Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

4 Feb 2010

menangislah ukhti

Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).

air mata, duhai air mata, turunlah kau dari lacrimal gland ku.. 

mengapa susah untuk kau turun membasahi seluruh pipiku? 

sudah keraskah dikau duhai air mata?



tapi, bila perkara yang sia-sia, mudah sahaja air mata ini mengalir.

sedangkan pelepah tamar menangis,..(1)

sedangkan buraq menangis..(2)

adakah air mata ini mengalir bukan kerana Allah?

adakah aku tidak taubat nasuha lagi?

taubat nasuha itu taubat yang sungguh-sungguh. taubat yang sebenarnya.
berjanji takkan mengulangi perbuatannya, menyesal, tak pernah bangga dengan masa lalunya..
MUDAH MENANGIS..

ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang suka menangis, sentiasa menangis hanya keranaMu..

ameen.

nota kaki :

(1) Pelepah tamar menangis

Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.

Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis.

Pelepah tamar tersebut mengatakania menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia.

(2)Buraq menangis



Semasa peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit. Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad.

Jibril bertanya kepada Allah, buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah menyuruhnya memilih Buraq yang menangis. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”

Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

p/s : ingin duduk di tempat yang jauh dari mereka, menangis sepuasnya..


"Menangislah.................Kerana menangis itu bukan satu kelemahan."

5 teguran:

Zikir Din berkata...

ya, cubalah untuk menangis tatkala solat tahajjud dan solat taubat..
menangis di malam hari, melembutkan jiwa, melapangkan dada.. menguatkan persiapan di hari esok.

dr. mujahidah berkata...

banyakkan menangis dari ketawa...

umairzulkefli berkata...

insya-Allah...

barakallah fik...

Tanpa Nama berkata...

salam ukhti..just for sharing....mmm...dgr itu hr akhwat bagitau xbaik nama allah di eja 4 j j 1 tu....tau dah kat gambar profile ukhtie tu fix and memang gitu.....tapi....mmm.sekadar perkongsian...ia ader kaitan dgn JEWS...wallahuAlam..

Tanpa Nama berkata...

Menangis ...
memerlukan kelembutan dan kesucian jiwa dan penyucian jiwa adalah kerja dakwah yang kita lakukan dalam keletihan yang memberat!

Dan tika itu kita akan rasa betapa syahdunya kehidupan ini dan kesusahan dalam melaksanakan taklif dakwah itu.

Lihatlah para sahabat terdahulu. Mereka menangis bukan hanya dimalam hari tapi setiapa masa bila mengigati akn beratnya tangungan dakwah dan dengan kita bekerja dalam saff dakwah ini sahajalah yang boleh menjadikan mata kita ini sentiasa digenangi oleh air air kebongkahan keinsafan ...

Insyallah teruskan berkarya.
tulisan yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...