IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

21 Dis 2010

Berurusan dengan ikhwah

note: artikel ini khusus untuk akhwat. bagaimanapun, ikhwah boleh sahaja mengambil manfaat.

ikhwah perlu menjaga diri dan kena pandai mengawal imaginasi

" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( surah at-taubah,9:71) 
Sesiapa pun satu hari ini pasti akan terpaksa berurusan dengan ikhwah. Keadaan sekarang memaksa ramai akhwat untuk berurusan dengan ikhwah baik dari segi program, majalah, syuro, liqo’ dan sebagainya.

Mana mungkin ada akhwat yang suka untuk berurusan dengan ikhwah kecuali atas urusan penting. Atas urusan dakwah. Akhwat sendiri seorang yang pemalu dan sudah pasti kalau bukan kerana terpaksa, pasti ramai yang enggan. Bukan kerana takut, tapi kerana betul-betul mahu menjaga diri dari segala panahan syaitan yang sering kali menggoda umat manusia.

Ramai akhwat yang kurang skil dalam berurusan dengan ikhwah. Ya, berurusan dengan ikhwah perlu ada skil supaya nanti tidak timbul maksiat hati atau apa sahaja.

Ber’sms’ atau call?

Ada baiknya jika mahu berurusan menggunakan handphone, pilihlah untuk ber’sms’ dari call. Ini kerana dengan sms, seorang akhwat itu tidak perlu menonjolkan suaranya. Mungkin dengan suara sahaja akan timbul pula masalah pada ikhwah itu sendiri.

Jika ia benar-benar urgent sekalipun, sms dulu. Jika si akhwat tidak membalas juga, barulah call. Sama juga halnya jika terdapat perkara yang memerlukan pemahaman, mulakan sms dahulu. Jika si akhwat tidak faham, barulah call. Tapi pada saya, saya lebih prefer jika emel dimanfaatkan sepenuhnya.

suka kalau saya kongsikan artikel dari shoutul ikhwah tentang sms merah jambu.

Emel atau ber’chatting’?

Ada seorang akhwat bercerita, dia terpaksa mem’block’ seorang ikhwah daripada berurusan melalui chatting dengan alasan chatting yang terlalu kerap atas urusan dakwah. Padahal system emel boleh dimanfaatkannya.

Ada juga akhwat, sebelum meng’approve’ seseorang dari gtalk nya, dia akan menyoal selidik siapa yang meng’add’nya. Jika benar akhwat, maka barulah di’approve’ nya.

Apa yang ditekankan di sini, cubalah memanfaatkan emel yang sedia ada dari menggunakan system chatting dalam sesuatu urusan kerana system chatting mungkin akan menimbulkan masalah di hati pada ikhwah atau akhwat itu sendiri.

Elakkan berjumpa

Siapa suka kalau dapat berjumpa dengan ikhwah? Pasti ada yang sebolehnya mengelak dari bertembung atau bertemu walaupun itu juga atas urusan dakwah seperti meminjam kereta, memberi barang, meeting dan sebagainya.

Dalam urusan memberi barang atau kunci kenderaan, ada skil sebenarnya bagi mengelakkan berjumpa. Contoh dalam urusan meminjam kenderaan, tidak perlu seorang akhwat itu terus berjumpa secara lansung dengan ikhwah itu hanya untuk memberi kunci kenderaan atau barang. Sebaiknya letakkan kunci itu di tempat yang selamat atau tinggalkannya di dalam kereta bagi mengelakkan diri yang memberi bertembung dengan diri yang menerima. Apatah lagi jika akhwat itu berseorangan. 

berurusanlah sepuasnya bila telah bernikah

Saya bukan menhalang jika ikhwah dan akhwat itu mahu berjumpa atas urusan yang tersangat urgent, tapi sebaiknya elakkan untuk berjumpa. jika terpaksa, bawalah peneman yang boleh mengingatkan dan memantau atas urusan apakah itu.

Jika program bercampur sekalipun, batasan tetap dijaga. Ikhwah dan akhwat dipisahkan dengan tabir dan kedudukan ikhwah di depan dan akhwat di belakang bagi mengelakkan zina mata. Bagaimana pula diluar program, bukankah kita lebih patut menjaga?

Waktu 12 malam dan “smiley”

Berurusan dengan ikhwah perlu tidak melebihi jam 12 malam. Itu pesan seorang ikhwah pada saya semasa pengisian halaqah. Sememangnya itu adalah waktu tidur dan tak perlulah di ganggu. Tapi mungkin ada sebab yang lebih penting dari itu dan hanya ikhwah sahaja tahu apakah itu.

Dan juga dalam berurusan, samada emel, chatting atau sms, tidak perlulah meletakkan ikon “smiley” dalam mesej anda. Jangan pernah cuba. Kerana ini menunjukkan kurangnya ketegasan anda dalam berurusan. Banyak ikon-ikon “smiley” seperti ^^, ^__^, (‘,’) dan banyak lagi yang suka akhwat letak kononya tunjuk mesra.

Bagaimana jika ikhwah itu murobbi kamu?

Ada sesetengah akhwat terpaksa dapat ikhwah sebagai murobbi. Ingat, layanan anda takkan terlebih seperti anda berurusan dengan seorang ikhwah biasa. Malah seorang akhwat itu sepatutnya lebih menjaga dan lebih berhati-hati kerana kekerapan berjumpa dalam halaqah atau urusan lain mungkin boleh menimbulkan masalah-masalah lain. Isteri seorang murobbi juga bakal cemburu disebabkan perjumpaan atau urusan yang terlalu kerap seorang suami dengan mutorobiyahnya padahal urusan itu boleh sahaja diselesaikan di dalam halaqah.

Nasihat buat murobbi, hadkan penggunaan call dan guna alternatif emel dan sms bagi segala musykilah atau urusan. Jangan pernah ingat batasan anda dengan mutorobbiyah akan berkurang jika anda adalah murobbi kepada akhwat itu. cumanya, masalah dan musykilah itu tetap perlu dikongsi bersama selagi mana ia adalah untuk kemaslahatan dakwah bersama.

akhwat perlu menjaga diri dan kena pandai mengawal emosi

Penutup: pilihan terletak pada anda

Ini pandangan saya. Saya tidak memaksa untuk anda ikut. Cuma, anda boleh mengambil skil ini untuk diaplikasikan jika berurusan dengan ikhwah. Kalau bukan kita yang menjaga, kita mahu mengharapkan ikhwah menjaga? Pasti tidak..

Diagnosis diri ku dan dirimu. Adakah kau betul menjaga dirimu dalam berurusan dengan ikhwah? Kalau ya, Alhamdulillah. Kalau tidak, fikir-fikirkanlah..

p/s: ikhwah dan akhwat bukan malaikat

18 teguran:

Tanpa Nama berkata...

salam...suka unt ana share ni..(variables about ikhtilat):
1)ruang-adakah ianya private or umum. kalo private seperti ym,sms or call dan ketika itu hanya antara akhwat n ikhwah,sangat bahaye..
2)masa-berbeza antara siang dan malam.contoh situasi menaiki teksi antara driver teksi lelaki dan penumpang perempuan. sangat berbeza keadaan jk situasi ini dialami dlm masa siang dan malam.malam sangat bahaya dan boleh menimbulkan fitnah.
3)usia-umur memainkan peranan penting.antara tua dan muda. berbeza sekali urusan antara nenek dan pemuda yang sebaya dengan cucunya DAN antara pakcik dan anak saudara perempuan.
4)relationship-contoh:jk tetamu yg datang kerumah itu ada hubungan kekeluargaan dan ketika itu hanya ada aminah n ali yang mempunyai hubungan kekeluargaan makcik dan anak saudara, perlu memuliakan tetamu dan dalam masa yang sama perlu memanggil orang ketiga supaya tidak timbul fitnah.jgn la tetamu itu dilayan seperti org yg tidak dikenali.
5)fatwa hati-semua variable2 di atas bergantung juga pada hati masing2.kalo rasa x sedap hati or ragu2 baik jauhkan. hati yg bersih dpt bezakan baik n buruk.
ini adalah pertambahan dari blog indahnya iman,
http://cahayacita-citakami.blogspot.com/2010/12/5-pemboleh-ubah.html

Tanpa Nama berkata...

salam 'alaik.

bg ana, 1 je. be profesional. bak kate ikhwah:

"knape takut2? memg ade prasaan ke? ckp je ape yg pnting. ktorg lg suke kalu akhowat direct."

wallahua'lam.

adeq berkata...

bagus artikel ini !gudjob sis.

tanpa nama : ikhwah memang slumber , tapi akhwat tidak.hati akhwat ikhwah kadang2 tidak mengerti,hati ikhwah jugak kadang2 kami x mengerti.

apapun tanya iman lah,itu paling baik.adakaha hanya kerana da ikhwah maka menjaga.bagaimana dengan bukan ikhwah.

ada gak akhwat jenis slumber yaya.sebab nak cepat dan x perlu rumit.tapi slumber dia tidak lah meleweh.apapun menjaga itu lebih baik.

shymushah berkata...

sangat suke entry ni
and kite suke observe people sometimes mereka ni malu tak bertempat bile berdpn dgn ikhwah,ya mereka sgt jaga segalanya..tapi bile berurusan dengan akhwat jadi sebaliknya pula..sampaikan ade ikhwah yg terpeasan dgn sikap2 mereka ni..
kite sgt setuju dgn tanpa nama "be profesional"..
ape2 pun sama2 kite memperbaiki diri..
:))

brohamzh berkata...

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, teguran dan pandangan yang mengena pada masa, tempat dan ketikanya.

Komunikasi adalah aspek terpenting perhubungan keinsanan. Komunikasi biar jelas, terang, lurus dan sampai mesejnya.

Itu dasarnya. - Mediumnya, letakan syara di hadapan.

Sekian

BroHamzah

http://brohamzah.blogspot.com

dr. mujahidah berkata...

thanks atas infonya. apa nak disimpulkan dari komen ini adalah:


" be professional dalam berurusan"

Tanpa Nama berkata...

sayang buntu dgn muslimin yg xfaham bahasa.

analytical_blue berkata...

Salam.

Ukhti.. ^_^ (icon mesra). Huhu..
Nice entry. moga sentiasa terus istoqomah dan steadfast di jalan ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg ada benarnya, namun takut2 nanti akan ada dalam kalangan yg akan jadi ekstrim. Sampai ikhwah tanya aktiviti apa selepas ini pun dibuat tak tahu sedangkan ikhwah yg tanya tu sudah nikah dah pun.

Janganlah ghuluw dalam beragama. Takut2 nanti Islam yg cantik akan bertukar hodoh dgn fatwa2 dangkal dan tafsiran2 pribadi kita.

Apa pun direct is the best way. Cakap direct atau sms direct jer kalau ada apa2 masalah.

p/s : direct tu dalam masalah dakwah sahaja, kalau masalah lain sila suarakan mengikut saluran masing2.

amaat

Tanpa Nama berkata...

Bagus perkongsian ini....
Sbb ana pernah ad pengalaman ni...
Msa tu sgt takut nak berurusan walaupun ats dsr dakwah..
Alhmdlh...panduan ini sgt berguna..

Tanpa Nama berkata...

Pada sy, mmg kita nak mengelakkan semua tu. tepat sekali. Namun, sampai block2 orang. teruk sangt ke hati tu? sampai tidak mampu nak tahan semua tu?

dr. mujahidah berkata...

tanpa nama: cube baca sampai abis..block dengan alasan chatting y terlalu kerap padahal byk cara lain boleh gune.

adeq berkata...

BLOCK dan REMOVE usaha yang baik untuk menjaga iman.mesti ad sebab kalau BLOCK kan, mesti orang yang kena BLOCK tu TERUKS ! ingat perempuan nhe lembik sangat ke hati?ingat mudah tergoda ke dengan pujuk rayuan, menagih simpati dan belas kasihan.mempergunakan ayat-ayat yang manis, orang macam nhe memang patut kena BLOCK dalam hidup.huhu.

- macam kejam je ayat -

Tanpa Nama berkata...

haih... mcm2 la...

Tanpa Nama berkata...

anda yg tulis entry ni mcm mane eh? ada block2 jugak ke?

dr. mujahidah berkata...

tanpa nama: ini bukan macam2. ini betul2. kalau utk menjaga iman, apa salahnya.

tanpa nama: saya ada block orang dalam chat sebab saya lebih selesa untuk segala urusan by emel.

siswi berkata...

yeyey, mari block TANPA NAMA.hehe.

Novelgurl berkata...

InsyaAllah boleh..tp sshnya bila bertembung ..umang aii ..Sensitif sgt hti nie kott..huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...