Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

12 Apr 2012

Keseronokan vs keimanan


Seronoknya..yeeha..!


Apa yang seronok dalam hidup ni?
Sesuatu yang buat kita happy dan gembira. Sesuatu yang enjoy.

Di kaca mata manusia biasa, keseronokan adalah permainan, perkara yang diminati, hobi dan sebagainya. Inilah yang menjadi pilihan kebanyakan manusia padahal kita tahu ini keseronokan sementara dan terdapat keseronokan yang abadi sebenarnya iaitu di akhirat nanti.

Benarlah firman Allah swt tentang keseronokan dunia.:

" dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya.."(Surah Al Ankabut,29: 64)

Kita lebih mementingkan keseronokan

Minat games? Minat sukan? Minat main?
Setiap orang ada bakat masing-masing. Ada permainan masing-masing. Ada kesukaan masing-masing. Namun, adakah bermakna kita perlu memperjuangkan ini semua semata-mata untuk kebahagiaan sementara?

Ayuh lihatlah di luar sana. Ada manusia yang sanggup mengorbankan hujung minggu untuk berlatih taekwando. Ada juga sanggup mengorbankan setiap petangnya untuk berlatih bola jaring. Malah tidak kurang waktu malam untuk berlatih kawad. Tahniah atas pengorbanan ini, namun sedarkah kita bahawa pengorbanan inikah yang Allah nak?

Lihat contoh seorang akhwat yang sanggup mengorbankan bakatnya bermain bola jaring demi untuk hadir ke halaqah dan program secara konsisten. Tidak lupa juga, terdapat akhwat yang meleburkan bakatnya bermain catur semata-mata merasa kepentingannya sekarang adalah untuk mengubah umat. Ada juga akhwat yang mengorbankan bakat bertaekwando kerana merasakan mahu menjaga ikhtilat dan adab sebagai muslimah. 

Siapa tidak tahu, sebenarnya akhwat di luar sana, mempunyai bakat yang luar biasa. Namun, mereka mengorbankannya demi untuk Islam dan kerana mereka faham bahawa tugas mereka di dunia ini bukan sekadar untuk main-main..!

" Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud ?....." (Surah Al Mukminun 23, 115)

Meninggalkan keimanan

Orang yang mementingkan keseronokan akan meninggalkan keimanan. 

Ya, benar sudah terbukti. Lihat sahaja orang-orang seperti ini, adakah mereka risau dan sedih tidak dapat ke majlis ilmu atau mereka risau dan sedih tidak dapat hadir ke latihan sukan?

Atau adakah mereka risau dan sedih tidak dipilih ke daurah/program atau mereka risau dan sedih tidak terpilih ke stage permainan seterusnya?

Benar-benar bertentangan sekali kerisauan dan kesedihan kita kan?

Dan akhirnya orang inilah yang mengatakan mereka sibuk dan mereka tidak punya masa untuk agama Allah !

Di zaman Rasulullah sendiri pun telah ada kelompok sebegini yang mementingkan permainan.

" Dan apabila mereka melihat perdagangan dan permainan, mereka segera menujunya dan meninggalkan engkau (Muhammad) sedang berdiri berkhutbah.."
( Surah Al Jumuah, 62: 11)

hanyalah keimanan

Penutup: kita tidak perlu keseronokan dunia

Setuju dengan statement ni?
Kalau setuju, tinggalkan.
Jika tidak, teruskan dengan keseronokan anda.

" Akak, hidup saya tidak boleh dipisahkan daripada sukan..!"


Apakah kepentingan diri yang kita nakkan sebenarnya? Populariti, merit atau seronok?
Sesungguhnya kesihatan tubuh adalah salah satu muwasafat(karakter) tarbiyah yang sangat penting. Saya tidak menghalang sukan. Cumanya, bukankah ada alternatif lain iaitu bersukan bersama akhwat. 


Ayuh majulah sukan untuk akhwat.. !
sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...