IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

2 Mac 2010

jangan salahkan tarbiyah





ramai orang suka salahkan tarbiyah. apa mereka ingat tarbiyah ini harus dipersalahkan? apa mereka ini tiada kerja lain?


bila penat, tak bermaya, badan tak sihat,
salahkan tarbiyah.


apabila tak sempat makan malam,
salahkan tarbiyah.


apabila tidak cukup tidur,
salahkan tarbiyah.


apabila tak hadir ke kuliyah,
salahkan tarbiyah.


apabila tak sempat belajar dan habiskan nota,
salahkan tarbiyah.


apabila jatuh motor dalam perjalanan ke halaqah,
salahkan tarbiyah.


apabila tak siap assingment dan PBL,
salahkan tarbiyah.


apabila di fitnah dan tak di sukai ramai,
salahkan tarbiyah.


apabila cuti tak dapat balik rumah,
salahkan tarbiyah.


apabila peperiksaan gagal dan kurang memuaskan,
salahkan tarbiyah.


apabila tak dapat duduk dalam kampus sebab merit tak banyak,
salahkan tarbiyah.


apabila duit tinggal sedikit dalam bank,
salahkan tarbiyah.


apabila bilik bersepah, tak kemas,
salahkan tarbiyah.




semua nak salahkan tarbiyah. kenapa tak salahkan diri sendiri?

0 teguran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...