Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

24 Dis 2010

Puisi : Rintihan

Oleh: siti.masliza @ adik

gelap dan sunyi, waktu sesuai merintih pada Ilahi


saya terima emel dari adik pada 14 November 2010, ahad. ini luahannya. saya mahu post entri ini pada hari itu juga. tapi dihalang. adik amanahkan saya post puisi ini setelah dia habis exam SPM.. terimalah...



Dingin,
Hujan renyai ,
Dingin malam buat tubuhku membeku,
Ku gagahi kaki melangkah,
Wudhu' sebagai temanku,
Sejadah dibentang dengan kemas,
Takbir ku angkat,diiringi sujud dan rukuk,
Zikir dan istghfar menggetarkan hati..

Ya Allah..
Pada malam ini aku bersujud,
Menyatakan kekesalanku,
Menyatakan cintaku kepadaMu,
Air mata ini bergenang tanpa ku undang..

Ya Allah..
Aku takut esok hari,
Mungkin esok hari aku  menjadi orang yang paling Engkau murka,
Mungkin esok hari aku menjadi anak yang derhaka,
Mungkin esok hari aku jadi sahabat yang menyakiti,
Mungkin esok hari aku jadi pelajar yang berputus asa,
Mungkin juga esok hari menjadi orang yang paling dibenci,
Aku takut tanpa sedar aku melakukannya…
Aku mohon hindarkalah….

Tapi ya Allah..
Aku sangat berharap  hari kehadiranku esok mendatangkan ceria,
Mengukir senyuman di wajah ayahanda dan ibunda,
Menjadi sahabat yang setia,
Menjadi pelajar yang berjaya bersama,
Menjadi penyenang insan disekeliling.

Ya Allah..
Di sini aku ingin sekali ayahanda dan ibundaku tahu,
Betapa sayang dan cintaku kepada mereka selepas Allah dan rasulMu,
Namun kadang-kadang tanpa sadar aku melukai hati mereka ya Allah,
Aku takut sekali andai mereka terluka,
Aku mahu jadi anak yang solehah ya Allah,
Aku tidak mahu mengguris hati mereka,
Aku senang melihat mereka  senang,
Gembira tidak dapat ku ungkap ketika kita berdiri solat bersama,
Detik-detik manis akan ku cuba ukir sehingga akhir hayat kita bersama..

Ya Allah..
Kau juga mengetahui akak-akak kesayanganku,
mereka yang selalu di sampingku,
Menjadi peniup semangat juang  takala aku lemah,
Tatkala air mata putus asa melimpah,
Bicara lembut sering menjadi penawar,
Supaya menjadi insan yang berjuang kearah matlamat hidupnya,
Tidak gentar dengan perubahan,
Melewati hari-hari yang mendatang dengan gagah.

Ya Allah..
Aku juga punya sahabat,aku ingin sekali dia tahu,
Dia adalah sahabat ku keranaMu selamanya,
Aku tidak mahu andai hubungan ini hanya sekadar suka-suka,
Alhamdulillah kita sama-sama saling mengerti,
Tentang tujuan hidup kita di dunia sementara ini,
Saling mengingatkan dan menguatkan,
Semoga kasih kami kekal selamanya ya Allah,
Kerana dia sahabatku sampai  ke syurga..

Ya Allah yang maha mengetahui segala,
Bahagiakanlah hati mereka sebagaimana mereka membahagiakan hatiku,
Kau peluklah hati mereka tatkala kesedihan merangkul mereka,
Siramilah jiwa dan hati mereka dengan ketenangan,
Kau iringilah langkah mereka dengan redhaMu,
Suburkan sayang ,cinta dan kasih kami semata hanya keranaMu,
Hanya keranaMu ya Allah…

“ kebahagiaan yang diinginkan oleh semua manusia berasal dari dalam jiwa dan hati mereka sendiriHati yang sentiasa hidup dan berkomunikasi dengan Allah adalah sumber kebahagiaan.”
“ Wahai generasi mudaperbaikilah imanmuSesungguhnya kekuatan yang paling utama adalah imanIman akan menghasilkan persatuanPersatuan akan menghasilkan kemenanganBerimanlahberukhwahlahberbuatlah, lalu tunggulah kemenangan itu
( Hassan Al Banna, Komitmen Dai Sejati)

21 Dis 2010

Berurusan dengan ikhwah

note: artikel ini khusus untuk akhwat. bagaimanapun, ikhwah boleh sahaja mengambil manfaat.

ikhwah perlu menjaga diri dan kena pandai mengawal imaginasi

" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( surah at-taubah,9:71) 
Sesiapa pun satu hari ini pasti akan terpaksa berurusan dengan ikhwah. Keadaan sekarang memaksa ramai akhwat untuk berurusan dengan ikhwah baik dari segi program, majalah, syuro, liqo’ dan sebagainya.

Mana mungkin ada akhwat yang suka untuk berurusan dengan ikhwah kecuali atas urusan penting. Atas urusan dakwah. Akhwat sendiri seorang yang pemalu dan sudah pasti kalau bukan kerana terpaksa, pasti ramai yang enggan. Bukan kerana takut, tapi kerana betul-betul mahu menjaga diri dari segala panahan syaitan yang sering kali menggoda umat manusia.

Ramai akhwat yang kurang skil dalam berurusan dengan ikhwah. Ya, berurusan dengan ikhwah perlu ada skil supaya nanti tidak timbul maksiat hati atau apa sahaja.

Ber’sms’ atau call?

Ada baiknya jika mahu berurusan menggunakan handphone, pilihlah untuk ber’sms’ dari call. Ini kerana dengan sms, seorang akhwat itu tidak perlu menonjolkan suaranya. Mungkin dengan suara sahaja akan timbul pula masalah pada ikhwah itu sendiri.

Jika ia benar-benar urgent sekalipun, sms dulu. Jika si akhwat tidak membalas juga, barulah call. Sama juga halnya jika terdapat perkara yang memerlukan pemahaman, mulakan sms dahulu. Jika si akhwat tidak faham, barulah call. Tapi pada saya, saya lebih prefer jika emel dimanfaatkan sepenuhnya.

suka kalau saya kongsikan artikel dari shoutul ikhwah tentang sms merah jambu.

Emel atau ber’chatting’?

Ada seorang akhwat bercerita, dia terpaksa mem’block’ seorang ikhwah daripada berurusan melalui chatting dengan alasan chatting yang terlalu kerap atas urusan dakwah. Padahal system emel boleh dimanfaatkannya.

Ada juga akhwat, sebelum meng’approve’ seseorang dari gtalk nya, dia akan menyoal selidik siapa yang meng’add’nya. Jika benar akhwat, maka barulah di’approve’ nya.

Apa yang ditekankan di sini, cubalah memanfaatkan emel yang sedia ada dari menggunakan system chatting dalam sesuatu urusan kerana system chatting mungkin akan menimbulkan masalah di hati pada ikhwah atau akhwat itu sendiri.

Elakkan berjumpa

Siapa suka kalau dapat berjumpa dengan ikhwah? Pasti ada yang sebolehnya mengelak dari bertembung atau bertemu walaupun itu juga atas urusan dakwah seperti meminjam kereta, memberi barang, meeting dan sebagainya.

Dalam urusan memberi barang atau kunci kenderaan, ada skil sebenarnya bagi mengelakkan berjumpa. Contoh dalam urusan meminjam kenderaan, tidak perlu seorang akhwat itu terus berjumpa secara lansung dengan ikhwah itu hanya untuk memberi kunci kenderaan atau barang. Sebaiknya letakkan kunci itu di tempat yang selamat atau tinggalkannya di dalam kereta bagi mengelakkan diri yang memberi bertembung dengan diri yang menerima. Apatah lagi jika akhwat itu berseorangan. 

berurusanlah sepuasnya bila telah bernikah

Saya bukan menhalang jika ikhwah dan akhwat itu mahu berjumpa atas urusan yang tersangat urgent, tapi sebaiknya elakkan untuk berjumpa. jika terpaksa, bawalah peneman yang boleh mengingatkan dan memantau atas urusan apakah itu.

Jika program bercampur sekalipun, batasan tetap dijaga. Ikhwah dan akhwat dipisahkan dengan tabir dan kedudukan ikhwah di depan dan akhwat di belakang bagi mengelakkan zina mata. Bagaimana pula diluar program, bukankah kita lebih patut menjaga?

Waktu 12 malam dan “smiley”

Berurusan dengan ikhwah perlu tidak melebihi jam 12 malam. Itu pesan seorang ikhwah pada saya semasa pengisian halaqah. Sememangnya itu adalah waktu tidur dan tak perlulah di ganggu. Tapi mungkin ada sebab yang lebih penting dari itu dan hanya ikhwah sahaja tahu apakah itu.

Dan juga dalam berurusan, samada emel, chatting atau sms, tidak perlulah meletakkan ikon “smiley” dalam mesej anda. Jangan pernah cuba. Kerana ini menunjukkan kurangnya ketegasan anda dalam berurusan. Banyak ikon-ikon “smiley” seperti ^^, ^__^, (‘,’) dan banyak lagi yang suka akhwat letak kononya tunjuk mesra.

Bagaimana jika ikhwah itu murobbi kamu?

Ada sesetengah akhwat terpaksa dapat ikhwah sebagai murobbi. Ingat, layanan anda takkan terlebih seperti anda berurusan dengan seorang ikhwah biasa. Malah seorang akhwat itu sepatutnya lebih menjaga dan lebih berhati-hati kerana kekerapan berjumpa dalam halaqah atau urusan lain mungkin boleh menimbulkan masalah-masalah lain. Isteri seorang murobbi juga bakal cemburu disebabkan perjumpaan atau urusan yang terlalu kerap seorang suami dengan mutorobiyahnya padahal urusan itu boleh sahaja diselesaikan di dalam halaqah.

Nasihat buat murobbi, hadkan penggunaan call dan guna alternatif emel dan sms bagi segala musykilah atau urusan. Jangan pernah ingat batasan anda dengan mutorobbiyah akan berkurang jika anda adalah murobbi kepada akhwat itu. cumanya, masalah dan musykilah itu tetap perlu dikongsi bersama selagi mana ia adalah untuk kemaslahatan dakwah bersama.

akhwat perlu menjaga diri dan kena pandai mengawal emosi

Penutup: pilihan terletak pada anda

Ini pandangan saya. Saya tidak memaksa untuk anda ikut. Cuma, anda boleh mengambil skil ini untuk diaplikasikan jika berurusan dengan ikhwah. Kalau bukan kita yang menjaga, kita mahu mengharapkan ikhwah menjaga? Pasti tidak..

Diagnosis diri ku dan dirimu. Adakah kau betul menjaga dirimu dalam berurusan dengan ikhwah? Kalau ya, Alhamdulillah. Kalau tidak, fikir-fikirkanlah..

p/s: ikhwah dan akhwat bukan malaikat

20 Dis 2010

Blog dibuka semula

ya, blog ini sudah dibuka.

alhamdulillah.. setelah sekian lama ditutup dan kadang-kadang dibuka tanpa pengetahuan orang, insyaAllah blog akhwat medic akan terus berjalan seperti biasa selepas ini.

terima kasih kerana sabar menanti. alhamdulillah adik saya ( adik) telah habis SPM nya pada hari ini. semoga dia beroleh keputusan yang cemerlang dan mendapat tarbiyah yang lebih baik di matrikulasi atau IPT nanti.

sepanjang blog ini di tutup, banyak info yang mahu saya sampaikan.

pernikahan abang saya

ini peristiwa yang paling besar berlaku pada 4 Disember lepas. alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.
harap abang saya mampu untuk memikul beban sebagai suami dan ayah dengan baik.
terima kasih kepada semua yang hadir especially kepada iaitu ekada_ika dan raihanah.

perkembangan Muhammad Naufal

saya sempat bertemu Muhammad Naufal pada 2 minggu lepas. nampak perubahan yang amat ketara. Muhammad semakin membesar dan sudah pandai bercakap dengan orang lain yang menegurnya walaupun bahasanya tidak difahami.


Muhammad tak banyak kerenah. dia lebih suka senyap dari menangis. jika menangis pun bila lapar atau lampin penuh.




gambar terkini Muhammad Naufal. moga satu hari kau menjadi pejuang islam di muka bumi ini.

KRS ( Kem Remaja Sinergi)

kepada akhwat yang akan menjadi fasilitator untuk KRS, semoga berjaya. moga Allah redha dengan usaha kalian. maaf kerana saya tidak terlibat secara lansung dalam menjayakan program ini. ada hati mahu ponteng kuliah untuk bersama kalian. tapi apakan daya, kami akan ada peperiksaan CFCS hari khamis ini.

Allah sebaik-baik penolong buat kalian semua. cukuplah Allah bagi kami dan Allah sebaik-baik pelindung

"Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Tidak ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Ada kalanya mereka itu silap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh Allah". 
( Hassan Al Banna, Thariq Ad dakwah) 
Penutup: saya akan menulis semula


menulis walaupun pahit


selepas ini, saya akan mula menulis. insyaAllah terus membuat artikel yang bermanfaat untuk dakwah..nantikan artikel seterusnya dalam masa terdekat ini.

p/s : terasa kekok bila menulis kembali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...