IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

22 Mac 2010

pilih buku ini



terdapat berjuta-juta dan bermacam-macam jenis buku dalam hampir 200 buah booth yang berlainan syarikat. dan apa yang mengejutkan saya, kedai buku Banggol dari Kelantan pun turut serta. tapi amat mengecewakan, saya tak jumpa booth dari FAJAR ILMU BARU ( FIB). sebenarnya, banyak buku yang saya nak cari di FIB.

buku sudah dibeli

selama 1 jam setengah berlegar dan berpusing-pusing di ruang pesta buku, saya tak mampu membeli apa-apa buku.

dan akhirnya sebelum keluar dari situ, saya sempat berhenti di booth berdekatan pintu keluar iaitu pustaka Darussalam.

memilih secara rawak buku-buku yang agak-agak best dan menarik.

1) buku Dajjal sudah muncul dari Khurasan ( mantapkan lagi pengetahuan tentang Dajjal)
2) Anakku Hebat, Anakku Soleh ( persediaan membina baitud Duat)
3) Tautan hati karangan Fatimah Syarha ( hadiah buat adik)

Cadangan

sebenarnya sebelum pergi ke pesta buku lagi, sepatutnya kita sudah ada perancangan mahu beli buku apa. tapi kadang-kadang meskipun sudah ada perancangan, buku yang dicari tidak berjaya ditemukan
cemburu melihat seorang akhwat yang mampu membeli buku yang amat diperlukan dalam dakwah dan tarbiyah.

1) Syamail Muhammad Keperibadian Rasulullah Imam Al tirmidzi
2) How to win friends and influence people - Dale Carnegie
3) menuju puncak kecemerlangan
4) siapa Khadijah binti Khuwailid

Jangan lepaskan peluang ini

siapa yang berkelapangan, bolehlah hadirkan diri ke pesta buku ini.
saya amat menggalakkan anda pergi.
cuma, pesanan saya, buatlah perancangan sebelum pergi dan bawalah duit yang secukupnya.

p/s : terpaksa dan dipaksa berpusing turun ke bawah sebelum pergi ke booth di depan mata. 

6 teguran:

~GaDis KaNcIL mErAH~ berkata...

sayangnye ana tak dpt pegi.. jauh sgt kat KL.. ana x berpeluang lagi nak pegi book fair :(

mujahidah88 berkata...

tak per la.. tiap tahun pun ada. jangan sedih..

~GaDis KaNcIL mErAH~ berkata...

huhu~ insya Allah... tahun depan tahun terakhir ana berada di bumi semenanjung ni.. insya Allah ana harap dapat peluang sekali, di sarawak susah nak jumpa event macam ni....

mujahidah88 berkata...

huhu,.. yeker? pas nih tak balik semenanjung lagi ke?

adeq berkata...

siapakah gadis kancil merah??

dr. mujahidah berkata...

gadis kancil merah, sahabatku. dari f1 smpai sekarang.
dia ada kereta kancil warna merah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...