Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

28 Ogo 2009

.: maafkan saya semua

alhamudillah.. sudah memasuki ramadhan y ke-7. terasa sangat cepat masa berlalu. ramadhan ini benar2 menguji kesabaran. sabar dalam mengatur kerja2 y tak disiapkan lagi dan sabar menghadapi kerenah sahabat2. tapi, insyaAllah... semoga ramadhan ini tak disia2kan dan marilah sama2 kita cuba menggapai pahala berlipat kali ganda y ditawarkan oleh Allah swt. sudah hampir 2 bulan lebih tidak pulang ke rumah dan akan masuk 3 bulan bila pulang pada 1 hari sebelum nak raya. Rindu untuk berjumpa mak, abah, abang, kakak dan adik2 tersayang. Bagaimanakah keadaan mereka? bagaimanakah sambutan ramadhan mereka di sana? bagaimanakah diri mereka tanpa kehadiranku waktu berbuka puasa? berbagai persoalan tiba-tiba muncul. terasa diri ini benar2 sudah jauh dari keluarga. Tiba2 sayu melihat wajah mak abah y muncul di ruang fikiran. Maafkan saya. Maafkan saya semua. saya tidak mengabaikan kalian. TIDAK.. bukan begitu. tidak sedikitpun hati ini untuk mengabaikan mereka. tapi, jauh di sudut hati ini ingin menghabiskan sepanjang ramadhan bersama mereka. tapi, diri ini terpaksa mengalah. komitmen sebagai pelajar, dai, murobiyah dan sebagai muslim menjadi penghalang. tapi bagaimana komitmen kita sebagai anak, kakak dan adik? aduh.. tiba2 rasa bersalahnya diri ini. bagaimana komitmen kita kadang2 terabai dek sebab komitmen y lainnya. apatah lagi mereka y sengaja menmbah komitmen lain. benar2 diri ini rupanya banyak lagi komitmen tertangguh. semalam.. ingin sahaja hati ini ingin membeli tiket balik ke rumah selepas di taujih oleh murobiyah sendiri. tapi, hati berkira2. memikirkan report y tak dihantar lagi, lecture note y tak dibaca lagi, kertas2 y bertaburan di meja tulis tanpa dikemas dan buku teks y banyak tak diselak lagi. subhanallah.. beratnya apa y ditanggung. ingin sahaja diluahkan kepada mak dan abah, tapi hati ini menghalang. tak sanggup untuk berkongsi beban bersama mak dan abah. cukuplah diri ini sahaja. cukup.. cukup.. tak sanggup hendak berkongsi duka, tapi lebih suka berkongsi suka. itulah diri ini. diajar sebegitu rupa.. ingin melihat wajah mak abah tersenyum girang di sebalik kedutan keringat y mereka curahkan selama ini. ya Allah, tabahkan lah diri ini. kuatkan langkah kaki ini. maafkan diri ini kerana tak dapat balik untuk ramadhan. moga2 kalian dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan dengan jayanya. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. jadikan bulan ramadhan bulan tarbiyah utk kalian. insyaAllah. "wahai mak abahku, luahan ini datang dari anakmu y selalu di rudung sengsara, setelah berfikir panjang, anakmu cuba untuk menggoreskan pena, sekalipun keraguan dan rasa bersalah menyelimuti diri, setiap kali menulis, setiap kali itu pula gores tulisan terhalang oleh tangis dan setiap kali menitikkan air mata, setiap kali itu terluka "
- seorang ayah y selalu menyusahkan diri keranaku- mak abah, bagaimana keadaanmu? bagaimana kesihatanmu? ku harap kalian dalam keadaan baik dalam linkungan rahmat Allah, sudah cukup lama aku tak mencium tanganmu, sudah cukup lama aku tak mendengar suaramu di hadapanku ( di hp shj) sering aku terbayang wajahmu, rasanya baru semalam aku meniggalkanmu. berat rasanya jika aku jauh darimu, kerana takut hilang kesempatan berbakti padamu, takut kehilangan peluang membalas budimu, ingin rasa aku menyiapkan segala sesuatu untukmu. mak abah, janganlah kau lemahkan semangatmu utk raih redha Allah, kerana waktu semakin dekat, aku sangat mencintai dan menghormatimu, aku mahu kau habiskan waktu untuk mencapai husnul khotimah, meraih senyum dan wajah penuh cahaya, di kala berkumpul di sana. di kala kita sama2 satu keluarga, menanti samada dihisab syurga atau neraka.
wallahualam'.

24 Ogo 2009

.: perlu ke stress?

alhamdulillah.. Allah masih lagi kurniakan nikmat stress pada kita, pada aku dan juga pada kamu. Ia adalah anugerah y sangat berharga kan? .ya. mestilah setiap apa y Allah bagi adalah sangat bangat berharga. jadi, stress juga satu y boleh membawa manfaat. stress! satu perkara y tak asing lagi di kalangan pelajar terutamanya pelajar medic. hari-hari mereka berlalu dengan stress. especially bila masuk bulan puasa ni bagi sesetengah orang ( sebab tak dapat makan banyak untuk hilangkan stress). saya sendiri juga tak ketinggalan merasainya. menghadapi nota y menimbun, lecture y kadang2 tak paham, doktor y sedikit garang dan tegas, nak exam, laptop y rosak, aktiviti2 wajib y perlu dihadiri dan peranan sebagai muslim y banyak lagi tak buat.. arghhh.. memang sangat stress. sangat tension. tapi, adakah STRESS.... penyebab kita berhenti di tengah jalan? penyebab terbantutnya langkah? penyebab kita menangis selalu? penyebab kita bermasam muka dengan orang lain? penyebab kita tidak menegur rakan2 dan sahabat kita? penyebab mereka juga sedih? penyebab kita tak nak terus hidup? penyebab kita nak mati saja! ? penyebab kita duduk menunggu apa y bakal tiba? ooo.. bukan. stress bukanlah " penyebab" seperti sume di atas. kadang2 saya merasa menyampah pada sikap kita y stress tapi melakukan perkara2 di atas. kesian mereka y berhadapan dengan anda, mereka juga stress kerana melihat anda stress apatah lagi melakukan perkara di atas. Sememangnya stress itu penting tapi bukanlah berlebihan sehingga merosakkan diri. malah STRESS bisa, membuat kita terus kuat. membuat kita merasai kelemahan ini perlu diperbaiki. membuat kita ingin terus bergerak dan bergerak. membuat kita tahu y diri ini rupanya ada misi. membuat kita tahu kita perlu membahagiakan orang lain bukan menyedihkan mereka. jadi..inilah petanda baik bagi seseorang apabila stress. janganlah menjadikan penyebab stress y berlaku dalam diri kita terbias pada diri orang lain. mereka mengharapkan senyuman dan layanan baik anda. bukan muka y masam dan emosi y tidak stabil. akhwat fillah.saya menasihati diri saya dan kawan2 di laur tu, supaya, " STRESS LAH ANDA, TAPI JANGAN STRESSKAN ORANG LAIN" untuk mereka y stress berzikirlah, ' cukup lah Allah untuk menolong kami, dan Dialah sebaik2 pengurus ( dan terserah kepadanya segala urusan kami) ' ( ali imran, 3:173) * baca banyak kali, insyaAllah tenang* wallahualam'

22 Ogo 2009

.: panduan bulan ramadhan ( fiqh medic )

alhamdulillah.. ramadhan dapat ku gapai jua. meskipun baru satu hari melabuhkan tirainya. insyaAllah sedikit perkongsian untuk sahabat2, akhwat fillah berkenaan isu pasal " doktor dan pesakit". disebabkan saya bakal menjadi doktor kelak ( insyaAllah 3 tahun lagi ), jadi moga anda semua tiada ragu dalam menjalankan ibadah puasa dan dalam masa y sama menerima rawatan dari doktor. harap dapat ambil manfaat. " SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, MARI MEMBURU LAILATUL QADR"

20 Ogo 2009

.: ujian sunnah berjuang

alhamdulillah, Allah masih lagi memberi nikmat air mata padaku setelah hampir kering beberapa hari ini. ya Allah, meskipun jalan tarbiyah ini mengajar menangis untuk sesuatu y berharga, tapi kadang2 kita tak mampu menahan setitis air mata bila menghadapi ujian. Air mata ini sepatutnya di simpan untuk malam2 sunyi y dihabiskan denganMu ya Tuhan. malam memohon ampun, meminta sesuatu agar dikabulkan dan mengadu atas segala masalah. ukhtiku, di jalan ini, menerima ujian itu adalah lumrah. itu adalah perkara biasa. itulah penguat kaki untuk terus melangkah dan melangkah. namun, setiap ujian itu tidak semestinya bisa di papah. mungkin pernah tersungkur jatuh dek ujian y berat. halangan2 dari musuh juga semestinya satu ujian. Musuh utama y dari kalangan syaitan y tak terlihat dan syaitan bertopengkan manusia. musuh y dikalangan orang kafir sendiri dan rakan seperjuangan. ya, siapa lagi kalau bukan umat islam itu sendiri. yang mungkin bukan di kalangan anda tapi di kalangan mereka y tak paham2 islam. dari abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "janganlah kamu saling dengki mendengki, belakang membelakangi antara satu sama lain,hendaklah kamu menjadi hamba2 Allah y bersaudara. seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim y lain. dia tak boleh menzzaliminya, membiarkannya, membohonginya dan menghinanya. ketaqwaan itu di sini. baginda menujukkan ke dadanya sebanyak 3 kali. cukuplah seseorang itu mendapat keburukan, apabila dia menghina saudaranya y muslim. setiap orang muslim itu ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya " ( HR muslim) subhanallah, hadith ini sangat jelas supaya jangan menzalimi saudara seislammu. tapi kadang2 ( selalu je) , kita tetap dizalimi oleh saudara sendiri. kita tetap di benci. kenapa? kerana menyampaikan islam. kerana melakukan taalim. kerana kita menolak kemungkaran. aduh, bagaimana ini? dunia sudah terbalik ke?y batil terus menguasai dan y hak terus ditepis ke tepi. teringat satu kata2 : " akan tiba satu masa nanti mereka y memegang islam ibarat mereka y memegang bara api"
akhwat fillah, bara2 api y panas dan y melukakan kulit2. memang sakit, memang perit, tapi inilah realiti, inilah hakikatnya. zaman semakin berubah. manusia juga semakin berubah. dari y baik menjadi semakin jahat dan tiada nilai diri dan dari y sejahat2nya menjadi semakin baik dan terbaik. ( boleh tgk kawan2 sekelilingku). beginilah tarbiyah.. merubah dari keadaan asal seseorang ke arah y baik dan lebih baik, malah mengajak orang pula. islam itu datang dengan asing dan pergi dengan asing. memang nampak pelik jika membawa islam. memakai tudung (apatah lagi tudung labuh), memakai baju y menutup seluruh tubuh, lebih prefer membaca quran di dalam bas dari majalah hiburan lain sememangnya dianggap PELIK. kita mungkin di anggap ekstremis. tapi masalahnya pelik itu di pandang oleh umat islam sendiri. tak ke pelik? pelik .. pelik... wallahu'alam p/s : cuba bersangka baik dengan manusia dan juga Allah.!

16 Ogo 2009

.: deletelah gambar itu!




alhamdulillah.. masih Allah beri kesempatan hidup dan nikmat y amat banyak tak terkira.


melihat pada laman facebook, friendster, myspace dan macam2 website serta blog, terlihat banyak gambar muslimah terpampang di mana2.
dari y 'free hair', bertudung, bertudung labuh hinggalah y berpurdah. kesian dekat empunya diri y masih lagi tak memahami konsep muslimah dan gambar. tidakkah anda mentadabbur surah annur ?

" katakan kpd para perempuan beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya) kecuali y biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya( auratnya) kecuali kepada......"
(24:31)

ya.. ini surah berkenaan dengan pengarahan supaya wanita menundukkan pandangannya. tapi semakin hari lihatlah wanita ghairah menunjukkan wajah mereka melalui gambar2 y terpampang di setiap laman. zaman benar2 sudah canggih.

akhwat fillah,

anda tidak sepatutnya memaparkan gambar anda untuk menjadi tatapan umum. wajah anda bukan untuk dipandang lama2 lelaki y beriman apatah lagi mereka y rosak dan kotor hatinya. tidakkah ini hanya memberi peluang kepada golongan rijal mendapat dosa?
dimana sifat malu wahai muslimah sekalian.?

Abu Masu'd Uqbah b Amr Al-Anshari Al badrii berkata, Rasulullah saw bersabda:
" sesungguhnya sebahagian dari apa y dikenal orang dari perkataan kenabian pertama ialah ' bila engkau tidak malu berbuatlah sesuka hatimu'" ( HR Bukhari)

bagi golongan lelaki y beriman, mungkin pandangan mereka hanya biasa sahaja dan hanya mampu beristighfar. tapi bagaimanakah lelaki y tinggi syahwatnya? jiwanya perit , hatinya sakit menanggung kesakitan apabila melihat wajahmu meskipun kamu bertudung litup atau bertudung labuh.


dengan satu kesilapan y mungkin anda tak terniat, meskipun sekadar berkongsi dengan teman-teman, ingatlah ia bakal mengundang fitnah. tidaklah saya untuk mengaibkan anda. saya tahu di kalangan anda ada y menjaga pandangan selaras dengan firman Allah, seperti di atas. tapi, berhati-hatilah wahai ukhtiku.

anda bukan main menjaga diri dari tatapan liar lelaki di luar sana, berjalan dengan menundukkan pandangan, tapi akhirnya anda sendiri menjatuhkan diri anda dii lembah kebinasaan. membiarkan diri untuk diperhatikan. haraplah ia bukan tujuan membangga diri dengan apa y di lakukan. lihatlah gambar anda y saiznya besar, bukan sahaja menampakkan segala cacat cela dalam diri anda malah jerawat, tahi lalat dan segala jeragat pun anda hendak tunjukkan.

jadi sekali lagi ukhti, buat apa anda menjaga pandangan tapi memaparkan gambar2 anda di khalayak ramai? bukankah sama sahaja tidak menjaga pandangan kerana mendongakkan muka untuk tatapan kawan2 kononnya
( semestinya menangkap gambar menunjukkan muka, betul tak? takkan ada y menangkap gambar dengan menundukkan pandangan)


penyelesaiannya, deletelah gambar itu. walaupun ada y mengatakan edit atau kecilkan saiz itu. tapi pada saya, DELETE sahaja penyelesainnya. samada di blog2 kesayangan anda, myspace, freindster dan banyak lagi. masih belum terlambat.

ingat wajah anda anugerah Allah, hanya layak2 di pandang berkali2 oleh mereka y layak.
sebaik2 hiasan adalah wanita solehah.
selamat bermujahadah ukhti.


p/s: ade sape2 nak mintak tolong saya deletekan gambar mereka di web2. bisa aja. khidmatku 24 jam.

13 Ogo 2009

.: i love my family

alhamdulillah, alhamdulillah.. Allah memberi kesembuhan pada diriku dari wabak hampir2 demam. syukur sangat. perjalanan ke perak dapat ku teruskan malam ini. Berjumpa dengan family tersayang dan pernerimaan segulung ijazah seorang abang. Terasa sangat bersyukur dengan family y ada walaupun kadang kita selalu compare family kita dengan family orang lain walaupun family kita bukan dari golongan y bagus2 agamanya. Conclusion, family kita adalah y paling best selepas dakwah family di lakukan. seorang ditarbiyah, semua ditarbiyah. syukur ya Allah dengan nikmat tarbiyah ini. firman Allah : wahai orang y beriman, perliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka y bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat y kasar, dan keras, y tak derhaka kepada Allah terhadap apa y Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa y diperintahkan." (at-tahrim, 66:6) jadi kawan2, apa y dah kita lakukan untuk family kita? adakah perhubungan kita dan family kita semata2 pertalian darah dan mereka darah daging kita? kadang2 kita tak sedar, kita ber iya2 mentarbiyah orang lain, rakan2, adik2 dan seluruh masyarakat, apatah lagi kita jadi facilitator, mengelola program2 motivasi untuk orang lain, tapi kita telah mengabaikan family kita! KITA MENGABAIKAN MEREKA! akhwat fillah, family kita entah kemana. hubungan dengan abang2, kakak2 dan adik2 keruh sahaja. sekadar pengalaman saya, saya adalah di label seorang perndiam, berjauhan dengan family dari form 1 hingga sekarang, hubungan dengan keluarga kurang rapat. tapi, alhamdulillah, dengan nikmat tabiyah, saya sedar, saya kena cuba merapatkan diri dengan mereka semua bila pulang cuti beberapa bulan. ya, agak susah tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. dan mereka juga boleh terima perubahan saya dan perubahan polisi kehidupan keluarga baru, baitul muslim y kami bina. cuti kita kemana ukhti? apa y telah kita lakukan untuk family kita sepanjang cuti panjang kita? adakah menunjukkan contoh akhlak buruk pada ibubapa dan adik2? adakah akhlak kita sama setelah kita ditarbiyah? bangun lambat, tak pernah tolong ibu di dapur, sering menghabiskan diri menonton TV, merungut dan membantah kata ibu ayah.. adakah itu kita? ( adik lelaki) saya kesal dengan sikap kita y ambil acuh tak acuh dengan dakwah pada keluarga. lihat saja cara kita dengan adik sendri. bila melengahkan solat kerana menonton cerita kartun kegemarannya, kita marah2, kita tengking dia, kita heret dia ke bilik ari suruh ambil wudhu', kita cakap kasar. itulah cara paling kejam sebenarnya. tak rasakah ukhti, mereka akan semakin memberontak? " ....sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentu mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.... ( al imran, 3: 159) bagaimana kita cuba untuk nasihat mereka dengan kasih sayang, berlemah lembut, dengan touching, memberi tahu kenapa kita perlu solat dan mengajaknya solat berjemaah bersama2. tidakkah itu lebih baik ? apatah lagi, mengajaknya membaca alquran walaupun hanya sebaris ayat. membelikannya quran terjemahan.. cara itu lagi halus ukhti dan berkesan. (adik perempuan) dulu, kita suka berfesyen, mendengar lagu2 lagha, menyalin lirik2 kesukaan di atas selembar kertas, menampal poster artis2 kegemaran di kamar tidur, tidakkah itu teruk ukhti? begitulah wanita. adik perempuan suka mengikut jejak kakaknya. apa y kakak ada, apa y kakak pakai, apa y kakak buat, semua nak ikut. al maklumlah, kakak contoh dalam keluarga kerana kepandaian dalam pelbagai bidang. akhwat fillah, dengan tabiyah, segalanya berubah. segalanya menjadi indah. diri dipakai dengan pakaian islam. sungguh cantik. menjadi muslimah solehah, seindah-indah perhiasan.
jadi, ayuh lakukan dakwah pada keluarga. pimpinlah mereka ke jalan y benar. " KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" ".. maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang y menyucikan jiwa itu dan sungguh rugi orang y mengotorinya" ( as syams, 91: 8-10) wallaualam..

12 Ogo 2009

.: aku sayang dia kerana ALLah

alhamdulillah. masih lagi bernafas dengan percuma dengan oksigen y diberi Allah. tak perlu untuk membeli tong oksigen y berharga puluhan ribu ringgit ( especially patient kat wad) semata2 untuk bernafas. alhamdulillah.. syukur.. tapi saya sedih. Allah menarik nikmat kawan atau adik dari saya walaupun utk beberapa hari. keseorangan tanpa dia. rasa rindu tiba2 menjelma. padahal baru semalam saja saya menghantarnya pulang ke stesen bas ( walaupun H1N1, nampaknya saya pun pentingkan diri). begitulah dasyatnya ukhwah. ukhwah kerana Allah. Pernahkah kita terfikir, tentang satu perhubungan kerana Allah. Mungkin hanya berkata di mulut, hanya omongan kosong, tapi tak pernah di praktikkan. ya.. cuba kita lihat di sekeliling kita, rakan2 kita, sahabat2 kita, kawan baik y kita sanjung selama ini, benarkah mereka mencintai/ berkawan dengan kita kerana Allah? ya atau tidak? ya, jika mereka sentiasa mengnngatkan kita. ya, jika mereka sentiasa menggerakkan kita utk berubah. ya, jika dia sedia menerima kekurangan kita. ya, jika dia tak pernah merungut dan marah dengan teguran kita. ya, jika dia sentiasa bersama kita walau suka dan duka. ya, jika dia sentiasa menyebut, "saya sayang akak kerana Allah" ya, jika dia sentiasa menceritakan masalah dia. ya, jika dia sanggup berkorban ( korban jalan kaki semata2 nak jumpe sebab saya demam) dalam segala hal. ya, jika.. ( harap leh tambah sendiri) jadi lihat saja, adakah ciri2 ini ada dalam perhubungan anda? kita lihat sahaja satu cerita y mengisahkan tentang seseorang y mencintai sahabatnya kerana Allah. dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawasannya, ada seorang laki berziarah kepada seorang saudaranya di satu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat melindunginya di sepanjang jalan- y dilaluinya. setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat padanya " Kemana engkau menghendaki? orang itu menjawab " saya hendak ke tempat saudaraku di desa ini" malaikat bertanya lagi " adkah satu kenikmatan y hendak kau peroleh dari saudaramu itu? dia menjawab " tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah " malaikat lalu berkata " sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah. ( HR muslim) subhanallah ukhti.. lihatlah balasan Allah pada mereka y mencintai kerana Allah.. jadi. lihat saja kondisi kita umat sekarang.. benarkah mereka mencintai saudara mereka kerana Alla?bahkan ramai saja antara kita y menyesatkan malah menghancurkan masa depan saudara kita.. ukhti, di jalan tarbiyah ini lah baru ku kenal sapa kawan, sape lawan. rupa2nya kawan2 ku dulu ( sebelum ditarbiyah) tak pernah mengungkapkan sayang, tak pernah mengajakku kebaikan tapi hanya dunia jadi kesenangan.. astaghfirullah untuk mereka y berkawan dengan kita kerana dasar suka2, tetaplah memberi layanan, kita perlu mengukir senyuman dan bertegur sapa serta mengajak mereka kepada kebaikan. tunjukkan bawaha kita berkawan dengan mereka atas dasar niat kerana Allah. jangan jadikan kita dipandang bukan2. jadi fitnah bagi mereka y ingin perubahan. ayuh ukhti, CARILAH SAHABAT Y MENCINTAI KITA KERANA ALLAH !

11 Ogo 2009

.: tiada ungkapan REHAT

alhamdulillah.. dapat menghirup udara segar pagi ini. ya.. tenang dan segar selepas solat subuh dan bacaan Mathurat y menjadi lantunan ku setiap pagi.. lihat saja gambar di atas, THE OATH OF MUSLIM DOCTOR or THE Hippocrates Oath, janji seorang doktor utk menjaga etikanya ketika sudah dpat tittle doktor. tapi kita? janji kita pada ALlah tak pernah kita persoalkan, bagaimana ukhti? mana janji2 mu itu? hari ini adalah hari cuti bagi semua penduduk bumi usm. tapi bagi mereka y bergelar dai' dan murobiyah ? NO HOLIDAY. ya.. kerana setiap masa, setiap minit dan setiap saat memikirkan hal-hal umat. subhanallah.. beginilah tarbiyah mengajarkan kita.. kita tidak punya masa rehat ukhti. kita tak punya masa bersenang lenang ukhti. masa kita terhad. masa kita tak mungkin sama dengan mereka y lainnya. masa kita sepatutnya sentiasa terisi. masa kita mungkin sepaptutnya terjaga. menjadi student medic dalam satu masa menjadi daie'.. satu tanggungjawab y besar dan sememangnya amat susah dan membebankan bagi semua orang. apatah lagi bila mana jadual y sangat pack dan nota y menimbun. tapi.. adakah itu bermakna kita tidak perlu ditarbiyah dan kita tidak perlu menyeru manusia, bekerja untuk Allah dan menyambng perjuangan Rasulullah? jangan jadikan alasan ini sebagai halangan ukhti.. adakah kerana dunia kita tinggalkan akhirat..? adakah kerana masa kita terhad kita tinggalkan dakwah? tepuk dada tanya iman.. sudah berapa kali seorang sahabat meminta untuk mufaraqah atau menurunkan pangkatnya dari halaqah kerana tak sanggup memikul beban ini. astaghfirullah.. ukhti, bangkitlah, sedarlah.. mahukah kau tinggalkan dan buang hidayah Allah ini semata2 hendak bersenang lenang? hidup ini sememangnya bukan untuk bersenang lenang.. jadi.. bangkitlah kita semua.. tiada ungkapan rehat untuk anda. anda perlu bergerak. anda perlu berganjak.. anda tidak boleh terus futur dalam jalan ini.. YA ALLAH, KENAPA KAU PILIH AKU UNTUK MEMIKUL AMANAH INI? subhanallah.. bersyukurlah anda. Allah telah memilih anda. Allah telah berjual beli dengan anda, dengan menyediakan syurga. Syukurlah Allah beri peluang. Syukur.. Allah tahu kita mampu lakukan. jadi kenapa perlu persoalkan? ingat.. tarbiyah tak memerlukan kita tapi kita memerlukan tarbiyah. tarbiyah bukan segala2nya tapi segala2nya bermula dengan tarbiyah.

8 Ogo 2009

.: aku bukan seorang

untuk menapak di jalan dakwah, kita tak akan mampu seorang. Kita mesti memerlukan teman yang akan sentiasa membantu kita dari belakang. yang mampu menasihati kita ketika iman hampir lemah dan sentiasa menegur ketika kesalahan mengiringi. saya melihat, individu y menapak di jalan dakwah ini takkan mampu melakukan sesuatu itu berseorangan. saya melihat individu y hendak berubah juga takkan mampu untuk berubah secara terus menerus dalam keseorangan. dia mesti perlu ada orang atau sahabat y sentiasa mengiringinya bersama. dalam surah as saff, 4: " sesungguhnya Allah mencintai orang2 y berperang di jalanNya dalam barisan teratur, mereka seakan2 seperti bangunan y kukuh" subhanallah. sebuah bangunan y kukuh memerlukan batu batu, simen, tanah dan keperluan y kukuh. Cuba ibaratkan batu-bata itu adalah kita.. Kualiti batu bata itu sangat penting bagi merealisasikan bangunan y kukuh. saya pernah membaca ata2 dari Hasan Al Banna : " PABILA AKU MELIHAT ISLAM ITU SEPERTI BANGUNAN Y USANG, AKU PERGI KE JIWA PEMUDA-PEMUDA, AKU TAK INGIN MENGUTIP BANYAKNYA BILANGAN MEREKA, TAPI AKU HENDAK MEREKA Y IKHLAS DALAM MEMBANTUKU MENJADIKAN BANGUNAN Y USANG ITU AGAR MENJADI BANGUNAN Y TERSERGAM INDAH KEMBALI " JADI AKHWAT FILLAh dan sahabat2 : kita bukan seorang. kita ada Allah. kita ada sahabat2 y sentiasa menolong kita dalam menempuh jalan ini. kita bergerak bersama. kita ada y sentiasa mengingatkan dan memberikan ilmu sentiasa. kita ada mereka. kita bukan seorang.. wallahualam'

5 Ogo 2009

.: antara ALLAH dan merit

" saya kena hadiri pogram ini, saya tak leh datang program akak. program akak tak de merit " tersentak saya mendengar ngomelan dari seorang adik. sejak awal pertama lagi saya dah menekankan berkenaan dgn niat. tapi nampaknya kurang berhasil utk memahamkan mereka bahawa merit itu bukanlah segala2nya. adakah anda yakin anda akan dapat duduk hostel dengan terlibat segala aktivit y di anjurkan kolej? sudah tentu tidak. tapi... adakah anda percaya anda akan dapat duduk hostel dengan melibatkan diri dgn segala aktiviti kolej?sudah tentu ya.. jadi.. percaya dan yakin adalah benda y berbeza. jadi akhwat fillah, lakukan sesuatu kerana Allah. bukan kerana merit. merit anda leh dapat utk kegunaaan di kampus sahaja. tapi jika kerana Allah, ia sememangnya bekalan jangka masa panjang.. saya tak nafikan juga merit itu penting tapi jangan terlalu taksub sangat ukhti. asal sahaja aktivti disertai merit, terus penuh nama dalam kertas perndaftaran... tapi asal ibadat dapat pahala, kebajikan y meritnya tak terhingga, meritnya sampai bila2, tak nak pula kita terburu2 mendapatkannya.. "katakanlah jika bapak2mu, anak2mu, saudara2mu, istri2mu, keluargamu, harta kekayaan y kamu usahakan, perdagangan y kamu khuatrikan kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal y kamu sukai lebih kamu cintai dari Allah dan rasul serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah samapi Allah beri keputusan dan Allah tak memberi petunjuk pada orang y fasik " at taubah, 9: 24 so, anda pilih mana ukhti? merit atau Allah dan rasul.? wallahualam'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...