" Ya Allah, bantulah mujahid dan pejuang islam di Palestin dan di mana jua mereka berada."
Begitulah doa yang saban hari kita membacanya selepas solat fardhu. doa yang insyaAllah, moga-moga menjadi rutin dalam hidup kita. Siapa lagi yang mahu mendoakan mereka selain kita umat islam? orang kafir? orang yahudi? tentu amat jauh sekali.
sebelum ini, kisah Gaza yang sentiasa dipaparkan di ruang dada akhbar, muka depan, menyebabkan kita tak putus-putus berdoa setiap kali solat fardhu. iaitu dengan bacaan Qunut Nazilah dan sebagainya. tapi sekarang, hampir tidak kedengaran bacaan itu setelah peristiwa di Gaza kembali surut, dimana doa kalian? adakah bermakna Yahudi zionist sudah memberhentikan serangan mereka ke atas palestin?
tidak sama sekali. jadi, teruskan ber qunut nazilah. terutamanya ketika bacaan doa qunut di masjid dan surau-surau pada waktu subuh. ataupun diri sendiri kena mengahafal qunut nazilah.
pertemuan dengan Prof Madya Dr. Zainur Rasyid, membuka segala misteri tentang palestin. dan kini, diri benar-benar yakin, palestin akan merdeka satu hari nanti. bukan fantasi, tapi realiti. mengapa begitu? bukankah palestin hampir nazak sekarang. bukankah kita lihat palestin seakan lemah? bukankah hancur semua barang dan perumahan mereka? bukankah mereka ramai yang sudah syahid? jadi macam sukar dipercayai..
lihatlah pertempuran yahudi zionist akan berakhir tidak lama lagi. inilah tanda-tandanya Yahudi Zionist akan berakhir:
# Roket Canggih Al Qasam yang di bina oleh HAMAS akan bergerak sejauh 100km, sedangkan jarak Kompleks Yahudi Zionist dari roket adalah 65km sahaja. inilah yang membimbangkan tentera yahudi.
# meskipun palestin dan rakyatnya seakan-akan berada dalam susah dan payah serta habis ditekan oleh tentera yahudi,... TV pusat, bank dan segala keperluan mereka telah ada meskipun di timbunan runtuhan bangunan telah ada
# tentera HAMAS mempunyai sekurang-kurangnya 500 PHD yang mempunyai pelbagai bakat dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
# pemuda-pemudi yahudi di palestin tidak berminat untuk menyokong Yahudi Zionist ini kerana tindakan mereka amatlah kejam dan tidak mengikut agama Yahudi yang sebenar.
# Intifadhah - kebanyakan penduduk Yahudi keluar daripada Palestin menyebabkan rakyat Yahudi semakin berkurang
# Umat Islam dan penduduk Palestin mempunyai anak yang ramai ( 10 orang ) sehingga akan datang mungkin boleh mengatasi bilangan penduduk yahudi yang mempunyai anak 2-3 orang menyebabkan penduduk palestin yang mempunyai 1.5 juta mungkin akan mengatasi bilangan yahudi yang hanya 5 juta.
# serangan pada Gaza baru-baru ini menyaksikan kekalahan Yahudi. Mereka gagal dalam mengalahkan GAza yang mempunyai 1.5 juta orang. padahal mereka Yahudi mempunyai 5 juta orang dan mendapat bantuan dari AS. dan akhirnya mereka declare genjatan senjata yang tak macam genjatan senjata.
Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina
Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA
( merah saga ,Shoutul HArakah)
jadi, teruskan usaha kita. kita sepatutnya sedar dengan isu boikot yang dah lama kita tinggalkan. yang dah lama kita tak ambil tahu. ataupun sudah tahu,tapi buat-buat lupa. hanya mementingkan keseronokan diri sahaja.
p/s : KFC dan Public Bank boikot. ( sumber sahih dari Dr Jamnur Azhar Mulkan)
0 teguran:
Catat Ulasan