Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Feb 2010

sungguh-sunggguh


' buat kerja sungguh-sungguh la. jangan la buat sambil lewa je.'

dalam hidup ini, semua perkara kena buat sungguh-sungguh.

ada orang, bab-bab makan sahaja yang sungguh-sungguh.

tapi, kita sebagai muslim or mukmin, perlu meneliti kesungguhan dalam setiap perkara.

# solat sungguh-sungguh.
solat awal waktu, solat berjemaah, solat sunat rawatib dan yang paling penting khusyuk solatnya dan moga diterima.

# belajar sungguh-sungguh
pergi ke kuliah, duduk di tempat yang sempurna, tanya lecturer, baca lecture notes, bawak dictionary, buat latihan, gi clinical session, lab, FLM, lulus exam dan yang paling penting niat belajar kerana Allah.

# tilawah sungguh-sungguh
habiskan 1 juz setiap hari, baca dengan tajwid yang betul, tadabbur, ambil iktibar, dan yang paling penting mengamalkan setiap isi kandungan alquran itu.

# mathurat sungguh-sungguh
baca matuhrat sampai habis. tiada tersangkut-sangkut dan tertangguh-tangguh dan yang paling penting zikir mengingati Allah pagi dan petang.

# makan sungguh-sungguh
baca doa, berjimat, bersederhana dalam makan, yang berkhasiat dan yang paling penting makanan yang halal dan tak boikot.

# bersukan sungguh-sungguh
kadang-kadang aku tak setuju bersukan sungguh-sungguh ni. tapi kena tempatnya. bukan sampai terlompat sana sini, di hadapan khalayak ramai. di hadapan bukan mahram. nak bersukan di kawasan tertutup la. dan yang paling penting bersukan dengan menutup aurat dan mengikut syariat yang ditetapkan.kalau suruh meniarap semasa bersukan, tidak perlulah berbuat begitu.

# tidur sungguh-sungguh
baca doa, ambil wudhu', muhasabah. bukan bermakna tidur yang lama. tapi cukuplah 5jam tidur. bukanlah bermakna perlu tidur lagi selepas subuh. yang paling penting selepas tidur itu mampu memberi tanaga untuk lakukan aktiviti pada sebelah paginya dan semestinya dikira ibadah

# membawa kenderaan sungguh-sungguh
baca doa, cepat sampai ke destinasi dan mengikut peraturan jalan raya. bukan bermakna accident sentiasa. dan yang paling penting biar cepat asalkan selamat dan dibawa ke tempat yang berfaedah.

# menghadiri majlis ilmu agama sungguh-sungguh
bawa buku  catatan dan catat, datang selalu, sampaikan pada kawan yang lain. bukan bermakna dengar sahaja. dan yang paling penting amalkan apa yang dah dipelajari.

#berjawatan sungguh-sungguh
bukan bermakna pegang banyak jawatan semata-mata nakkan merit. tapi melaksanakan apa yang di amanahkan itu dengan baik. sempurna seperti yang dikehendaki. alert dan bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan jawatannya. dan apa yang paling penting jawatan itu menjadikan lebih ramai menusia mengenal islam dan dapat di tarbiyah.

# berteknologi sungguh-sungguh
ada hp dan laptop sungguh-sungguh la. bukan bermakna canggih dan banyak software dan movie. cukuplah menjawab sms, call dan email dengan sungguh-sungguh. dan yang paling penting tak buat orang lain marah sebab lambat jawab call/ sms dan tak cek emel.

semuanya memerlukan kesungguhan yang kena pada tempatnya.

tak la semua kat atas aku buat sungguh-sungguh, cuma dalam proses menuju ke arah itu. aku manusia biasa.

sungguh- sungguh la wei.. tension la kalau semua kerja tak sungguh-sungguh..

p/s : ada ke yang tak perlu dibuat sungguh-sungguh?

3 teguran:

adeq berkata...

salam..subhanallah jzk ingatkan untuk bersungguh dalam kehidupan..bersungguh lah aku!!

macam mana nak bersungguh dalam jawatan tu..sebagai platform ke,if jawatan kecil sahaja..n if dapat jawatan then kita x pergi dengan alasan "meeting bercampur dan merepek"..tu kira bersungguh ke?

ada perkara yang x perlu bersungguh iaitu BUAT JAHAT..kadang2 rasa nak buat nakal,nak kenakan kawan.biasalah nakal pasti ada cuma jangan bersungguh ye.. "Pesanan buat diri ini yang selalu nakal"

dr. mujahidah berkata...

mmm

dr. mujahidah berkata...

mAKsud ana lebih pada jawatan tu, jawatan yang dilantik oleh ikhwah wa akhwat dalam kerjakan dakwah di medan masing2..
tapi leh gak jawatan yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...