IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

11 Jan 2010

.: PBL



maha suci Allah.. masih dikurniakan hati. bukan liver atau heart, hati y mana apbila seketul daging baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila seketul daging buruk, maka buruklah seluruhnya.. leh tengok lebih lanjut dalam buku hadith 40 dalam karangan imam Nawawi.. itu adalah hadith 6.

posting in sekadar luahan oleh medical student macam saya. sudah hampir 3bulan rasanya, saya bergelumang dengan siri PBL ni. PBL ( problem base learning)

sebelum bercerita lebih lanjut dengan PBL ni. marilah kita sama2 mengenal apa itu PBL sebenarnya. PBL dipraktiskan oleh medical school overseas dan USM mengambil cara itu sebagai salah satu kaedah belajar bagi medical student. ia merupakan satu proses perbincangan berkumpulan lelaki dan perempuan y telah ditetapkan group. maka sesi PBL ini dalam seminggu adalah 3 kali. setiap ahli akan diberi kertas y mempunyai maklumat tentang sign dan simptom penyakit y dihadapi oleh seseorang. jadi, dari situ kita boleh diagnose apa sebenarnya penyakit y dihadapi oleh pesakit dan apa y perlu dilakukan. agak interesting bunyinya sebab kita dapat mengaplikasikan apa y dipelajari pada minggu tersebut dengan apa y akan kita hadapi kelak selepas menjadi doktor.

apa y saya cuba nak sampaikan adalah saya mula merasa bosan dengan PBL. kenapa? sebab salah diri saya sendiri. kadang2 saya merasa malu dengan diri kerana tak mampu bercakap dengan petahnya di hadapan ahli y lain. bahkan saya hanya mendiamkan diri. dulu saya boleh je berkata2 dengan baik dan memberikan idea. tapi sekarang ?

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaaf : 18)

apa sudah jadi dengan saya ?

mungkin sebab2 nya adalah :

# saya tak habis baca lecture note

# saya takut jika fakta y saya utarakan salah dan tak benar

# saya tak dapat nak aplikasikan apa y saya baca pada apa kes y dibentangkan

# saya tak fasih dalam BI

# saya rasa rendah diri

# saya tak ingat semuanya apa y saya baca

# saya sorang y tak pakai spectacles ( hehe) sebab semua ahli pakai spectacles y menunjukkan diorang ni banyak membaca kononnya.- alasan y kurang relevan-

# saya kadang2 pening dan tak bertenaga ( sebab saya tak breakfast)

# saya rasa diri ini teruk

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fushshilat : 33).



saya sangat tension sebenarnya sekarang.
saya kagum dengan sesetengah ahli PBL petah berkata2 especially muslimin mengalahkan chinese dan india. alangkah lebih baik saya fikir mereka gunakan kelebihan y mereka ada untuk berdakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..

p/s : saya cuba nak jadi petah berkata2 di PBL. doakan saya. saya kena banyak berusaha..

7 teguran:

Tanpa Nama berkata...

salam'alaik ukhti ayu~

sekadar mahu berkongsi.

kami akhwat mesir tbahagi kpd 3.

1)PBL
2)conventional
3) dentistry

ana PBL. seminggu ada 2 Pbl. mula2 agk kekok jgk. nak bercakap dpn insan2 lain. tp cuba jgk.

akhwt senior ada bg bberapa tips komunikasi masa pbl.

huhu.
sebelum presentation pbl, selalunya ana akan target satu objective. ana baca dan ingat objektive tu lebih skit dr other objectives. jadi, bila tym dibentangkan objective target ana tu, ana cakap lah. huhu.
sbnarnya x bgus pun buat cm ni. kena lah ingt dan faham semua kan??

wallahualam

-kami dlm fasa exam-

mujahidah88 berkata...

salam ukhti..
ya.. semua medical student akan ade PBL. syukran atas masukan itu. ana akan cube dulu..

jzkk

mujahidah88 berkata...

all da best for exam..

moga Allah pmudahkan kalian utk menghadapinya

Tanpa Nama berkata...

Bismillahirrahmaanirrahim,
ukhti fillah...
ana baru 1st year in medic..terasa takut plak bila ant cakap camtu..huhu...ana xde pbl skang..tapi ada mdl...da r ana niy jenis ,masuk mdl pon xprepare pape..harapkan lect note yg da bace sminggu sblm tu je...waa..ana kn ubah method.prepare utk 2nd year..
jzkk atas pendedahan awal..hehe..
Alhamdulillah

kak ain berkata...

salamm..all the besh..yg penting usaha..Allah memandang usaha kita..natijahnye biar Allah tentukan..teruskan usaha ukhti..TAKBIR!

adeq berkata...

salam..oh cam tu ka PBL?sebelum nhe donga jo..sudah3..baru ngerti..

yelah ada akhwat yang medic kan jadi cuba juga nak tahu,mana lah tahu leh membantu ke..bagi dorongan ke kan..kalau x faham su]sah juga..takut lagi membebankan..

pada di mesir sana tu..semoga suksess..saya jauh jadi x dapat bersama kalian..

akhwat yang di malaysia khusus di usmkk dan ukmkl..moga kalian terus suksess dunya akhirah..moga menjadi dukturah yang hebat3 belaka..

ana juga..moga menjadi yang terbaik dalam lapanganmu ukht ~

mujahidah88 berkata...

insyaAllah adeq

ameen..

perkenankan ya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...