makan garam. dan bukanlah indikator banyaknya ibadah seseorang. itu semua bukan indikator nya.

kagum dengan seorang akhwat y usianya lebih muda, tapi perwatakannya matang, bicaranya mantap, peribadinya bersemangat dan ilmunya hebat kerana banyak membaca. kadang2 merasa rendah diri dengannya. merasa diri ini masih lagi banyak berpoya-poya dengan dunia. ibadah pun belum tentu Allah terima. apa y kita perhabiskan selama 18-20tahun di bumi Allah? lamanya hidup di dunia tapi tak mampu berbuat apa2.

lihatlah di zaman rasulullah sendiri, bagaimana usia Al Arqam Abi Al Arqam bukan penghalangannya untuk berjuang. Rumahnya di gadaikan untuk dakwah islam. di jadikan tempat penyebaran agama islam secara sulit. padalah usianya barulah 15 tahun ( sila cek balik). padahal bila zaman sekarang, adik lelakiku y berusia 15 tahun di rumah masih lagi bermain2, bermalas-malasan belajar, dipaksa ibadahnya dan bergembira dengan usia remajanya tanpa menyumbang sedikitpun utk islam di luar sana. Astaghfirullah. ( moga adikku sedar satu hari nanti). bukan dia sahaja malah remaja islam kita di luar y masih lagi di buai mimpi dunia dan masih lagi dipasak fikirannya oleh fikiran barat. dimana kamu duhai syabab ( pemuda) sekalian?

berlainan dengan zaman Rasulullah dulu, usia pemuda adalah sangat berharga dalam menyambung perjuangan Rasulullah. Dalam perang, menyampaikan risalah Allah dan melangkah serta terus melangkah. Jika dibandingkan sekarang, remaja memang nampak matured. tapi matured dari segi y lainnya. bukan matured dari segi tindak tanduk dan perlakuan. Bila di lihat di shopping complex atau 'KB mall' sendiri, apalah sangat dengan nilai remaja sekarang. pakaiannya dan gelagatnya seperti orang dah matured, tapi hakikatnya masih lagi buntu dan hilang arah. hilang tujuan. tak tahu tujuan diciptakan. solat apatah lagi. masih lagi berlubang2. bile rasa nak solat, baru nak solat. bila rasa malas, tak perlu solat. inikah anda wahai remaja?

isu couple pula makin hangat di kalangan remaja. sedih bila mana saya keluar ke bandar, berjalan2 di daerah kota bharu dan terengganu, masih ramai lagi atau hampir keseluruhannya pelajar sekolah bercouple. Kalau diikutkan statistik di sekolah kampung saya, hampir 100% mereka y bercouple dan 10% sudah hilang dara ( adik aku report kat sekolah dia, tapi kalau sekolah lain bagus rasanya).

bila mana, adik perempuan saya tak bercouple dan menghalang kawan2nya bercouple, dia di sindir baik sangat. dan dia tak ramai kawan. kerana dikatakan tak 'advance' kononnya. tiada taste katanya. ah.. mengarut semua ini. tahniah orang kafir, kerana berjaya mempengaruhi semua remaja di malaysia ini supaya menjadikan budaya couple amalan mulia. dan tahniah juga untuk remaja di luar sana kerana berjaya meng'couple' kan diri anda. tahukah anda COUPLE ITU HARAM ? jadi, bila dah tahu, cepatlah 'break' ye.
( dengan nada geram) kalau tak puas hati sila emel saya di tira0928[at]yahoo.com.

teringat baru2 ini, berita hangat di lubnan, kisah seorang wanita y memakai seluar panjang y dikatakan tidak sopan dan menyalahi undang2. dikehendaki membayar denda tapi dia enggan dan rela dipenjara. huh.. saya berasa malu dengan diri sendiri. apatah lagi saya peminat seluar. tapi di malaysia, pakai skirt atau seluar pendek tidak dikatakan tidak sopan. ( kerana itu sudah menjadi pandangan biasa semua orang). semakin pendek dan kecik baju atau kain, semakin mahal nilainya. dan apatah lagi, saya merasakan untuk mencari baju2 labuh dan lengan panjang y menepati ciri2 muslimah di pasaraya sangat susah. jadi remaja sekalian, especially pada pengunjung @ follower blog saya y terdiri dari remaja sekolah, y akan mengambil spm, ingatlah, anda penggerak generasi akan datang. cubalah mencari jalan untuk menujuNya bukan mencari jalan menjauhiNya.



(ubahlah dirimu. jadilah pejuang y sentiasa menegakkan kebenaran)

Bangkitlah remaja Islamku
dari kealpaan
dari kemalasan
dari kepalsuan duniawi
dari godaan syaitan yang Maha durjana

Terngiang-ngiang di cuping telingaku
kedengaran
‘remaja Islam kian rapuh’
‘remaja Islam kian mundur’
‘remaja Islam mudah dipijak’
‘remaja Islam kini ala kebaratan’
‘remaja Islam kian diambang kehancuran’

Remaja Islamku
ayuh! Mari kita berganding bahu bersama
tanpa mengira pangkat dan darjat
tanpa mengira warna kulit
untuk menentang kata-kata nista ini

Remaja Islamku
mari kita berjuang bersama
berpaksikan al-quran dan sunnah
berpaksikan iman yang takwa
untuk mengembalikan kegemilangan Islam

Remaja Islamku
berjuang dan terus berjuang
dalam seluruh aspek kehidupanmu
biarpun
hingga titisan darah yang terakhir.

(sumber Berita harian, 31disember 2007)



wallahualam'

p/s : dah lama tak menulis. sekali menulis, panjang lebar. moga Allah tetap memberi keizinan untuk ku terus menulis. kepada adikku Ogy y berada di tingkatan 3, selamat menduduki PMR. buat adikku iza y berada di tingkatan 4, selamat bermujahadah dalam menghadapi perang pemikiran. menjadi pelik itu indah.

28 Ogo 2009

.: maafkan saya semua

alhamudillah.. sudah memasuki ramadhan y ke-7. terasa sangat cepat masa berlalu. ramadhan ini benar2 menguji kesabaran. sabar dalam mengatur kerja2 y tak disiapkan lagi dan sabar menghadapi kerenah sahabat2. tapi, insyaAllah... semoga ramadhan ini tak disia2kan dan marilah sama2 kita cuba menggapai pahala berlipat kali ganda y ditawarkan oleh Allah swt. sudah hampir 2 bulan lebih tidak pulang ke rumah dan akan masuk 3 bulan bila pulang pada 1 hari sebelum nak raya. Rindu untuk berjumpa mak, abah, abang, kakak dan adik2 tersayang. Bagaimanakah keadaan mereka? bagaimanakah sambutan ramadhan mereka di sana? bagaimanakah diri mereka tanpa kehadiranku waktu berbuka puasa? berbagai persoalan tiba-tiba muncul. terasa diri ini benar2 sudah jauh dari keluarga. Tiba2 sayu melihat wajah mak abah y muncul di ruang fikiran. Maafkan saya. Maafkan saya semua. saya tidak mengabaikan kalian. TIDAK.. bukan begitu. tidak sedikitpun hati ini untuk mengabaikan mereka. tapi, jauh di sudut hati ini ingin menghabiskan sepanjang ramadhan bersama mereka. tapi, diri ini terpaksa mengalah. komitmen sebagai pelajar, dai, murobiyah dan sebagai muslim menjadi penghalang. tapi bagaimana komitmen kita sebagai anak, kakak dan adik? aduh.. tiba2 rasa bersalahnya diri ini. bagaimana komitmen kita kadang2 terabai dek sebab komitmen y lainnya. apatah lagi mereka y sengaja menmbah komitmen lain. benar2 diri ini rupanya banyak lagi komitmen tertangguh. semalam.. ingin sahaja hati ini ingin membeli tiket balik ke rumah selepas di taujih oleh murobiyah sendiri. tapi, hati berkira2. memikirkan report y tak dihantar lagi, lecture note y tak dibaca lagi, kertas2 y bertaburan di meja tulis tanpa dikemas dan buku teks y banyak tak diselak lagi. subhanallah.. beratnya apa y ditanggung. ingin sahaja diluahkan kepada mak dan abah, tapi hati ini menghalang. tak sanggup untuk berkongsi beban bersama mak dan abah. cukuplah diri ini sahaja. cukup.. cukup.. tak sanggup hendak berkongsi duka, tapi lebih suka berkongsi suka. itulah diri ini. diajar sebegitu rupa.. ingin melihat wajah mak abah tersenyum girang di sebalik kedutan keringat y mereka curahkan selama ini. ya Allah, tabahkan lah diri ini. kuatkan langkah kaki ini. maafkan diri ini kerana tak dapat balik untuk ramadhan. moga2 kalian dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan dengan jayanya. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. jadikan bulan ramadhan bulan tarbiyah utk kalian. insyaAllah. "wahai mak abahku, luahan ini datang dari anakmu y selalu di rudung sengsara, setelah berfikir panjang, anakmu cuba untuk menggoreskan pena, sekalipun keraguan dan rasa bersalah menyelimuti diri, setiap kali menulis, setiap kali itu pula gores tulisan terhalang oleh tangis dan setiap kali menitikkan air mata, setiap kali itu terluka "
- seorang ayah y selalu menyusahkan diri keranaku- mak abah, bagaimana keadaanmu? bagaimana kesihatanmu? ku harap kalian dalam keadaan baik dalam linkungan rahmat Allah, sudah cukup lama aku tak mencium tanganmu, sudah cukup lama aku tak mendengar suaramu di hadapanku ( di hp shj) sering aku terbayang wajahmu, rasanya baru semalam aku meniggalkanmu. berat rasanya jika aku jauh darimu, kerana takut hilang kesempatan berbakti padamu, takut kehilangan peluang membalas budimu, ingin rasa aku menyiapkan segala sesuatu untukmu. mak abah, janganlah kau lemahkan semangatmu utk raih redha Allah, kerana waktu semakin dekat, aku sangat mencintai dan menghormatimu, aku mahu kau habiskan waktu untuk mencapai husnul khotimah, meraih senyum dan wajah penuh cahaya, di kala berkumpul di sana. di kala kita sama2 satu keluarga, menanti samada dihisab syurga atau neraka.
wallahualam'.

24 Ogo 2009

.: perlu ke stress?

alhamdulillah.. Allah masih lagi kurniakan nikmat stress pada kita, pada aku dan juga pada kamu. Ia adalah anugerah y sangat berharga kan? .ya. mestilah setiap apa y Allah bagi adalah sangat bangat berharga. jadi, stress juga satu y boleh membawa manfaat. stress! satu perkara y tak asing lagi di kalangan pelajar terutamanya pelajar medic. hari-hari mereka berlalu dengan stress. especially bila masuk bulan puasa ni bagi sesetengah orang ( sebab tak dapat makan banyak untuk hilangkan stress). saya sendiri juga tak ketinggalan merasainya. menghadapi nota y menimbun, lecture y kadang2 tak paham, doktor y sedikit garang dan tegas, nak exam, laptop y rosak, aktiviti2 wajib y perlu dihadiri dan peranan sebagai muslim y banyak lagi tak buat.. arghhh.. memang sangat stress. sangat tension. tapi, adakah STRESS.... penyebab kita berhenti di tengah jalan? penyebab terbantutnya langkah? penyebab kita menangis selalu? penyebab kita bermasam muka dengan orang lain? penyebab kita tidak menegur rakan2 dan sahabat kita? penyebab mereka juga sedih? penyebab kita tak nak terus hidup? penyebab kita nak mati saja! ? penyebab kita duduk menunggu apa y bakal tiba? ooo.. bukan. stress bukanlah " penyebab" seperti sume di atas. kadang2 saya merasa menyampah pada sikap kita y stress tapi melakukan perkara2 di atas. kesian mereka y berhadapan dengan anda, mereka juga stress kerana melihat anda stress apatah lagi melakukan perkara di atas. Sememangnya stress itu penting tapi bukanlah berlebihan sehingga merosakkan diri. malah STRESS bisa, membuat kita terus kuat. membuat kita merasai kelemahan ini perlu diperbaiki. membuat kita ingin terus bergerak dan bergerak. membuat kita tahu y diri ini rupanya ada misi. membuat kita tahu kita perlu membahagiakan orang lain bukan menyedihkan mereka. jadi..inilah petanda baik bagi seseorang apabila stress. janganlah menjadikan penyebab stress y berlaku dalam diri kita terbias pada diri orang lain. mereka mengharapkan senyuman dan layanan baik anda. bukan muka y masam dan emosi y tidak stabil. akhwat fillah.saya menasihati diri saya dan kawan2 di laur tu, supaya, " STRESS LAH ANDA, TAPI JANGAN STRESSKAN ORANG LAIN" untuk mereka y stress berzikirlah, ' cukup lah Allah untuk menolong kami, dan Dialah sebaik2 pengurus ( dan terserah kepadanya segala urusan kami) ' ( ali imran, 3:173) * baca banyak kali, insyaAllah tenang* wallahualam'

22 Ogo 2009

.: panduan bulan ramadhan ( fiqh medic )

alhamdulillah.. ramadhan dapat ku gapai jua. meskipun baru satu hari melabuhkan tirainya. insyaAllah sedikit perkongsian untuk sahabat2, akhwat fillah berkenaan isu pasal " doktor dan pesakit". disebabkan saya bakal menjadi doktor kelak ( insyaAllah 3 tahun lagi ), jadi moga anda semua tiada ragu dalam menjalankan ibadah puasa dan dalam masa y sama menerima rawatan dari doktor. harap dapat ambil manfaat. " SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, MARI MEMBURU LAILATUL QADR"

20 Ogo 2009

.: ujian sunnah berjuang

alhamdulillah, Allah masih lagi memberi nikmat air mata padaku setelah hampir kering beberapa hari ini. ya Allah, meskipun jalan tarbiyah ini mengajar menangis untuk sesuatu y berharga, tapi kadang2 kita tak mampu menahan setitis air mata bila menghadapi ujian. Air mata ini sepatutnya di simpan untuk malam2 sunyi y dihabiskan denganMu ya Tuhan. malam memohon ampun, meminta sesuatu agar dikabulkan dan mengadu atas segala masalah. ukhtiku, di jalan ini, menerima ujian itu adalah lumrah. itu adalah perkara biasa. itulah penguat kaki untuk terus melangkah dan melangkah. namun, setiap ujian itu tidak semestinya bisa di papah. mungkin pernah tersungkur jatuh dek ujian y berat. halangan2 dari musuh juga semestinya satu ujian. Musuh utama y dari kalangan syaitan y tak terlihat dan syaitan bertopengkan manusia. musuh y dikalangan orang kafir sendiri dan rakan seperjuangan. ya, siapa lagi kalau bukan umat islam itu sendiri. yang mungkin bukan di kalangan anda tapi di kalangan mereka y tak paham2 islam. dari abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "janganlah kamu saling dengki mendengki, belakang membelakangi antara satu sama lain,hendaklah kamu menjadi hamba2 Allah y bersaudara. seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim y lain. dia tak boleh menzzaliminya, membiarkannya, membohonginya dan menghinanya. ketaqwaan itu di sini. baginda menujukkan ke dadanya sebanyak 3 kali. cukuplah seseorang itu mendapat keburukan, apabila dia menghina saudaranya y muslim. setiap orang muslim itu ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya " ( HR muslim) subhanallah, hadith ini sangat jelas supaya jangan menzalimi saudara seislammu. tapi kadang2 ( selalu je) , kita tetap dizalimi oleh saudara sendiri. kita tetap di benci. kenapa? kerana menyampaikan islam. kerana melakukan taalim. kerana kita menolak kemungkaran. aduh, bagaimana ini? dunia sudah terbalik ke?y batil terus menguasai dan y hak terus ditepis ke tepi. teringat satu kata2 : " akan tiba satu masa nanti mereka y memegang islam ibarat mereka y memegang bara api"
akhwat fillah, bara2 api y panas dan y melukakan kulit2. memang sakit, memang perit, tapi inilah realiti, inilah hakikatnya. zaman semakin berubah. manusia juga semakin berubah. dari y baik menjadi semakin jahat dan tiada nilai diri dan dari y sejahat2nya menjadi semakin baik dan terbaik. ( boleh tgk kawan2 sekelilingku). beginilah tarbiyah.. merubah dari keadaan asal seseorang ke arah y baik dan lebih baik, malah mengajak orang pula. islam itu datang dengan asing dan pergi dengan asing. memang nampak pelik jika membawa islam. memakai tudung (apatah lagi tudung labuh), memakai baju y menutup seluruh tubuh, lebih prefer membaca quran di dalam bas dari majalah hiburan lain sememangnya dianggap PELIK. kita mungkin di anggap ekstremis. tapi masalahnya pelik itu di pandang oleh umat islam sendiri. tak ke pelik? pelik .. pelik... wallahu'alam p/s : cuba bersangka baik dengan manusia dan juga Allah.!

16 Ogo 2009

.: deletelah gambar itu!




alhamdulillah.. masih Allah beri kesempatan hidup dan nikmat y amat banyak tak terkira.


melihat pada laman facebook, friendster, myspace dan macam2 website serta blog, terlihat banyak gambar muslimah terpampang di mana2.
dari y 'free hair', bertudung, bertudung labuh hinggalah y berpurdah. kesian dekat empunya diri y masih lagi tak memahami konsep muslimah dan gambar. tidakkah anda mentadabbur surah annur ?

" katakan kpd para perempuan beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya) kecuali y biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya( auratnya) kecuali kepada......"
(24:31)

ya.. ini surah berkenaan dengan pengarahan supaya wanita menundukkan pandangannya. tapi semakin hari lihatlah wanita ghairah menunjukkan wajah mereka melalui gambar2 y terpampang di setiap laman. zaman benar2 sudah canggih.

akhwat fillah,

anda tidak sepatutnya memaparkan gambar anda untuk menjadi tatapan umum. wajah anda bukan untuk dipandang lama2 lelaki y beriman apatah lagi mereka y rosak dan kotor hatinya. tidakkah ini hanya memberi peluang kepada golongan rijal mendapat dosa?
dimana sifat malu wahai muslimah sekalian.?

Abu Masu'd Uqbah b Amr Al-Anshari Al badrii berkata, Rasulullah saw bersabda:
" sesungguhnya sebahagian dari apa y dikenal orang dari perkataan kenabian pertama ialah ' bila engkau tidak malu berbuatlah sesuka hatimu'" ( HR Bukhari)

bagi golongan lelaki y beriman, mungkin pandangan mereka hanya biasa sahaja dan hanya mampu beristighfar. tapi bagaimanakah lelaki y tinggi syahwatnya? jiwanya perit , hatinya sakit menanggung kesakitan apabila melihat wajahmu meskipun kamu bertudung litup atau bertudung labuh.


dengan satu kesilapan y mungkin anda tak terniat, meskipun sekadar berkongsi dengan teman-teman, ingatlah ia bakal mengundang fitnah. tidaklah saya untuk mengaibkan anda. saya tahu di kalangan anda ada y menjaga pandangan selaras dengan firman Allah, seperti di atas. tapi, berhati-hatilah wahai ukhtiku.

anda bukan main menjaga diri dari tatapan liar lelaki di luar sana, berjalan dengan menundukkan pandangan, tapi akhirnya anda sendiri menjatuhkan diri anda dii lembah kebinasaan. membiarkan diri untuk diperhatikan. haraplah ia bukan tujuan membangga diri dengan apa y di lakukan. lihatlah gambar anda y saiznya besar, bukan sahaja menampakkan segala cacat cela dalam diri anda malah jerawat, tahi lalat dan segala jeragat pun anda hendak tunjukkan.

jadi sekali lagi ukhti, buat apa anda menjaga pandangan tapi memaparkan gambar2 anda di khalayak ramai? bukankah sama sahaja tidak menjaga pandangan kerana mendongakkan muka untuk tatapan kawan2 kononnya
( semestinya menangkap gambar menunjukkan muka, betul tak? takkan ada y menangkap gambar dengan menundukkan pandangan)


penyelesaiannya, deletelah gambar itu. walaupun ada y mengatakan edit atau kecilkan saiz itu. tapi pada saya, DELETE sahaja penyelesainnya. samada di blog2 kesayangan anda, myspace, freindster dan banyak lagi. masih belum terlambat.

ingat wajah anda anugerah Allah, hanya layak2 di pandang berkali2 oleh mereka y layak.
sebaik2 hiasan adalah wanita solehah.
selamat bermujahadah ukhti.


p/s: ade sape2 nak mintak tolong saya deletekan gambar mereka di web2. bisa aja. khidmatku 24 jam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...