Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

27 Feb 2010

alamak, ASB !

Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih tidak dianggap Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lihat link ini http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.

Awal tahun 2009, saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.



( LIHAT IMEJ SURAT DI LINK 
http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



p/s : tolong sampaikan pada mak abah

25 Feb 2010

sayangi anak anda



AWAS : untuk mereka yang suka menggugurkan kandungan dan membuang anak sesuka hati.


" seorang ayah datang kepada Umar Al kHatab mengadu tentang kederhakaan kepada anak lelakinya. khalifah umar memnggil si anak dan menasihatinya. beliau mengingatkan bahawa anak wajib taat pada orang tuanya serta tak mengabaikan hak-haknya...


lalu anak menjawab : ' wahai amirul mukminin, bukankah seorang bapa mempunyai hak terhadap anaknya?'


'sudah tentu' jawab Umar


'apakah hak tersebut? wahai amirul mukminin?'


' bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanya serta mengajarkan al-quran kepadanya.' jawab umar r.a


'wahai amirul mukminin, bapaku tidak melakukan semua itu. ibuku adalah seorang penyembah api,. dia memberiku nama Ju'al ( kotoran kumbang) dna dia tidak mengajarkanku satu pun dari ayat al-quran.'


subhanallah, berapa ramai di antara kita adalah ibu bapa seperti ini. saya yakin, sangat ramai ibu bapa berpelakuan seperti ini. malah mengajar anak yang bukan-bukan. tak di sentuh lansung perkara-perkara dari segi agama, bertudung, tutup aurat, pergaulan dan sebagainya.. jangan jadi ibu bapa derhaka!


( jangan salahkan Adi Putra)


manusia ????
.......
.....
..
.

p/s : sejauh mana anda menyanyangi anak anda ? bakar, tanam atau ajar berenang di tepi sungai bersama sampah sarap dan plastik hitam..

23 Feb 2010

mata oh mata



“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur [24]: 30-31)

mata, organ yang paling berharga dalam hidup ini. namun ada yang menyalah gunakannya. mata ini  sepatutnya untuk melihat. tapi ada yang menggunakan untuk melantak.

غَضُّ البَصَرِ
menahan pandangan



ramai di antara kita, yang pastinya tak menjaga pandangan. bukan hanya memandang lelaki malah memandang pada yang bukan sepatutnya. sehingga mengeluh, selalu sahaja ada masalah hati. berkeinginan lelaki yang itu, berkeinginan pada lelaki yang ini.

hei.. siapa suruh tak jaga pandangan?


inilah akibat tak jaga pandangan.. mak dah pesan.!
1. Rusaknya hati.
Pandangan yang haram dapat mematikan hati seperti anak panah mematikan seseorang atau minimal melukainya. Seorang penyair berkata:
Kau ingin puaskan hatimu dengan mengumbar pandanganmu
Suatu saat pandangan itu pasti kan menyusahkanmu.
Engkau tak kan tahan melihat semuanya,
Bahkan terhadap sebagiannya pun kesabaranmu tak berdaya.
Atau seperti percikan api yang membakar daun atau ranting kering lalu membesar dan membakar semuanya:
dan api yang besar itu berasal dari percikan api yang kecil.
Segala peristiwa bermula dari pandangan,


2. Terancam jatuh kepada zina.
Ibnul Qayyim berkata bahwa pandangan mata yang haram akan melahirkan lintasan pikiran, lintasan pikiran melahirkan ide, sedangkan ide memunculkan nafsu, lalu nafsu melahirkan kehendak, kemudian kehendak itu menguat hingga menjadi tekad yang kuat dan biasanya diwujudkan dalam amal perbuatan (zina). Penyair berkata:
Lantas bercakap-cakap, membuat janji, akhirnya bertemu.
Bermula dari pandangan, senyuman, lalu salam,..


3. Lupa ilmu.
4. Turunnya bala’
Amr bin Murrah berkata: “Aku pernah memandang seorang perempuan yang membuatku terpesona, kemudian mataku menjadi buta. Ku harap itu menjadi kafarat penghapus dosaku.”
5. Merusak sebagian amal.
Hudzaifah ra berkata: “Barangsiapa membayangkan bentuk tubuh perempuan di balik bajunya berarti ia telah membatalkan puasanya.”
6. Menambah lalai terhadap Allah swt dan hari akhirat.
7. Rendahnya mata yang memandang yang haram dalam pandangan syariat Islam.
Dari Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Jika seseorang melongok ke dalam rumahmu tanpa izinmu, lalu kau sambit dengan kerikil hingga buta matanya, tak ada dosa bagimu karenanya.” (Muttafaq ‘alaih)



sumber : 
di sini )
p/s : jangan salahkan lelaki alim jika kamu berkeinginan pada mereka duhai kaum hawa

17 Feb 2010

sungguh-sunggguh


' buat kerja sungguh-sungguh la. jangan la buat sambil lewa je.'

dalam hidup ini, semua perkara kena buat sungguh-sungguh.

ada orang, bab-bab makan sahaja yang sungguh-sungguh.

tapi, kita sebagai muslim or mukmin, perlu meneliti kesungguhan dalam setiap perkara.

# solat sungguh-sungguh.
solat awal waktu, solat berjemaah, solat sunat rawatib dan yang paling penting khusyuk solatnya dan moga diterima.

# belajar sungguh-sungguh
pergi ke kuliah, duduk di tempat yang sempurna, tanya lecturer, baca lecture notes, bawak dictionary, buat latihan, gi clinical session, lab, FLM, lulus exam dan yang paling penting niat belajar kerana Allah.

# tilawah sungguh-sungguh
habiskan 1 juz setiap hari, baca dengan tajwid yang betul, tadabbur, ambil iktibar, dan yang paling penting mengamalkan setiap isi kandungan alquran itu.

# mathurat sungguh-sungguh
baca matuhrat sampai habis. tiada tersangkut-sangkut dan tertangguh-tangguh dan yang paling penting zikir mengingati Allah pagi dan petang.

# makan sungguh-sungguh
baca doa, berjimat, bersederhana dalam makan, yang berkhasiat dan yang paling penting makanan yang halal dan tak boikot.

# bersukan sungguh-sungguh
kadang-kadang aku tak setuju bersukan sungguh-sungguh ni. tapi kena tempatnya. bukan sampai terlompat sana sini, di hadapan khalayak ramai. di hadapan bukan mahram. nak bersukan di kawasan tertutup la. dan yang paling penting bersukan dengan menutup aurat dan mengikut syariat yang ditetapkan.kalau suruh meniarap semasa bersukan, tidak perlulah berbuat begitu.

# tidur sungguh-sungguh
baca doa, ambil wudhu', muhasabah. bukan bermakna tidur yang lama. tapi cukuplah 5jam tidur. bukanlah bermakna perlu tidur lagi selepas subuh. yang paling penting selepas tidur itu mampu memberi tanaga untuk lakukan aktiviti pada sebelah paginya dan semestinya dikira ibadah

# membawa kenderaan sungguh-sungguh
baca doa, cepat sampai ke destinasi dan mengikut peraturan jalan raya. bukan bermakna accident sentiasa. dan yang paling penting biar cepat asalkan selamat dan dibawa ke tempat yang berfaedah.

# menghadiri majlis ilmu agama sungguh-sungguh
bawa buku  catatan dan catat, datang selalu, sampaikan pada kawan yang lain. bukan bermakna dengar sahaja. dan yang paling penting amalkan apa yang dah dipelajari.

#berjawatan sungguh-sungguh
bukan bermakna pegang banyak jawatan semata-mata nakkan merit. tapi melaksanakan apa yang di amanahkan itu dengan baik. sempurna seperti yang dikehendaki. alert dan bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan jawatannya. dan apa yang paling penting jawatan itu menjadikan lebih ramai menusia mengenal islam dan dapat di tarbiyah.

# berteknologi sungguh-sungguh
ada hp dan laptop sungguh-sungguh la. bukan bermakna canggih dan banyak software dan movie. cukuplah menjawab sms, call dan email dengan sungguh-sungguh. dan yang paling penting tak buat orang lain marah sebab lambat jawab call/ sms dan tak cek emel.

semuanya memerlukan kesungguhan yang kena pada tempatnya.

tak la semua kat atas aku buat sungguh-sungguh, cuma dalam proses menuju ke arah itu. aku manusia biasa.

sungguh- sungguh la wei.. tension la kalau semua kerja tak sungguh-sungguh..

p/s : ada ke yang tak perlu dibuat sungguh-sungguh?

8 Feb 2010

aku sebuah motorsikal

( gambar aku akan di attach di sini kemudian)


aku sebuah motorsikal.


aku berwarna biru. berketurunan modenas. berbangsa kriss.


lahir di malaysia.


asalku selangor.


tapi sekarang aku menetap di kelantan setelah selama  setahun di UPSI, tanjung malim, perak.


umurku sudah lebih setengah dekad rasanya.


aku sering bertukar tuan.


dan tuanku yang pertama adalah seorang perempuan. dia yang membeliku. dan dia menjagaku dengan rapi berlainan sekali dari tuanku sekarang.


malah tak pernah membersihkan diriku selama digunakannya. aku busuk. aku tak dibelai. aku semakin uzur. semakin sakit. malah seringkali sahaja di bawa ke klinik motorrsikal.


aku geram dengan tuanku yang baru ini. ya, dia seorang perempuan. sepatutnya aku semakin dibelai dan dijaga dengan lemah lembut. tapi lain pula jadinya.


2 kali aku cedera. badanku hampir berkecai. tapi aku akhirnya dapat dipulihkan.


dan tiba-tiba, kali ini, aku mengalami kebocoran di bahagian rectum ( exzos)


aku perlu menjalani pembedahan hari ini. perlu ditukar dengan rectum yang baru.


aku takut. berjayakah pembedahan ini?


hanya Allah yang tahu.


walaubagaimanapun, aku masih harus bersyukur, punya tuan yang baru ini.


kerana aku selalu dibawa ke majlis ilmu. itulah sebenarnya yang menguatkan aku, walaupun aku kadang-kadang sakit dan tak bermaya. tidur pun tidak cukup sama sekali. tak lena.apa tidaknya, pada jam 2-3 pagi aku masih lagi di bawa ke sana ke mari. dan pagi esoknya pula, awal-awal lagi aku sudah perlu bersama tuanku ke kuliah.


hei.. sukanya aku mengeluh.. padahal aku bukan bermaksud begitu. tapi agak kesal sedikit.


aku termotivasi dengan majlis ilmu yang disampaikan. yang paling aku terkesan ketika aku mendengar hadith yang dibaca oleh salah seorang rakan tuanku.


' menolong orang hingga dapat naik kenderaan atau mengangkat barang bawaan ke atasnya merupakan sedekah' .. ( hadith 26- imam nawawi)


hayat aku tidak lama. tapi aku punya misi di dunia dan akhirat. aku sanggup berkorban untuk Allah dan RasulNya.


aku sanggup berkorban untuk dakwah di sini.


aku siap..


berilah arahan padaku wahai tuanku, aku siap untuk berkorban di jalan jihad ini, meskipun kalau aku terkorban.


wallahua'lam..


p/s : aku sudah uzur, jangan bawak aku balik johor. aku mahu terkubur di bumi kelantan.

6 Feb 2010

dakwah milik kita



Abul ‘Ala Al Maududi mengingatkan perajurit-perajuritnya;
”Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.”


siapa kata dakwah milik hanya sesetengah orang  sahaja?

siapa kata dakwah milik mereka yang berjawatan sahaja?

siapa kata dakwah hanya untuk orang yang banyak ilmu sahaja?

siapa kata dakwah untuk orang yang petah berkata-kata sahaja?

siapa kata dakwah untuk orang yang tudung labuh sahaja?

siapa kata? beritahu saya siapa yang cakap?

hei, dakwah tidak memerlukan itu semua.

tapi automatik wajib bila kita sudah bergelar muslim iaitu ummat nabi Muhammad.

dakwah untuk semua.

Iaitu setiap al-akh muslim meniatkan dengan perkataannya, perbuatannya dan jihadnya seluruhnya hanya untuk Wajah Allah, mengharap keridhaanNya dan kebaikan ganjaranNya, tanpa melihat kepada harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Dan dengan demikian ia pejuang fikrah dan aqidah, bukan pejuang kepentingan dan kemanfaatan.” ( imam asy syahid hasan al banna).

subhanallah..

takbir..


Syeikh Muhammad Ahmad Rasyid mengingatkan;

“Gelorakan semangatmu wahai ikhwah dan jangan kendur sedikitpun, marilah maju bersama kafilah dakwah ini. Siapa yang tidak lagi bersemangat maka janganlah ikut barisan kami”.

p/s : jangan menoleh ke belakang, pandang ke depan, terus buat apa yang kita rancangkan.

4 Feb 2010

menangislah ukhti

Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).

air mata, duhai air mata, turunlah kau dari lacrimal gland ku.. 

mengapa susah untuk kau turun membasahi seluruh pipiku? 

sudah keraskah dikau duhai air mata?



tapi, bila perkara yang sia-sia, mudah sahaja air mata ini mengalir.

sedangkan pelepah tamar menangis,..(1)

sedangkan buraq menangis..(2)

adakah air mata ini mengalir bukan kerana Allah?

adakah aku tidak taubat nasuha lagi?

taubat nasuha itu taubat yang sungguh-sungguh. taubat yang sebenarnya.
berjanji takkan mengulangi perbuatannya, menyesal, tak pernah bangga dengan masa lalunya..
MUDAH MENANGIS..

ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang suka menangis, sentiasa menangis hanya keranaMu..

ameen.

nota kaki :

(1) Pelepah tamar menangis

Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.

Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis.

Pelepah tamar tersebut mengatakania menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia.

(2)Buraq menangis



Semasa peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit. Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad.

Jibril bertanya kepada Allah, buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah menyuruhnya memilih Buraq yang menangis. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”

Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

p/s : ingin duduk di tempat yang jauh dari mereka, menangis sepuasnya..


"Menangislah.................Kerana menangis itu bukan satu kelemahan."

1 Feb 2010

.: jalan-jalan cari ?

mencari sesuatu dengan jalan-jalan..

“Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, justeru berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat yang menimpa ke atas orang-orang yang mendustakan rasul. (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita kerana sesungguhnya kamulah orang-orang yang tinggi jika kamu beriman.”




berehat sebentar..


melawat tadika. ~ melahirkan generasi soleh dan solehah



masa makan..



masa bermain.



menghirup udara segar ..



rehat dengan solat ..


berziarah di hospital ipoh



balik ke tempat asal..

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Al An’am:59)

p/s .. jom jalan-jalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...