( gambar aku akan di attach di sini kemudian)
aku sebuah motorsikal.
aku berwarna biru. berketurunan modenas. berbangsa kriss.
lahir di malaysia.
asalku selangor.
tapi sekarang aku menetap di kelantan setelah selama setahun di UPSI, tanjung malim, perak.
umurku sudah lebih setengah dekad rasanya.
aku sering bertukar tuan.
dan tuanku yang pertama adalah seorang perempuan. dia yang membeliku. dan dia menjagaku dengan rapi berlainan sekali dari tuanku sekarang.
malah tak pernah membersihkan diriku selama digunakannya. aku busuk. aku tak dibelai. aku semakin uzur. semakin sakit. malah seringkali sahaja di bawa ke klinik motorrsikal.
aku geram dengan tuanku yang baru ini. ya, dia seorang perempuan. sepatutnya aku semakin dibelai dan dijaga dengan lemah lembut. tapi lain pula jadinya.
2 kali aku cedera. badanku hampir berkecai. tapi aku akhirnya dapat dipulihkan.
dan tiba-tiba, kali ini, aku mengalami kebocoran di bahagian rectum ( exzos)
aku perlu menjalani pembedahan hari ini. perlu ditukar dengan rectum yang baru.
aku takut. berjayakah pembedahan ini?
hanya Allah yang tahu.
walaubagaimanapun, aku masih harus bersyukur, punya tuan yang baru ini.
kerana aku selalu dibawa ke majlis ilmu. itulah sebenarnya yang menguatkan aku, walaupun aku kadang-kadang sakit dan tak bermaya. tidur pun tidak cukup sama sekali. tak lena.apa tidaknya, pada jam 2-3 pagi aku masih lagi di bawa ke sana ke mari. dan pagi esoknya pula, awal-awal lagi aku sudah perlu bersama tuanku ke kuliah.
hei.. sukanya aku mengeluh.. padahal aku bukan bermaksud begitu. tapi agak kesal sedikit.
aku termotivasi dengan majlis ilmu yang disampaikan. yang paling aku terkesan ketika aku mendengar hadith yang dibaca oleh salah seorang rakan tuanku.
' menolong orang hingga dapat naik kenderaan atau mengangkat barang bawaan ke atasnya merupakan sedekah' .. ( hadith 26- imam nawawi)
hayat aku tidak lama. tapi aku punya misi di dunia dan akhirat. aku sanggup berkorban untuk Allah dan RasulNya.
aku sanggup berkorban untuk dakwah di sini.
aku siap..
berilah arahan padaku wahai tuanku, aku siap untuk berkorban di jalan jihad ini, meskipun kalau aku terkorban.
wallahua'lam..
p/s : aku sudah uzur, jangan bawak aku balik johor. aku mahu terkubur di bumi kelantan.
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
.
SELAMAT DATANG
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )
8 Feb 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 teguran:
Catat Ulasan