Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Apr 2011

Saya nak mufaraqah!

Mufaraqah: Keluar daripada tarbiyah dan dakwah/ jemaah

jalan untuk keluar sentiasa terbentang luas

Pernah atau tidak terlintas dalam diri kita duhai para ikhwah wa akhwat untuk keluar daripada medan tarbiyah ini?
Pernah atau tidak terlintas untuk mufaraqah kerana lelah dengan perjuangan ini?
Pernah atau tidak terlintas untuk mufaraqah kerana merasa ia mengganggu studi?
Atau kerana tidak tahan dengan sikap-sikap manusia sekeliling yang menghalang perjuangan kita?
Atau kerana jemaah ini tidak lain tidak bukan hanya menyusahkan dan mengongkong hidup!

Saya yakin, mesti kita ada terlintas untuk melakukan demikian, namun atas sebab-sebab tertentu, kita terus tegar di jalan dakwah ini. Alhamdulillah dan tahniah. Sentiasalah berdoalah semoga kita dikekalkan dalam jalan para Rasul, Nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah serta orang-orang yang soleh.

“ Ya Allah yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah kami di jalan agamaMu, di atas jalan ketaatan, jalan jihad dan perjuangan”

Sebab mufaraqah

Bagi yang telah mufaraqah, cuba katakan mengapa anda mufaraqah? Adakah anda telah diusir? Pastilah tidak kerana sesuatu jemaah tidak akan mengusir ahlinya sendiri sesuka hati. Hal ini kerana sudah menjadi hak seseorang muslim itu adalah apabila meminta dinasihati, kita mesti melaksanakan hak itu. Kebenarannya, mufaraqah itu berlaku apabila  ahli itu dengan sendirinya menarik diri dari jalan ini.

Kenapa mahu menarik diri? Apakah sebabnya? Mari kita singkap sebab-sebab majoriti ramainya mufaraqah atau berciciran dari jalan dakwah dan tarbiyah.

Memilih suami bukan mudah seperti memilih baju di pasar malam. Namun, memilih suami adalah ibarat memilih masa depan. Samada gelap atau cerah. Atau samada bahagia atau punah dunia dan akhirat kita. Saya yakin, ada ramai juga yang tidak setuju dengan pendapat bahawa kita mesti berkahwin dengan ikhwah atau orang yang sejemaah dengan kita. Namun ingin ditekankan di sini terdapat perbezaan yang sangat besar dan ketara antara orang yang ditarbiyah atau tidak. Suami yang tidak memahami tuntutan dakwah dan tarbiyah, pasti akan menghalang isterinya daripada terus istiqamah di jalan ini.

Semua orang mengalami masalah studi. Namun, jangan sekali-kali memberi alasan, kegagalan kita dalam studi penyebabnya adalah tarbiyah dan dakwah yang kita ikuti. Ingatlah bahawa kita sendiri yang gagal dalam merancang masa dengan baik. Ramai sahaja akhwat dan ikhwah kita boleh berjaya walaupun mereka sama sahaja seperti kita. Namun, apakah rahsia mereka? Mereka pandai membahagi masa, tidak suka bertangguh dan tidak sekali-kali mengabaikan studi mereka meskipun tuntutan dakwah sentiasa datang seiring.

jika kita memutuskan untuk mufaraqah, kita akan merasakan bahawa dunia ini seolah-olah gelap gelita tanpa cahaya.

Ukhwah kita pasti akan diuji. Kadang-kadang kita akan merasa ukhwah yang terjalin tiada manisnya, mudah terasa dengan akhwat sendiri dan sentiasa berprasangka buruk. Ada juga disebabkan cemburu, mereka terus memberi keputusan untuk mufaraqah kerana tidak sanggup berhadapan dengan orang yang dicemburui. Hal-hal yang melibatkan ukhwah ini perlu untuk diselesaikan secara baik dan segera. Jika tidak, ukhwah yang terjalin ini pasti hanya melelahkan sahaja.

4. Tidak mampu dalam berkomitmen
Dalam melalui jalan dakwah ini, kita mesti berkomitmen dalam segala perkara. Orang-orang yang tidak mampu berkomitmen pasti tidak sanggup duduk lama. Mereka akan menganggap bahawa jalan yang mereka ikuti ini hanyalah sekadar aktiviti masa lapang di kampus.


Ingatlah bahawa keluarnya kita daripada jemaah yang kita masuki ini bukanlah bermakna kafir. Cumanya keluarnya kita daripada jemaah adalah satu kerugian yang sangat besar pada diri sendiri dan keluarga. Ketahuilah bahawa jemaah yang kita ikuti ini bukanlah dikira sebagai jamaatul muslimin yang dipimpin oleh seorang khilafah tetapi ia adalah jamaah minal muslimin yang terdiri daripada orang-orang muslim. Jika kita keluar daripada jamaatul muslimin yang dipimpin oleh seorang khalifah, barulah kita dikira sebagai kafir kerana menyokong orang-orang kafir untuk menentang islam.

Konsekuensi daripada mufaraqah

Kesan daripada mufaraqah akan menyebabkan seseorang itu jauh daripada bi’ah(persekitaran) soleh dan solehah. Kita akan jauh daripada majlis-majlis ilmu, halaqah dan program. Iman kita juga tidak akan terjaga. Sejarah membuktikan bahawa orang yang mufaraqah tidak mampu menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana tiadanya pantauan atau peringatan serta nasihat daripada kalangan ahli jemaah itu sendiri.

Sepanjang pemerhatian, orang-orang yang mufaraqah juga mungkin tidak akan lagi menjaga auratnya, pergaulannya atau imannya. Mereka merasakan tiada lagi pantauan daripada murobbiyah. Mereka merasakan bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu.


Cuma, tidak semua begitu. Ada juga orang-orang yang masih kuat dalam menjaga dirinya daripada perkara-perkara melaghakan kerana mereka masih lagi mengingati dan terus mengamalkan apa yang mereka belajar sepanjang mereka ditarbiyah. Tapi, bilangan itu tidaklah banyak. Dan mungkin sampai satu masa, mereka tidak akan lagi mampu bertahan sepertimana sekarang.

Kepada mereka yang menyedari ruginya mufaraqah, maka carilah semula apa yang telah anda hilang. InsyaAllah, kesedaran anda sekarang adalah berupa kasih sayang Allah kepada anda. Lihatlah diri anda yang semakin jauh daripada Al-quran dan Sunnah Rasulullah. Tidakkah anda sedar?

Penutup: bertahanlah!

berpegang kuatlah!


Bagi yang fikirannya sering dirasuk untuk mencari penyelasaian masalah dengan mufaraqah, seringkali ingatlah bahawa tindakan anda salah. Mufaraqah bukan satu penyelesaian malah penambah beban.

Teruskan bertahan dalam jalan yang anda ikuti ini. Usahlah mengikuti hawa nafsu. Bertahanlah. Carilah perkara-perkara menggembirakan yang telah anda rasai sepanjang melewati jalan tarbiyah dan dakwah ini. Usah ragu-ragu. Allah sentiasa bersama anda.

Sama-sama kita berdoa moga Allah terus menetapkan kita di jalan yang kita ikuti sekarang meskipun berbagai rintangan yang kita hadapi kerana jalan ini bukanlah dihampari dengan permaidani merah tetapi ia sentiasa dihampari oleh duri-duri dan paku. Semoga kita semua dijauhkan daripada menjadi golongan-golongan orang yang berciciran di jalan dakwah ini.

Semoga Berjaya!


p/s: Penulis masih lagi berfikiran waras. fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan!

20 teguran:

Unknown berkata...

Best! Sarat dnegan nasihat bersulamkan ilmu yang baik Terima kasih. Ia sebuah peringatan yg indah

Thedofi berkata...

jzkklah ukht. input yang membantu. terus bertahan!.
semoga kita dikekalkan dalam jalan para Rasul, Nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah serta orang-orang yang soleh.

Thedofi berkata...

jzkkh ukht. input yang mebantu. semoga kita terus tsabat dan berbuat.
kita inginkan bukan kesenangan dnia

Tanpa Nama berkata...

mufaraqah : keluar dari jamaah ? ana kurang setuju term ini.bagi ana word mufaraqah itu sangat memberi impak kepada psikologi individu.mufaraqah dari tarbiah , itu lebih sesuai.

ana pernah je terlintas dan sudah pun membuat lintasan di garisan zebra.hehe.akibat dari rasa futur , maka jika seseorang keluar dan berpindah dan bisa membuat dia BANGKIT maka tiada salah.tetapi untuk keluar dari tarbiah , InshaAllah sekali kali tidak.

benar ukht , hati itu sifatnya berbolak balik.maka pintalah doa dari Tuhan Yang membolak balikkan hati.kadang2 kita menjadi org yang paling di atas tetapi kerana sesuatu bisa menjadi org yang paling bawah.

ada sahabat ana diusir dari management , kerana apa?
1. tidak sefahaman.
2. kerana dia seorang 'syiah'.
3. berhaluan kiri dalam jemaah.

bagaimana jika bernikah dengan ikhwah tetapi berlainan management?adakah seseorang akan diusir dari jemaah hanya kerana sebuah perkahwinan?

masalah ukhuwah juga bisa berlaku.lebih2 lagi apabila seseorang rasa down MAHU a.k.a BERKEINGINAN untuk mufaraqah tetapi tiada seorang pun yang cuba mendalami dan memahami maka dia TEGAR untuk keluar.jadi bagi mengatasi masalah ini perlu untuk 'pakatan ukhuwah' dari akhawat.

mungkin juga atas faktor DESAKAN.seorang murobbi yang terlalu KERAS dalam membentuk anak hq antara faktor anak hq tidak mampu bertahan lama.jadi sebagai seorang murobbi perlu sabar akan perubahan anak2.mashaAllah ukht , kadang2 dia sangat berpotensi tetapi kerana ketidaksabaran kita membuat dia hilang energi diri.

persoalan dari saya :
adakah jika seseorang telah mufaraqah ? maka murobbi tidak lagi perlu mengambil hal akan dia?jadi adakah gelaran murobbi itu hanya berkadar dalam lingkungan halaqah ? adakah bermakna kita hanya menjadi murobbi untuk org2 yang mahu berkomitmen.

bagus entri ini ! moga sama2 istiqamah dalam kebaikan.

Tanpa Nama berkata...

Ye betoi,betoi..takbir!

amanina baharuddin berkata...

semoge kita tsabat, amin

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn tanpa nama.....bila mana kita brbuat HANYA kerana jemaah...kita akan trus tinggalkan apa yang kita biasa buat bila dah keluar..sma juga...murobbi pun akan wat dunno kat anak HQ sbb konon dah bukan tanggujawabnya....bukan ke tanggunghwb itu dipikul oleh smua org??????mksud ana tanggungjwb utk berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran......kata berbuat krn ALLAH..mananya???mana LILLAHI TAALA?????????smua nya DUSTA tanpa sedar.kalian boleh bagi hujah jutaan kalian...tetapi ingt..ALLAH amat mengetahui isi hati kita..sejauh mana kita berbuat krn Dia...ALLAh psti menguji...watch out.....ALLAHua'lam..

Tanpa Nama berkata...

salam...
saya menantikan jawapan dr mujahidah...

Tanpa Nama berkata...

salam...saya menantikan jawapan dr.mujahidah...

nur cahaya berkata...

salam ziarah

jazakillah ukhti atas perkongsian

adeq berkata...

wowow relax tanpa nama ketiga selepas tanpa nama kedua kena padam.

act den la tanpa nama pertama di atas.hue3 x lepas nak buh nama sendiri.

bukan seorang murabbi x mau amek tau tapi bila dah mufaraqah bermakna si kanak2 tu yang sendiri x mau dibimbing.kita x pernah lepaskan mereka malam mahu sangat menggenggam.tapi bila mana sendiri lepaskan diri x kan nak tarik sedang ramai yang menanti.

kunci adalah FOKUS nak buat apa semua ada target bhai.InshaAllah tarbiah mengajar kita bukan untuk melepaskan tanggungjawab sbg seorang muslim.

murobbi masih keep in contact cuma sudah tidak berhalaqah lagipun murobbi itu ada ramai lagi anak hq.

den tanya den sendri jawab.btw nak komen jangan buh emosi.tapi gua macam kenai jak style penulisan nhe.......tapi x pa la husnuzon jak.kan ukht.hihi.

The Medical Duo berkata...

http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

salam ziarah dari shbt bakal doc di Malaysia.. harap enti sudi ke blog kami.

dr. mujahidah berkata...

saya sokong dnegan pendapat adeq. si mutorobbi yang pilih tak nak dibimbing. jadi, buat apa fokus pada orang y tak nak. baik Murobbiyah cari y lain. masih ramai lagi jiwa yang menunggu sentuhan kita..
walubgaimanpun, ukhwah tetap kena jaga. janganlah bila brjumpa buat macam tak kenal..

menjawab ke?
asif jiddan lamabt

~ pustaka hamdan tahir, usmkk~
1036am.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum dr. mujahidah,
ingin memberi pendapat tentang berkahwin dgn ikhwah.kalau salah tolong betulkan.memang benar kita(akhwat)disarankan berkahwin dgn ikhwah.namun,semua itu bergantung juga pada niat kita.janganlah menganggap berkahwin dgn ikhwah kita tidak akan diuji dgn bermacam2 masalah.cuma mungkin masalah dari segi dakwah dan tarbiyah mgkin kurang kerana masing2 telah faham.namun,kita tidak juga lari dari masalah lain.pokoknya disini,kpd ikhwah dan akhwat bersedialah sebelum menuju ke alam perkahwinan.mantapkan diri dgn semantapnya n jgn beranggapan bahawa"aku akan bernikah dgn pasangan yg sejemaah,sefikrah,mungkin khidupan aku lbih baik dr bernikah dgn pasangan yg x faham"...tlg..jgn sesekali fikir begitu,apa yg penting di sini ialah diri kita sendri.kerana allah memegang hati manusia.cinta yg utama adalah allah, so sentiasa sucikan hati dan diri kita...

kak ain berkata...

nak nikah dengan bukan ikhwah silakan..tapi pada pendapat ana nikah lah dengan orang yang faham dengan agama dan mengamalkan agama walaupun tak semestinya ikhwah. Yang penting dia faham apa yang kita ikuti dan apa yang kita bawa. sebelum nikah kene clearkan semua tentang dakwah halaqah tarbiyah dan program yang akan kita buat setiap minggu bulan dan tahun. buat perjanjian sebelum nikah. Memang nampak mudah semasa sebelum nikah tapi apabila nikah akan timbul konflik. lagi lebih berkonflik jika lepas ada anak.. Perjalanan aktiviti dakwah dan tarbiyah akan jadi semakin terbatas. Tapi sebagai akhwat kene kuat jangan tunjukkan kita lemah buktikan kita boleh lakukan 2 kerja dalam satu masa dan kene banyak berkorban. kita akhwat akan berkorban 2 kali ganda dari bukan akhwat. spt balik keje kene uruskan anak; masak; kemas rumah; siapkan suami dll sebelum ke halaqah yang entah kul bape habis. esok pag bangun awal2 plak kene masak uruskan anak siapkan suami dan kul 6.45 gi keje. Sabtu ahad plak ada program. Kene siapkan anak bawak gi prog suami plak terpaksa di tinggalkan dan sebelum itu siapkan sume kerja rumah dan uruskan suami pujuk suami baru gi prog. jika bernikah dengn ikhwah insyallah perjalanan kita lebih mudah kerana kita sama-sama faham. malah sama-sama akan saling menyokong dan tak perlu diulang faham setiap kali nak perbuat.malah kita yang akan dibimbing dan bukan kita membimbing..ini hanya pendpat peribadi..

dr. mujahidah berkata...

alhamdulillah ada orang berpengalaman dah jawab,, jzkk kak ain

kak ain berkata...

waiyaki..dari pemerhatian ana, bila nikah dgn bukan ikhwah akan ramai akhwat akan gugur di tengah jalan..berbanding akhwat yg nikah dgn ikhwah. malah kebanyakan nikah dgn ikhwah, semakin gencar dakwah mereka dan perjalanan dakwah lebih mudah..annak-anak juga turut terbias dgn dakwah dan tarbiyah ikut jejak umi abahnya..jika suami bukan ikhwah kadang2 terasa diri sendirian yang berjuang dan kene kerja lebih keras lagi untuk didik anak dan bimbing keluarga..jika kita ikut rentak zauj yang bukan ikhwah, takut2 kita sendiri yang tewas.Tapi bersyukurlah dgn zauj yang walaupun bukan ikhwah, dia tidak menghalang kita untuk terus di atas jalan ini dan perjuangan ini..walaupun berat rasa hati..masalah dalam rumah tangga memang tidak akan terlepas walaupun nikah dengan ikhwah atau bukan ikhwah..tapi ia bergantung pada bagai mana kita sendiri yang mengawal dan cara kita berhadapan..org yang di tarbiyah berbeza cara dengan org yang tidak ditarbiyah..ujian Allah juga berbeza pada org yg nikah dgn ikhwah atau bukan ikhwah. begitu juga ujian Allah ke atas org alim dengan org biasa, org yg ditarbiyah dgn tidak ditarbiyah..pilihan di tgn kita, biar kita tentukan..yg penting percayalah Allah bersama kita dan Allah meredhai kita biarpun zauj jauh dari Allah sekalipun kerana kita milik Allah bukan milik sesiapa..

Tanpa Nama berkata...

http://muharrikdaie.wordpress.com/2009/04/09/duhai-naqib-kawinkan-kami

kita umat nabi Muhammad berkata...

assalamualaikum, ana suka baca blog anti, ana ada beberapa soalan mengenai mufaraqah. kenapa mesti insan yang mufaraqah itu dilabel "keluar tarbiyah" "tak sanggup berkorban atau terima bebanan dakwah jemaah" "tak komitmen" dan sebagainya yang rata2 ke arah negatif. bagi ana, tak semestinya insan yang mufaraqah itu akan meninggalkan jalan tarbiyah dan dakwah. Mungkin insan itu diuji oleh Allah untuk memilih jalan dakwah yang lain disebabkan tak serasi dengan jalan dakwah jemaah ini.macam yang anti kate, setiap jemaah ada cara masing2 menyampaikan dakwah kan. Jadi, bila seseorang itu nak buat keputusan untuk memilih jemaah lain, teramat lah susah disebabkan, rata2 akhwat menekankan bahaya insan yang mufaraqah itu adalah insan yang rugi dan keluar tarbiyah. Bagi ana, setiap insan ada hak untuk memilih yang penting, pilihan itu tak bercanggah dengan syariat Islam. Dan, ana harap sangat2 janganlah pandang insan yang mufaraqah itu, adalah insan yang lemah, kerana mungkin dengan ujian yang Allah beri, insan tersebut tetap komitmen mmperjuangkan agama Islam cuma berbeza cara dakwah.Dan, "akhwat" itu for all not for jemaah tertentu.kerana islam itu bersaudara dan kita semua saudara. ana mohon maaf ya anti, sekiranya ulasan ana ni agak emosi. afwan walaupun insan itu dah mufaraqah, jangan lah kita berpaling muka dan tidak bertegur sapa disebabkan berlainan jalan dakwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...