Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

19 Jul 2010

rintangan sang daie



akhwatfillah.
sesungguhnya orang yang menggenggam agamanya di zaman ini umpama penggenggam bara api,orang yang menggenggam agamanya di dalam gelombang fitnah zaman ini baginya pahala 50 orang sahabat. sememangnya dalam jalan ini kita mungkin di uji, banyak penghalang menanti, dan itu adalah sunnah hidup orang berjuang. pasti diuji.

meskipun kita dimarah, ditengking dan diherdik, sehingga kecut perut dibuatnya, ingatlah penolong kita adalah Allah. dan yang kita perlu takut adalah Allah, bukan mereka, yang kita perlu minta tolong pada masa itu adalah Allah semata. usahlah kita lari dari masalah itu, bahkan yang kita perlu buat adalah mencari inisiatif agar tetap terus melangkah.

mungkin sebelum ini kita mendengar akhwat bercerita tentang cabaran dan masalah mereka hadapi, tapi bila kita sendiri yang menapak di jalan ini, kita pula yang merasai, benarlah kata orang, kita takkan merasainya kalau kita tak pernah mencuba. kita takkan pernah tahu hakikat jalan ini, kalau kita sendiri tak melaluinya. Firman Allah dalam Surah Al Ankabut:
"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Jalan perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara.
“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu. 
Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.
5 dugaan


Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, tidak berhubung terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar. Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan Allah Subhanahu Wata’ala.

Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, telah menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu-waktu boleh menimpa para Da’ei; supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia. Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian, mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.


bekal dakwah

ukhti,
bersedialah untuk menghadapinya. jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk menerima amanah ini. jika kita tidak menjadi orang yang bersedia, maka banyaklah alasan yang akan kita usulkan untuk mengelak dari terus menapak dalam jalan dakwah dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.


ramai orang akan memberi alasan untuk mengelak dari melakukan sesuatu. dan ramai juga mengamalkan konsep DIAM SERIBU BAHASA bila diberi pengarahan tanpa melaksanakan kata putus atau tindakan yang wajar. kenapa justeru mengelak kalau mahu terus bersama saff-saff orang yang ditarbiyah?


hakikatnya, orang yang sebegini pasti mempunyai kondisi iman yang lemah. dia tidak merasa kemanisan dalam beribadah kepada Allah. dia tidak merasa amalan MUTABAAH menguatkannya. malah, dia merasa amalan mutabaah hanya satu beban yang menyusahkan.


" mana boleh paksa-paksa orang nak buat ibadah!"
" mana boleh sesuka hati nak tetapkan bilangan ibadah orang seminggu!"


itu rungutan orang yang tidak faham. kerana dia merasakan tekanan dalam berbuat sesuatu. tidak pernah merasakan itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. perasaan ikhlas yang tak pernah wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka merasakan dipaksa! sebab apa orang yang sebegini, apabila diberi pengarahan, dia enggan melakukannya!


rintangan orang mukmin yang dengki


semestinya dalam dunia pendakwah, bukan tidak ada rintangan orang mukmin yang dengki. bahkan saya yakin semua orang pernah berhadapan dengannya.
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan."

Para Du’at menyeru manusia ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan-kelebihan yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan
menjatuhkan imej mereka. Ibnu Mu’taz pernah berkata:

“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Rasulullah sendiri melarang sifat hasad dengki dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan kebencian. Beliau juga melarang sifat saling membesar diri dan jebak-menjebak antara satu sama lain.
“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya..... (Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
jangan saling dengki mendengki. kita ini umat islam dan umat islam itu adalah saudara.
sumber : Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah - Fathi Yakan.

p/s : kekangan masa dan internet very low connection menghalang untuk posting lebih kerap. asif semua.

0 teguran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...