Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

12 Apr 2012

Keseronokan vs keimanan


Seronoknya..yeeha..!


Apa yang seronok dalam hidup ni?
Sesuatu yang buat kita happy dan gembira. Sesuatu yang enjoy.

Di kaca mata manusia biasa, keseronokan adalah permainan, perkara yang diminati, hobi dan sebagainya. Inilah yang menjadi pilihan kebanyakan manusia padahal kita tahu ini keseronokan sementara dan terdapat keseronokan yang abadi sebenarnya iaitu di akhirat nanti.

Benarlah firman Allah swt tentang keseronokan dunia.:

" dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya.."(Surah Al Ankabut,29: 64)

Kita lebih mementingkan keseronokan

Minat games? Minat sukan? Minat main?
Setiap orang ada bakat masing-masing. Ada permainan masing-masing. Ada kesukaan masing-masing. Namun, adakah bermakna kita perlu memperjuangkan ini semua semata-mata untuk kebahagiaan sementara?

Ayuh lihatlah di luar sana. Ada manusia yang sanggup mengorbankan hujung minggu untuk berlatih taekwando. Ada juga sanggup mengorbankan setiap petangnya untuk berlatih bola jaring. Malah tidak kurang waktu malam untuk berlatih kawad. Tahniah atas pengorbanan ini, namun sedarkah kita bahawa pengorbanan inikah yang Allah nak?

Lihat contoh seorang akhwat yang sanggup mengorbankan bakatnya bermain bola jaring demi untuk hadir ke halaqah dan program secara konsisten. Tidak lupa juga, terdapat akhwat yang meleburkan bakatnya bermain catur semata-mata merasa kepentingannya sekarang adalah untuk mengubah umat. Ada juga akhwat yang mengorbankan bakat bertaekwando kerana merasakan mahu menjaga ikhtilat dan adab sebagai muslimah. 

Siapa tidak tahu, sebenarnya akhwat di luar sana, mempunyai bakat yang luar biasa. Namun, mereka mengorbankannya demi untuk Islam dan kerana mereka faham bahawa tugas mereka di dunia ini bukan sekadar untuk main-main..!

" Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud ?....." (Surah Al Mukminun 23, 115)

Meninggalkan keimanan

Orang yang mementingkan keseronokan akan meninggalkan keimanan. 

Ya, benar sudah terbukti. Lihat sahaja orang-orang seperti ini, adakah mereka risau dan sedih tidak dapat ke majlis ilmu atau mereka risau dan sedih tidak dapat hadir ke latihan sukan?

Atau adakah mereka risau dan sedih tidak dipilih ke daurah/program atau mereka risau dan sedih tidak terpilih ke stage permainan seterusnya?

Benar-benar bertentangan sekali kerisauan dan kesedihan kita kan?

Dan akhirnya orang inilah yang mengatakan mereka sibuk dan mereka tidak punya masa untuk agama Allah !

Di zaman Rasulullah sendiri pun telah ada kelompok sebegini yang mementingkan permainan.

" Dan apabila mereka melihat perdagangan dan permainan, mereka segera menujunya dan meninggalkan engkau (Muhammad) sedang berdiri berkhutbah.."
( Surah Al Jumuah, 62: 11)

hanyalah keimanan

Penutup: kita tidak perlu keseronokan dunia

Setuju dengan statement ni?
Kalau setuju, tinggalkan.
Jika tidak, teruskan dengan keseronokan anda.

" Akak, hidup saya tidak boleh dipisahkan daripada sukan..!"


Apakah kepentingan diri yang kita nakkan sebenarnya? Populariti, merit atau seronok?
Sesungguhnya kesihatan tubuh adalah salah satu muwasafat(karakter) tarbiyah yang sangat penting. Saya tidak menghalang sukan. Cumanya, bukankah ada alternatif lain iaitu bersukan bersama akhwat. 


Ayuh majulah sukan untuk akhwat.. !
sekian.

11 teguran:

ika berkata...

salam..wah bnr2 tjadi pd sy.. ada shbt sehalaqah sy yg mmg aktif bersukan..stp ptg ada training smpai lwt ptg..sdahnya tpksa dtg ke hq lmbt...buntu bgaimana hndk mnrangkan kpd dia...mungkin apkh saudari jg bhdpn situasi yg sama? bole kongsi dgn ana cara mengendalikn situasi ni...

dr. mujahidah berkata...

memang saya berhadapan dnegan perkara y sama. solusinya bagi dia baca artikel ini..

tapi sekiranya belum berubah tidak mengapa. akan datang nanti dia akan sedar. selagi mana dia ada keinginan utk datang halaqah, sambutlah dia dengan gembira. yang tersangatlah bahayanya sekiranya dia meninggalkan halaqah..

hani berkata...

slm... entri yg sngt bermakna bg saya yg masih keliru soal sukan nih..insyaallah sdg usahakn untuk undur diri dari team sukan.. wat slow2 takot member team terkejut sgt pula kalau terus keluar melulu je...semoga Allah redha

freshie berkata...

Yaa saya juga kaki padang dulu. Jadi atlet sana-sini. Kalo tak main rasa macam beku. Tapi dah join tarbiyah takdak masalah pun nak main. Saya ada adik-beradik. Lapang2 main bola tampar, men badminton, lumba lari ngan diorang. Ohh bisa aje sebenarnya.

akhwat gemar beriadah berkata...

slm...ingin share pengalaman.dulu saya sememangnya aktif sukan. ckp je suka apa semua saya masuk. sejak dari bangku sekolah lagi.badmnton, tenis, olahraga, bola jaring...dan masa kat alam ipt saya masuk masum...dan ketika itu tarbiyah baru menyapa saya...dan masa tu memg la busy training setiap ptg tp dlm masa yg sama tetap commit dgn taklim cbb masa tu baru peringkat taklim...walau penat mcm mana pun saya xsuka beri alasan untuk mengelak dari pergi majlis ilmu...rasa seronok kerana baru merasai kemanisan iman ketika itu...masih baru lagi d tarbiyah ketika tu...tp alhamdulillah, Allah tunjukkan saya sesuatu masa kat masum tu...Allah tunjukkan saya betapa teruknya keadaan umat sekarang...kejadian tu menyedarkan saya...sejak dari itu saya trus stop aktif dlm olahraga ipt tp saya salurkan kebolehan, bakat dan minat bersukan saya dgn cara yg lebih menenangkan saya dan mengikut syariat iaitu bersukan dengan akhwat...dunia ni memang hanya senda dan gurauan semata-mata..manusia suka mengejar nama, piala kebanggaan dan sebagainya semata-mata untuk kepuasan diri sendiri...kalo pikir balik apa tujuan kita bersukan???pertama2nya mestilah ingin menyihatkan tubuh badan kan???so, knp kita sampai sanggup nak korbankan majlis ilmu, halaqah, taklim semata2 untuk sukan???tidakkah itu sesuatu yg sia2..kita perlu utamakan yang utama...bukan utamakan piala kebanggaan dan piala kemenangan...untuk apa semua itu??? boleh ke bantu kita masa kat akhirat nanti???...sepatutnya kita salurkan kebolehan dan bakat yang telah Allah kurniaakan untuk dakwah dan cuba memahamkan org lain tentang islam yang sebenar...islam itu syumul..islam itu mudah...kita je yang menyukarkan islam tu...insyallah, tu je perkongsian dari saya...

Fakhrullah Bin Mawardi berkata...

salam..asif..x semestinya kita korbankan bakat yg kita ada, tp kita salurkan bakat tersebut untuk dakwah..kita bkn ingin mengorbankan potensi dan kelebihan yg ada pd kita, tp kita manfaatkannya untuk kepentingan agama kita..iA..fikirkn cara bagaiman bakat tersebut berguna untuk Islam..

fitrah berkata...

setuju sgt dgn komen saudara fakrullah.. tdk perlulah smpai korbankn bakat tp gunakn sebaiknya utk dakwah

adeq berkata...

maksud beliau (penulis blog) bukan mengorbankan bakat dengan MELEBURnya. cuma ditegaskan berkorban untuk KOMITMEN pada TARBIAH. sama juga dengan jawatan, orang yang hebat dalam berorganisasi dan berpolitik boleh sahaja MENGEMBANGKAN bakat beliau dalam parti politik (BN/UMNO) tapi mungkin PENGORBANAN itu disalurkan kepada TARBIAH yang lebih jitu.

kami ATLET, kami o.k. SUKAN dan TARBIAH adalah jiwa kami. setakat rugbi, apalah sangat kan. hehe. kalau diikutkan HATI mahu saja mengembangkan SKILL dalam dunia sukan tapi UMMAH is calling.

btw ana da upgrade segala jenis skill sukan, pertahanan diri, berenang dsb. nak tau dari mana ana dapat?? ANTUNNA !

sejuk a.k.a chill.

- sumpah panjang -

adeq berkata...

oh lagi satu, jangan lupa. kita juga ada orang3 hebat sbg komposer, penulis lirik, drummer, guitarist, solo, acapella, ahli taekwondo, silat, kapoera, pengarah drama, pembuat filem, pelakon x lupa juga pelukis dan macam ini penulis !

- saja conteng sebab banyak rupanya BAKAT manusia.

Tanpa Nama berkata...

boleh saja bermain boleh saja berseronok tetapi biarlah dalam lingkungan syara'. bila semua perkara baik diniatkan dan dilakukan menurut syariat kerana Allah pastinya ibadah. dalam konteks yang lebih utama dari yang utama dan tidak utama itu, tepuk dada tanya iman

Tanpa Nama berkata...

salam.ada yang giat aktif dlm sukan kerana alasannya dlm sukan juga blh b'dakwah..eg: dakwah dari segi akhlak, boleh tarbiyah rakan setaekwondo, se bla jaring dsbg..akhwat ikhwah tolong ulas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...