Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

31 Dis 2009

.: aku sunyi





segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian alam. sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah y Esa , tiada sekutu bagiNya dan ssungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.


syukurlah kerana diberi nikmat oleh Allah swt. nikmat Family y kita ada. nikmat mak abah, abang, kakak dan adik. mungkin ada di antara kita y tak lagi merasai nikmat ini.

ukhti,

hidup ini kadang2 banyak ragamnya. dari sedih, gembira, bahagia dan sebagainya. dan hidup ini pasti akan ada masanya merasa S U N Y I. kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah. dengan segala nikmat2 Nya. kita masih lagi dikurniakan orang2 y selalu membuat kita hilang dari rasa sunyi dan sepi. apatah lagi masih ada kucing dan ikan peliharaan y boleh menemani kita dan meluahkan perasaan kerana mereka lebih sudi mendengar dari mengecam dan mencela.

apa y hendak ditegaskan disini, jangan pernah merasa sunyi. pernah dengar kata2 ini?

' biar diri ini ditinggalkan oleh seluruh manusia di dunia ini, tapi asal jangan diri ini ditinggalkan Allah'

bagi mereka y merasa hidup ini sunyi, jangan sampai jadi pecah kepala. jangan sampai jadi gila. golongan y merasa sunyi ini pasti akan menjadi tidak tentu arah. mereka lebih suka berseorangan. tiada siapa ambil tahu hal dia. tiada siapa melayan kerenahnya. tapi tak sedarkah kita wahai ukhti, bahawa ada sebenarnya y pedulikan kita. ada sebenarnya y ambil tahu hal kita dan ada sebenarnya y melayan kerenah kita dan ada y sangat sayang pada kita.

siapa?

siapa lagi kalau bukan A L L A H.

hakikatnya, pada pendapat saya, sunyi itu wajar. mungkin kita sepatutnya meluangkan masa kita untuk bersunyi dan bersepi-sepi. atau dengan istilah lain ' beruzlah'. beruzlah itu ialah bersendirian sambil muhasabah diri. bertapa la kononnya. di situlah kita sebenarnya sedang mendekatkan diri kita pada Allah. mencari2 kesilapan diri. menangisi dosa2 lalu. mungkin waktu y terbaiknya adalah di sepertiga malam. di waktu semua manusia tengah sibuk di buai mimpi indah. bukankah sunyi dan sepi itu satu keistimewaan? satu anugerah dari Allah untuk kita jauh dari kehidupan dunia tapi merasa dekat sekali denganNya.

' sungguh bangun malam itu lebih kuat mengiisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan'
( al muzammil, 73:6)

jadi mengapa mengeluh?

lihat sahaja keluarga kita. sesiapa mempunyai keluarga y sibuk pasti akan merasai kesunyian. dibiarkan dan ditinggalkan selalu. ingatlah, mereka bukan membiarkan kita. tapi mereka sebenarnya sentiasa risau akan kita. mereka sebenarnya mendoakan kita. bersyukurlah masih ada mereka. bagaimana kalau kita ini hidup sebatang kara? di pondok usang tiada saudara mara? mencari makan dari sisa2?

Ya Allah, ampunkan kami ya Allah. selama ini kami leka. selama ini kami lalai mengejar nikmat dunia hingga kami lupa nikmat syurgaMu. cukupkanlah kami dengan apa y Kau beri . dan jadikanlah kami insan y tahu bersykur. Amin ya Rabbal Alamin.

Akhir kata, belajarlah untuk hidup sunyi. kerana bila sudah mati kelak, kita pasti akan merasa sunyi.


Dulu
ku takut merasa sunyi dan sepi
tidak ku fahami mengapa sunyi dan sepi menghantui.
Terasa diri diasingi
ditolak jauh ketepi
hingga sunyi dan sepi 
sentiasa menghampiri.
Tidak dapat ku terima andai diri merasa sunyi dan sepi.

Kini
ku fahami
ku halusi
betapa indahnya sunyi dan sepi
sunyi dan sepi yang mendatangi
membawa aku kelembah Insafi.
Menginsafi betapa aku lupa 
bahawa aku adalah insani
insani yang tidak akan pernah dapat lari
dari merasa sunyi dan sepi.


Kerana kembalinya aku nanti
setelah jenazah ku diurusi
sunyi dan sepi menemani
gelap gelita disisi
setelah aku dikuburi
sementara menanti hukuman dijatuhi...

Semoga aku akan tenang menghadapi
sunyi dan sepi bila gelap dan gelita menemani
dan mengharap belas ihsan Illahi...!!!



p/s : biar hidup ini sunyi seketika dari sunyi selama2nya.

26 Dis 2009

.: azam




alhamdulillah.. setelah habis cuti seminggu. setelah berjalan2 mengembara mencari ilmu sampai juga ke destinasi cinta y tidak kekal, cinta kepada apex universiti. cinta kepada sahabat2 seperjuangan dan cinta kepada muslim di sekitar.

sekarang sudah masuk 9 muharam. sudah berlalu 8 hari tahun baru. bila difikir2kan, diri ini tak bermaya  lagi menghadapi tahun baru kerana diri ini lemah. lemah mental, fizikal dan rohani. tapi semangat 'itu' muncul kembali bila mana bertemu akhwat kesayangan. bila mana masing2 memberikan kata2 motivasi, kata2 pembangkit semangat dan kata2 jihad agar diri ini terus berjuang kerana diri ini tak keseorangan. tapi diri ini ada orang y membahu di belakang. mereka bukan sedikit, tapi ramai. bukan sahaja di sini, tapi di seluruh pelosok dunia. di seluruh penjuru alam. diri ini dan mereka adalah pemula atau 'starter' untuk melahirkan perjuangan untuk melahirkan kader2 dan mujahid y luar biasa. InsyaAllah.

cukuplah setelah mendengar berbagai pengisian, ada satu bisikan luar biasa di dalam hati.subhanallah. bisikan itu adalah satu azam. azam untuk lebih banyak memberi. azam untuk menjadikan hidup ini adalah utk memberi. itulah kebahagiaan y mungkin dapat dicapai oleh semua orang sebeanrnya. memberi seumur hidup ini.

berbagai persolan timbul bilamana melihat kondisi saudara2 ku di sekitar. mungkin juga persoalan utk diriku juga.mengapa kebanyakan kita tak mampu meneruskan dakwah dan tarbiyah bila mana diri ini sudah semakin sibuk dengan akademik, bila mana diri ini sudah semakin sibuk dengan profession masing2, dan bila mana diri ini sudah berkeluarga? kenapa ukhti? kenapa berhenti sampai situ sahaja? kenapa hanya melakukan apabila merasa perlu. kenapa melakukan apabila persekitaran berkata begitu.? kenapa beratus2 ribu para pejuang islam y konon menegakkan islam semasa di kampus atau universiti tumbang begitu sahaja apabila era pekerjaan bermula? kenapa? dimana beratus2 ribu pejuang itu? adakah kita berjuang kerana semata untuk dijadikan sejarah. untuk di cerita kan kepada anak2 kita nanti y kita ini kononnya dulu berjuang di kampus? y kita ini kononnya aktif melaksanakan dakwah dan tarbiyah?

apalagi y lebih penting dari semua2 itu selain menyeru orang amar makruf nahi munkar? mana  diri ini meletakkan Tuhan kita? dimana Allah dalam hati kita? dimana Rasulullah dalam hati kita? jadi mengapa meniggalkan proses dakwah dan tarbiyah apabila diri ini semakin larut dengan kemewahan dunia? mengapa tidak mahu menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat? dimana kita meletakkan Ilah kita? adakah kita menghambakan diri kita pada kemewahan dunia semata?

ukhti fillah,
tidakkah kalian tahu dakwah itu mesti? tidakkah kalian tahu kalian mesti menyahut seruan Allah y terdapat dalam ayat2 cintaNya. dalam surah 3:103

' hendaklah ada di antara kalian menyuruh berbuat y makruf dan mencegah y munkar'

kita lihat sahaja kondisi umat islam sekarang? adakah sejak 1980an para aktivitis dakwah sudah tersebar luas  di kampus2. tapi sekarang saja sudah 2009. mengapa tiada perubahan y berlaku.? malah umat islam semakin jauh terpesong. semakin jauh dari nilai2 islam. di mana mereka2 para aktivitis dakwah y berjuang sejak 29 tahun lalu? dimana mereka?

ah..mungkin diri ini perlu tanya, dimana AKU? dimana AKU sekarang? adakah aku melakukan kerja2 'ini'.  adakah aku menyahut seruan Allah dan Rasul? adakah aku berjaya mengubah mahasiswi ini agar meletakkan hati mereka hanya pada Allah? adakah aku sudah menziarahi dan bersilaturrahim dengan mereka? mengetuk pintu2 bilik mereka dan mengajak agar ditarbiyah? adakah aku?

Tepuk dada tanya iman.

pokoknya, aku ingin seperti itu. ingin lagi menambahkan kelajuan. full speed in dakwah dan tarbiyah. ingatlah, jangan berfiikiran sempit. dakwah itu bukan terletak pada mengajak orang sahaja. tapi terletak juga pada seluruh kehidupan kita. ya. seluruh kehidupan kita adalah dakwah. malah akademik juga dakwah. leburkan dakwah dalam diri ini agar tersemat erat ia.



' if u success in dakwah, u will success in everything'

p/s; beriman, bertakwa, berkualiti. insyaAllah.

20 Dis 2009

.: sabar itu sangat cantik



alhamdulillah..
masih diberi nafas. menggunakan sepenuhnya nikmat ini utk hidup. hidup y selalu persediaan utk mati. kerana mati itu lah utk hidup dalam alam kekal abadi. mati y merupakan permulaan utk hidup.

baru2 ini, mungkin banyak y saya dengar tentang lantunan y keluar dari bibir sahabat tentang sabar. saya cuba tanamkan dalam diri saya sifat sabar. apatah lagi bila berdepan dengan sesuatu samada mutorobbi, madu' atau sesiapa sahaja.

S A B A R itu sangat cantik. apa y cantiknya. sakit dada ini kadang2 bila bersabar. tapi cuba di ambil sebagai satu hikmah. terkenang kata2 seorang sahabat,

' pertolongan Allah itu datang apabila kita sabar'

bila di belek quran, saya cuba mentadabbur surah al-baqarah ayat 45;
' dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat'

baru2 ini, terima mesej dari seorang madu' tentang resultnya y tak begitu memberansangkan. result y tak begitu menggembirakan bagi seorang ibu dan abah. apatah lagi y boleh menghancurkan semangat seorang muslim. y bisa melunturkan dengan sekelip mata. saya cuba memberi solusi masalah nya dengan hanya ungkapan SABAR.

ukhti fillah,
meskipun kita sudah fail/ gagal dalam peperiksaan beberapa kali, sungguh walaupun telah berusaha sangat keras dan deras, masakan Allah membiarkan usaha kita itu? masakan Allah mensia2 kannya. masakan Allah tidak sayang kamu? masakan kamu memarahi Allah kerana Allah tak menkabulkan doa kamu? oh.. tidak. tidak sama sekali. Allah sangat sayangkan kamu jika kamu sabar. adakah disebabkan musibah y beru beberapa kali ini kamu sudah melupakan nikmat y melimpah ruah y Allah kurniakan. lupakan kamu wahai ukhti?

tak bolehkah kita bersabar? orang y cepat marah dan cepat beremosi itu kurang sabar.  ya, kerana kurang sabar. apatah lagi bila mana kita sebagai seorang doktor atau seorang guru y sememamngnya berinteraksi dengan manusia memerlukan komitmen sabar y tinggi.

ukhti fillah,
sabar lah ukhti. di situ Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran kita. sabarlah sedikit. bagaimana bila mana kita di alam kanak2, boleh saja kita sabar dalam meniarap, mengengsot, merangkak, berjalan dan akhirnya berlari. bukankah itu perlu bersabar juga? jadi, mengapa sekarang kita jadi kurang sabar? mengapa kita slalu saja mengikut emosional tanpa fikir rasional. ? fikir2 kan ukhti. kurangkan marah, kurangkan beremosi selalu. belajarlah bersabar. ingatlah, mohonlah pertolongan Allah dengan bersabar.

wallahualam'

p/s : cuba bersabar dengan sikap sesetengah orang

17 Dis 2009

.: planning



alhamdulillah.. masih diberi nikmat hidup, nikmat bernyawa. dapat juga menghabiskan paper terakhir, MCQ pagi tadi. seusai sudah itu, terus saja menghadiri tazkirah dari seorang akhwat. lantunan tarbiyah sebagai bekalan peringatan atas diri y sering leka saat berada bersama keluarga kelak.

sebagaimana kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah, Hanzalah dan Abu Bakar y bilang dirinya munafik. kerana saat bersama Rasulullah, merasakan imannya meningkat, seolah2 syurga di depannya. tapi bila saja bersama keluarga, hilang semua rasa itu.

Rasulullah bersabda: ( lebih kurang maksud y aku paham dari tazkirah tadi)

" itu memang normal bagi manusia biasa. ada waktu2 iman kita meningkat. ada waktu2 iman kita menurun. tapi ingatlah, jangan sampai saja iman y menurun itu membuat kita melakukan perkara2 y melanggar syariat. melakukan dosa2 besar."

sudah awal2 lagi saya bermonolog dalam diri. mengira2 apa y mahu saya lakukan cuti ini. bukan saya saja, bahkan kamu semua juga. cuti y seminggu ini, apalah mahu dikirakan sangat dengan orang y cuti semester 2 bulan. tapi, banyak nya rasa nak berkongsi aktivti2 y boleh dilakukan bila cuti nanti.

# menziarahi rumah akhwat , satu aktiviti y jarang2 dilakukan atas sebab2 tertentu. tapi kali ini saya berpeluang

# menghadiri Fun and Exciting Weekend with ILUVISLAM team - Mencari cinta sempurna-di Bangi sabtu ini. ( tak sabarnya.. hehe)

# berjumpa dengan akhwat2 seperjuangan

# meng' completekan' task2 y tergendala dan mengisi borang2 y kosong tak di isi

# revise lecture note dan disease y dah belajar ( walaupun dah abih exam)

# semestinya mengupdate 'BLOG' dan mengubah suainya menjadi cantik dan kemas.

# membersihkan bilik dan mengemas nota2

#membaiki laptop dan printer y dah usang

# dan apabila berada di rumah, belajar memasak dan mempelajari resepi masakan mak y sedap

# dan akhir sekali, luangkan masa utk keluarga dan lakukan dakwah keluarga.

moga2 cuti kita y seminggu ini terisi dengan benda2 bermanfaat dan jangan lupa, planning cuti kita dengan baik agar tiada masa terbuang begitu sahaja.

p/s- jaga iman semasa di rumah dan semasa sibuk menghadiri pogram2..

13 Dis 2009

.: EXAM MODE


“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

maafkan salah silapku..

doakan kejayaanku dan sahabat-sahabatku..

moga penghasilan y diterima adalah y amat bermakna..

p/s ; buat adik, mak dan abang y tengah bermusafir, doa banyak kerana doa orang musafir itu lebih makbul..

6 Dis 2009

.: AWANI

subhanallah.. tiba2 aku tak dapat menahan diri dari menulis posting ini. ya.. mungkinkah exam penghalangnya? sudah tentu... maafkan aku, tapi aku merasa sangat terkesan dengan situasi insan y bernama A W A N I. aku rebah, terkedu, terduduk, termenung sejenak.. astaghfirullah, Allah menggerakkan aku untuk membaca cerpen itu ' Ekspedisi Cintaku' karya Hilal Asyraf. (KLIK SINI) Mesejnya dakwahnya amat bermakna. berlainan sekali dengan cerpen y lain. aku suka..
A W A N I... namanya sedap. ( bukan astro awani ya)
aku suka perilakunya. cara bagaimana dia betul2 menjaga pergaulannya. bagaimana didikan ayah dan ibunya. ah.. berlainan sekali dengan hidupku. tapi mungkin aku boleh cuba untuk mengaplikasikannya pada generasi selepasku, iaitu anak-anakku. InsyaAllah, siapa tahu kelak bagaimana. Allah mengatur perjalanan kita.
hidup y sederhana. tapi bimbingan agama oleh ibu-bapanya, subhanallah, sangat bermakna. melahirkan seorang anak seperti dia. dia... A W A N I.
sifat2 A W A N I y aku suka :
# apabila Winn datang menjenguk ke rumah Umeir, tak pernah sekalipun dia menatap awani. awani sangat menjaga dirinya. eg- sekalipun mengangkat dulang berisi air untuk tetamu
# ketika Win hendak ke bilik air, Umeir memberitahu awani, agar awani bisa masuk kebilik tanpa bertembung dengan Winn, kerana laluan ke bilik air melalu dapur di mana awani membuat kerja rumah di situ.
# rakan-rakan Universitinya , tiada lelaki
# facebook atau myspacenya, tiada kawan lelaki
# hidupnya sangat sederhana
.. susahnya hendak mendapat wanita solehah seperti ini. sekarang ini orang y terlibat dalam persatuan atau aktivitis dakwah pun, tak dapat mengelak perkara y terjadi seperti Winn dan zulaikha. Menghalalkan Couple islamik. apatah lagi laman facebook, myspace, friendsternya.. atau di YM sendiri, di approvenya kawan lelaki. atau jari menggatal meng' add' kawan2 lelaki. apatah lagi, memaparkan gambar sewenangnya di khalayak umum hanya untuk tatapan lelaki2 tanpa mengerti arahan menundukkan pandangan.
alhamdulillah, laman2 interaksi sosial ini aku tidak punya. padahal mungkin aku boleh saja chat atau lihat gambar2 y bukan dari kalangan mahramku. bagaimana juga kita sebagai muslimat, boleh saja dengan selamba, menayang muka pada kawan2 abang kita y datang jenguk ke rumah, atau lebih memalukan, aurat tak ditutup sepenuhnya. astaghfirullah.. 100x..
aku cuba nak contohi sikap A W A N I.
aku senang dengannya. dengan perilakunya.
"Aku ini ya Allah, hidup hanya untuk redha-Mu. Aku mencintai Awani, agar Kau kepada aku. Aku bukan mencari redha-Mu kerana aku mencintainya. Aku mencintainya kerana hendakkan keluarga yang diredhai-Mu. Aku bina cinta ini begini kerana hendakkan redha-Mu. Maka kasihanilah aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Jagalah diriku, dan sediakan diriku untuk menerima apa sahaja keputusan-Mu kepada aku”
( hilal Asyraf, ekspedisi cintaku)
adik-adikku, sahabat-sahabatku, ukhti fillah,
sejauh mana kita menjaga diri kita? sejauh mana kita menghayati frasa wanita solehah?
terkesan juga dengan sikap, seorang akhwat ' kak rodhiah'. i miss her so much. miss her attitude. aku bukan cintakan susuk tubuhnya, tapi aku cintakan peribadinya.
subhanallah..
chop2.. jangan lupa ya, ada lagi susuk tubuh dan perilakunya y perlu kita contohi dan kita teladani , R A S U L U L L A H. ( selawat untuk baginda). iaitu mengikuti sunnah baginda dalam setiap perkara.
p/s : ekspedisi cintaku sudah bermula.. aku tak nak menetapkan siapa2 dalam senarai jodohku. doaku moga Allah memberiku suami soleh. Redha Allah kucari. Redha Allah kucari. Redha Allah kucari. Allahuakbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...