Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

6 Dis 2009

.: AWANI

subhanallah.. tiba2 aku tak dapat menahan diri dari menulis posting ini. ya.. mungkinkah exam penghalangnya? sudah tentu... maafkan aku, tapi aku merasa sangat terkesan dengan situasi insan y bernama A W A N I. aku rebah, terkedu, terduduk, termenung sejenak.. astaghfirullah, Allah menggerakkan aku untuk membaca cerpen itu ' Ekspedisi Cintaku' karya Hilal Asyraf. (KLIK SINI) Mesejnya dakwahnya amat bermakna. berlainan sekali dengan cerpen y lain. aku suka..
A W A N I... namanya sedap. ( bukan astro awani ya)
aku suka perilakunya. cara bagaimana dia betul2 menjaga pergaulannya. bagaimana didikan ayah dan ibunya. ah.. berlainan sekali dengan hidupku. tapi mungkin aku boleh cuba untuk mengaplikasikannya pada generasi selepasku, iaitu anak-anakku. InsyaAllah, siapa tahu kelak bagaimana. Allah mengatur perjalanan kita.
hidup y sederhana. tapi bimbingan agama oleh ibu-bapanya, subhanallah, sangat bermakna. melahirkan seorang anak seperti dia. dia... A W A N I.
sifat2 A W A N I y aku suka :
# apabila Winn datang menjenguk ke rumah Umeir, tak pernah sekalipun dia menatap awani. awani sangat menjaga dirinya. eg- sekalipun mengangkat dulang berisi air untuk tetamu
# ketika Win hendak ke bilik air, Umeir memberitahu awani, agar awani bisa masuk kebilik tanpa bertembung dengan Winn, kerana laluan ke bilik air melalu dapur di mana awani membuat kerja rumah di situ.
# rakan-rakan Universitinya , tiada lelaki
# facebook atau myspacenya, tiada kawan lelaki
# hidupnya sangat sederhana
.. susahnya hendak mendapat wanita solehah seperti ini. sekarang ini orang y terlibat dalam persatuan atau aktivitis dakwah pun, tak dapat mengelak perkara y terjadi seperti Winn dan zulaikha. Menghalalkan Couple islamik. apatah lagi laman facebook, myspace, friendsternya.. atau di YM sendiri, di approvenya kawan lelaki. atau jari menggatal meng' add' kawan2 lelaki. apatah lagi, memaparkan gambar sewenangnya di khalayak umum hanya untuk tatapan lelaki2 tanpa mengerti arahan menundukkan pandangan.
alhamdulillah, laman2 interaksi sosial ini aku tidak punya. padahal mungkin aku boleh saja chat atau lihat gambar2 y bukan dari kalangan mahramku. bagaimana juga kita sebagai muslimat, boleh saja dengan selamba, menayang muka pada kawan2 abang kita y datang jenguk ke rumah, atau lebih memalukan, aurat tak ditutup sepenuhnya. astaghfirullah.. 100x..
aku cuba nak contohi sikap A W A N I.
aku senang dengannya. dengan perilakunya.
"Aku ini ya Allah, hidup hanya untuk redha-Mu. Aku mencintai Awani, agar Kau kepada aku. Aku bukan mencari redha-Mu kerana aku mencintainya. Aku mencintainya kerana hendakkan keluarga yang diredhai-Mu. Aku bina cinta ini begini kerana hendakkan redha-Mu. Maka kasihanilah aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Jagalah diriku, dan sediakan diriku untuk menerima apa sahaja keputusan-Mu kepada aku”
( hilal Asyraf, ekspedisi cintaku)
adik-adikku, sahabat-sahabatku, ukhti fillah,
sejauh mana kita menjaga diri kita? sejauh mana kita menghayati frasa wanita solehah?
terkesan juga dengan sikap, seorang akhwat ' kak rodhiah'. i miss her so much. miss her attitude. aku bukan cintakan susuk tubuhnya, tapi aku cintakan peribadinya.
subhanallah..
chop2.. jangan lupa ya, ada lagi susuk tubuh dan perilakunya y perlu kita contohi dan kita teladani , R A S U L U L L A H. ( selawat untuk baginda). iaitu mengikuti sunnah baginda dalam setiap perkara.
p/s : ekspedisi cintaku sudah bermula.. aku tak nak menetapkan siapa2 dalam senarai jodohku. doaku moga Allah memberiku suami soleh. Redha Allah kucari. Redha Allah kucari. Redha Allah kucari. Allahuakbar.

4 teguran:

peminat hilal berkata...

assalamu'alaikum,

best kan cerita dia?

Awak peminat Hilal Asyraf juga ke?

dr. mujahidah berkata...

owh.. minat jugak. tak semua cerita dia saya minat.. sesetengah je y leh di amekkan ibrah..

peminat hilal berkata...

oho.

dia punya cerita ada yang takleh ambil ibrah juga ya?

cerita yang mana?

dr. mujahidah berkata...

' mungkin' ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...