IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
.
SELAMAT DATANG
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )
21 Jan 2010
.: dimana duit ?
dengan nama Allah. syukur banyak dengan nikmat pelbagai makanan yang tersedia sebagai santapan kita sehari-hari. syukurkah kita atas nikmat itu? bagaimana agaknya kita bersyukur ?
"Dan sesungguhnya Kami jadikan apa saja yang ada dimuka bumi ini sebagai hiasan baginya, supaya kami uji siapa diantara mereka yang paling baik amalnya". (Al-Kahfi : 7)
mempunyai duit belanja yang sudah tersedia di dalam bank yang nilainya bukanlah sedikit tapi bernilai 4 angka. hasil semestinya dari biasiswa. mudah .. hanya tinggal memasukkan kad atm ke dalam mesin atm dan melakukan beberapa langkah dan selepas itu, beberapa jumlah wang boleh dikeluarkan dengan senang.
bagaimana nilai yang banyak itu kita pergunakannya? adakah untuk ibu bapa? buku-buku ulangkaji? dakwah? infak? yang mana satu ? pernah kita fikir untuk semua ini? atau sekadar menggunakan duit itu untuk keseronokan semata-mata.
melihat rakan-rakan yang tidak langsung berjimat cermat dalam penggunaan wang. macam-macam barang yang ingin dibelinya. dari pakaian, handphone, kasut, shopping, KB mall, konsert Asian Tour ( Korea) di KL dan sebagainya. tidakkah kita berfikir bahawa itu hanyalah hiasan semata-mata.hanyalah keseronakan yang tidak kekal semata.? dan apabila di ajak ke Ceramah Motivasi, Kem Kesempurnaan Solat, dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain, susah betul untuk megeluarkan duit. macam-macam alasan yang diberikannya. dan alasan yang paling memekikkan telinga adalah apabila diberitahu " TIADA DUIT". padahal baru semalam shopping, baru semalam ke konsert, baru semalam belanja makan besar di luar, baru semalam kalian beli handphone, kasut dan pakaian baru.
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, merasa puas dengan kehidupan dunia dan merasa tentram dengan kehidupan itu serta orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami , mereka itu tempatnya adalah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan". (Yunus : 7)
duit adalah seeprti masa juga. kalau masa dapat dibahagikan pada 4 column, maka duit pun sama juga. planning individu dari segi duit.
1) mendesak dan penting
2) mendesak dan tidak penting
3) tidak mendesak dan penting
4) tidak mendesak dan tidak penting
ukhti,
bukankah duit itu sepatutnya digunakan pada benda yang berfaedah. dan duit itu sepatutnya mengajak kita unutk berjimat. berbelanja secara rasional bukan emosional. berbelanja dengan bijak. mungkin perbelanjaan yang menampung RM500 sebulan dapat dikurangkan kepada RM300 sebulan. walaupun, duit itu sebenarnya digunakan bermacam-macam dari segi dakwah, infak, program, risalah dan sebagainya. manage wang anda itu penting. sedaya upaya meminimumkan pembelian barang yang kurang penting dan tidak urgent.
ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, senda gurau yang melalaikan, perhiasan, saling berbangga diri diantara kalian dan saling berlomba untuk memperbanyak harta dan anak".
(Al-Hadid : 20)
jadi, bagaimana anda menggunakan duit anda sedaya mungkin agar bisa dimanfaat pada semua. agar bisa menabung sedikit untuk keperluan yang akan datang.. fikirkan..
p/s : duit biasiswa tidak cukup
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 teguran:
Catat Ulasan