IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
.
SELAMAT DATANG
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )
20 Ogo 2009
.: ujian sunnah berjuang
alhamdulillah, Allah masih lagi memberi nikmat air mata padaku setelah hampir kering beberapa hari ini.
ya Allah, meskipun jalan tarbiyah ini mengajar menangis untuk sesuatu y berharga, tapi kadang2 kita tak mampu menahan setitis air mata bila menghadapi ujian. Air mata ini sepatutnya di simpan untuk malam2 sunyi y dihabiskan denganMu ya Tuhan. malam memohon ampun, meminta sesuatu agar dikabulkan dan mengadu atas segala masalah.
ukhtiku,
di jalan ini, menerima ujian itu adalah lumrah. itu adalah perkara biasa. itulah penguat kaki untuk terus melangkah dan melangkah. namun, setiap ujian itu tidak semestinya bisa di papah. mungkin pernah tersungkur jatuh dek ujian y berat. halangan2 dari musuh juga semestinya satu ujian. Musuh utama y dari kalangan syaitan y tak terlihat dan syaitan bertopengkan manusia. musuh y dikalangan orang kafir sendiri dan rakan seperjuangan. ya, siapa lagi kalau bukan umat islam itu sendiri. yang mungkin bukan di kalangan anda tapi di kalangan mereka y tak paham2 islam.
dari abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
"janganlah kamu saling dengki mendengki, belakang membelakangi antara satu sama lain,hendaklah kamu menjadi hamba2 Allah y bersaudara. seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim y lain. dia tak boleh menzzaliminya, membiarkannya, membohonginya dan menghinanya. ketaqwaan itu di sini. baginda menujukkan ke dadanya sebanyak 3 kali. cukuplah seseorang itu mendapat keburukan, apabila dia menghina saudaranya y muslim. setiap orang muslim itu ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya " ( HR muslim)
subhanallah, hadith ini sangat jelas supaya jangan menzalimi saudara seislammu. tapi kadang2 ( selalu je) , kita tetap dizalimi oleh saudara sendiri. kita tetap di benci. kenapa? kerana menyampaikan islam. kerana melakukan taalim. kerana kita menolak kemungkaran. aduh, bagaimana ini? dunia sudah terbalik ke?y batil terus menguasai dan y hak terus ditepis ke tepi. teringat satu kata2 :
" akan tiba satu masa nanti mereka y memegang islam ibarat mereka y memegang bara api"
akhwat fillah,
bara2 api y panas dan y melukakan kulit2. memang sakit, memang perit, tapi inilah realiti, inilah hakikatnya. zaman semakin berubah. manusia juga semakin berubah. dari y baik menjadi semakin jahat dan tiada nilai diri dan dari y sejahat2nya menjadi semakin baik dan terbaik. ( boleh tgk kawan2 sekelilingku). beginilah tarbiyah.. merubah dari keadaan asal seseorang ke arah y baik dan lebih baik, malah mengajak orang pula.
islam itu datang dengan asing dan pergi dengan asing. memang nampak pelik jika membawa islam. memakai tudung (apatah lagi tudung labuh), memakai baju y menutup seluruh tubuh, lebih prefer membaca quran di dalam bas dari majalah hiburan lain sememangnya dianggap PELIK. kita mungkin di anggap ekstremis. tapi masalahnya pelik itu di pandang oleh umat islam sendiri. tak ke pelik? pelik .. pelik...
wallahu'alam
p/s : cuba bersangka baik dengan manusia dan juga Allah.!
Labels:
dakwah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 teguran:
Catat Ulasan