Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

19 Nov 2010

Pengumuman


blog ini akan ditutup mulai pagi esok.
dan akan dibuka penulisannya pada 20hb Disember 2010.

maaf atas segala kesulitan.

saya memohon maaf andai penulisan saya selama ini ada menyakiti semua pihak.
saya mahu menenangkan diri saya.

terima kasih kerana menjadi pembaca yang setia dan menyokong blog ini.

Sayu terpisah

hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

15 Nov 2010

segalanya bermula dengan faham


kita  berbuat dan mengikut  atas dasar  kefahaman atau ikut-ikutan? think about it.

ramai orang akan berkata, segala-galanya bermula dengan niat. ya, hakikatnya niat memang penting sekali. sangat penting. bahkan jika niat sedikit terpesong, maka, rosaklah amal seseorang.

namun, ada lagi yang lebih penting dari niat itu sendiri iaitu FAHAM. jika kita sendiri tidak faham apakah itu niat dan mengapa begitu penting kewujudan niat itu dalam kehidupan seharian kita, pasti kita akan terus berbuat sesuatu tanpa arah tuju, tanpa matlamat yang jelas dan tanpa hasil yang baik untuk jangka masa panjang.

namun, jika kita memahaminya, maka kita akan terus berbuat sehingga tibanya pengakhiran ajal kehidupan kita.

faham dan amal itu selari

dalam kita belajar juga, kalau kita tidak faham apa yang kita belajar dan terus menghafal dan menghafal, maka apa yang kita dapat hanyalah penat. kerana kalau kita hafal mungkin ingatan kita pada fakta itu hanyalah untuk jangka masa pendek. namun, bila kita benar-benar faham pada fakta yang perlu kita aplikasikan di dunia pekerjaan, insyaAllah kita akan ingat sampai bila-bila.

seperti seorang pelajar perubatan, perlunya dia faham penyakit-penyakit yang perlu dia tahu dan pasti dia akan mengingatinya dengan mudah segala pathophysiology, pathogenesis, aetiology, prognosis, sign and symptom and management. kefahaman itu penting dan setelah itu barulah disusuli dengan ingatan.

Dan yang paling penting juga adalah amalan ibadah kita seharian. kita takkan melakukan sesuatu ibadah itu tanpa kita faham mengapa mesti kena buat. begitu juga mutabaah seharian kita, jika kita faham mengapa dalam tabiyah ini pentingnya mutabaah dan mengapa murobbiyah kena ambil mutabaah kita setiap minggu, insyaAllah kita takkan mempersoalkannya samada takut riya' atau apa sahaja. malah, kita akan terus berbuat dan menjaga kualiti mutabaah kita. itu semua berlaku setelah kita faham!

berhalaqah atau berusrah atas dasar faham

mengapa kita mesti ada halaqah? kenapa mesti ikut usrah? bukan sahaja 'mesti', tapi kenapa 'wajib'?

seseorang akan bermalas-malasan atau tidak hadir untuk mengikut halaqah kerana dia tidak faham apa tujuan halaqah dan dia tidak nampak mengapa mengikuti halaqah. dia juga tidak merasa kekuatan ukhwah dengan murobbiyahnya dan merasakan pengisian yang kosong tanpa ruhi. itu sebabnya barangkali dia meninggalkan halaqah.

menurut Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Jihad, beliau memberikan satu fakta atau hukum iaitu:

" apabila kita mahu melaksanakan sesuatu yang wajib tapi kita tidak mampu melakukannya melainkan adanya sesuatu perkara itu, maka hukum melakukan perkara itu adalah wajib" ( lebih kurang maksud)

contoh, kita mahu solat. tapi, untuk solat kita perlu mengambil wudhu'. maka, hukum wudhu' menjadi wajib untuk kita solat. sama juga jika kita mahu berdakwah, dan berdakwah kita kena ada halaqah. dan tanpa halaqah kita tidak dapat berdakwah dengan baik dan akan berciciran dari jalan dakwah. hukum halaqah juga jatuh menjadi wajib. 

sama juga kesnya seperti berjemaah. untuk berdakwah dan menegakkan daulah islam, perlunya jemaah. maka, kita juga wajib berjemaah. boleh rujuk buku tentang berjemaah ni. saya kurang ingat siapa penulisnya. ( buku itu ada di kampus.)

mahu duduk bersama barisan kumpulan atau mahu berseorangan di baham harimau?

dakwah atas dasar faham

ramai di antara kita tidak berdakwah kerana tidak faham terlebih dahulu apa sebenarnya dakwah itu, kewajipannya , kepentingannya dan azab meninggalkannya. dan ramai juga salah faham tentang dakwah bahawa mengedar artikel itu sahaja kemampuan saya ada atau hanya boleh buat bila mana sudah berkeluarga barulah berdakwah pada anak-anak dan suami. itu tidak benar. sepertimana yang telah dikatakan, dakwah itu wajib menurut al-quran dan hadith.
Rasulullah bersabda:
Demi Allah, hendaklah kamu melakukan amar makruf nahi munkar atau Allah akan menurunkan azab kepadamu kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka Allah tidak akan mengabulkan doamu ( HR Tarmidzi, hadith ini hasan) 
sumber: 38 sifat generasi unggulan, Dr. Abd Majdi Al Hilal
bilamana kita meyakini, cara yang kita lakukan adalah cara yang terbaik untuk mendakwahi seseorang dan ia terbukti, maka kita wajib untuk melaksanakan cara yang kita yakini iaitu semestinya dakwah fardhiyah dan strategi-strategi yang berkaitan. jika kita 'totally' meninggalkan cara itu dan kita berbuat cara yang lain yang lebih senang menurut hawa nafsu kita seperti berblog, menulis, komik, edar risalah dan sebagainya, maka kita telah mengurangi hak-hak dakwah. atau dengan kata lain, kita telah berdosa. kita tahu cara itu berkesan dan kita mampu melakukannya, namun, kita meninggalkan dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.

sebagai contoh, kita hanya berblogging dan menulis sahaja, adakah cara itu berkesan untuk menegakkan daulah islam? fikir-fikirkanlah..

jemaah yang mempunyai kefahaman yang sama

pentingnya kefahaman yang sama dalam sesebuah jemaah. sepertinya kefahaman tentang berjawatan yang saya postkan sebelum ini. dan tidak kurang juga tentang ikhtilat, boikot, strategi-strategi dakwah, planning dan sebagainya. ibaratnya segala pemikiran ahli adalah sama kerana ditancapkan dengan kefahaman yang sama.

tak kurang juga dengan pengorbanan. sangat terharu dan kagum pada ikhwah dan akhwat yang pengorbanannya tidak terkira. terpaksa follow up sekolah, matrikulasi, kolej atau IPTA yang jauh berpuluh-puluh kilometer. dan juga duit infaq dihulurkan tanpa dipinta. mengorbankan juga fikiran dan saraf-saraf otak untuk difikir planning dan stratergi dakwah. segala tenaga dan hujung minggu untuk program dan follow up. terlalu banyak. sehingga saya rasa malu untuk bersama berbarisan dengan kalian.

ada juga ikhwah dan akhwat kita yang mengorbankan jiwa kerana arahan dakwah. menguruskan kambing, penjualan buku, membuka ladang dakwah, menguruskan majalah, synergy media dan neosynergytc. betapa tingginya keyakinan dan tawakal seorang dai'e itu kepada Allah meskipun rezeki kadang-kadang tidak menentu. subhanallah.. beginilah jalan dakwah mengajarkan kami. cumanya sama-sama kita berfikir, kalau kita diarahkan untuk berkorban seperti ini, adakah kita sanggup?

mungkin juga ramai tidak sanggup. apatah lagi ramai juga yang membangkang. tapi, hakikatnya golongan terawal ( assabiqul al awwalun) inilah yang mesti berkorban dan merasa sanggup berkorban semata-mata untuk menjayakan misi dakwah kita. tanpa pengorbanan kalian, generasi seterusnya mungkin takkan merasa nikmat tarbiyah ini. inilah yang dikatakan manisnya perjuangan meskipun diuji dengan kepahitan. 

hasil dari ketidakfahaman, akan terjadilah ramainya manusia berteraburan keluar dari jalan dakwah ini. dan itu telah pun berlaku. moga dijauhkan ya Allah.

akar yang kuat akan menghasilkan pokok yang kuat. begitu juga kita.

penutup: kefahaman adalah akar

kefahaman ibarat akar. akar yang mencengkam kuat di dasar tanah. tanpa kefahaman, kita akan mudah goyah. tanpa kefahaman, kita akan mudah tumbang di tiup ribut.

apabila kita faham, kita takkan ragu-ragu dengan apa yang kita pilih sekarang. apabila kita faham mengapa perlu melakukan begini dan begitu, kita takkan mempersoalkannya lagi dan menentangnya.

faham itu takkan datang sendiri. tapi, perlu di terangkan oleh murobbiyah. jadi, sebelum membuat satu pengarahan kepada mad'u atau mutorobbi, perlunya diberi kefahaman. kerana tanpa pemahaman yang jelas, seseorang itu akan mudah menarik diri dan akhirnya jenuh dengan apa yang ia lakukan.

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan


Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Henjakkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia.

( teringat lagu ini di program. semangat akhwatku sekalian. kalian boleh! )

p/s: tanpa kefahaman, ramai yang akan menentang. itulah hakikatnya.

9 Nov 2010

Insaflah wahai diri


Penulis : Ekada_ika, UMT~
Editor: Dr. mujahidah

mengapa solat yang ku dirikan ini seolah satu rutin?

saya mendapat emel dari ekada_ika. dia mengirimkan puisi ini. terimalah..

Dari kejauhan diri ini mencari-cari,
Satu cahaya untuk menerangi hati dan mentadbir diri,
Dalam dunia yang penuh dengan senda gurauan...
Juga dunia fana’ yg penuh dgn permainan...

Ya ALLAH,
pertemukan aku dengan cahaya hidayahMU,
Berikan kunci untuk hatiku yg cukup keras ini,
Hati yg penuh dengan karat jahiliyah serta titik hitam dan noda,
Terangi hati hambaMU yang banyak lupa tujuan hidupnya,
sebagai hamba kepada pencipta.

Ya Allah,
Aku sering kali menyekutukanMU ya ALLAH,
Dengan pelbagai bentuk penyembahan berhala yg tanpa diriku sedari,
Aku lebih mengutamakan urusan duniaku,
Aku lebih utamakan assignmentku, report dan tutorialku,
Aku kedekut terhadap diriku sendiri,
Aku berkira-kira untuk datang dlm majlis ilmuMU,
Aku berkira-kira unt melebihkan amal ibadahku,
Padahal aku tahu mendekatiMU itu lebih menenangkan aku,
Aku tahu tiada apa dayaku melainkan pertolonganMU,
Aku tahu semua amalan adalah semata-mata untukku,
Aku kedekut ya ALLAH,
aku kedekut dgn diriku sendiri.
Ampunkan aku ya ALLAH...

Aku sombong terhadapMU ya ALLAH,
Apa yang aku tahu ,
cukup sekadar solat 5 waktu,
Aku lakukan sekadarnya sahaja tanpa penuh khusyuk mengingatiMU,
Aku selalu melewat-lewatkan solatku,
Ampunkanlah aku ya ALLAH....

YA allah.. 
jarang sekali aku membaca surat cintamu( al quran),
Jarang sekali aku menghayati maksud surat cintamu ya ALLAH,
Sedangkan aku tahu,
itulah peringatan yang kau turunkan untukku.
Untuk hambaMU yang tak terlepas dari dosa,
Aku jarang membaca al quran sedangkan aku tahu membaca dan menghayatinya dapat mendekatkan aku padaMU,
Ampunkan aku ya ALLAH,

YA allah,
jangan kau keringkan air mataku ini dari menangis keranaMU,
Kerana menyesali dosa-dosaku,
Kerana air mata inilah yang akan membantuku menyiram api nerakaMU kelak,         Ampunkan aku ya ALLAH, terimalah taubatku ya Allah,
Aku ingin kembali kepadamu ya allah,
terimalah aku ya Allah....

surat cintamu jarang sekali aku membacanya sebagaimana surat cinta dari seorang kekasih.

terimalah kembali aku ya Allah,
diriku yang hina ini,
hanya mengharap sesuatu,
diberi iman dan islam yang berpanjangan,
sampai ajal datang.

ameen.

note: punya bakat terpendam? hantarkan karya anda kepada kami.

5 Nov 2010

mahu jadi penumpang atau penunggang?

editor/ idea: dr.mujahidah, adeq, GMS, tini dan si penumpang dan penunggang
penumpang =passenger
penunggang = penyumbang = driver
( jika kurang jelas dan keliru, bolehlah inform terus pada saya.. jzkk)
penumpang duduk dan menunggu diberi sesuatu. mengikut sahaja tanpa membantu.

penumpang atau penunggang. saya tidak pasti dari manakah kata-kata berharga ini diperolehi. namun, ia punya makna yang sungguh mendalam.

dalam program, jaulah atau apa-apa sahaja, akhwat yang mempunyai lesen motor dan kereta sangatlah diperlukan demi merealisasikan tuntutan dakwah. sebab itulah akhwat diwajibkan untuk mempunyai lesen memandu sendiri. kerana, kebanyakan akhwat hanya menjadi penumpang setia di belakang. dan untuk menjadi orang yang menunggang atau driver amatlah susah sekali meskipun mempunyai lesen.

kalau berjalan jauh, kita juga lebih selesa untuk menjadi penumpang bas. jarang sekali kita menunggang kereta sendiri. ini kerana penat, perlu mengeluarkan duit lebih dan tidur yang tidak cukup adalah alasan-alasan yang sinonim keluar dari mulut kita.

satu persoalan yang saya mahu tujukan pada akhwat yang saya sayangi. Di dalam jalan dakwah ini, adakah suka juga untuk kita menjadi penumpang setia?

penumpang lebih relaks


hakikatnya, sebelum kita menjadi penunggang, pasti kita akan menjadi penumpang dahulu. tapi, kalau selama-lamanya menumpang sahaja, ini tidak boleh!
ramai orang suka jadi penumpang kerana lebih relaks. tidak perlu fikir banyak. asal boleh mengingatkan diri, ilmu banyak dapat dan meningkatkan iman sendiri itu sudah cukup!
mereka lebih suka mendengar dan duduk bersenang-senang.

asal dipanggil ke majlis ilmu dia datang. itu pun belum tentu istiqamah dan mengikut tahap 'kesibukan'. tapi, apabila diajak untuk membuat kerja dakwah dan berkomitmen setelah faham, mereka lah orang yang paling banyak beralasan.
penumpang tak perlu mengeluarkan banyak tenaga, duit pun mungkin tidak perlu keluar, penat jarang sekali untuk rasa dan apatah lagi tak perlu memeningkan kepala memikirkan dakwah ummat. memikirkan siapakah yang perlu diziarah, ditarget dan diajak taklim.

ah.. itu semua buang masa. aku lebih suka mendengar sahaja. duduk menumpang mendapat manfaat untuk diri sendiri. biarlah orang lain yang memberi pengisian. biarlah orang lain yang menunggang. aku hanya ikut di belakang.
mereka mampu. aku tidak. aku lebih banyak benda nak dibuat. assignment, test, study, masuk wad dan sebagainya. aku busy tahun ni.
hakikatnya, anda seorang yang SELLFISH.( pentingkan diri)

tidak semua orang mahu jadi penunggang kerana penunggang akan banyak berkorban dan banyak mengambil risiko.


penumpang tidak akan duduk lama

halaqah salah satu tujuannya adalah merekrut kader-kader baru. dai'e-daii'e yang besiap sedia menerima arahan dakwah. boleh membina halaqah dan taklim sediri. tetapi kalau sekadar mahu ilmu sahaja tanpa menyampaikan, apakah halaqah itu mencapai tujuan?
maka, bilamana merasa lemas dengan pengarahan dakwah dan pengarahan dari murobbiyah, maka jadilah dia seorang yang berciciran dari jalan tarbiyah ini.

setelah merasa extreme kerana perlu menyampaikan, maka, keputusan yang dibuat itu tidak rasional. nafsunya merasa banyaknya aktiviti yang dirancang, banyaknya bebanan, banyaknya masa perlu dikorbankan dan banyaknya kena buat sehingga akhirnya mengatakan, bilakah waktunya untuk aku study, balik rumah, enjoy dengan kawan-kawan?

dan akhirnya, penumpang tidak akan duduk lama. dan memutuskan untuk menjadi orang tidak menumpang kereta dakwah dan tarbiyah ini. kerana, setiap kali menumpang, pasti akan di asak untuk menjadi penunggang. rimas..

satu hari kita mesti jadi penunggang

bilamana selalu jadi penumpang, kita mesti akan ada perasaan untuk menjadi penunggang.  sama juga kesnya bila kita melihat akhwat lain mempunyai lesen kereta atau motor. pasti, satu hari nanti kita akan ada cita-cita yang sebegitu. cukup teruja dengan kesungguhan akhwat yang baru sahaja beberapa bulan tarbiyah, tapi semangatnya cukup kuat untuk menyumbang sesuatu pada dakwah dan menunggang serta memberi tumpang orang lain dalam kereta dakwah ini.

ada yang sudah setahun ditarbiyah, ataupun lebih dari itu, tapi terus menjadi penumpang yang setia. tak pernah ada usaha untuk menjadi penunggang. kalaupun ada usahanya sangatlah sedikit.

ingatlah ukhti, satu hari kita mesti jadi penunggang. mahukah kita biarkan ummat terus lesu?
sampai bilakah mahu menumpang sahaja? sampai bila mahu menerima sahaja? sampai bila mahu menunggu bila kita ada masa dan tidak sibuk dengan dunia?


bila lagi mahu memberi? itukan sememangnya tugas kita. apakah cara lain lagi untuk kita merasa bersyukur dengan nikmat tarbiyah kita melainkan kita memberi orang lain merasai nikmat itu juga.


sedarlah ukhti. masa kita tidak banyak. entah kalau kita menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa dan tiba-tiba ajal mendatang, adakah baru kita tersedar atas tanggungjawab yang tidak dilakukan lagi? saat ini, tanamkanlah azam dan tekad, mahu bercita-cita untu menjadi penunggang dan merealisasikannya. meskipun tiada lagi arahan dari murobbiyahmu, tika kau tersedar sekarang ini, teruskan melaksanakannya!

penutup: mengapa tidak?


jalan manakah yang mahu kita tunggangi? 
jalan yang diikuti ramai orang atau jalan yang tidak diambil ramai orang.
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”. (Fussilat, 41 : 33 )
apabila dikatakan tentang dakwah, orang jadi kecut perut. dikatakan ayat itu sungguh extreme. benarkah?
bukankah itu adakah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sendiri.
makanya mengapa perlu takut? cuma perlu takut samada apakah kita telah membuatnya atau tidak!
dakwah itukan perlu dibuat setelah kita melafazkan syahadah. setelah kita mengakui beriman pada Allah dan RasulNya.

menjadi orang-orang yang menyambung perjuangan Rasulullah adalah satu kewajipan. bukannya apabila hendak buat, buat. jika tidak, tinggal.
bukannya apabila di lantik atau di arah, baru hendak buat.
buat lah dengan rasa keseronokan dan langkah senang.
bukan rasa keterpaksaan.
makanya, anda akan lihat, andalah orang yang proaktif dalam melaksanakan segala hal.


lihatlah, ramai juga yang dulu penunggang dan penyumbang setia tapi akhirnya menjadi penumpang bahkan penumbang mengapa boleh jadi begini?


ramai juga yang berciciran di jalan ini sebab tiada lagi yang mengarahkan untuk ziarah, buat taklim, halaqah atau sebagainya. apakah kita melakukan semata-mata itu adalah arahan murobbiyah. jadi bilamana, murobbiyah tidak mengarah, kita jadi tidak buat. dan berpura-pura tiada kerja. jadi proaktif ukhti meskipun akan datang tinggal kau seorang sahaja yang melakukan dakwah di medan itu nanti kerana kau sudah faham!.


p/s : ramai orang tidak perasan dia adalah penumpang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...