Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

31 Dis 2009

.: aku sunyi





segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian alam. sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah y Esa , tiada sekutu bagiNya dan ssungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.


syukurlah kerana diberi nikmat oleh Allah swt. nikmat Family y kita ada. nikmat mak abah, abang, kakak dan adik. mungkin ada di antara kita y tak lagi merasai nikmat ini.

ukhti,

hidup ini kadang2 banyak ragamnya. dari sedih, gembira, bahagia dan sebagainya. dan hidup ini pasti akan ada masanya merasa S U N Y I. kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah. dengan segala nikmat2 Nya. kita masih lagi dikurniakan orang2 y selalu membuat kita hilang dari rasa sunyi dan sepi. apatah lagi masih ada kucing dan ikan peliharaan y boleh menemani kita dan meluahkan perasaan kerana mereka lebih sudi mendengar dari mengecam dan mencela.

apa y hendak ditegaskan disini, jangan pernah merasa sunyi. pernah dengar kata2 ini?

' biar diri ini ditinggalkan oleh seluruh manusia di dunia ini, tapi asal jangan diri ini ditinggalkan Allah'

bagi mereka y merasa hidup ini sunyi, jangan sampai jadi pecah kepala. jangan sampai jadi gila. golongan y merasa sunyi ini pasti akan menjadi tidak tentu arah. mereka lebih suka berseorangan. tiada siapa ambil tahu hal dia. tiada siapa melayan kerenahnya. tapi tak sedarkah kita wahai ukhti, bahawa ada sebenarnya y pedulikan kita. ada sebenarnya y ambil tahu hal kita dan ada sebenarnya y melayan kerenah kita dan ada y sangat sayang pada kita.

siapa?

siapa lagi kalau bukan A L L A H.

hakikatnya, pada pendapat saya, sunyi itu wajar. mungkin kita sepatutnya meluangkan masa kita untuk bersunyi dan bersepi-sepi. atau dengan istilah lain ' beruzlah'. beruzlah itu ialah bersendirian sambil muhasabah diri. bertapa la kononnya. di situlah kita sebenarnya sedang mendekatkan diri kita pada Allah. mencari2 kesilapan diri. menangisi dosa2 lalu. mungkin waktu y terbaiknya adalah di sepertiga malam. di waktu semua manusia tengah sibuk di buai mimpi indah. bukankah sunyi dan sepi itu satu keistimewaan? satu anugerah dari Allah untuk kita jauh dari kehidupan dunia tapi merasa dekat sekali denganNya.

' sungguh bangun malam itu lebih kuat mengiisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan'
( al muzammil, 73:6)

jadi mengapa mengeluh?

lihat sahaja keluarga kita. sesiapa mempunyai keluarga y sibuk pasti akan merasai kesunyian. dibiarkan dan ditinggalkan selalu. ingatlah, mereka bukan membiarkan kita. tapi mereka sebenarnya sentiasa risau akan kita. mereka sebenarnya mendoakan kita. bersyukurlah masih ada mereka. bagaimana kalau kita ini hidup sebatang kara? di pondok usang tiada saudara mara? mencari makan dari sisa2?

Ya Allah, ampunkan kami ya Allah. selama ini kami leka. selama ini kami lalai mengejar nikmat dunia hingga kami lupa nikmat syurgaMu. cukupkanlah kami dengan apa y Kau beri . dan jadikanlah kami insan y tahu bersykur. Amin ya Rabbal Alamin.

Akhir kata, belajarlah untuk hidup sunyi. kerana bila sudah mati kelak, kita pasti akan merasa sunyi.


Dulu
ku takut merasa sunyi dan sepi
tidak ku fahami mengapa sunyi dan sepi menghantui.
Terasa diri diasingi
ditolak jauh ketepi
hingga sunyi dan sepi 
sentiasa menghampiri.
Tidak dapat ku terima andai diri merasa sunyi dan sepi.

Kini
ku fahami
ku halusi
betapa indahnya sunyi dan sepi
sunyi dan sepi yang mendatangi
membawa aku kelembah Insafi.
Menginsafi betapa aku lupa 
bahawa aku adalah insani
insani yang tidak akan pernah dapat lari
dari merasa sunyi dan sepi.


Kerana kembalinya aku nanti
setelah jenazah ku diurusi
sunyi dan sepi menemani
gelap gelita disisi
setelah aku dikuburi
sementara menanti hukuman dijatuhi...

Semoga aku akan tenang menghadapi
sunyi dan sepi bila gelap dan gelita menemani
dan mengharap belas ihsan Illahi...!!!



p/s : biar hidup ini sunyi seketika dari sunyi selama2nya.

1 teguran:

adik berkata...

assalamualaikum..jzkllh akk.nsihat y ckup menenagkn hati.ats nsihat y slama ni x ptus2.akk2 mmg best.tharu rsenya..x tgambar bhagianya.
doakn kjayaan ana dunia akhirat.smoga abg2 n akk2 ana ni suuukses.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...