Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

24 Jan 2013

Ikhtilat seorang bakal doktor




Mata, satu organ yang sangat unik dan complicated

Hari ini hari ke-3 saya berada di posting opthalmology atau dengan kata lain posting mata.
Selama 3 hari ini, minat saya kepada bidang opthalmology bertambah. Terasa diri ini selesa dengan bidang ini. 

Cumanya, saya agak kekok menggunakan alat yang wajib digunakan oleh para doktor untuk melihat keadaan dalam mata (fundus) yang dinamakan opthalmoskop.

Bukan kekok kerana apa, tapi kerana penggunaannya memerlukan skill yang baik. Tambahan pula, saya terpaksa berada rapat dengan muka pesakit untuk melihat keadaan dalaman mata mereka tidak kira pesakit perempuan atau lelaki. Kebanyakan mereka adalah orang tua dalam lingkungan 50-an yang biasanya menghidap penyakit diabetes. Pesakit-pesakit ini datang dengan komplikasi masalah mata seperti pendarahan dalam mata dan juga wujud salur darah baru dalam mata yang tidak diperlukan.

Hubungan pelajar  dengan pesakit

inilah dalaman mata yang perlu dilihat menggunakan opthalmoskop

Seperti mana semua tahu, menjadi doktor adalah tugas yang sangat mulia. Untuk menjadi pelajar perubatan yang baik, seseorang itu perlulah bertindak sepertimana seorang doktor bertindak. Maka, terpaksalah seorang pelajar itu untuk memegang pesakit, memeriksa mereka dan bermacam-macam lagi prosedur yang perlu dilakukan demi untuk mempelajari dan mengenali penyakit yang dihadapi walaupun hakikatnya pesakit adalah seorang yang bukan mahram baginya. 

Jika segala prosedur melibatkan pesakit, InsyaAllah dimaafkan kerana pada masa itu kita sedang belajar dan situasi itu adalah darurat. Jika kita tidak belajar dari sekarang, kelak menjadi doktor, bagaimanakah kita hendak merawat pesakit nanti?

Pasti, kita akan menjadi doktor yang membunuh pesakit, bukan doktor yang merawat pesakit. Sabda Rasulullah saw:

Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan tidak boleh memudaratkan (orang lain). 
(HR Ibnu Majah)

Hubungan pelajar dengan pelajar perubatan

Maka, apa kes nya pula jika keterpaksaan itu berlaku sesama pelajar perubatan yang bukan mahram. adakah dimaafkan dalam islam ?

Saya agak kesal dengan segelintir pelajar yang menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan atas dasar belajar. Ini bukan belajar bersama seperti study group atau apa, tapi lebih daripada itu yang melibatkan persentuhan kulit.

Sebagai contoh, seorang pelajar perempuan memeriksa perut dan dada seorang pelajar lelaki dengan alasan untuk belajar teknik memeriksa pesakit padahal pemeriksaan itu boleh dilakukan kepada pesakit sendiri dan kawan sesama jantina mereka.

Begitu juga, dalam isu opthalmoskop yang baru saya sebut sebentar tadi.
Sedangkan dengan sesama perempuan pun ada yang malu untuk melakukannya, apatah lagi ada yang mengambil kesempatan untuk melakukannya bersama berlainan jantina.

Bagi saya sendiri, saya lebih selesa untuk praktis bersama rakan-rakan perempuan walaupun mereka adalah berbangsa cina atau india. Namun, ada segelintir mereka yang muslim menghalalkan ikhtilat untuk memeriksa mata yang bukan mahram baginya.

Cuba bayangkan bagaimana seorang perempuan atau lelaki itu terpaksa merapatkan muka mereka dengan muka yang berlainan jantina apabila menggunakan opthalmoskop. Apatah lagi, kita boleh merasa hembusan nafas orang yang sedang memeriksa mata kita dan peratus untuk bersentuh sesama mereka semasa menjalani prosedur ini adalah tinggi. jika anda seorang yang faham erti ikhtilat, sanggupkah anda memeriksa kawan-kawan anda yang bukan mahram? 

Rasulullah saw bersada:
Sesungguhnya kepada yang ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (HR At Tabrani dan Baihaqi)


pemeriksaan mata menggunakan opthalmoskop

Ada segelintir pensyarah atau doktor yang faham erti ikhtilat dan mereka tidak akan membenarkan sentuhan sesama pelajar berlaku semasa sesi pembelajaran. Namun, tidak semua doktor begitu. Ada juga doktor yang mengarahkan pelajar perempuan untuk memegang pelajar lelaki. dan pada waktu itu, antara berani bersuara atau tidak untuk menegakkan pendirian kita.


Bertaubatlah kepada Allah sentiasa

Inilah realiti sekarang. Semakin ramai pelajar perubatan yang menghalalkan ikhtilat hanya kerana alasan-alasan di atas. Maka, apakah yang akan berlaku kelak pada golongan doktor muslim pada masa hadapan?

Kita menjadi doktor muslim untuk kepentingan umat dan agama. Seandainya ramai doktor muslim sekalipun, tapi kita masih tidak mampu mengikuti agama dengan baik, maka apakah yang akan berlaku pada agama dan umat kita nanti?

Fikir-fikirkanlah.

Buat para pelajar perubatan di luar sana, merasa bersalah memegang pesakit yang bukan  mahram itu wajar. Apabila kita terpaksa memegang pesakit yang berlainan jantina, segeralah banyak beristighfar kepada Allah semasa berlaku sentuhan itu kerana hati ini bukanlah berkeinginan sangat melakukannya melainkan ia adalah satu darurat dan keterpaksaan. Jadi, memegang yang bukan mahram hanya sekiranya tiada darurat adalah satu yang haram hukumnya.

Sebab itulah, perancangan untuk membina sebuah hospital tarbiyah yang mengasingkan pesakit lelaki dan perempuan untuk dirawat doktor yang sama jantina sangat diperlukan untuk mengelakkan perkara-perkara sebegini berlaku.

Ampunilah kami Ya Allah. Setiap hari, tangan ini menyentuh sesuatu yang dikatakan haram bagiMu atas alasan darurat dan terpaksa. Kami berbuat, sedangkan hati kami menidakkan.

klik sini juga untuk pembacaan lebih lanjut: Hukum sentuh bukan mahram dalam rawatan

16 Jan 2013

Mahu jadi pakar




Alhamdulillah, pada hari ini berakhir sudah posting orthopedik selama 6 minggu.
Rasa lega dan puas. Begitulah rasa untuk setiap akhir posting.

Saya masih ingat lagi semasa sesi briefing pada minggu pertama untuk kumpulan 4 oleh Dr. Jefri.
Dia telah mengadakan satu sesi perkenalan dan 3 benda yang dia minta adalah perkenalkan nama, asal dan hendak jadi pakar apa.

Maka, seusai habis sesi perkenalan itu, saya dapat simpulkan bahawa kebanyakan rakan-rakan sekumpulan saya, bercita-cita hendak menjadi pakar paedetrik dan hanya seorang sahaja daripada 30 orang pelajar yang mahu menjadi pakar orthopedik.

Jadi, doktor mula memberikan nasihat-nasihatnya sehingga ada satu kata-kata yang saya masih tak dapat saya lupakan sampai sekarang,

" Tolong bercita-cita untuk menjadi pakar orthopedik selama 6 minggu ini sahaja. Maka, kamu akan belajar seperti mana seorang pakar orthopedik belajar.."

Dan sejak hari itu, saya terus menanamkan azam dalam diri untuk menjadi Pakar Orthopedik walaupun hakikatnya saya ingin menjadi pakar sakit puan..

Itulah satu kata-kata yang memotivasikan saya untuk belajar dengan lebih baik walaupun pada mulanya saya tidak 'berapa' minat Orthopedik yang majoritinya diceburi oleh lelaki.

Ingatlah, dalam kehidupan ini seseorang itu akan bertindak mengikut apa yang ada difikirannya.

Seandainya, kita kerap mengatakan kita tidak boleh, kita tidak mampu, kita masih banyak kelemahan atau berfikiran negatif, kita tidak mampu pergi lebih jauh.

Maka, katakan pada diri bahawa aku akan jadi atau dapat apa yang aku inginkan sehari, seminggu, sebulan, setahun, 10 tahun atau 20 tahun tahun akan datang.
Maka, jangan pernah ragu bahawa ia akan menjadi kenyataan.

Samada anda yakin atau tidak... kerana minda yang yakin akan menghasilkan langkah yang yakin. 

Sedangkan doa pun perlu disertakan dengan yakin, maka, fikiran yang yakinlah akan  menghasilkan doa yang yakin.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, " Berdoalah kamu kepada Allah dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima " (HR Tarmidzi)

InsyaAllah selepas ini menjadi Opthalmologist (pakar mata) selama 3 minggu pula.

YAKIN ADALAH KEKUATAN...  cuma, selebihnya itu kejayaan atau kegagalan adalah urusan Allah yang perlu kita yakini hikmahnya.

7 Jan 2013

Akhawat junior vs akhawat senior

siapakah akhawat junior?
mereka adalah akhawat yang baru ditarbiyah.

siapakah akhawat senior?
mereka adalah akhawat yang ditarbiyah lebih lama daripada akhawat junior.

Semalam, ada orang mempersoalkan Default Profile(DP) facebook saya yang tidak meletak gambar SINERGI edisi 9 sebaliknya meletakkan gambar anak saudara saya, Naufal.

Maka, saya bertanya, " Kenapa? Biarlah letak gambar Naufal."

Naufal

Si dia menjawab, " Ada akhawat junior mempersoalkannya sebab ada akhawat senior tidak meletak DP facebook sebagai cover Majalah Sinergi."

Saya mula berfikir dan terus menukar DP Facebook kepada majalah SINERGI edisi 9.

Dengan rasa rendah diri, saya bersyukur sebab ada orang menegur kesilapan saya yang mungkin orang anggap remeh.

Saya mula bermonolog sendirian,

"Benar...Akhawat senior akan menjadi qudwah kepada akhawat junior.."

Jadi akhawat sekalian, siapapun status anda, anda perlu menjadi qudwah yang baik di depan orang lain. meskipun dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara..

Dapatkan SINERGI edisi 9 di pasaran sekarang.

SINERGI edisi 9
Full color, RM4.

5 Jan 2013

Alhamdulillah yang bermakna

Assalamualaikum semua.


 

tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Apa azam kalian semua?
Perasan tidak blog ini ada sedikit perubahan. Saya telah ubah template dan ubah tajuk blog ini iaitu D(x) atau dengan kata lain DIAGNOSIS.. D(x) ini adalah shortform sahaja. Ia biasa digunakan oleh doktor dan pelajar perubatan dalam nota atau kuliah.

Alhamdulillah kita semua sempat memasuki tahun 2013. dan semoga tahun menjadi tahun untuk kita mengorak langkah perubahan yang lebih baik lagi.

Sebut berkenaan Alhamdulillah, disini saya nak share tentang Surah Az-Zumar, 39: 74:

"dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami diperkenankan menempati syurga di mana sahaja kami kehendaki." Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal."

Dalam ayat ini, ahli-ahli syurga menyebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) kerana kesyukuran mereka mendapat syurga Allah.

Inilah Alhamdulillah paling bermakna mereka setelah bersusah payah di dunia.

Kita mungkin mudah untuk menyebut Alhamdulillah di dunia. tapi, adakah kita layak untuk menyebutnya di akhirat kelak?

ayuh muhasabah.. 
setiap kali menyebut Alhamdulillah, ingatlah adakah kita dapat menyebutnya sekali lagi di akhirat kelak.. ?

diagnosis diri.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...