Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

12 Jul 2010

tudung ariani : aurat atau fesyen?



melambaknya tudung ariani dalam fesyen muslimah adalah salah satu usaha untuk menggalakkan golongan muslimah masa kini bertudung. sifat tudung ariani yang mudah dipakai, selesa, ringan dan tidak perlu diseterika menjadikan ia adalah pilihan yang tepat oleh kaum hawa.


pastinya, akhwat sendiri juga memilih tudung ariani dipakai dalam program-program dan mungkin juga dipakai ketika di luar samada ke kuliah, dewan makan atau semasa ziarah. namun, dalam pemakaian itu perlu dilihat dari pelbagai sudut. dan perlu dinilai dengan nilai islam dalam syariat bertudung.

pendek dan melekat

disini, bukan saya hendak memprotes kepada para pembaca yang memakai tudung ariani. bahkan, saya menyokong usaha anda dalam bertudung. cumanya perlu dilihat dari sisi labuh tudung adakah ia menutupi dada atau tidak?
kebanyakan saya lihat tudung ariani tidak menutupi dada.hanya sesetengah tudung sahaja yang dilihat labuh dan menutupi dada. dan usaha untuk mencari tudung ariani yang labuh adalah sukar. bahkan harganya pula mahal sehingga mencecah harga RM40. itu pengalaman saya membelinya bersama ibu dan kakak.

maka saya mensarankan anda agar mencari tudung ariani yang labuh dan meninggalkan tudung yang singkat itu. kerana dalam firman Allah, 
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” ( al ahzab, 33: 59)
duhai akhwatfillah,
lihatlah tudung kamu itu. adakah ia labuh sepenuhnya menutupi dada. usah tabarruj. ingat tujuan kita bertudung. mungkin kalau dikatakan cara memakai tudung sempurna, anda sudah khatam. cumanya, cuba lihat betul-betul diri anda. 
memang pada pandangan umum, tudung itu sudah menutupi dada, tapi saya kurang senang melihat begitu. kerana apabila diselak sedikit, habis semua nampak. apabila berjalan dan ditiup angin, seakan tudung itu tidak berfungsi menyelamatkan anda. dan sifat tudung itu yang seperti melekat, membuatkan hati saya resah. gelisah. bagaimana jika kalau kaum adam melihatnya?
apatah lagi, apabila anda memakai beg di bahu. habis beg itu menarik dan menyelak tudung anda itu dan menampakkan sisi tepi dada anda. fikir-fikirkanlah..

bertudung labuhlah duhai ukhti

ada yang mengatakan bertudung labuh itu extreme. tidak sesuai dipakai. nampak seperti ketinggalan zaman. nampak pelik dan kolot. padahal bertudung labuh itulah sangat sempurna. ia menutupi sisi depan, tepi dan belakang bahagian badan kita.

begitulah, islam nampak asing. golongan yang mengamalkan islam nampak pelik. dan golongan yang melakukan maksiat pula, tidak pelik. bahkan digalakkan dan diberi sokongan pula. begitulah arus gelombang fitnah yang berlaku sekarang.

dalam majalah SOLUSI edisi 21, saya suka membaca artikel corat coret tudung labuh karangan Fatimah Syarha. disitu menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri dalam bertudung labuh. betapa banyak kelebihan bertudung labuh yang diceritakan.

dalam al-quran sendiri, telah memberi jaminan bahawa mereka ini takkan diganggu dengan izin Allah. subhanallah.. itu memang saya yakini. dan udah saya alami sendiri. apabila saya melalui kawasan-kawasan ramai atau berdepan dengan kaum-kaum adam seperti di bengkel motor, mereka memang menghormati golongan orang yang bertudung labuh. bahkan, mereka ini takut untuk menegur. dan kalau di kuliah atau di PBL, atau di bas, kalau ditakdirkan duduk disebelah lelaki mereka yang bergerak menukar sendiri tempat duduk dan mengelakkan diri dari duduk dekat bersama. itu penghormatan buat mereka yang bertudung labuh. bila lagi anda mahu mendapat pernghormatan sebegitu?
maka, bercita-citalah untuk bertudung labuh dari sekarang.

keinginan untuk bertudung labuh

saya yakin. ada sesetengah akhwat telah mula menanamkan impian mahu bertudung labuh. cumanya masih belum bertindak. tahniah dengan impian anda itu. cumanya, jika sudah ada keinginan begitu, jangan ditunggu lama. teruskan niat itu. bermulalah secara berperingkat. bermula dengan bertudung lerang 50, lerang 60 dan seterusnya bertudung labuh.

jangan rasa malu. jangan rasa takut. sememangnya apabila pertama kali dalam bertudung labuh, pasti ada yang menyakat. tak kurang juga menegur dan ada juga yang memberi semangat. selalu sahaja perkataan ' boleh ke istiqamah ko ni?' adalah salah satu pertanyaan menyindir dan ketidakpercayaan seseorang pada golongan yang baru bertudung labuh itu. maka, pentingnya kita berada dalam situasi yang menolong kita untuk istiqamah. iaitu berada selalu di samping akhwat ter'chenta'. dan berada selalu di suasana yang mendekatkan kita pada orang-orang yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

jangan pandang belakang

jangan pernah menoleh kebelakang semula. jangan pernah menukar tudung labuh itu kerana takut dipandang serong. kerana keadaan tempat kerja atau kerana sebab-sebab dunia. perlunya anda yakin, personaliti anda dalam bertudung labuh adalah satu kelebihan. 

saya pernah berjumpa mereka-mereka yang tidak istiqamah dalam bertudung labuh. dulunya saya sangat respect beliau kerana peribadinya bertudung labuh. tapi selepas beberapa tahun, bila berjumpa kembali, saya hampir tidak mengenalinya. memakai baju yang sederhana ketat dan memakai tudung ariani pendek. tapi, saya pasti perubahan itu berlaku mungkin disebabkan situasi nya yang jauh dari situasi islamik, majlis ilmu, usrah dan halaqah. maka, berlaku kecairan nilai islam dalam diri.

penutup

muhasabah diri anda. bagi akhwat yang mempunyai tudung ariani pendek, berbaliklah semula memakai tudung segi tiga anda yang lebih labuh dan panjang serta tidak melekat. jika mahu juga bertudung ariani, maka, carilah yang labuh dan menepati ciri-ciri bertudung dalam islam.

tidak dinafikan, terdapat juga golongan bertudung labuh yang kurang dari segi akhlaknya. tapi tidak semua. maka, maafkan mereka. mereka baru bermula..

ini pendapat saya. terpulang..

9 teguran:

akhwat kerdil berkata...

salam ...

kalau nak ckpkan psl tudung begini memang berlambak2.pegi mana2 pun mesti ade org pakai.kat U pun student pakai sbb sng katanya.tah la kadang2 tgk cantik gak,tp bile dilihat pada sisi yang lain,banyak kurangnya.
pendek,melekat,berlebih-lebihan hiasannya.mahal jangan ckpla,puluh-puluh ringgit.
tu belum citer pasal sanggul tinggi lagi.tu pun satu hal gak.mungkin ant boleh tulis psl hal ni nnt.jazakillahu khair..



~teruskan ikhlas dlm beramal~

adik berkata...

teruskn kakakku ^_^ kangen ngn k.ain n k.yu
..

Tanpa Nama berkata...

salam.
dalam kesibukan study n buat CFCS, ley lg post dlm blog ye... em, ana bsetuju dgn pendapat ant. kdg2 si pemakai tudung arini nih tak sedar pon yg tudung dorg x menepati kriteria. ingatkan dah cukup labuh. rupenye masih melekat kat badan dan nampak bentuk badan. semoga Allah menyedarkan mereka scepat mgkn.
- usmkk

adeq berkata...

salam...ye benar tu..tudung = menutup aurat / sekadar jilbab?

bagi kita mungkin mereka kurang menjaga..bagi mereka itu sudah cukup menjaga..maka harus bagaimana?

tudung labuh sekadar di fakulti?di kampung bertudung pendek?malah berlengan pendek?ahh sandiwara apakah ini........mereka yang memakai tudung kecil dan menutup dada lebih ku respek atas keitiqamahannya dalam menjaga..

apa jua kalian..kamu adalah saudaraku..moga hidayah Allah bersamamau..

Tanpa Nama berkata...

"ada orang pakai tudung, tudung bodoh.."

itu lagu y best aku dengar..

adeq berkata...

lagu apakah?

setahu saya lagu yang ada gini.."minah2 tudung zaman sekarang ramai yang cacat otak..bodoh ~

pakai tudung tapi pakai baju yang ketat2..bodoh ~"

ayat x sesuai untuk tatapan umum..huhu..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
sy stuju dgn dr.mujahidah..
alhamdulillah kini sy b'tdung lbuh n b'doa agar dpt mngekalknnya..
memg sy x nafikan..mule2 memg susah.ada juga mulut nk ckp,"blagak alim.."atau x ramai nk kwn dgn sy.kdg2 hati sy rse xseronok bile org buat cmtu..bile fkir2 blik,mgkin e2 ujian Allah nk uji istiqamah sy..mgkin sy akn dpt somethin special dgn tdg lbuh ni insya Allah~

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu berkata begitu begini...tak perlu mengatakan tudung bodoh atau otak yang bodoh..apabila 1 jari menunjuk kearah seseorang, maka kita tidak sedar lg 3-4 jari menunding kearah kita..yang penting disini jalankan terus dakwah dan jadikan diri sebagai seorang yang boleh dicontohi mahupun diikuti..

Teguran yang berhemah itu penting supaya lebih ramai yang melihat keindahan Islam itu sendiri..Selain mendoakan mereka supaya diberi petunjuk dan dibukakan pintu hati mereka ke jalan Allah...

cik wan berkata...

assalamualaikum ukhti..

saya baru jer ber 'hijrah' ke alam bertudung labuh ni dan sentiasa berdoa agar trus beristiqamah..saya berubah berperingkat macam yg ukhti kata tadi, dri tudung biasa ke 50' dan 60' dan alhamdulillah kdg2 pakai tudung labuh..memang saya akui, agak ssh nak brubah ke tudung macam tu..
dan tak kurang jugak ada yg bertanya mcm2..huu..macam benda pelik pulak saya pakai tudung sbegini..

truskan dakwah :)
seronok bc blog akhwatmedic ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...