Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

1 Jan 2010

.: jauh




maha suci Allah y sentiasa mengedarkan siang dan malam. y menjadikan bumi ini beredar mengikut putarannya.
dan menjadikan hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. sehinggalah hari ini kita masih lagi diberi peluang utk merasai tahun 2010.

mungkin bagi sesetengah orang, kehidupan y bakal dihadapi pada tahun ini amat berlainan sedikit dari tahun y lain. dan mungkin juga bagi sesetengah orang kehidupan y bakal dihadapi itu sama sahaja. bagi bakal2 guru y akan mengajar pada permulaan persekolahan tahun baru ini, di ucapkan agar terus mendidik anak bangsa dengan ikhlas.

bagi guru2 y baru nak mulakan pengajaran pada tahun ini buat pertama kali, bersedialah menghadapi dugaan y bakal menjelang. sebenarnya, walau sejauh mana pun kalian tercampak dalam rangka untuk berkhidmat pada anak2 bangsa, samada di sabah dan sarawak, kalian amat2 diperlukan di sana.

kepada abangku dan akhwat2 y tercampak jauh dari destinasi masing2, jangan pernah merasa jauh. ya, mungkin jauh itu ada hikmahnya. pesananku agar kalian sedar bahawa sesungguhnya walaupun kalian jauh dari family dan akhwat, ingatlah bahawa....

ALLAH dan syaitan sentiasa berada di samping anda.

kenapa cakap Allah itu dekat?

' dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat'
( al baqarah,2:186)

'dan Kami lebih dekat dari urat lehernya'  ( qaaf , 50: 16)

ya, ingatlah, apa2 pun kepayahan y kamu rasai di sana, dan segala kesusahan y kamu alami, bermohonlah kepadaNya. nescaya akan diringankan pernderitaan mu itu. dan dihilangkan segala duka laramu. asal saja, janganlah berputus asa dalam memohon kepadaNya. kerana lambat atau cepat di kabulkan doa kita itu adalah rahsia Allah.

Tuhan kamu berirman, Berdoalah kepadaKu, niscaya Aku perkenankan bagimu ( mukmin : 60)

dan mengapa dikatakan syaitan itu dekat?

kerana syaitan tidak sudah2 menyusahkan kita. sentisa berupaya mendekati dan menggoda kita dengan berbagai2 kejahatan. lihatlah janji syaitan di dalam quran;

'kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. dan engkau takkan dapati kebanyakan dari mereka bersyukur (7:17)

maka itu, jika syaitan datang menggoda, berlindunglah pada Allah.

' dan jika syaitan menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Dia Maha mendengar Maha mengetahui. sesungguhnya orang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat,berbuat dosa dari syaitan, mereka pun segera mengingati Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan mereka' ( 7: 200-201)

lihatlah, betapa syaitan itu berusaha untuk mendekati kita. jadi jangan bagi syaitan mempengaruhi kita. kerana sekali kita terpengaruh, ia akan mudahlah untuk kita dipengaruhi.

'sesungguhnya syaitan itu takkan berpengaruh terhadap orang y  beriman dan bertawakkal kpd Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang2 y menjadikannya pemimpin dan terhadap orang y mempersukutukannya dengan Allah'  ( 16: 99-100)

jadi kita ini diberi pilihan. samada nak dekat dengan syaitan atau hendak sentiasa dekat dengan Allah.
sesunggunhnya hakikatul insan, hakikat manusia itu diberi pilihan samada nak memilih jalan ketakwaaan atau kefasikan.

' your life, your choice'

nasihati ku, agar carilah jalan untuk kamu mendekatkan diri pada Allah. berusahalah untuk mencari jalan menuju tarbiyah. agar diri sentiasa  di ingati dan tidak lalai. walaupun terpaksa menempuh jalan y berjauh2 kilometer nya, berkorbanlah untuk mendapatkannya. kerana kita, bukanlah kuat. kita memerlukan sokongan orang lain dan para akhwat.

p/s : selamat terbang ke lahad datu, sabah buat abangku  ! maaf tak dpt hantar ke KLIA.

0 teguran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...