IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

12 Mac 2010

DOWN

wajrlah seorang manusia itu mengalami kejenuhan,kekeringan, kebosanan dan sebagainya dalam melakukan suatu tanggungjawab atau perkerjaan yang sama..
memang itu lumrah seorang manusia..

tetapi akhi wa ukhti..
bkn itu yg kita harapkan dari orang yang ditarbiyyah dn tidak wajarlah seorang insan bergelar daie menjadikan ia sebagai suatu escapism dalam menunaikan tanggungjawab.

sepatutnya mencari catalyst untuk melonjakkan semangat tersebut..apakah ia??
sudah tentunya kedekatan kita dengan Allah..mari ambil ibrah dari hadis ini:
Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda : ”Allah SWT berfirman : ”Aku dengan persangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia berzdikir kepada-Ku, dan Allah SWT lebih senang dengan taubat seorang manusia dari pada seorang kalian menemukan kembali perbekalannya di pada tandus. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim).

seterusnya akhi wal ukhti..
variasikan gerak kerjamu..
suatu tugasan itu bisa menjadi bosan seandainya cara perlaksanaannya sama sahaja..
ia ibarat halaqah yang muntijah atau tidak..(boleh lihat buku kesuksesan halaqah-satria hadi lubis)
muntijahnya suatu halaqah itu dinilai dari sudut dinamik(variasi) dan juga produktifnya halaqah itu..
seandainya dinamik tetapi tidak produktif, maka halaqah itu masih lagi kekurangan..
kita berjaya membuat halaqah kita dengan aktiviti yang baik dan menarik..
tetapi tidak mampu melahirkan kader yang core..
mgkn ibarat buih-buih sahaja..

begitu juga jika halaqah itu produktif..
tetapi tidak dinamik..
ini akan mendatangkan seorang itu kejenuhan dalam tarbiyyah..
mgkn akan menyebabkan ia terbeban dengan dakwah dan akhirnya tercicir di atas jalan yang mahal ini..
nauzubillahi min zalik..

akhirnya..JADIKAN DIRI KITA ENJOY DENGAN DAKWAH..

ENJOY DALAM DAKWAH..
ANALOGI 3 PEKERJA (dari Saiful islam..http://saifulislam.com/?p=15)

Analogikan sahaja kepada 3 pekerja.

Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu.
Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan.
Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat 
kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.

Anda pendakwah kategori mana?

Semasa berdepan dengan mesyuarat dan 
tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.

Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. 
Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran).

Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar. Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.



sumber

2 teguran:

imammuda berkata...

mengingat sejarah diri ana tika mula2 ditarbiyah adalah salah satu cara untuk ana cuba meningkatkan semangat dan menjauhi DOWN dalam dakwah.

Tanpa Nama berkata...

futur @ down.. memang itu lumrah.. moga kita terus kuat dan bersemangt. mennggapai ikhlas dlm amal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...