kadang aku hairan, tarbiyah sudah 3-4 tahun, tapi masih main game.
ada juga masih lagi menonton detektif conan.
belum lagi jika aku cakap ada yang berzina.
kerap aku dengar, masalah ikhwah akhwat ini hampir sama berulang setiap minggu.
masalah buang sampah. masalah pakai kereta tidak dikemaskan semula seperti sedia kala. masalah pinjam harta benda orang lain tanpa izin.
masalah subuh pukul 730am.
adakah ini kerana murobbi yang ada tidak berkualiti? atau zaman sudah berubah? atau kerana mereka ini generasi Y dan Z?
atau qiyadah tidak memainkan peranannya?
kau rasa?
tarbiyah diri sendiri dulu
" wahai orang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu.." ( surah tahrim, 66:6)
tarbiyah dzatiyah or known as tarbiyah diri, adalah pembinaan sesorang terhadap dirinya sendiri dengan berbagai cara. ia bukan tugas murobbi. tapi tugas empunya badan.
keberhasilan perubahan adalah berpunca dari sarana tarbiyah yang paling hebat ini iaitu tarbiyah dzatiyah. jikalau halaqah 1000 kali sekalipun, materi tarbiyah yang diterima lebih 50 jenis pun, atau murobbi yang membimbing tahap ulama sekalipun, jika tiada tarbiyah dzatiyah, semuanya ibarat debu-debu je.
sebab?
kau adalah kau. kau tahu kukurangan, aib, dosa kecil dan dosa besar yang kau lakukan. dan kau yang bertindak untuk buat or tinggalkan. kau yang akan decide, nak jadi malas ke, futur ke, give up ke, buat dosa ke.. nak baca quran sampai nanges, nak qiam 2 rakaat or 12 rakaat, nak solat sunat or tak, itu semua kau yang decide, bukan murobbi kau. bukan jemaah kau. bukan qiyadah kau!!!
tahu tak, tarbiyah dzatiyah ini umpama macam pohon. jika akarnya kuat menancap ke bumi, anak pohon tetap kukuh, walaupun angin dan badai datang bertimpa-timpa.
orang sekarang, semua cakna akan isu palestin, syria, rohingya dan isu saudara kita di luar sana. sangat sensitif bila islam di hina. marah bila kaum hawa dirogol sana sini.
tapi diri sendiri masih lagi merokok, malas ke masjid, malas ke majlis ilmu, malas nak BERUBAH, apatah lagi kalau suruh keluar BERDAKWAH! diajak ke HALAQAH atau USRAH!! (eheh... sesatttt tu), kau harap semua akan selesai??
hurmm.. tarbiyah dzatiyah memang susah nak wujud dalam diri masyarakat kita especially kau para daie.
sampai ke sudah, masalah umat di papan akhbar takkan selesai wahai saudaraku sekalian.
cara tarbiyah dzatiyah
so, jom start dari sekarang.
1/ muhasabah dan bertaubat
"Aku bermaksiat kepada Allah, lalu hal tersebut aku ketahui pada perilaku isteriku dan haiwan kenderaanku" (Fudhail bin Iyad)
2/ mencari ilmu
Ayah kepada Ahmad bin Hanbal bertanya kepadanya, "Hai anakku, sampai bila kamu akan mencari ilmu?" Ahmad bin Hanbal menjawab, "sampai mati"...
3/ beramal soleh
" tidaklah seorang muslim yang melakukan solat wajib, khusyu' dan rukuk yang baik kecuali hal itu akan menjadi penghapus dosanya yang lalu selama ia tidak melakukan dosa-dosa besar." ( HR Muslim)
4/ berakhlak
" tidak ada sesuatupun yang lebih berat timbangannya seorang hamba mukmin pada hari kiamat selain akhlak yang baik" (HR Tarmidzi)
5/ terlibat dengan aktiviti dakwah
"Barangsiapa mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapatkan pahala sebesar orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala sedikit pun" (HR Muslim)
6/ berjihad
"Allah mengaitkan petunjuk dengan jihad. orang yang paling sempurna petunjuknya ialah orang yang paling kuat jihadnya. jihad yang paling wajib ialah jihad melawan hawa nafsu, jihad melawan syaitan dan jihad melawan dunia. barangsiapa yang berjihad melawan keempat hal tersebut, maka Dia akan memberinya jalan petunjuk kepada jalan keredhaanNya untuk kemudian membawanya ke syurga."
(Ibn Al Qayyim Rahimahullah)
kalau kau yang baca ni orang biasa-biasa, cepatlah cari halaqah or usrah. dari situ kau akan tahu tarbiyah dzatiyah ertinya apa.
kalau kau yang baca ni ikhwah akhwat, kau rasa kau dah hebat sangat?
diagnosis diri. tarbiyah diri. tarbiyah umat.
( sumber : buku urgensi tarbiyah dzatiyah, abdullah bin abdul aziz al aidan)
0 teguran:
Catat Ulasan