Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

29 Mac 2010

masalah besar: GAMBAR


terbaca satu tajuk berkenaan masalah besar.. masalah di mana tentang GAMBAR.
apa yang besarnya masalah ini?
mungkin pada kita, itu bukan masalah.
itu bukan satu dosa.
itu hanya gambar..
G A M B A R.. that's all.

soalan cepumas

berapa ramai kaum hawa memaparkan gambar mereka di laman-laman sosial atau blog?

berapa ramai kaum hawa yang tidak menghalang rakannya memaparkan gambarnya ?

berapa ramai kaum hawa yang tidak kisah gambarnya di tayang ?

berapa ramai kaum hawa yang bangga dengan gambarnya di letak as primary photo?

berapa ramai kaum hawa yang mahu orang lain menatapi gambarnya?

berapa ramaikah?

pasti ramai bukan..

dan bilangan ramai ini, sebahagian dari mereka adalah akhwat sendiri !!!

tidak setuju

sangat tidak wajar sebenarnya seorang muslimat memaparkan gambar mereka sesuka hati di laman-laman sosial atau blog. ( itu pendapat dan prinsip saya)
boleh lihat link ini:  muslimah dan gambar atau deletelah gambar itu

di ambil dari contoh facebook sendiri. bahayanya meletak gambar di facebook yang hampir boleh di lihat oleh berjuta-juta orang.

dan bahayanya juga, kaum lelaki bisa merenung anda lama-lama dan kemudian meng 'add' anda sebagai kawan dan kemudian memulakan chatting atau mesej or komen. dan bermulalah pergaulan dan perhubungan yang di haramkan syara'. awas bagi wanita yang bertudung labuh juga boleh terjebak dalam kes ini.

atau juga prinsip tagging dalam facebook. dan juga permainan kuiz nasib yang merosakkan aqidah.

apa yang baiknya tentang facebook kalau hanya sekadar mahu cari kenalan baru dan ramai.? adakah untuk di ajak taalim atau halaqah? mustahil aja..

tiada guna

apa gunanya facebook kalau lebih banyak habiskan membaca komen dan view profile orang dari menghabiskan banyak masa dengan baca quran..?

apa gunanya kalau ia terang-terangan memudahkan yahudi laknatullah mengakses maklumat peribadi kita dan merisik perilaku umat islam.. apa faedahnya kawan-kawan wa akhwatfillah sekalian?

mahu berdakwah dengan facebook? anda terdesakkah? apa tiada cara lain lagi untuk berdakwah?
mungkin sampai satu masa, anda yang di dakwah oleh facebook yang banyak maksiatnya itu..

blog
meletak gambar di blog juga saya tidak setuju. apatah lagi menceritakan kisah-kisah peribadinya tanpa ada pengajaran pun.

ada orang kata, letak gambar ramai-ramai tidak mengapa. tapi pada saya sama sahaja. gambar ramai atau gambar sorang, itu tetap sama. mempamerkan gambar anda pada umum.
mahu berbangga-bangga? saya tidak tahu. tapi kadang-kadang orang boleh tahu.

p/s : terpulang pada pendapat masing-masing. ini pendapat saya.

25 Mac 2010

My name is Siti, and I'm not terrorist

asal tajuk ini dari Filem, My Name Is Khan.
Filem Hindustan yang sebenarnya berkait rapat dengan Muslim.


Bedah Filem


mencuri masa sedikit menghabiskan filem 2 jam ini di dalam bas.
watak utama filem ini Shah Rukh Khan. tapi itu bukanlah sebab utama.
cuma apa yang nak di simpulkan adalah tentang bagaimana kisah seorang muslim yang di anggap terrorist selepas kejadian 9/11.


1) perniagaan mereka hancur
2) kematian anak kerana di bunuh oleh mereka yang benci pada Islam
3) rumah tangga yang tak stabil
4) mencari Mr. President
5) di masukkan ke penjara yang amat dahsyat


dan banyak lagi. better tengok sendiri.


Ada kelemahan


tidak semua filem yang kita tonton sempurna.
mungkin kadang-kadang ada sesuatu yang kita tak setuju.
tapi ia adalah satu idea yang bagus dalam pembikinan filem.
yang pasti memberi kesedaran kepada semua islamphobia.


Cuba cari masa


bukan suruh tonton sekarang, cari masa. mungkin di tonton semasa dalam bas atau kereta. at least, masa kita tak di bazirkan begitu sahaja. saya dapat tahu filem ini dari Ustaz Shaari penulis blog rijal82 semasa beliau bagi talk pasal 2012 dan Dajjal.


p/s : selamat menonton. saya tak paksa. saya bagi cadangan. semoga Allah redha.

22 Mac 2010

pilih buku ini



terdapat berjuta-juta dan bermacam-macam jenis buku dalam hampir 200 buah booth yang berlainan syarikat. dan apa yang mengejutkan saya, kedai buku Banggol dari Kelantan pun turut serta. tapi amat mengecewakan, saya tak jumpa booth dari FAJAR ILMU BARU ( FIB). sebenarnya, banyak buku yang saya nak cari di FIB.

buku sudah dibeli

selama 1 jam setengah berlegar dan berpusing-pusing di ruang pesta buku, saya tak mampu membeli apa-apa buku.

dan akhirnya sebelum keluar dari situ, saya sempat berhenti di booth berdekatan pintu keluar iaitu pustaka Darussalam.

memilih secara rawak buku-buku yang agak-agak best dan menarik.

1) buku Dajjal sudah muncul dari Khurasan ( mantapkan lagi pengetahuan tentang Dajjal)
2) Anakku Hebat, Anakku Soleh ( persediaan membina baitud Duat)
3) Tautan hati karangan Fatimah Syarha ( hadiah buat adik)

Cadangan

sebenarnya sebelum pergi ke pesta buku lagi, sepatutnya kita sudah ada perancangan mahu beli buku apa. tapi kadang-kadang meskipun sudah ada perancangan, buku yang dicari tidak berjaya ditemukan
cemburu melihat seorang akhwat yang mampu membeli buku yang amat diperlukan dalam dakwah dan tarbiyah.

1) Syamail Muhammad Keperibadian Rasulullah Imam Al tirmidzi
2) How to win friends and influence people - Dale Carnegie
3) menuju puncak kecemerlangan
4) siapa Khadijah binti Khuwailid

Jangan lepaskan peluang ini

siapa yang berkelapangan, bolehlah hadirkan diri ke pesta buku ini.
saya amat menggalakkan anda pergi.
cuma, pesanan saya, buatlah perancangan sebelum pergi dan bawalah duit yang secukupnya.

p/s : terpaksa dan dipaksa berpusing turun ke bawah sebelum pergi ke booth di depan mata. 

20 Mac 2010

RCH

Radix Chicken House..
Sekarang nama itu sudah cukup sinonim di kelantan. Cawangan yang terbaru di buka di Kota Bharu Trade Centre di tingkat 3.

Sokonglah

nape saya suruh anda semua menyokong? kerana ia adalah buatan tangan orang islam sendiri. syarikat muslim.
ayam muslim organik. barangan muslim. halal dan sedap.

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Jauhi produk israel

saya agak kesal dengan sikap kita umat islam. kita selalu pandang remeh perkara ini. kita tak pernah berasa bersalah dengan sikap kita yang tidak memboikot produk israel. saya dapat lihat dari jauh, restoran-restoran makanan segera ini sering dikunjungi orang.padahal restoran ini menyokong tentera yahudi israel untuk membunuh umat islam palestin dan menawan masjid al-aqsa.

Jika ianya satu perkara yang remeh, Sheikh Yusuf alQardhawi tidak akan memberikan fatwa 
beliau yang jelas dan tegas :
"Membeli segala produk mereka (Israel dan sekutunya) sama dengan menambah hujanan peluru
ke jantung saudara dan anak-anak di Palestina atau dalam arti mendukung operasi dan 
agresinya,"
 
www.inminds.co.uk

Sensitiviti

dimana sensitiviti kita?
dikala umat islam sekarang di palestin tengah dalam keadaan yang memilukan.
supportlah produk muslim dan boikotlah produk israel. bukan sahaja dari segi makanan, tapi, dari segi semua jenis barangan.

p/s : Eddlie Fried Chicken(EFC) pun ada.

16 Mac 2010

pilihlah agamanya

' makcik nak calon yang tinggi, putih, bakal doktor untuk anak lelaki makcik. tak mahu yang rendah-rendah. memang student medic USMkk ni rendah-rendah belaka ye, mungkin banyak perah otak sampai begitu sekali '

ya, itulah hasrat seorang ibu yang sungguh sungguh mencari bakal isteri untuk anaknya. mungkin bukan seorang ibu, tapi seluruh ibu-ibu di dunia ini, pasti menginginkan menantu perempuannya itu cantik dan berkedudukan.

tapi, ingatlah, itu bukanlah kayu pengukur pada diri nya.

Rasulullah dah bagi pilihan

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

agamalah yang paling penting dalam memilih calon isteri.
ruginya si lelaki yang menghantar puluhan ribu untuk mendapat si bakal isteri tetapi terpaksa menanggung dosa isteri yang tidak menutup aurat semasa proses pernikahan.
memberi emas permata, tapi dibalasnya dengan DOSA. kesian si lelaki menganggung dosa si isteri yang tabarruj ketika bernikah.

Generasi Khaira Ummah

tidakkah kalian tahu, dengan memilih agamanya, maka tidak mustahil akan lahir ramai generasi-generasi penggerak islam, generasi rabbani, generasi dai' dan dai'yah cilik yang petah menyampaikan kebenaran dan bijak dalam pelajaran.

lihatlah kalian contoh yang terdapat pada zaman sahabat. sahabat yang hebat berkahwin dengan sahabiah yang hebat, maka lahirlah anak yang hebat.

lihatlah, bagaimana Asma' binti abu bakar berkahwin dengan zubair al awwam dan mendapat anak hebat yang tidak takut pada sesiapa pun kecuali Allah meskipun Umar Al Khatab. itulah Abdullah bin Zubair.

binalah Baitud Dua't

pesananku, bukan baitul muslim sahaja kita patut bina, tapi baitud du'at yang melahirkan dai dan dai'yah yang sanggup memperjuangkan islam dan menyebarkannya sehingga terkorban.

perbetulkan impian mu duhai ibu dan bapa, anak itu anugerah. satu nikmat yang perlu di jaga rapi. kekalkan keputihan mereka. jangan dibiarkan comot dan diwarnakan dengan warna yang merosakkan. kasihanilah mereka dan kasihanilah dirimu. kelak kau akan tahu yang kau sudah rugi sesuatu.

p/s : sebagai persediaan sebelum nikah.

12 Mac 2010

DOWN

wajrlah seorang manusia itu mengalami kejenuhan,kekeringan, kebosanan dan sebagainya dalam melakukan suatu tanggungjawab atau perkerjaan yang sama..
memang itu lumrah seorang manusia..

tetapi akhi wa ukhti..
bkn itu yg kita harapkan dari orang yang ditarbiyyah dn tidak wajarlah seorang insan bergelar daie menjadikan ia sebagai suatu escapism dalam menunaikan tanggungjawab.

sepatutnya mencari catalyst untuk melonjakkan semangat tersebut..apakah ia??
sudah tentunya kedekatan kita dengan Allah..mari ambil ibrah dari hadis ini:
Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda : ”Allah SWT berfirman : ”Aku dengan persangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia berzdikir kepada-Ku, dan Allah SWT lebih senang dengan taubat seorang manusia dari pada seorang kalian menemukan kembali perbekalannya di pada tandus. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim).

seterusnya akhi wal ukhti..
variasikan gerak kerjamu..
suatu tugasan itu bisa menjadi bosan seandainya cara perlaksanaannya sama sahaja..
ia ibarat halaqah yang muntijah atau tidak..(boleh lihat buku kesuksesan halaqah-satria hadi lubis)
muntijahnya suatu halaqah itu dinilai dari sudut dinamik(variasi) dan juga produktifnya halaqah itu..
seandainya dinamik tetapi tidak produktif, maka halaqah itu masih lagi kekurangan..
kita berjaya membuat halaqah kita dengan aktiviti yang baik dan menarik..
tetapi tidak mampu melahirkan kader yang core..
mgkn ibarat buih-buih sahaja..

begitu juga jika halaqah itu produktif..
tetapi tidak dinamik..
ini akan mendatangkan seorang itu kejenuhan dalam tarbiyyah..
mgkn akan menyebabkan ia terbeban dengan dakwah dan akhirnya tercicir di atas jalan yang mahal ini..
nauzubillahi min zalik..

akhirnya..JADIKAN DIRI KITA ENJOY DENGAN DAKWAH..

ENJOY DALAM DAKWAH..
ANALOGI 3 PEKERJA (dari Saiful islam..http://saifulislam.com/?p=15)

Analogikan sahaja kepada 3 pekerja.

Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu.
Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan.
Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat 
kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.

Anda pendakwah kategori mana?

Semasa berdepan dengan mesyuarat dan 
tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.

Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. 
Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran).

Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar. Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.



sumber

Dakwah itu cinta

......... 1 emel received.
emel dari Ikin. akhwat yang ku rindui, lama tak kutemui,. bukan Ikin sahaja, tapi semua akhwat IPKT. ana rindu kalian..


************************


Memang seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.
Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret...Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.


Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. 
Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. 
Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.
Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada. 

Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi
kewajaran. 
Dan menjadi semacam tonik bagi iman..Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, 


“ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “
Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

ps : cubalah kita sebaik mungkin utk melaksanakan & menghadiri setiap pertemuan & setiap tanggungjwb yg diberi walaupun sekecil tugasan di usrah. bkn kerana takutkan murabbi tetapi kerana cinta kita pada dakwah :)

8 Mac 2010

pertolonganMu



"Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Qs. al-Baqarah: 214)


kali ini dia berdoa dengan sungguh-sungguh,
setelah doa yang dulu hanya sekadar doa yang lalai,
doa yang lalai dari hambaNya yang sering lalai,
entah kenapa pertolongan Allah itu benar-benar sangat dibutuhkan kali ini,
tiba-tiba hati rasa bersalah,
jiwa rasa gundah,
duduk tak tentu arah,
apakah benar doa yang sebelum ini hanyalah sekadar syarat?

bila diri ada masalah,
bila hati gelisah,
barulah merangkak duduk lama
di tikar sejadah.. 
memohon pertolonganNya dengan khusyuk,
dengan tawaduk,
hatinya bersuara,
YaAllah, bantulah aku,
pertolonganMu sangat aku perlukan,
harapanku masalah ini kau hilangkan,
aku tak terdaya lagi menahan,
walaupun beban itu Kau bagi menurut kesanggupan,.

andai ini ujian,
bagiku kesabaran,
sesungguhnya aku benar-benar mengharapkan pertolonganMu,
benar-benar memerlukan bantuanMu,
agar tak terkapai-kapai lagi aku
agar tak jauh aku
dari hidayahMu.

ya Allah,
PertolonganMu aku butuh kan, 
pertolonganMu
...

p/s : masalah ini kuharap cepat-cepat diselesaikan, aku tak tertahan..

4 Mac 2010

saat itu




Pipinya basah penuh air mata,
mahu saja di biarkan air mata darah yang mengalir kali ini,
titik-titik hitam datang kembali,
kali ini lebih banyak,
hampir menguasai hati nya,
taubat nasuha itu tidak berguna sama sekali bagi dirinya,
dia mengulang kembali kesilapan itu,
saat itu dia merasai dirinya menjemput kemurkaan Allah,
saat itu hatinya rasa jauh dengan Allah,
saat itu tubuhnya lemah akibat dosa itu.

Ya Allah,
sebutan berkali-kali,
Ya Allah,
dingin air mata mengalir deras,
tertunduk sebak,
kain sejadah di depannya di genggam kuat,
nafas turun naik,
Allahuakbar... aku tak nak ulang lagi dosa itu.
Allahuakbar... malu untuk aku berjanji sekali lagi.
tiba-tiba, Allaaaaahhhhhhhhh...
memecah kesunyian pagi itu.
di susuli tangis esak seorang hamba yang
mengharap pengampunan.
betul-betul..
seakan-akan ini taubat yang terakhir kalinya,
saat itu, di gagahi kembali azam dan tekadnya,
untuk tinggalkan dosa itu.
saat itu......



p/s : saat itu, detik bermula. khas untuk mereka yang mengharap pengampunan Allah

2 Mac 2010

jangan salahkan tarbiyah





ramai orang suka salahkan tarbiyah. apa mereka ingat tarbiyah ini harus dipersalahkan? apa mereka ini tiada kerja lain?


bila penat, tak bermaya, badan tak sihat,
salahkan tarbiyah.


apabila tak sempat makan malam,
salahkan tarbiyah.


apabila tidak cukup tidur,
salahkan tarbiyah.


apabila tak hadir ke kuliyah,
salahkan tarbiyah.


apabila tak sempat belajar dan habiskan nota,
salahkan tarbiyah.


apabila jatuh motor dalam perjalanan ke halaqah,
salahkan tarbiyah.


apabila tak siap assingment dan PBL,
salahkan tarbiyah.


apabila di fitnah dan tak di sukai ramai,
salahkan tarbiyah.


apabila cuti tak dapat balik rumah,
salahkan tarbiyah.


apabila peperiksaan gagal dan kurang memuaskan,
salahkan tarbiyah.


apabila tak dapat duduk dalam kampus sebab merit tak banyak,
salahkan tarbiyah.


apabila duit tinggal sedikit dalam bank,
salahkan tarbiyah.


apabila bilik bersepah, tak kemas,
salahkan tarbiyah.




semua nak salahkan tarbiyah. kenapa tak salahkan diri sendiri?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...