IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

16 Mac 2010

pilihlah agamanya

' makcik nak calon yang tinggi, putih, bakal doktor untuk anak lelaki makcik. tak mahu yang rendah-rendah. memang student medic USMkk ni rendah-rendah belaka ye, mungkin banyak perah otak sampai begitu sekali '

ya, itulah hasrat seorang ibu yang sungguh sungguh mencari bakal isteri untuk anaknya. mungkin bukan seorang ibu, tapi seluruh ibu-ibu di dunia ini, pasti menginginkan menantu perempuannya itu cantik dan berkedudukan.

tapi, ingatlah, itu bukanlah kayu pengukur pada diri nya.

Rasulullah dah bagi pilihan

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

agamalah yang paling penting dalam memilih calon isteri.
ruginya si lelaki yang menghantar puluhan ribu untuk mendapat si bakal isteri tetapi terpaksa menanggung dosa isteri yang tidak menutup aurat semasa proses pernikahan.
memberi emas permata, tapi dibalasnya dengan DOSA. kesian si lelaki menganggung dosa si isteri yang tabarruj ketika bernikah.

Generasi Khaira Ummah

tidakkah kalian tahu, dengan memilih agamanya, maka tidak mustahil akan lahir ramai generasi-generasi penggerak islam, generasi rabbani, generasi dai' dan dai'yah cilik yang petah menyampaikan kebenaran dan bijak dalam pelajaran.

lihatlah kalian contoh yang terdapat pada zaman sahabat. sahabat yang hebat berkahwin dengan sahabiah yang hebat, maka lahirlah anak yang hebat.

lihatlah, bagaimana Asma' binti abu bakar berkahwin dengan zubair al awwam dan mendapat anak hebat yang tidak takut pada sesiapa pun kecuali Allah meskipun Umar Al Khatab. itulah Abdullah bin Zubair.

binalah Baitud Dua't

pesananku, bukan baitul muslim sahaja kita patut bina, tapi baitud du'at yang melahirkan dai dan dai'yah yang sanggup memperjuangkan islam dan menyebarkannya sehingga terkorban.

perbetulkan impian mu duhai ibu dan bapa, anak itu anugerah. satu nikmat yang perlu di jaga rapi. kekalkan keputihan mereka. jangan dibiarkan comot dan diwarnakan dengan warna yang merosakkan. kasihanilah mereka dan kasihanilah dirimu. kelak kau akan tahu yang kau sudah rugi sesuatu.

p/s : sebagai persediaan sebelum nikah.

6 teguran:

imammuda berkata...

ya, ana amat setuju bahawa faktor agama adalah faktor terpenting dlm pemilihan isteri.

moga Allah memelihara baitudduat yang sedang dibina dalam melahirkan generasi pendakwah yang terus tegar dalam memelihara agama Allah.

cinta Allah berkata...

betul...moga dipertemukan jodoh yg terbaik..dan saling melengkapi..
insyaAllah=)

mujahidah88 berkata...

betul2.. insyaAllah ukhti ' cinta Allah'.. mari bermula dari sekarang!
moga paasngan kita adalah qurrata a'yun.. penyejuk mata memandg.. (',')

Ibnu Muhammad berkata...

Amin...

Ibnu Muhammad berkata...

Beruntung sungguh mempunyai pasangan sebagaimana yang Siti nyatakan.....namun kenkadang dugaan & ujian ALLAH t.a. pelbagai...

Tanpa Nama berkata...

betul. org sekarang sibuk nak bina baitul muslim. tapi lupa nak bina baitud duat. calon pula bukan calon yang boleh membantu untuk pembinaan baitud duat, sekadar boleh dibuat periang dalam baitul muslim sahaja. jadi target kita sebelum menikah adalah hebat menjadi dai'e, begitu juga calon sewajarnya. kalau sekadar mahu bina baitul muslim, xperlu susah-susah menunggu ikhwah. cuma petik orang masjid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...