.: bicara hatiku

mujahidah88
( gambar aku akan di attach di sini kemudian)


aku sebuah motorsikal.


aku berwarna biru. berketurunan modenas. berbangsa kriss.


lahir di malaysia.


asalku selangor.


tapi sekarang aku menetap di kelantan setelah selama  setahun di UPSI, tanjung malim, perak.


umurku sudah lebih setengah dekad rasanya.


aku sering bertukar tuan.


dan tuanku yang pertama adalah seorang perempuan. dia yang membeliku. dan dia menjagaku dengan rapi berlainan sekali dari tuanku sekarang.


malah tak pernah membersihkan diriku selama digunakannya. aku busuk. aku tak dibelai. aku semakin uzur. semakin sakit. malah seringkali sahaja di bawa ke klinik motorrsikal.


aku geram dengan tuanku yang baru ini. ya, dia seorang perempuan. sepatutnya aku semakin dibelai dan dijaga dengan lemah lembut. tapi lain pula jadinya.


2 kali aku cedera. badanku hampir berkecai. tapi aku akhirnya dapat dipulihkan.


dan tiba-tiba, kali ini, aku mengalami kebocoran di bahagian rectum ( exzos)


aku perlu menjalani pembedahan hari ini. perlu ditukar dengan rectum yang baru.


aku takut. berjayakah pembedahan ini?


hanya Allah yang tahu.


walaubagaimanapun, aku masih harus bersyukur, punya tuan yang baru ini.


kerana aku selalu dibawa ke majlis ilmu. itulah sebenarnya yang menguatkan aku, walaupun aku kadang-kadang sakit dan tak bermaya. tidur pun tidak cukup sama sekali. tak lena.apa tidaknya, pada jam 2-3 pagi aku masih lagi di bawa ke sana ke mari. dan pagi esoknya pula, awal-awal lagi aku sudah perlu bersama tuanku ke kuliah.


hei.. sukanya aku mengeluh.. padahal aku bukan bermaksud begitu. tapi agak kesal sedikit.


aku termotivasi dengan majlis ilmu yang disampaikan. yang paling aku terkesan ketika aku mendengar hadith yang dibaca oleh salah seorang rakan tuanku.


' menolong orang hingga dapat naik kenderaan atau mengangkat barang bawaan ke atasnya merupakan sedekah' .. ( hadith 26- imam nawawi)


hayat aku tidak lama. tapi aku punya misi di dunia dan akhirat. aku sanggup berkorban untuk Allah dan RasulNya.


aku sanggup berkorban untuk dakwah di sini.


aku siap..


berilah arahan padaku wahai tuanku, aku siap untuk berkorban di jalan jihad ini, meskipun kalau aku terkorban.


wallahua'lam..


p/s : aku sudah uzur, jangan bawak aku balik johor. aku mahu terkubur di bumi kelantan.

Labels: 0 bisikan tarbiyah | edit post
Reactions: 
mujahidah88


Abul ‘Ala Al Maududi mengingatkan perajurit-perajuritnya;
”Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.”


siapa kata dakwah milik hanya sesetengah orang  sahaja?

siapa kata dakwah milik mereka yang berjawatan sahaja?

siapa kata dakwah hanya untuk orang yang banyak ilmu sahaja?

siapa kata dakwah untuk orang yang petah berkata-kata sahaja?

siapa kata dakwah untuk orang yang tudung labuh sahaja?

siapa kata? beritahu saya siapa yang cakap?

hei, dakwah tidak memerlukan itu semua.

tapi automatik wajib bila kita sudah bergelar muslim iaitu ummat nabi Muhammad.

dakwah untuk semua.

Iaitu setiap al-akh muslim meniatkan dengan perkataannya, perbuatannya dan jihadnya seluruhnya hanya untuk Wajah Allah, mengharap keridhaanNya dan kebaikan ganjaranNya, tanpa melihat kepada harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Dan dengan demikian ia pejuang fikrah dan aqidah, bukan pejuang kepentingan dan kemanfaatan.” ( imam asy syahid hasan al banna).

subhanallah..

takbir..


Syeikh Muhammad Ahmad Rasyid mengingatkan;

“Gelorakan semangatmu wahai ikhwah dan jangan kendur sedikitpun, marilah maju bersama kafilah dakwah ini. Siapa yang tidak lagi bersemangat maka janganlah ikut barisan kami”.

p/s : jangan menoleh ke belakang, pandang ke depan, terus buat apa yang kita rancangkan.
Labels: 4 bisikan tarbiyah | edit post
Reactions: 
mujahidah88
Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).

air mata, duhai air mata, turunlah kau dari lacrimal gland ku.. 

mengapa susah untuk kau turun membasahi seluruh pipiku? 

sudah keraskah dikau duhai air mata?



tapi, bila perkara yang sia-sia, mudah sahaja air mata ini mengalir.

sedangkan pelepah tamar menangis,..(1)

sedangkan buraq menangis..(2)

adakah air mata ini mengalir bukan kerana Allah?

adakah aku tidak taubat nasuha lagi?

taubat nasuha itu taubat yang sungguh-sungguh. taubat yang sebenarnya.
berjanji takkan mengulangi perbuatannya, menyesal, tak pernah bangga dengan masa lalunya..
MUDAH MENANGIS..

ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang suka menangis, sentiasa menangis hanya keranaMu..

ameen.

nota kaki :

(1) Pelepah tamar menangis

Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.

Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis.

Pelepah tamar tersebut mengatakania menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia.

(2)Buraq menangis



Semasa peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit. Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad.

Jibril bertanya kepada Allah, buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah menyuruhnya memilih Buraq yang menangis. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”

Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

p/s : ingin duduk di tempat yang jauh dari mereka, menangis sepuasnya..


"Menangislah.................Kerana menangis itu bukan satu kelemahan."
Labels: 5 bisikan tarbiyah | edit post
Reactions: 
mujahidah88
mencari sesuatu dengan jalan-jalan..

“Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, justeru berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat yang menimpa ke atas orang-orang yang mendustakan rasul. (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita kerana sesungguhnya kamulah orang-orang yang tinggi jika kamu beriman.”




berehat sebentar..


melawat tadika. ~ melahirkan generasi soleh dan solehah



masa makan..



masa bermain.



menghirup udara segar ..



rehat dengan solat ..


berziarah di hospital ipoh



balik ke tempat asal..

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Al An’am:59)

p/s .. jom jalan-jalan

Labels: 0 bisikan tarbiyah | edit post
Reactions: