gelap dan sunyi, waktu sesuai merintih pada Ilahi
saya terima emel dari adik pada 14 November 2010, ahad. ini luahannya. saya mahu post entri ini pada hari itu juga. tapi dihalang. adik amanahkan saya post puisi ini setelah dia habis exam SPM.. terimalah...
Dingin,
Hujan renyai ,
Dingin malam buat tubuhku membeku,
Ku gagahi kaki melangkah,
Wudhu' sebagai temanku,
Sejadah dibentang dengan kemas,
Takbir ku angkat,diiringi sujud dan rukuk,
Zikir dan istghfar menggetarkan hati..
Ya Allah..
Pada malam ini aku bersujud,
Menyatakan kekesalanku,
Menyatakan cintaku kepadaMu,
Air mata ini bergenang tanpa ku undang..
Ya Allah..
Aku takut esok hari,
Mungkin esok hari aku menjadi orang yang paling Engkau murka,
Mungkin esok hari aku menjadi anak yang derhaka,
Mungkin esok hari aku jadi sahabat yang menyakiti,
Mungkin esok hari aku jadi pelajar yang berputus asa,
Mungkin juga esok hari menjadi orang yang paling dibenci,
Aku takut tanpa sedar aku melakukannya…
Aku mohon hindarkalah….
Tapi ya Allah..
Aku sangat berharap hari kehadiranku esok mendatangkan ceria,
Mengukir senyuman di wajah ayahanda dan ibunda,
Menjadi sahabat yang setia,
Menjadi pelajar yang berjaya bersama,
Menjadi penyenang insan disekeliling.
Ya Allah..
Di sini aku ingin sekali ayahanda dan ibundaku tahu,
Betapa sayang dan cintaku kepada mereka selepas Allah dan rasulMu,
Namun kadang-kadang tanpa sadar aku melukai hati mereka ya Allah,
Aku takut sekali andai mereka terluka,
Aku mahu jadi anak yang solehah ya Allah,
Aku tidak mahu mengguris hati mereka,
Aku senang melihat mereka senang,
Gembira tidak dapat ku ungkap ketika kita berdiri solat bersama,
Detik-detik manis akan ku cuba ukir sehingga akhir hayat kita bersama..
Ya Allah..
Kau juga mengetahui akak-akak kesayanganku,
mereka yang selalu di sampingku,
Menjadi peniup semangat juang takala aku lemah,
Tatkala air mata putus asa melimpah,
Bicara lembut sering menjadi penawar,
Supaya menjadi insan yang berjuang kearah matlamat hidupnya,
Tidak gentar dengan perubahan,
Melewati hari-hari yang mendatang dengan gagah.
Ya Allah..
Aku juga punya sahabat,aku ingin sekali dia tahu,
Dia adalah sahabat ku keranaMu selamanya,
Aku tidak mahu andai hubungan ini hanya sekadar suka-suka,
Alhamdulillah kita sama-sama saling mengerti,
Tentang tujuan hidup kita di dunia sementara ini,
Saling mengingatkan dan menguatkan,
Semoga kasih kami kekal selamanya ya Allah,
Kerana dia sahabatku sampai ke syurga..
Ya Allah yang maha mengetahui segala,
Bahagiakanlah hati mereka sebagaimana mereka membahagiakan hatiku,
Kau peluklah hati mereka tatkala kesedihan merangkul mereka,
Siramilah jiwa dan hati mereka dengan ketenangan,
Kau iringilah langkah mereka dengan redhaMu,
Suburkan sayang ,cinta dan kasih kami semata hanya keranaMu,
Hanya keranaMu ya Allah…
“ kebahagiaan yang diinginkan oleh semua manusia berasal dari dalam jiwa dan hati mereka sendiri. Hati yang sentiasa hidup dan berkomunikasi dengan Allah adalah sumber kebahagiaan.”
“ Wahai generasi muda, perbaikilah imanmu. Sesungguhnya kekuatan yang paling utama adalah iman. Iman akan menghasilkan persatuan. Persatuan akan menghasilkan kemenangan. Berimanlah, berukhwahlah, berbuatlah, lalu tunggulah kemenangan itu”
( Hassan Al Banna, Komitmen Dai Sejati)
3 teguran:
T_T
sebelum cahaya ~
puitis juga iza ek.
truskan bersemangat iza....
salam...
windu dkt nyau n k.nyau
tnpa nma; jzkk =)
Catat Ulasan