IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

3 Apr 2011

Allah menguji keikhlasan kita

Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam). 
(Fudhail bin 'Iyadh)
Wiyah menaip laju di papan kekunci telefon bimbitnya.

“ Ira, petang ni pukul 5 ea.”

Mesej send.

Mata Wiyah tiba-tiba berpaling ke jendela. Dia melihat langit semakin mendung. Burung-burung berpusu-pusu pulang ke sarang. Hatinya merasa tidak enak. Hujan mungkin akan turun apabila dia dan Ira dalam perjalanan ke Universiti Untuk Tarbiyah (bukan nama sebenar).

************

Wiyah menunggu Ira di depan blok 3 bersama motor Kriss hitamnya. Jam menunjukkan
tepat pukul 5. Dari jauh dia sudah nampak Ira bersama beberapa buah buku SINERGI dan Quran Terjemahan yang ditempah daripada pelajar UUT.

“ Ira, macam nak hujan je ni. Payung ngan baju hujan tak bawak.”

“ takpelah, rempuh aje”

Sebelum bertolak, bacaan doa kenderaan mengiringi mereka. Itulah doa pelindung agar Allah sentiasa melindungi dan menjauhkan mereka daripada kemalangan.

Tiba-tiba hujan rintik-rintik turun. Namun, Wiyah nekad untuk teruskan juga walaupun jarak perjalanan masih jauh lagi.


“ Inilah risiko naik motor. Kereta dakwah bila la nak ada. Setiap kali pergi mana-mana, mesti kena guna kereta sewa. Susah betul nak ada kereta sendiri. ” Tiba-tiba hati Wiyah merungut.

Saat itu dia teringat semasa cuti panjang yang lepas. Dia selalu meminta kereta yang tak digunakan oleh mak abahnya, namun setiap kali mendapat lampu hijau dari parents, akan ada halangan-halangan yang berlaku. Dulu, hatinya melonjak gembira apabila diberitahu mahu diberikan van buruk oleh abahnya namun atas sebab-sebab tertentu, hasrat menerima van itu dibatalkan. Dan sekarang, hampir sahaja mendapat kereta Wira milik abangnya tiba-tiba masalah timbul lagi. Maka, melepaslah kereta Wira.

“ wiyah nak buat apa dengan kereta? Motor kan ada. Guna je la motor.” Tiba-tiba pertanyaan mak memecahkan kesunyiaan pagi itu.

“ Wiyah nak guna untuk program. Untuk akhwat. Asik sewa kereta je. Rugi.” Wiyah berterus terang.

*********

“ Mak, Wiyah nak kereta. Dia nak gunakan untuk bawa akhwat ke program. Kesian dia. Sewa kereta bukan murah. Lagipun kat rumah ni banyak kereta tak pakai. Bagilah kat Wiyah tu satu.” Kak Faz bersuara lantang tanpa rasa malu.

Sebenarnya Wiyah sangat berterima kasih pada Kak Faz. kak faz adalah satu-satunya kakak yang Wiyah ada. Kak Faz orang yang paling banyak membantu dalam dakwah family. Apatah lagi dalam memahamkan mak abah tentang apa yang Wiyah ikut. Kak Faz memang berani. Alhamdulillah, keberanian Kak Faz buat kami sekeluarga menikmati tarbiyah ini.

“yelah, nanti mak tanya abah kamu tu.” Mak membalas.

Selepas Kak Faz bersuara tentang kereta, barulah Wiyah berani untuk bersuara juga. Berita baik pula, Mak sangat menyokong dengan apa yang Wiyah buat, bahkan mahu melabur sedikit untuk kereta dakwah.  Abah pula menawar diri untuk mencarikan kereta yang terpakai. Subhanallah.

************

Akhirnya mereka sampai juga di UUT. Alhamdulillah. Hujan tak menghalang perjalanan mereka. Setiba di hostel, mereka terus menuju ke surau. Kosong.

“ Wiyah, Awalnya kita sampai. Orang pon tak de lagi” Ira memecahkan kesunyian surau.

“ Baguslah. At least, biar la kita yang tunggu diorang.”

Jam sudah menunjukkan 5.35pm. Tiada seorang pon yang datang. Wiyah rasa tak sedap hati. Ditaipnya mesej untuk semua orang.

“ salam. Akak dah sampai. Jom.”

Meseg di send kepada semua mad’unya.

2 Meseg receive!

“ Akak, maaflah saya balik rumah.”

“Akak, saya kat luar ni. Tengoklah samada saya datang @ tak.”

Hati Wiyah berkecai.

“ takkan sorang pon takde. Abis aku nak bagi taklim kat sape? Kipas besar ni?” Dia melihat Ira. Wajah Ira tenang selamba. Akhirnya sorang mad’u datang. Namun, Wiyah masih tak puas hati. Hatinya tidak tenteram.

“ Aku datang susah-susah. Redah hujan. Jauh. Sorang je datang!. Hampeh.”

Taklim diteruskan. Kali ini Ira yang memberi pengisian. Wiyah merasa tiada semangat mendengar atau mencampur tangan. Hatinya sayu. Setelah habis taklim, wiyah mengadu kepada Ira.

“ Ira, sorang je mad’u yang datang. Kecewa ana. Rasa takde semangat je nak involve skali tadi..”

“ Wiyah, inilah ujian namanya. Ikhlas itu apabila kita buat sesuatu, kita akan buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh, tak kisahlah ramai atau sikit. Tak kisah lah yang datang fakir miskin atau orang kaya. Yang penting kita kena terus bersemangat dan berlapang dada.!”

“ Keikhlasan ana diujilah Ira. Nampak sangat ana ni hanya bersemangat bila ramai mad’u datang je kan?”

“ Itulah sebabnya kita kena perbaharui niat sokmo. Jangan jadikan amalan kita sia-sia je. Penat-penat redah hujan, beli minyak motor, ambil tenaga bawa motor dan habiskan masa, tapi sumenya sia-sia je. Enti nak ke jadi gitu?”

“ Hurmm.. ye. Ana faham. Apabila bercakap tentang ikhlas semua orang boleh. Tapi bila nak praktikkan, ramai orang gagal. Macam ana la. Huhu.. Bila mad’u sikit merungut, bila tak de kereta merungut. Sume nak merungut dan mengeluh.”

“ Setiap orang akan diuji keikhlasannya. Ukhti, walaupun kita ada motor sahaja sebagai kenderaan dakwah, ada lagi akhwat yang lebih teruk, Terpaksa naik bas je untuk follow up medan lain. Kita sepatutnya bersyukur. Jangan asik nak merungut je.”

“ jzkk ira. Ana akan ingat nasihat enti. Jom solat maghrib.”


p/s: kita takkan sedar kesilapan kita sehinggalah kita ditegur oleh orang lain.

6 teguran:

Tanpa Nama berkata...

salam....ana taw sapa wiyah n ira..hihihihi..ana ada dtempat kjadian...btol apa yg dikatakan kak faz...nice story...

saya berkata...

niat yang ikhlas pasti kan diuji kan ukhti. moga kita sentiasa ikhlaskan niat kerana Allah dalam apa jua keadaan. Insya-Allah. ukht, mohon copy kata2 dri KH. Rahmat Abdullah ye (^_^)-dekya

adik berkata...

salam..best

smabung la critanya

Ruqaiyah Hmy berkata...

salam, best..hehe..mabruk..mabruk,...

dr. mujahidah berkata...

tanpa nama: siapakah anda? mcam kenal. tapi...
saya: silakan
adik: tiada sambungan.. heeh
ruqaiyah: takde papae pon

Tanpa Nama berkata...

salam. wahai adikku sayang...ikhlas itu sukar. ikhlas itu umpama semut hitam yang melata di atas batu hitam di malam gelap. ikhlas itu rahsia Allah. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas itu kecuali Allah. harap adik yang ku sayang ini sabar dalam menuntut keikhlasan. 'boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 216)'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...