Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

7 Dis 2011

Tak nak join halaqah boleh?



Jawapan saya daripada persoalan di atas, tentunya boleh. Silakan.

Kami daripada sayap akhwat atau murobbiyah atau selaku manusia bertudung labuh yang mengetuk pintu bilik anda sambil menjual majalah SINERGI tidak memaksa anda untuk hadir.


Kami hanya mengajak anda bersama-sama kami untuk berkongsi ilmu dan me 'nopup' iman anda dengan hadirnya anda ke sana. Kami juga adalah orang yang ingin memberi peringatan kepada diri sendiri dan anda sesuai dengan firman Allah:

" Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman."

Syarat-syaratnya

Saudari,

Jika anda tak nak join halaqah, bolehkah anda berjanji kepada saya dan kami semua orang yang mengajak anda ke halaqah untuk :

1. Pastikan ada orang yang memantau iman saudari
2. Sentiasa mendalami ilmu agama seperti sirah, hadith dan fiqh
3. Belajar tentang Al-quran dan terjemahannya
4. Menjaga mutabaah dan membuat ibadah-ibadah sunat
5. Terus menjaga aurat dan pergaulan
6. Berdakwah dan mempunyai anak halaqah sendiri
7. Membina baitul muslim
8. Istiqamah dengan kesemua amalan di atas

Jika anda mampu lakukannya seorang diri, maka, silakan tidak perlu join halaqah.

Tapi saya yakin, anda tidak mampu melakukannya seorang diri kerana kambing yang seekor akan mudah dibaham harimau. Begitu juga kita yang sendirian, akan mudah di goda syaitan samada dalam bentuk manusia atau jin.

Alasan

Kami tahu, saudari melayan kami dengan baik sewaktu kami datang ke bilik saudari. Namun, kami kecewa dengan sikap saudari yang berjanji palsu. Setiap kali di ajak, saudari akan menyebut

InsyaAllah kak.. "

Namun, dalam hati saudari hanya Allah yang tahu, betapa sesaknya dada saudari apabila di ajak ke halaqah.

" Assignment, tengok movie, shopping, test, novel, tengok tv.. banyaknya benda nak buat.."

Lihatlah firman Allah,

" Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk islam. Barangsiapa dikehendakinya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-seakan mendaki ke langit..."

Bukankah Allah dah menasihati kita supaya memenuhi seruan yang mengajak kita kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jadi kenapa ragu-ragu dan perlu berfikir panjang?

" Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyeru kepadamu sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu ( memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat)."

Terpulang

Jika saudari masih tidak sedar lagi sekarang, dan masih malas lagi atau tak nak join halaqah, maka, lihatlah diri saudari yang semakin menjauh daripada Allah dan daripada nilai-nilai islam. Kami di sini telah pun mengajak saudari, tapi kerap kali saudari tidak hadir dan menolak. Tidak kurang juga ada golongan yang anti-halaqah kerana mendengar cerita-cerita karut daripada pihak-pihak senior. Saudari tahu tidak, bahawa dengan halaqah kita dapat ilmu, dan dengan ilmu dapat mendidik kita menjadi orang bertakwa?

" Diantara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya adalah para ulama' ( orang yang mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan Allah)."

Jika saudari tak nak, tidak mengapa. Ramai lagi yang nakkan sentuhan kami untuk menarik mereka datang halaqah dan berada di jalan tarbiyah. Kami tidak akan fokus pada orang yang tak nak. Lebih baik kami fokus pada orang yang nak di sekeliling kami. Kami tidak rugi tapi saudari yang rugi.

Menyesal?

Hei..Pergilah cari. Hidayah bukan untuk ditunggu, tapi dicari. Cuba kita hayati ayat ini daripada surah Al-Mulk.

" Setiap kali sekumpulan orang-orang kafir dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga nereka itu bertanya kepada mereka, " Adakah belum pernah ada orang datang memberi peringatan kepadamu di dunia? Mereka menjawab, " Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami tetapi kami mendustakannya...."

Semoga manfaat.


p/s: pesanan buat diri bila tak nak join halaqah..

1 Dis 2011

Muhasabah Hijrah



Wahai ikhwah wa akhwat sekalian,

Wahai orang-orang yang masih lagi berada di jalan dakwah ini,

Yang mampu bergerak dalam menyuburkan islam di muka bumi ini,

Yang berusaha mengubah kondisi masyarakat islam ketika ini,

Wahai orang yang menangis setiap kali mendengar atau membaca berita-berita umat islam yang jauh terkebelakang.

Wahai orang yang suka mengumandangkan, bilakah pertolongan Allah akan tiba?

Yang sentiasa tergesa-gesa mendapatkan buah daripada pohon yang telah kau baja dan tanam.

Yang terkadang mudah lari daripada medan dakwah kerana besarnya ujian.

Yang sentiasa mengeluh dengan dakwah yang kau lakukan.

Apakah engkau sekarang menemukan jawaban?

jawapan kepada pertolongan Allah yang lambat datang?

Apakah engkau mengetahui bahawa kita termasuk dalam penyebab lambat datangnya pertolongan Allah?

kesilapan itu bermula dari dirimu sendiri.

Engkaulah penyebab dakwah sentiasa terhambat.

Engkau juga penyebab dakwah menjadi kucar kacir.

Apakah engkau yakin bahawa untuk mengubah kondisi umat islam dan mendirikan daulah islamiyah, maka hendaklah kita terlebih dahulu mengubah diri kita?

Maka, marilah kita dahulu mengubah diri kita!

Maka, marilah kita menyingsingkan lengan baju dan mulai mengubat penyakit umat sambil meminta pertolongan daripada Allah, ataukah kita akan tetap dalam kelalaian sehingga kita lupa kepada Allah dan Allah pun akan melupakan diri kita dari kejahatan musuh kita.

Ketahuilah wahai ikhwah wa akhwat,

Sunnatullah tidak akan pernah berganti atau berubah. Apabila kondisi kita tetap seperti sekarang, maka Allah akan membangkitkan dan menggantikan umat yang lebih baik daripada kita. Yang sentiasa membangun agama dalam jiwa-jiwa mereka, sehingga Allah mengokohkan agama dengan tergantinya mereka. Dakwah akan tetap berjalan meskipun kita meninggalkan dakwah. 

Allah swt berfirman,

".. dan jika kamu berpaling dari jalan Allah, maka, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu.." 
( surah Muhammad, 47: 38)

Inspirasi daripada buku 38 generasi unggul.

29 Nov 2011

Berkorban di jalan Allah



Seorang mukim mengorbankan harta, waktu, jiwanya di jalan Allah. Sebagaimana yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s ketika diperintahkanNya menyembelih Ismail a.s. . Juga seperti yang dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabatnya ketika harus meninggalkan Mekah, harta dan keluarganya untuk hijrah ke Madinah mencari redha Allah.

Shuhaibul Rumi berkata:

" Ketika saya hendak hijrah ke Madinah, orang-orang Quraisy berkata, " Hai, Shuhaib, dulu kau datang tanpa harta dan sekarang kau hendak pergi dengan hartamu, sungguh itu tidak akan terjadi!"

Lalu aku katakan kepada mereka, " Jika aku berikan hartaku kepada kalian, adakah kalian akan membiarkan aku pergi?"

Mereka menjawab, " ya."

Maka, aku berikan seluruh hartaku kepada mereka dan ketika sampai ke Madinah, aku ceritakan kepada Rasulullah saw, lalu beliau bersabda,

" Beruntunglah Shuhaib, Beruntunglah Shuhaib."

Orang mukmin telah bersumpah kepada Allah, menjual dirinya, dan hartanya untuk memohon keredhaan Allah dan mendapatkan syurgaNya. Ia tidak kikir dalam memberikan harta, waktu dan jiwanya untuk Allah.

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ... ( At taubah,9: 111)

Bukti nyata akan kebenaran pengorbanannya bagi Allah adalah selalu mendahulukan kepentingan agama daripada kepentingan peribadi. Ia tidak mengeluh meninggalkan urusannya untuk melaksanakan perintah Allah.

Kesimpulan

Lihat Shuhaib, untuk berhijrah kerana Allah dan Rasul, dia sanggup meninggalkan harta. Jika hendak dibandingkan dengan kita, jauh sekali kerana kita sentiasa ada kepentingan peribadi yang tidak boleh dilepaskan.

Semoga kita sama-sama terus berkorban di jalan Allah walau apa jua keadaan kita samada ringan atau berat. Ada setengah orang, semakin diberi nikmat oleh Allah, semakin dia tidak boleh berkorban. Sentiasa berkira-kira dan ragu-ragu dalam berkorban. Kalau soal berkorban di jalan Allah, kenapa mesti berfikir 2-3 kali. Bagaimanalah anak halaqah boleh berkorban, sedangkan murobbiah sendiri tidak boleh berkorban. Jadi, usah ada binaan. Usah ada halaqah kerana kita hanya merosakkan binaan kita sahaja.

Sumber: 38 Sifat Generasi Unggul

10 Nov 2011

buat daie yang tidak mahu 'boikot'

Boikot = memboikot barangan israel dan amerika iaitu barangan yang keuntungannya disalurkan kepada mereka untuk membeli segala peralatan kelengkapan perang. Ini bertujuan membunuh umat islam di palestin khususnya dan di negara yang lain.




Ya Allah, sudah banyak kali saya mendengar dan melihat isu yang sama. Seorang dai'e yang tidak ambil kisah berkenaan barang 'boikot'.

Ada mereka yang masih tidak boleh meninggalkan MILO.
Ada juga yang tidak boleh meninggalkan biskut TIGER untuk sarapan pagi.
yang masih pergi Mc'Donald, Pizza hut dan KFC untuk makan hujung minggu,
Ada pula yang masih terus-terusan minum air 100plus.
Tidak lupa juga masih meneguk coca-cola dan air F&N lainnya.
Dan juga, tidak boleh meninggalkan shampoo Sunsilk atau sabun mandi Lifebouy,
Alasan mereka adalah tidak boleh meninggalkan. Sudah sebati. Tidak boleh ambil alternatif lainnya yang tidak 'boikot'.

Duhai mereka yang mengaku dai'e,
Mereka yang menjadi tulang belakang menganjurkan program-program palestin,
yang 'claim' memikirkan masalah umat islam,
yang tahu tarbiyah, dakwah, jihad,
yang dikatakan naqibah, murobbiyah, kakak usrah/halaqah,
yang sudah lama ditarbiyah

BOIKOTLAH ukhti. Anda belum boleh dipanggil dai'e jika anda masih lagi tidak boikot.
Maka, saya mohon pada anda semua, boikotlah.
Umat islam di luar sana mengharapkan anda membantu mereka dengan boikot sebagai salah satu caranya.

Apalah hendak dikirakan sangat dengan nafsu makan dan kegunaan seharian kita dibandingkan dengan keperitan yang ditanggung oleh umat islam yang lainnya?
Adakah kita akan kebulur jika tiada MILO, biskut Tiger, Mc'D atau produk KRAFT ?
atau adakah kita akan mati jika tidak menggunakan produk 'mereka'?
Aduhai dai'e, jika jihad dalam memboikot barangan 'mereka' pun kita tidak mampu, bagaimana jihad yang lainnya?
Bagaimana untuk menjadikan umat lebih baik sedangkan seorang dai'e tidak mampu menjadi yang terbaik?
Ayuh, sama-sama fikirkan.


Syeikh Yusof Al-Qardawi menegaskan,
" Setiap riyal dan dirham yang digunakan untuk membeli barangan yahudi adalah peluru yang digunakan untuk membunuh umat Islam di Palestin"

"Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu."

6 Nov 2011

Kebiasaan tidur dalam halaqah ternyata bahaya

Semua orang perlukan tidur, tapi bukan waktu halaqah

Halaqah yang muntijah(sukses) adalah halaqah yang tidak jenuh. Setiap pesertanya berusaha mengambil manfaat sebanyak mungkin dalam halaqah tersebut. Malah, salah satu ciri dalam halaqah muntijah itu sendiri adalah para peserta suka berlama-lamaan di dalamnya. Namun, adakah halaqah kita muntijah kalau peserta di dalamnya adalah orang yang suka tidur dan tidak mengambil kisah apa pun yang berlaku sewaktu keberlangsungannya?

Ini penting ukhti. Tidur yang terlalu kerap semasa halaqah adalah sangat bahaya! Ini bukan satu bicara main-main. Tapi, satu isu yang perlu diambil serius. Ada akhwat memang sudah get ready bantal untuk tujuannya tidur semasa halaqah. Ada pula akhwat yang boleh dengan selamber baring terus semasa halaqah berlangsung. Saya akui waktu halaqah lama. Setakat pukul 12pagi, itu masih awal. Biasanya halaqah berakhir pada pukul 3-4 pagi. Mungkin bagi akhwat di luar sana, halaqah mereka boleh berakhir sehingga subuh.

Ngantuk memang ngantuk kerana setiap orang penat dengan urusan masing-masing pada siangnya. Kuliah, kelas, tutor, lab, clinical dan macam-macam lagi. Namun, adakah ini alasannya untuk kita tidur semasa halaqah? Ex- Murobbiyah (semoga dia masih ingat saya) saya selalu sahaja berpesan setiap kali halaqah:

" Mata yang diharamkan masuk neraka ialah salah satunya mata yang tidak tidur semalaman dalam perjuangan fisabilillah. Ukhti, inilah yang sedang kita lakukan. Memikirkan masalah umat dan solusinya..."

Cubalah contohi akhwat lain yang juga penat seperti kita, tetapi mengapa mereka tidaklah teruk benar tidur sepertimana kita. Mana adab kita semasa halaqah? Kelakuan kita benar-benar membuat orang lain menyampah kerana hampir setiap halaqah kita adalah orang yang sama yang tidur  semasa halaqah.


Asalkan saya datang halaqah

Adakah kita berpegang pada kata-kata ini?
" Lebih baik tidur semasa halaqah daripada tidak datang langsung!"

Jadi, kita memilih untuk hadir dan kemudiannya tidur daripada orang lain yang tidak hadir ke halaqah dan kemudiannya tidak dapat apa-apa. Sebab apa pentingnya niat, niat, niat! Kecelaruan niat akan menyebabkan kita tidak rasa bersalah pun dengan kesilapan kita dan ulang lagi kesilapan yang sama esok hari.

Mungkin juga kita rasa apa yang kita buat boleh di consider sebab kita penat. So, kita dibenarkan tidur. Inilah yang dinamakan buat 'fatwa' sendiri. Ukhti, perbetulkanlah niat semula. Kalau kita merasa halaqah sudah tidak bermanfaat lagi, kita lah yang kena koreksi diri. Mungkin kita lah yang tidak bermanfaat lagi untuk dakwah dan tarbiyah. Jika inilah sikap kita dalam halaqah, bagaimana pula lagi di luar halaqah? mungkin lagi teruk!

Cubalah cakap pada diri sendiri,
" Apa yang aku dah buat tadi masa halaqah. Aku tidur sampai separuh halaqah berjalan. Musykilah akhwat lain pun aku tak dengar. Bahan apa yang disampaikan pun aku tak tau. Apa tak kena dengan aku? Nape aku teruk sangat ni? Aku kena cuba tak tidur next time !"

Zero, seakan halaqah tidak bermakna!

Keluar dengan zero

Bila dah tidur, apa benda yang kita dapat pun macam angin je. Dapat cerita pun separuh-separuh. Bahan yang disampaikan hanya salin di white board. Segala info tentang dakwah tidak diketahuinya. Segala musykilah dan masalah akhwat lain, hanya buat tak tahu. Jadi, rasa kebersamaan dengan akhwat pun tiada. Rasa sensitiviti sesama akhwat dan mad'u hilang. Untuk minta tolong mungkin agak susah kerana tidak tahu akhwat ini perlukan pertolongan apa, dan akhwat ini pula perlukan apa.

Dan yang paling bahaya,  program-program kehadapan yang di bincangkan hanyalah sampai ke telinga kanan kemudian keluar ke telinga kiri. Task-task yang ditugaskan sepertinya tidak tahu dengan teliti. Akhirnya, berlakulah kekusutan dan kekacauan dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah hanya kerana kesilapan kita yang suka tidur semasa halaqah.!

Cubalah

Cubalah tahan rasa ngantuk. Meskipun tersengguk-sengguk dan kemudian tersedar itu masih boleh dimaafkan. Tapi jika dah tidur mati, itu masalah. Kalaupun rasa ngantuk yang teramat sangat, pergilah cuci muka dan kemudiannya berdiri. Usahalah sehabis mungkin untuk tidak mahu tidur kerana setiap saat halaqah berlangsung adalah sangat bermakna dan bermanfaat untuk kita.

Bagaimana kita boleh stay up untuk study, begitulah kita cuba stay up untuk halaqah.
Semoga berjaya menahan rasa ngantuk. Sebab memang bahaya. Boleh jadi cancer stage 4. Metastasis nya boleh sampai terbantut gerak kerja dakwah, ukhwah dan mufaraqah. 
Jangan sampai orang cakap kita " melukut di tepi gantang" iaitu keluar tidak mengurangi dan masuk tidak memenuhi.

p/s: berubahlah, sampai bila? 

29 Okt 2011

Televisen kotak yang berbahaya

Sumber: dakwatuna.com
Edit : akhwat medic
keburukan lebih banyak daripada kebaikan
Televisen sama halnya seperti radio, surat kabar dan majalah. Semua itu hanyalah alat atau media yang digunakan untuk berbagai maksud dan tujuan sehingga kita tidak dapat mengatakannya baik atau buruk, halal atau haram. Segalanya tergantung pada tujuan dan   bahan acaranya.
Seperti halnya pedang, di tangan mujahid ia adalah alat untuk berjihad dan bila di tangan perompak maka pedang itu merupakan alat untuk melakukan tindakan kejahatan. Oleh kerananya sesuatu dinilai dari sudut penggunaannya dan media dinilai sesuai tujuan dan maksudnya.
Televisen dapat saja menjadi media pembangunan dan pengembangan fikiran, ruh, jiwa, akhlak dan kemasyarakatan. Demikian pula halnya radio, surat kabar, dan sebagainya. Tetapi di sisi lain, televisen dapat juga menjadi alat penghancur dan perusak. Semua itu kembali kepada bahan acara dan pengaruh yang ditimbulkannya.
Dapat saya katakan bahwa media-media ini mengandung kemungkinan baik, buruk, halal, dan haram. Seorang Muslim hendaknya dapat mengendalikan diri terhadap media-media seperti ini, sehingga dia menghidupkan radio atau televisen jika acaranya berisi kebaikan dan mematikannya bila berisi keburukan.
Menerusi media, seseorang dapat menyaksikan dan mendengarkan berita-berita dan acara-acara keagamaan, pendidikan, pengajaran, atau acara lainnya yang dapat diterima (tidak mengandung unsur keburukan/keharaman). Sehingga dalam hal ini anak-anak dapat menyaksikan gerakan-gerakan lincah dari hiburan yang menyenangkan hatinya atau dapat memperoleh manfaat dari tayangan acara pendidikan yang mereka saksikan.
Namun begitu, ada acara-acara tertentu yang tidak boleh ditonton, seperti tayangan film-film Barat yang pada umumnya merosak akhlak. Karena di dalamnya mengandungi unsur-unsur budaya dan kebiasaan yang bertentangan dengan akidah Islam yang lurus. Misalnya, film-film itu mengajarkan bahwa setiap gadis harus mempunyai teman lelaki dan suka berpoya-poya bersama.
Kemudian hal itu ditambahkan lagi dengan bermacam-macam kebohongan, dan mengajarkan bagaimana cara seorang gadis berbohong terhadap keluarganya, bagaimana upayanya agar dapat bebas keluar rumah, termasuk memberi contoh bagaimana membuat rayuan dengan kata-kata yang manis. Selain itu, jenis film-film ini juga hanya berorientasikan kisah-kisah bohong, dongeng-dongeng khayal, dan semacamnya. Secara ringkas, film seperti ini hanya menjadi sarana untuk mengajarkan moral yang rendah.
Secara objektif saya katakan bahwa sebagian besar film tidak luput dari sisi negatif seperti ini, tidak sunyi dari adegan-adegan yang merangsang nafsu seks, minum arak, dan tari telanjang. Mereka bahkan berkata, “Tarian sudah menjadi  kebudayaan dalam dunia kita, dan ini merupakan ciri peradaban yang tinggi. Wanita yang tidak belajar menari adalah wanita yang tidak moden. Apakah haram jika seorang pemuda duduk berdua dengan seorang gadis sekadar  untuk bercakap-cakap serta saling bertukar janji?”
Inilah yang menyebabkan orang yang konsisten pada agamanya dan menaruh perhatian terhadap akhlak anak-anaknya melarang kemasukan media-media seperti televisen dan sebagainya ke rumahnya. Sebab mereka berprinsip, keburukan yang ditimbulkannya jauh lebih banyak daripada kebaikannya, dosanya lebih besar daripada manfaatnya, dan sudah tentu yang demikian adalah haram. Lebih-lebih media tersebut memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap jiwa dan pikiran, yang cepat sekali menjalarnya, belum lagi waktu yang terbuang olehnya dan menjadikan kewajiban terabaikan.
Tidak diragukan lagi bahwa hal inilah yang harus disikapi dengan hati-hati, ketika keburukan dan kerusakan sudah demikian dominan. Namun cobaan ini telah begitu merata, dan tidak terhitung jumlah manusia yang tidak lagi dapat menghindarkan diri darinya, karena memang segi-segi positif dan manfaatnya juga ada. Karena itu, yang paling mudah dan paling layak dilakukan dalam menghadapi kenyataan ini adalah sebagaimana yang telah saya katakan sebelumnya, iaitu berusaha memanfaatkan yang baik dan menjauhi yang buruk di antara film bentuk tayangan sejenisnya.
fikiran kita adalah hasil daripada apa yang kita lihat
Hal ini dapat dihindari oleh seseorang dengan jalan mematikan radio atau televisennya, menutup surat kabar dan majalah yang memuat gambar-gambar telanjang yang terlarang, dan menghindari membaca media yang memuat berita-berita  dan tulisan yang buruk.
Manusia adalah mufti bagi dirinya sendiri, dan dia dapat menutup pintu kerusakan dari dirinya. Apabila ia tidak dapat mengendalikan dirinya atau keluarganya, maka langkah yang lebih utama adalah jangan memasukkan media-media tersebut ke dalam rumahnya sebagai upaya 'prevention is better then cure'.
Inilah pendapat saya mengenai hal ini, dan Allahlah Yang Maha Memberi Petunjuk dan Memberi Taufiq ke jalan yang lurus.
Kini tinggal bagaimana tanggung jawab negara secara umum dan tanggung jawab producer serta seluruh pihak yang  berkaitan dengan media-media informasi tersebut. Karena bagaimanapun, Allah akan meminta pertanggungjawaban kepada mereka terhadap semua itu. Maka  hendaklah mereka mempersiapkan diri sejak sekarang.
Sumber: Fatwa-Fatwa Kontemporer, Dr. Yusuf Qaradhawi
p/s: Jika duduk rumah, kerap kali murobbiyah pesan supaya kurangkan/tidak perlu menonton televisen kerana mutabaah mungkin akan down atas sebab faktor ini. Ada akhwat, sudah ditarbiyah bertahun-tahun, tapi masih lagi tidak boleh tinggalkan habit ni. Kenapa ye?

22 Okt 2011

Melepaskan bai'ah atau keluar daripada jemaah

Sumber: eramuslim.com
Diringkaskan dan diedit: akhwat medic


Sesungguhnya berkelompok atau berjama’ah tidaklah boleh dilepaskan dari kehidupan setiap orang dalam melasanakan segala aktiviti dan untuk memenuhi berbagai keperluannya. Karena itulah ada ungkapan bahwa berjama’ah adalah rahmat sedangkan perpecahan adalah azab.

Pada dasarnya seluruh kaum muslimin hanya diikat oleh satu jama’ah iaitu jama’atul muslimin dengan satu kepemimpinan iaitu khalifah. Jamaatul muslimin ini merupakan ikatan yang kuat didalam menjalankan hukum Allah dan syari’atNya ditengah-tengah kehidupan umat manusia sehingga menjadikan islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Inilah makna ungkapan Umar bin Al-Khatab,
"Wahai masyarakat Arab, tidak ada islam kecuali dengan jama’ah, tidak ada jama’ah kecuali dengan kepemimpinan, dan tidak ada kepemimpinan kecuali dengan ketaatan."(HR. Bukhari)

Dan ketika jamaatul muslimin atau jama’ah yang mengikat seluruh kaum muslimin di alam ini dengan satu kepimpinan khilafah telah terwujud, maka umat islam diharuskan untuk membaiatnya serta dilarang untuk melepaskan baiatnya dari keterikatannya dengan jama’atul muslimin. Sebagaimana di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Hudzaifah bin Al-Yaman berkata, bahawa orang-orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan dan aku pernah menanyakan kepadanya tentang keburukan, kerana aku khawatir menemui keburukan itu. Aku bertanya,”Apa yang engkau printahkan kepadaku jika aku menemui keadaan itu?’ Beliau saw bersabda,”Hendaklah engkau berkomitmen (iltizam) dengan jama’atul muslimin dan imam mereka.” (HR. Bukhari)

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah saw bersabda, "Kamu akan diperintah oleh para pemimpin yang kamu kenal(tidak baik) dan kamu mengingkarinya.” Mereka bertanya, "Apakah kami boleh memerangi mereka?” Beliau saw menjawab,”Jangan selama mereka masih solat.” (HR. Muslim dan Tirmidzi, beliau mengatakan hadith hasan shahih)

Demikianlah beberapa hadith diatas yang menunjukkan betapa tingginya kedudukan seorang imam jama’atul muslimin di dalam diri setiap rakyatnya. Di situ juga disebutkan betapa setiap muslim harus sentiasa mengedepankan kesabaran, tidak membangkang, tetap mentaatinya dengan segenap kemampuannya walaupun seorang imam melakukan kemaksiatan selama ia masih menegakkan solat. Hadith-hadith itu melarang setiap muslim untuk meninggalkan ketaatan kepadanya atau keluar darinya dan membentuk jama’ah sendiri atau tidak berjama’ah.

Adakah Jama’atul Muslimin ketika ini?

Kemudian yang menjadi pertanyaan adalah apakah jama’atul muslimin ada pada ketika ini? Bolehkah jama’ah-jama’ah pergerakan, parti-parti islam, NGO islam yang ada saat ini disebut dengan jama’atul muslimin?

Husein bin Muhammad bin Ali Jabir mengatakan bahwa sesuai dengan pengertian syar’inya maka jamaatul muslimin boleh dikatakan tidak ada lagi di dunia sekarang ini. Beberapa bukti yang menunjukkan hal itu adalah :

1. Diantara alasan-alasan yang digunakannya adalah hadith yang diriwayatkan dari Huzaifah bin Yaman yang berkata bahwa orang-orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan dan aku pernah menanyakan kepadanya tentang keburukan, karena aku khawatir menemui keburukan itu. Aku bertanya,”Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemui keadaan itu?’ Beliau saw bersabda,”Hendaklah engkau berkomitmen (iltizam) dengan jama’atul muslimin dan imam mereka.” (HR. Bukhari)
Hadith ini memberitahu akan datangnya suatu zaman kepada umat islam dimana jama’atul muslimin tidak muncul di tengah kehidupan umat islam. Seandainya ketidakmunculannya itu mustahil, niscaya dijelaskan oleh Rasulullah saw kepada Hudzaifah. Tetapi, Rasulullah saw justru mengakui terjadinya hal tersebut dan mengarahkan Hudzaifah agar menggigit akar pohon (islam) dalam menghadapi tidak adanya Jama’atul Muslimin dan imam mereka itu.

2. Bukti lainnya yang menunjukkan tidak adanya Jama’atul Muslimin ialah adanya beberapa pemerintahan yang memerintah umat islam. Sebab, islam tidak mengakui selain satu pemerintahan yang memerintah umat islam. Bahkan islam memerintakan umat islam agar membunuh penguasa kedua secara langsung, sebagaimana dijelaskan oleh nash-nash syariat.
Dari Abu Said al Khudriy bahwa Rasulullah saw bersabda,”Apabila ada baiat kepada dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” (HR. Ahmad)
Imam Nawawi dalam menghuraikan hadits ini berkata, "Erti hadith ini ialah apabila seorang khalifah yang dibaiat setelah ada seorang khalifah maka baiat pertama itulah yang sah dan wajib ditaati. Sedangkan bai’at kedua dinyatakan batil dan diharamkan untuk taat kepadanya.

3. Bukti lainnya adalah hadith yang diriwayatkan dari Abu Umamah al Bahiliy bahwa Rasulullah saw bersabda,”Ikatan-ikatan islam akan lepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan, akan diikuti oleh lepasnya ikatan berikutnya. Ikatan islam yang pertama kali lepas adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah shalat.” (HR. Ahmad)
Hadith ini jelas menyatakan akan datangnya suatu masa dimana pemerintahan dan khilafah tidak muncul. (Menuju Jama’atul Muslimin hal 42 – 46)

Sementara itu jama’ah-jama’ah pergerakan yang ada saat ini, seperti Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir, Jama’ah Tabligh, Salafi, PKS, PPP, NU, Muhammadiyah atau lainnya bukanlah jama’atul muslimin namun hanyalah jama’ah minal muslimin iaitu jama’ah yang terdiri dari sekelompok kaum muslimin yang berjuang untuk mewujudkan cita-cita islam berdasarkan manhaj atau metod gerakan masing-masing. Keberadaan jama’ah minal muslimin pada ketika ini atau ketika tidak adanya jama’atul muslimin sangatlah diperlukan sebagai ruh dan anak tangga dari kemunculan jama’atul muslimin sebagaimana disebutkan dalam suatu kaidah,  “Tidaklah suatu perkara wajib dapat sempurna kecuali dengan sesuatu yang lain maka sesuatu itu menjadi wajib pula.” Menegakkan khilafah atau jama’atul muslimin adalah kewajiban setiap muslim dan ia tidak akan terwujud kecuali dengan dakwah yang dilakukan secara berkelompok maka menegakkan dakwah dengan cara berjamaah (jama’ah minal muslimin) ini adalah wajib.

Sayyid Qutb mengatakan bahwa bagaimana proses kebangkitan islam dimulai sesungguhnya ia memerlukan kepada golongan perintis yang menegakkan kewajiban ini.” Ustaz Sayyid Hawwa mengatakan bahwa satu-satunya penyelesaian ialah harus menegakkan jama’ah. Ustadz Fathi Yakan mengatakan bahwa Rasulullah tidak pernah sama sekali mengandalkan kepada kerja individual (infirodiy) tetapi sejak awal beliau telah menganjurkan penegakkan jama’ah."

Melepaskan Ba’iat atau Keluar dari Jama’ah Minal Muslimin

Tentunya sebagai sebuah jamaah yang menggabungkan sekian banyak da’i atau orang-orang yang ingin berjuang untuk islam didalamnya maka diperlukan soliditi, komitmen dan ketaatan semua anggotanya kepada pemimpin dan aturan-aturan jamaah tersebut. Untuk meneguhkan itu semua maka jamaah perlu mengambil janji setia dari setiap anggotanya yang kemudian dikenal dengan istilah baiat, sebagaimana firman Allah swt.

“Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu Sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. tangan Allah di atas tangan mereka, Maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah Maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (QS. Al Fath : 10)

Tentulah kedudukan baiat kepada imam, amir, qiyadah jama’ah minal muslimin berbeza dengan baiat kepada imam dari jama’atul muslimin disebabkan imam jama’atul muslimin dipilih oleh ahlul halli wal aqdi dari seluruh umat islam sedangkan imam dari jama’ah minal muslimin dipilih oleh majlis atau dewan syuro sebagai perwakilan seluruh anggota di jama’ah itu.

Hadith-hadith yang melarang bahkan mengancam seseorang melepaskan baiatnya adalah terhadap imam atau khalifah dari jama’atul muslimin bukan terhadap imam dari jama’ah minal muslimin, seperti hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang melepaskan tangannya (baiat) dari suatu keaatan maka ia akan bertemu Allah pada hari kiamat tanpa adanya hujjah (alasan) baginya. Dan barangsiapa mati sementara tanpa ada baiat di lehernya maka ia mati seperti kematian jahiliyah.” (HR. Muslim)

Dan para pemimpin atau amir suatu jamaah minal muslimin tidaklah termasuk didalam hadith ini. Hadith ini tidak boleh diterapkan kepada para pemimpin di zaman ini atau pembesar parti (jamaah) karena setiap daripada mereka bukanlah imam (pemimpin) dari seluruh kaum muslimin.

Dengan demikian diperbolehkan bagi seseorang untuk melepaskan baiatnya dari imam atau pemimpin jama’ah minal muslimin atau keluar darinya setelah meyakini bahwa telah terjadi penyimpangan yang cukup significant dalam tubuh jama’ah tersebut baik penyimpangan dalam diri qiyadah, para pemimpin, garis perjuangannya atau prinsip-prinsip pergerakannya yang dapat memberikan pengaruh negatif kepada umat, sebagaiamana hadits Rasulullah saw,"Tidak ada ketaatan dalam suatu kemaksiatan akan tetapi ketaatan kepada hal yang ma’ruf.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Pada dasarnya baiat yang diberikan kepada pemimpin jamaah itu adalah baiat untuk beramal islam. Artinya baiat atau janji setia diantara orang yang berbaiat dengan orang yang dibaiat. Dalam hal ini, pemimpin sebagai representasi dari jama’ah itu boleh diteruskan selama mereka komitmen dengan amal-amal islam, seperti tidak melanggar rambu-rambu akidah, berpegang teguh dengan syariah, tidak mengerjakan yang diharamkan Allah dan lainnya.

Namun hendaklah pelepasan baiat atau keluar darinya dilakukan setelah berbagai upaya megingatkan atau memberikan nasehat baik secara langsung atau pun tidak langsung baik yang telah dilakukan olehnya maupun orang-orang selainnya yang menginginkan perbaikan didalam tubuh jama’ah tidaklah diterima sehingga mengakibatkan kesalahan-kesalahan itu terus berulang dan berulang karena agama ini tertegak diatas landasan nasihat sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Abu Ruqayyah bin Aus ad Dary ra menerangkan bahwa Nabi saw bersabda,"Agama itu nasihat.” Kami bertanya,”Bagi siapa?” Beliau saw menjawab,”Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin muslim dan bagi kaum muslimin pada umumnya.” (HR. Muslim)

Ketika dia memutuskan untuk melepaskan baiatnya maka hendaklah setelah itu dia mencari jama’ah minal muslimin lainnya yang diyakininya lebih baik darinya untuk boleh beramal islam secara berjama’ah meskipun hal ini bukan menjadi suatu kewajiban baginya pada masa-masa ketidakberadaan jama’atul muslimin. Akan tetapi hal ini merupakan sebagian dari keutamaan. Dan jika dirinya tidak melihat ada jama’ah minal muslimin lainnya yang lebih baik darinya maka diperbolehkan baginya untuk berdiam diri sejenak atau tidak bergabung dengan jama’ah manapun sampai dia menemukan jama’ah lainnya yang lebih baik darinya atau kembali kepada jama’ah yang ditinggalkannya itu ketika diyakini bahwa jama’ah tersebut telah kembali ke jalannya seperti sediakala.

p/s: ramai salah anggap dengan jamaah minal muslimin dan jamaatul muslimin. Beza sangat sebenarnya..

13 Okt 2011

Cantik tidak semestinya putih


Sumber: eramuslim.com
Diedit oleh: akhwatmedic


C-a-n-t-i-k. Satu kata yang terdiri dari enam huruf ini, begitu memesona kaum perempuan. Yaperempuan mana yang tidak ingin disebut cantik? Cantik didefinasikan dengan sesuatu yang sedap dilihat atau dipandang.
Cantik dalam pengertian awam yang kemudian didoktrinkan oleh orang-orang kafir adalah perempuan yang bertubuh langsing, rambut hitam lurus berkilauan, hidung mancung, bibir seperti buah delima merekah, matanya menawan, dan berkulit putih.
Dan untuk kategori yang terakhir ini, berkulit putih,  para pemilik modal kemudian berlomba–lomba mempromotekan produk mereka, pelbagai produk kecantikan untuk meraih keuntungan kerana sekian wanita sekarang berlumba-lumba untuk kelihatan putih dan cerah.
Sepertinya, propaganda mereka tidak salah. Buktinya, banyak perempuan yang terbius atau terhipnosis untuk mendapatkan kulit putih seperti bintang iklan yang mereka lihat di layar kaca televisyen. Alhasil, bertebaranlah berbagai produk kecantikan bermula dari yang dijual bebas di pasaran, salon kecantikan, sehingga spa bertaraf mahal.
Saya sampai terbengong–bengong melihat seorang teman yang memiliki tiga jenis krim pemutih sekaligus. Waktu pemakaiannya pagi, siang dan malam. Menyimpannya juga tidak sembarangan, harus disimpan dalam freezer. Soal harga, wuihhhh, selangit.
Ada pula yang memburu pemutih dengan bahan dasar alam yang katanya terbuat dari plasenta ( * bagi akhwatmedic, pensyarah biokimia juga mendedahkan tentang bahan-bahan kecantikan dibuat daripada janin dan plasenta *). Entah plasenta apa? Katanya, krim ini boleh membuat kulit halus dan kenyal (menghambat penuaan) bagai kulit bayi. Terlampau taksub untuk kelihatan putih sehingga si teman tidak lagi mempedulikan apakah produk itu halal atau haram. Nauzubillah min dzalik!
Bukannya saya tidak care dengan yang namanya kecantikan. Tapi dari dulu saya memang tidak suka dengan hal yang berkaitan dalam berdandan. Makanya, peralatan kosmetik yang saya punya cuma bedak, deodarant dan sikat.
Dulu, sempat beberapa kali melakukan facial namun kemudian saya hentikan dengan berbagai alasan, antara lain, saya merasa sangat kesakitan dan terseksa ketika jerawat saya dicongkel dan muka terasa mengecut ketika membuat mask. Duh, sakit deh. Itu pun saya minta package facial tanpa pemutih. Hingga, orang saloon itu heran. Aneh mungkin, ketika sekarang orang meminta pemutih, saya malah menolaknya.
Pertanyaannya, kenapa harus whitening? Ya, kenapa harus putih? Selalu dan hampir semua produk kecantikan diiklankan untuk menjadikan kulit putih. Akibatnya, kita termakan propaganda melalui berbagai media terutama television, bahwa cantik itu harus putih. Kalau tidak putih sama dengan tidak cantik. Itu harga mati.
Entahlah, saya termasuk orang yang tidak peduli dengan slogan itu. Bukannya apa, saya fine–fine saja dengan kulit coklat saya ini, tidak pernah merasa sisih apalagi menjadikanya putih berkilau. Bagi saya, coklat itu anggun! Jadi, kenapa harus berusaha mengubahnya?
Saudariku, para muslimah, kita yakin, tidak ada sesuatu pun yang diciptakan Allah swt secara kebetulan di dunia ini. Semua ada maksud dan tujuan. Dan bukankah manusia itu sudah diciptakan dalam sebaik–baiknya bentuk?
Sekarang, cuba kita teliti baik–baik. Saya pernah membaca sebuah artikel yang menyatakan bahwa berkulit berwarna (gelap), mengandungi lebih banyak pigmen yang berguna untuk menangkal sinar jahat ultraviolet (UV) yang konon sangat ditakuti kaum perempuan karena dapat merosak kulit. Nah, apakah ini satu bonus buat mereka yang berkulit gelap. Lalu, kenapa harus mahu diputihkan, mengorbankan banyak wang, waktu dan pikiran untuk membuatnya putih seperti selebriti atau bintang iklan?
Di situlah letak Maha Adil-nya Allah swt. Dia memang tidak memberikan apa yang kita inginkan tapi apa yang kita perlukan. Dan apa yang kita perlukan, Allah yang lebih tahu dari kita karena Dia-lah pemilik kehidupan ini. Hidup di negara tropika seperti Indonesia dan Malaysia ini, hemat saya memang lebih sesuai untuk mereka yang berkulit gelap/berwarna. Jadi, kenapa harus protes ketika keinginan kita tidak sesuai dengan harapan? Kenapa komplain ketika diberi kulit yang berwarna tidak putih dan berusaha sekuat tenaga menjadikannya putih.
Setahu saya, tidak ada satu krim atau bahan kimia apapun yang bisa memutihkan kulit yang hitam. Yang ada, hanyalah mencerahkan. Sekali lagi, mencerahkan bukan memutihkan. Semakin tinggi upaya pencerahan yang terjadi, semakin besar pula indikasi pemakaian merkuri dan zat berbahaya lainnya pada krim tersebut.
Dalam jangka waktu panjang, zat ini dapat mengakibatkan penyakit kanser, ginjal dan penyakit mematikan sel lainnya. Dan tidak kalah pentingnya, sebagai muslimah, kita perlu pula memperhatikan aspek kehalalan sebuah produk kosmetik. Jangan hanya untuk mengejar cantik dan putih semata, kita menjadi lalai dengan perkara-perkara itu.
Maka, tidak ada jalan yang lebih baik selain mensyukuri apa yang telah dikaruniakan Allah swt dengan memelihara sebaik mungkin anugerah tersebut. Terutama mempergunakannya di jalan kebaikan yang diridai-Nya. Tampil cantik dan kemas itu harus. Karena Allah sendiri juga menyukai keindahan. Lebih penting lagi adalah mempercantik hati, jiwa dan pikiran kita, sehingga mempertebal keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya. So, cantik, tidak harus putih, bukan?

p/s: Berkulit cerah atau gelap, yang penting Allah tidak melihat rupamu, tapi Allah melihat hatimu. Namun, bagi ramai ikhwah, dalam ciri-ciri wanita idaman mereka, pasti ada ciri " cantik putih dan beriman". siapa tahu hati masing-masing.. Allah tahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...