Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

29 Nov 2011

Berkorban di jalan Allah



Seorang mukim mengorbankan harta, waktu, jiwanya di jalan Allah. Sebagaimana yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s ketika diperintahkanNya menyembelih Ismail a.s. . Juga seperti yang dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabatnya ketika harus meninggalkan Mekah, harta dan keluarganya untuk hijrah ke Madinah mencari redha Allah.

Shuhaibul Rumi berkata:

" Ketika saya hendak hijrah ke Madinah, orang-orang Quraisy berkata, " Hai, Shuhaib, dulu kau datang tanpa harta dan sekarang kau hendak pergi dengan hartamu, sungguh itu tidak akan terjadi!"

Lalu aku katakan kepada mereka, " Jika aku berikan hartaku kepada kalian, adakah kalian akan membiarkan aku pergi?"

Mereka menjawab, " ya."

Maka, aku berikan seluruh hartaku kepada mereka dan ketika sampai ke Madinah, aku ceritakan kepada Rasulullah saw, lalu beliau bersabda,

" Beruntunglah Shuhaib, Beruntunglah Shuhaib."

Orang mukmin telah bersumpah kepada Allah, menjual dirinya, dan hartanya untuk memohon keredhaan Allah dan mendapatkan syurgaNya. Ia tidak kikir dalam memberikan harta, waktu dan jiwanya untuk Allah.

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ... ( At taubah,9: 111)

Bukti nyata akan kebenaran pengorbanannya bagi Allah adalah selalu mendahulukan kepentingan agama daripada kepentingan peribadi. Ia tidak mengeluh meninggalkan urusannya untuk melaksanakan perintah Allah.

Kesimpulan

Lihat Shuhaib, untuk berhijrah kerana Allah dan Rasul, dia sanggup meninggalkan harta. Jika hendak dibandingkan dengan kita, jauh sekali kerana kita sentiasa ada kepentingan peribadi yang tidak boleh dilepaskan.

Semoga kita sama-sama terus berkorban di jalan Allah walau apa jua keadaan kita samada ringan atau berat. Ada setengah orang, semakin diberi nikmat oleh Allah, semakin dia tidak boleh berkorban. Sentiasa berkira-kira dan ragu-ragu dalam berkorban. Kalau soal berkorban di jalan Allah, kenapa mesti berfikir 2-3 kali. Bagaimanalah anak halaqah boleh berkorban, sedangkan murobbiah sendiri tidak boleh berkorban. Jadi, usah ada binaan. Usah ada halaqah kerana kita hanya merosakkan binaan kita sahaja.

Sumber: 38 Sifat Generasi Unggul

10 Nov 2011

buat daie yang tidak mahu 'boikot'

Boikot = memboikot barangan israel dan amerika iaitu barangan yang keuntungannya disalurkan kepada mereka untuk membeli segala peralatan kelengkapan perang. Ini bertujuan membunuh umat islam di palestin khususnya dan di negara yang lain.




Ya Allah, sudah banyak kali saya mendengar dan melihat isu yang sama. Seorang dai'e yang tidak ambil kisah berkenaan barang 'boikot'.

Ada mereka yang masih tidak boleh meninggalkan MILO.
Ada juga yang tidak boleh meninggalkan biskut TIGER untuk sarapan pagi.
yang masih pergi Mc'Donald, Pizza hut dan KFC untuk makan hujung minggu,
Ada pula yang masih terus-terusan minum air 100plus.
Tidak lupa juga masih meneguk coca-cola dan air F&N lainnya.
Dan juga, tidak boleh meninggalkan shampoo Sunsilk atau sabun mandi Lifebouy,
Alasan mereka adalah tidak boleh meninggalkan. Sudah sebati. Tidak boleh ambil alternatif lainnya yang tidak 'boikot'.

Duhai mereka yang mengaku dai'e,
Mereka yang menjadi tulang belakang menganjurkan program-program palestin,
yang 'claim' memikirkan masalah umat islam,
yang tahu tarbiyah, dakwah, jihad,
yang dikatakan naqibah, murobbiyah, kakak usrah/halaqah,
yang sudah lama ditarbiyah

BOIKOTLAH ukhti. Anda belum boleh dipanggil dai'e jika anda masih lagi tidak boikot.
Maka, saya mohon pada anda semua, boikotlah.
Umat islam di luar sana mengharapkan anda membantu mereka dengan boikot sebagai salah satu caranya.

Apalah hendak dikirakan sangat dengan nafsu makan dan kegunaan seharian kita dibandingkan dengan keperitan yang ditanggung oleh umat islam yang lainnya?
Adakah kita akan kebulur jika tiada MILO, biskut Tiger, Mc'D atau produk KRAFT ?
atau adakah kita akan mati jika tidak menggunakan produk 'mereka'?
Aduhai dai'e, jika jihad dalam memboikot barangan 'mereka' pun kita tidak mampu, bagaimana jihad yang lainnya?
Bagaimana untuk menjadikan umat lebih baik sedangkan seorang dai'e tidak mampu menjadi yang terbaik?
Ayuh, sama-sama fikirkan.


Syeikh Yusof Al-Qardawi menegaskan,
" Setiap riyal dan dirham yang digunakan untuk membeli barangan yahudi adalah peluru yang digunakan untuk membunuh umat Islam di Palestin"

"Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu."

6 Nov 2011

Kebiasaan tidur dalam halaqah ternyata bahaya

Semua orang perlukan tidur, tapi bukan waktu halaqah

Halaqah yang muntijah(sukses) adalah halaqah yang tidak jenuh. Setiap pesertanya berusaha mengambil manfaat sebanyak mungkin dalam halaqah tersebut. Malah, salah satu ciri dalam halaqah muntijah itu sendiri adalah para peserta suka berlama-lamaan di dalamnya. Namun, adakah halaqah kita muntijah kalau peserta di dalamnya adalah orang yang suka tidur dan tidak mengambil kisah apa pun yang berlaku sewaktu keberlangsungannya?

Ini penting ukhti. Tidur yang terlalu kerap semasa halaqah adalah sangat bahaya! Ini bukan satu bicara main-main. Tapi, satu isu yang perlu diambil serius. Ada akhwat memang sudah get ready bantal untuk tujuannya tidur semasa halaqah. Ada pula akhwat yang boleh dengan selamber baring terus semasa halaqah berlangsung. Saya akui waktu halaqah lama. Setakat pukul 12pagi, itu masih awal. Biasanya halaqah berakhir pada pukul 3-4 pagi. Mungkin bagi akhwat di luar sana, halaqah mereka boleh berakhir sehingga subuh.

Ngantuk memang ngantuk kerana setiap orang penat dengan urusan masing-masing pada siangnya. Kuliah, kelas, tutor, lab, clinical dan macam-macam lagi. Namun, adakah ini alasannya untuk kita tidur semasa halaqah? Ex- Murobbiyah (semoga dia masih ingat saya) saya selalu sahaja berpesan setiap kali halaqah:

" Mata yang diharamkan masuk neraka ialah salah satunya mata yang tidak tidur semalaman dalam perjuangan fisabilillah. Ukhti, inilah yang sedang kita lakukan. Memikirkan masalah umat dan solusinya..."

Cubalah contohi akhwat lain yang juga penat seperti kita, tetapi mengapa mereka tidaklah teruk benar tidur sepertimana kita. Mana adab kita semasa halaqah? Kelakuan kita benar-benar membuat orang lain menyampah kerana hampir setiap halaqah kita adalah orang yang sama yang tidur  semasa halaqah.


Asalkan saya datang halaqah

Adakah kita berpegang pada kata-kata ini?
" Lebih baik tidur semasa halaqah daripada tidak datang langsung!"

Jadi, kita memilih untuk hadir dan kemudiannya tidur daripada orang lain yang tidak hadir ke halaqah dan kemudiannya tidak dapat apa-apa. Sebab apa pentingnya niat, niat, niat! Kecelaruan niat akan menyebabkan kita tidak rasa bersalah pun dengan kesilapan kita dan ulang lagi kesilapan yang sama esok hari.

Mungkin juga kita rasa apa yang kita buat boleh di consider sebab kita penat. So, kita dibenarkan tidur. Inilah yang dinamakan buat 'fatwa' sendiri. Ukhti, perbetulkanlah niat semula. Kalau kita merasa halaqah sudah tidak bermanfaat lagi, kita lah yang kena koreksi diri. Mungkin kita lah yang tidak bermanfaat lagi untuk dakwah dan tarbiyah. Jika inilah sikap kita dalam halaqah, bagaimana pula lagi di luar halaqah? mungkin lagi teruk!

Cubalah cakap pada diri sendiri,
" Apa yang aku dah buat tadi masa halaqah. Aku tidur sampai separuh halaqah berjalan. Musykilah akhwat lain pun aku tak dengar. Bahan apa yang disampaikan pun aku tak tau. Apa tak kena dengan aku? Nape aku teruk sangat ni? Aku kena cuba tak tidur next time !"

Zero, seakan halaqah tidak bermakna!

Keluar dengan zero

Bila dah tidur, apa benda yang kita dapat pun macam angin je. Dapat cerita pun separuh-separuh. Bahan yang disampaikan hanya salin di white board. Segala info tentang dakwah tidak diketahuinya. Segala musykilah dan masalah akhwat lain, hanya buat tak tahu. Jadi, rasa kebersamaan dengan akhwat pun tiada. Rasa sensitiviti sesama akhwat dan mad'u hilang. Untuk minta tolong mungkin agak susah kerana tidak tahu akhwat ini perlukan pertolongan apa, dan akhwat ini pula perlukan apa.

Dan yang paling bahaya,  program-program kehadapan yang di bincangkan hanyalah sampai ke telinga kanan kemudian keluar ke telinga kiri. Task-task yang ditugaskan sepertinya tidak tahu dengan teliti. Akhirnya, berlakulah kekusutan dan kekacauan dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah hanya kerana kesilapan kita yang suka tidur semasa halaqah.!

Cubalah

Cubalah tahan rasa ngantuk. Meskipun tersengguk-sengguk dan kemudian tersedar itu masih boleh dimaafkan. Tapi jika dah tidur mati, itu masalah. Kalaupun rasa ngantuk yang teramat sangat, pergilah cuci muka dan kemudiannya berdiri. Usahalah sehabis mungkin untuk tidak mahu tidur kerana setiap saat halaqah berlangsung adalah sangat bermakna dan bermanfaat untuk kita.

Bagaimana kita boleh stay up untuk study, begitulah kita cuba stay up untuk halaqah.
Semoga berjaya menahan rasa ngantuk. Sebab memang bahaya. Boleh jadi cancer stage 4. Metastasis nya boleh sampai terbantut gerak kerja dakwah, ukhwah dan mufaraqah. 
Jangan sampai orang cakap kita " melukut di tepi gantang" iaitu keluar tidak mengurangi dan masuk tidak memenuhi.

p/s: berubahlah, sampai bila? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...