Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

25 Jul 2010

surat cinta buat kakak




Di sini ingin sekali aku berkongsi luahan seorang adik. mungkin inilah luahan dari lubuk hati paling dalam. bingkisannya indah sekali dan menyentuh hati. 

Setiap hari adalah subuh yang indah
Usai solat ku buka jendela
Mendengar burung-burung berkicau
Sambil mulutku membaca mathurat pemberian kakakku
Subhanallah.. tidakkan ku lalui pagi seperti ini dengan izinNya
Lalu rindu pada kakak-kakakku menyapa
Jika meraka disini tentu subuh ini akan dihiasi tazkirah darinya
Titik jernih jatuh tanpa ku sadari
Rinduku yang teramat kepada kata-kata semangat mereka
Meraka telah menjadi perantaraan kasih sayangNya buatku
Namun batas waktu dan tugas memisahkan kami
Mereka disana manakala aku cuma disini
Masing-masing punya tanggungjawab tersendiri
Tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini
Cuma pada waktu cuti mereka sahaja menanyakan kabar imanku
Cuba meluangkan sedikit masa untukku
Aku mengerti,,kalian punya banyak tanggungjawab
Sebagai seorang isteri
Sebagai seorang mahasiswi
Walaupun sudah berkahwin aku tidak pernah rasa jauh darinya
Bahkan ukhwah ini terasa semakin erat
Manakala sebagai mahasiswi walaupun terlalu sibuk
Masa yang diluangkan walaupun cuma sedikit pada hujung minggu
Aku hargai itu..walaupun kadang-kadang aku mengeluh kerana kesibukanmu
^_^
Mujur aku punya teman
Teman yang menjalinkan ukhwah ini semata-mata keranaNya
Bahagianya bila bersama
Kata-kata yang seringkali menyuntik semangatku pada jalan ini
Ku tahu kalian pasti sedang merasa apa yang ku lalui sekarang
Ku tahu pasti kalian sedang bahagia bersama akhwat tercinta
Aku juga berharap suatu hari nanti aku punya teman seperti kalian
Ya, aku masih lagi di alam persekolahan
Aku akan ingat nasihat kalian
Jika tidak sungguh-sungguh mana mungkin aku punya sahabat seperti itu
Betul tak kak ain dan kak ayu????
Kalian sentiasa di hatiku
Alhamdulillah tarbiah kalian telah mengubah cara hidupku..


p/s : adik adalah seorang pelajar tingkatan 5. bercita-cita ingin berjumpa akhwat tercinta di universiti. ingin ditarbiyah dan mentarbiyah. moga akhwat diluar sana bersedia menerima kehadirannya.

19 Jul 2010

rintangan sang daie



akhwatfillah.
sesungguhnya orang yang menggenggam agamanya di zaman ini umpama penggenggam bara api,orang yang menggenggam agamanya di dalam gelombang fitnah zaman ini baginya pahala 50 orang sahabat. sememangnya dalam jalan ini kita mungkin di uji, banyak penghalang menanti, dan itu adalah sunnah hidup orang berjuang. pasti diuji.

meskipun kita dimarah, ditengking dan diherdik, sehingga kecut perut dibuatnya, ingatlah penolong kita adalah Allah. dan yang kita perlu takut adalah Allah, bukan mereka, yang kita perlu minta tolong pada masa itu adalah Allah semata. usahlah kita lari dari masalah itu, bahkan yang kita perlu buat adalah mencari inisiatif agar tetap terus melangkah.

mungkin sebelum ini kita mendengar akhwat bercerita tentang cabaran dan masalah mereka hadapi, tapi bila kita sendiri yang menapak di jalan ini, kita pula yang merasai, benarlah kata orang, kita takkan merasainya kalau kita tak pernah mencuba. kita takkan pernah tahu hakikat jalan ini, kalau kita sendiri tak melaluinya. Firman Allah dalam Surah Al Ankabut:
"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Jalan perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara.
“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu. 
Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.
5 dugaan


Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, tidak berhubung terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar. Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan Allah Subhanahu Wata’ala.

Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, telah menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu-waktu boleh menimpa para Da’ei; supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia. Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian, mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.


bekal dakwah

ukhti,
bersedialah untuk menghadapinya. jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk menerima amanah ini. jika kita tidak menjadi orang yang bersedia, maka banyaklah alasan yang akan kita usulkan untuk mengelak dari terus menapak dalam jalan dakwah dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.


ramai orang akan memberi alasan untuk mengelak dari melakukan sesuatu. dan ramai juga mengamalkan konsep DIAM SERIBU BAHASA bila diberi pengarahan tanpa melaksanakan kata putus atau tindakan yang wajar. kenapa justeru mengelak kalau mahu terus bersama saff-saff orang yang ditarbiyah?


hakikatnya, orang yang sebegini pasti mempunyai kondisi iman yang lemah. dia tidak merasa kemanisan dalam beribadah kepada Allah. dia tidak merasa amalan MUTABAAH menguatkannya. malah, dia merasa amalan mutabaah hanya satu beban yang menyusahkan.


" mana boleh paksa-paksa orang nak buat ibadah!"
" mana boleh sesuka hati nak tetapkan bilangan ibadah orang seminggu!"


itu rungutan orang yang tidak faham. kerana dia merasakan tekanan dalam berbuat sesuatu. tidak pernah merasakan itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. perasaan ikhlas yang tak pernah wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka merasakan dipaksa! sebab apa orang yang sebegini, apabila diberi pengarahan, dia enggan melakukannya!


rintangan orang mukmin yang dengki


semestinya dalam dunia pendakwah, bukan tidak ada rintangan orang mukmin yang dengki. bahkan saya yakin semua orang pernah berhadapan dengannya.
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan."

Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan
menjatuhkan imej mereka. Ibnu Mu’taz pernah berkata:

“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Rasulullah sendiri melarang sifat hasad dengki dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan kebencian. Beliau juga melarang sifat saling membesar diri dan jebak-menjebak antara satu sama lain.
“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya..... (Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
jangan saling dengki mendengki. kita ini umat islam dan umat islam itu adalah saudara.
sumber : Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah - Fathi Yakan.

p/s : kekangan masa dan internet very low connection menghalang untuk posting lebih kerap. asif semua.

12 Jul 2010

tudung ariani : aurat atau fesyen?



melambaknya tudung ariani dalam fesyen muslimah adalah salah satu usaha untuk menggalakkan golongan muslimah masa kini bertudung. sifat tudung ariani yang mudah dipakai, selesa, ringan dan tidak perlu diseterika menjadikan ia adalah pilihan yang tepat oleh kaum hawa.


pastinya, akhwat sendiri juga memilih tudung ariani dipakai dalam program-program dan mungkin juga dipakai ketika di luar samada ke kuliah, dewan makan atau semasa ziarah. namun, dalam pemakaian itu perlu dilihat dari pelbagai sudut. dan perlu dinilai dengan nilai islam dalam syariat bertudung.

pendek dan melekat

disini, bukan saya hendak memprotes kepada para pembaca yang memakai tudung ariani. bahkan, saya menyokong usaha anda dalam bertudung. cumanya perlu dilihat dari sisi labuh tudung adakah ia menutupi dada atau tidak?
kebanyakan saya lihat tudung ariani tidak menutupi dada.hanya sesetengah tudung sahaja yang dilihat labuh dan menutupi dada. dan usaha untuk mencari tudung ariani yang labuh adalah sukar. bahkan harganya pula mahal sehingga mencecah harga RM40. itu pengalaman saya membelinya bersama ibu dan kakak.

maka saya mensarankan anda agar mencari tudung ariani yang labuh dan meninggalkan tudung yang singkat itu. kerana dalam firman Allah, 
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” ( al ahzab, 33: 59)
duhai akhwatfillah,
lihatlah tudung kamu itu. adakah ia labuh sepenuhnya menutupi dada. usah tabarruj. ingat tujuan kita bertudung. mungkin kalau dikatakan cara memakai tudung sempurna, anda sudah khatam. cumanya, cuba lihat betul-betul diri anda. 
memang pada pandangan umum, tudung itu sudah menutupi dada, tapi saya kurang senang melihat begitu. kerana apabila diselak sedikit, habis semua nampak. apabila berjalan dan ditiup angin, seakan tudung itu tidak berfungsi menyelamatkan anda. dan sifat tudung itu yang seperti melekat, membuatkan hati saya resah. gelisah. bagaimana jika kalau kaum adam melihatnya?
apatah lagi, apabila anda memakai beg di bahu. habis beg itu menarik dan menyelak tudung anda itu dan menampakkan sisi tepi dada anda. fikir-fikirkanlah..

bertudung labuhlah duhai ukhti

ada yang mengatakan bertudung labuh itu extreme. tidak sesuai dipakai. nampak seperti ketinggalan zaman. nampak pelik dan kolot. padahal bertudung labuh itulah sangat sempurna. ia menutupi sisi depan, tepi dan belakang bahagian badan kita.

begitulah, islam nampak asing. golongan yang mengamalkan islam nampak pelik. dan golongan yang melakukan maksiat pula, tidak pelik. bahkan digalakkan dan diberi sokongan pula. begitulah arus gelombang fitnah yang berlaku sekarang.

dalam majalah SOLUSI edisi 21, saya suka membaca artikel corat coret tudung labuh karangan Fatimah Syarha. disitu menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri dalam bertudung labuh. betapa banyak kelebihan bertudung labuh yang diceritakan.

dalam al-quran sendiri, telah memberi jaminan bahawa mereka ini takkan diganggu dengan izin Allah. subhanallah.. itu memang saya yakini. dan udah saya alami sendiri. apabila saya melalui kawasan-kawasan ramai atau berdepan dengan kaum-kaum adam seperti di bengkel motor, mereka memang menghormati golongan orang yang bertudung labuh. bahkan, mereka ini takut untuk menegur. dan kalau di kuliah atau di PBL, atau di bas, kalau ditakdirkan duduk disebelah lelaki mereka yang bergerak menukar sendiri tempat duduk dan mengelakkan diri dari duduk dekat bersama. itu penghormatan buat mereka yang bertudung labuh. bila lagi anda mahu mendapat pernghormatan sebegitu?
maka, bercita-citalah untuk bertudung labuh dari sekarang.

keinginan untuk bertudung labuh

saya yakin. ada sesetengah akhwat telah mula menanamkan impian mahu bertudung labuh. cumanya masih belum bertindak. tahniah dengan impian anda itu. cumanya, jika sudah ada keinginan begitu, jangan ditunggu lama. teruskan niat itu. bermulalah secara berperingkat. bermula dengan bertudung lerang 50, lerang 60 dan seterusnya bertudung labuh.

jangan rasa malu. jangan rasa takut. sememangnya apabila pertama kali dalam bertudung labuh, pasti ada yang menyakat. tak kurang juga menegur dan ada juga yang memberi semangat. selalu sahaja perkataan ' boleh ke istiqamah ko ni?' adalah salah satu pertanyaan menyindir dan ketidakpercayaan seseorang pada golongan yang baru bertudung labuh itu. maka, pentingnya kita berada dalam situasi yang menolong kita untuk istiqamah. iaitu berada selalu di samping akhwat ter'chenta'. dan berada selalu di suasana yang mendekatkan kita pada orang-orang yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

jangan pandang belakang

jangan pernah menoleh kebelakang semula. jangan pernah menukar tudung labuh itu kerana takut dipandang serong. kerana keadaan tempat kerja atau kerana sebab-sebab dunia. perlunya anda yakin, personaliti anda dalam bertudung labuh adalah satu kelebihan. 

saya pernah berjumpa mereka-mereka yang tidak istiqamah dalam bertudung labuh. dulunya saya sangat respect beliau kerana peribadinya bertudung labuh. tapi selepas beberapa tahun, bila berjumpa kembali, saya hampir tidak mengenalinya. memakai baju yang sederhana ketat dan memakai tudung ariani pendek. tapi, saya pasti perubahan itu berlaku mungkin disebabkan situasi nya yang jauh dari situasi islamik, majlis ilmu, usrah dan halaqah. maka, berlaku kecairan nilai islam dalam diri.

penutup

muhasabah diri anda. bagi akhwat yang mempunyai tudung ariani pendek, berbaliklah semula memakai tudung segi tiga anda yang lebih labuh dan panjang serta tidak melekat. jika mahu juga bertudung ariani, maka, carilah yang labuh dan menepati ciri-ciri bertudung dalam islam.

tidak dinafikan, terdapat juga golongan bertudung labuh yang kurang dari segi akhlaknya. tapi tidak semua. maka, maafkan mereka. mereka baru bermula..

ini pendapat saya. terpulang..

9 Jul 2010

binatang juga ada jantung!

binatang juga punya perasaan. binatang juga punya rasa sakit. tergamakkah anda menyeksa binatang itu. menyepaknya. memotong kakinya hanya kerana ia berbuat salah?

dimana nilai perikamunisaan anda duhai makhluk Allah yang berakal? tergamak anda menzalimi makhluk itu?
tidakkah dapat anda membayangkan betapa sakitnya derita mereka menanggung kezaliman yang anda lakukan?

sahabat dan anjing

saya selalu mendengar cerita tentang anjing dan seorang pelacur yang memberikan minum pada anjing itu. dan katanya ia adalah israilliyat. maka, apabila saya membaca buku Psikologi Rasulullah dalam berinteraksi dengan masyarakat, saya melihat ia adalah versi lain pula. ia adalah hadith sahih al Bukhari, diriwayatkan oleh Abu Hurairah;

Rasulullah bersabda :
ketika mana seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan dan mengahadapi dahaga yang amat sanagat, beliau menemuii sebuah telaga, lalu turun dan meminum air kemudian keluar, tiba-tiba beliau mendapati seekor anjing sedang terjelir-jelir dan memakan tanah kerana terlalu dahaga. lelaki itu menyatakan, Anjing ini begitu dahaga sekali sehingga mencapai ke tahap ini ( memakan tanah) seperti juga dahaga yang aku alami. Beliau turun semula ke dalam telaga.lalu memenuhkan Khuf ( kasut kalis air) dengan air, kemudian memegang dengan mulutnya lalu memberi minum kepada anjing tadi. Allah swt berterima kasih padanya dan mengampunkan dosanya. para sahabat bbertanya; Wahai Rasulullah. adakah kita perlu berbuat baik pada binatang, kita mendapat pahala? sabda baginda ; ya , berbuat baik kepada setiap sesuatu jantung yang berdenyut itu mendapat pahala.
lihatlah, kerana memberi mninum seekor anjing, seorang lelaki telah diampunkan Allah dosanya dan dimasukkan kedalam Syurga.

tidak suka kucing


saya tahu, ramai pembaca yang diluar sana, merasa jijik dan geli dengan kucing. bahkan, saya pernah jumpa seorang akhwat yang sangat phobia kucing sehingga tidak sanggup untuk turun ke dewan makan semata-mata takut kucing.

tapi, bagi golongan yang tidak suka kucing, tidak perlu anda menyepak atau mencederakan kucing kerana perasaan benci. bahkan ada yang memukul kucing itu dnegan penyapu kerana mencuri ikan. kucing itu tidak bersalah. sudah diketahui bahawa apabila kucing lapar, maka, dia perlu mencari makanan. kucing itu mahkluk tak berakal. mengapa anda tidak melayan mereka sepertimana anda melayan makhluk Allah yang lain?

bergaduh kerana kucing

golongan ibu-ibu juga saya kira tidak berapa gemar membela kucing. kerana, sifat kucing itu berak dan kencing merata-rata. hancing baunya. dan suka mencuri ikan di rumah atau diatas meja jika ditinggalkan.

maka, bila kucing buat hal, masing-masing menyalahkan satu sama lain.
sudah jika begitu, tidak perlu bela. tinggalkan sahaja dia di mana-mana kedai makan. biar dia mencari makanannya sendiri.

p/s : tidak tahu mengapa saya berbicara pasal kucing. mungkin rindu pada si kontot dan si puntal. nnyauu.. teringat pada siswi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...