IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

5 Ogo 2012

Taat atau berbuat baik?


i love you mum and dad  kerana Allah

Dulu, saya kerap kali memberikan alasan tidak mahu berbuat sesuatu dengan erti kata taat kepada ibu bapa. Tidak kiralah samada benda itu adalah benda kurang elok atau sesuatu program ilmiah yang memaksa saya untuk keluar rumah. Mungkin kerana sudah sebati perkataan taat itu merujuk kepada ibu bapa.

Namun, setelah ditarbiyah saya faham bahawa konsep taat dan berbuat baik itu sangat berbeza. Seperti langit dan bumi. Artikel ini bukan mengajak kita semua belajar untuk menderhakai ibu bapa seperti kebanyakan orang salah anggap, tapi mengajak pembaca semua memahami hakikat taat dan berbuat baik.

" Kak, saya tak nak join usrah lagi sebab ayah tak bagi."
" Kak, mak saya tak bagi keluar ke daurah sebab bimbang keselamatan."
" Kak, parents saya macam perli-perli saya sebab saya start pakai tudung labuh."

Macam selalu dengar kan?

Taat yang tidak bertempat

Tahukah kita bahawa taat itu hanya milik Allah dan Rasul? Sepertimana yang terdapat dalam surah An-Nisa, 4:59, 

" wahai orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Rasul ( Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) selama dia berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, diantara kamu, kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian."

Dalam surah Al-Imran, 3: 31-32 juga menyatakan perkara yang sama,

" Katakanlah (Muhammad), " Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu..."

" Katakanlah (Muhammad), " Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir."

Kalau kita semak dalam Al-quran sendiri, tiada satu pun ayat yang menyuruh untuk taat kepada ibu bapa. Hanya perkataan berbuat baik sahaja digunakan. 

".....dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa." ( Surah al Isra', 23)

" dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya..."
( Surah Luqman,31:14)

Kenapa?

Sebab ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah yang teratas dan tertinggi daripada ketaatan kepada yang lainnya. Meskipun ibu bapa kita tidak memberi 'lesen' untuk kita berbuat kebaikan atau datang majlis ilmu atau ke daurah, tapi 'lesen' itu telah pun terlebih dahulu dapat daripada Allah dan Rasul.

Ini bukan bermakna kita membelakangkan ibu bapa. Tapi kita cuma berbuat sesuatu yang Allah redha dan Allah perintahkan berdasarkan apa yang kita faham. Jika ibu bapa masih belum memahami sepenuhnya, kitalah berperanan memahamkan mereka. Cuma dari segi cara kita dalam memahamkan ibu bapa itu perlulah berhikmah dan penuh dengan adab serta kasih sayang. Jika kita berusaha dengan pelbagai cara, ia akan menjadi mudah dengan izin Allah. Seperti mana Allah berfirman:

" dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan  kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." ( Surah Al Ankabut, 29: 69)


Tegas pada prinsip

Sekarang ini dalam bab kemungkaran, ibu bapa begitu mudah membiarkan anak-anak mereka ditelenggami dengan hal-hal sebegitu. tapi, jika ia bab kebaikan dan ketaatan kepada Allah, begitu mudah ibu bapa judge anak-anak mereka mungkin sesat dan telah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang salah.

Kita lihat sendiri, ibu bapa yang menggalakkan atau membiarkan anak mereka bercouple. Malah, dipuji-pujinya perbuatan itu. Begitu juga apabila keluar reunion, bershopping atau ke sesuatu program yang tidak dinafikan terdapat percampuran lelaki dan perempuan yang extreme. Menghairankan, ibu bapa tidak menghalang. Malah, aurat anak yang tak bertudung dan berbaju menjolok mata juga tidak dihalangnya. dan begitu juga anak-anak begitu keras dan tegas mempertahankan perbuatan mereka itu tidak salah. Maka, nak atau tak nak, ibu bapa terpaksa membiarkan sahaja perkara itu terus berlaku.

Inilah realiti sekarang. Ketegasan kepada berbuat maksiat boleh, tapi ketegasan kepada kebenaran dan ketaatan kepada Allah, mengapa tidak boleh? Padahal, jika kita para pemuda tidak bangkit sekarang, siapakah yang akan melakukan kerja dakwah dan tarbiyah ini? dan siapakah pula yang akan bertanggungjawab memenangkan islam kembali?

Ketaatan kepada Allah disini bukan merujuk kepada solat atau puasa sahaja, tapi dalam join halaqah @ majlis ilmu dan program-program bermanfaat seperti daurah, liqo negeri dan apa jua program selagi ia adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada kita dan keluarga kita secara tak langsung.

Teringat kata-kata mak saya ketika saya meminta izin untuk keluar ke daurah di KL,

" Kalau mak halang pun, kau tetap akan keluar juga. Biarlah mak redha dengan apa-apa yang anak mak buat sebab mak tak nak anak mak pergi tanpa redha mak."

Tapi soal kemungkaran mak takkan redha ya.

Penutup: Membawa ke syurga
bahagia sampai ke syurga? semua bermula dari kita

Anak yang soleh dan solehah akan membawa ibu bapa ke syurga. setuju?
Jadi, untuk menjadi, anak yang soleh dan solehah adalah dengan mentarbiyah diri iaitu dengan cara berkumpul bersama-sama dengan orang soleh dalam halaqah ilmu.

Ikhwah wa akhawat, jika kita ditarbiyah, kita akan mampu mentarbiyah family kita juga. Tapi, jika kita tidak ditarbiyah dengan alasan halangan daripada ibu bapa, betapa beratnya dosa ibu bapa kita tanggung kerana menghalang anaknya untuk buat kebaikan dan suruhan Allah di samping betapa teruknya keadaan family kita nanti kerana tiada siapa yang mahu memperbetulkan mereka. 


Kalau kita tidak beriman, bagaimana kita hendak melahirkan keluarga dan anak cucu beriman di dunia akhir zaman ini? Allah telah berjanji dalam Al-quran:

" Orang-orang yang berima, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dan anak cucu mereka di dalam syurga..."

Kepada akhawat, mak ayah kita akan tumpang kegembiraan untuk anak yang solehah di akhirat nanti sepertimana dalam hadith ini, Rasulullah bersabda:

" Barangsiapa yang mengasuh 2 anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat, aku dan dia seperti ini sambil nabi merapatkan jarinya." ( HR Bukhari dan Muslim)

Jika kita baik, maka tempiasnya akan terkena kepada keluarga kita.

p/s: ibu bapa menghalang kerana takut apa yang kita ikut sesat, maka, tunjukkan qudwah yang baik di depan mereka apabila di rumah. bukan qudwah yang sesat daripada sikap kita sendiri. 

6 teguran:

sahabatmu berkata...

" Kalau mak halang pun, kau tetap akan keluar juga. Biarlah mak redha dengan apa-apa yang anak mak buat sebab mak tak nak anak mak pergi tanpa redha mak."

smelah kita....
mak ana pun ckp benda yg sme pd ana tiap kali ana nk kuar pergi program.. mak ana pernah jg ckp mcm ni pd ana sebelum naik cuti :

"ada duit tak? mak sedih kalau anak mak xde duit.. berlapar, smpai topup pn xde duit. sbb nk g program.. bukan mak tak tahu, dekat u tu tiap hujung minggu anak mak sebenarnya xda dekat u tapi kemana2 je"

ana pd mulanya tergumam dan terdiam..
"mcm mna mak boleh tahu ni????"

ya, betullah ukhti..bilamana mata ibu sejuk tgk anak2 dia berubah tidak seperti dulu, sering menjadi imam solat, perangai tak seburuk dulu. mana mungkin dia sangkal dan menghalang anak dia untuk keluar pebaiki diri. kadang2 kena cerita jg mcm mne perihal sahabt2 kita, dia tu mcm mna. buat mak kita kagum.. sampai mak ana pernah ckp mcm ni pd ana mse ana nk kuar pergi liqa' :

"mak teringin nak ikut anak mak pergi halaqah, nk tgk halaqah tu mcm mne"

mungkin mak nk tgk ada apa dalam hq sehingga anaknya berubah.

p/s : mungkin kita ambil masa bertahun2 untuk buat makayah kita faham.mungkin kita lihat pada mulanya mak ayah kitalah yang menghalang, kadang kita dimarah.. tp insan yang bernama MAKAYAH itu marahnya kerana risau, bukan kerana tidak suka.. ya, akhlak. tunjuk perubahan. ht mak mana yang tak luruh bila anaknya duduk berdua dengnnya, sambil anak pegang tgn mak:

"mak,, kita msuk syurga sama2 ye"

dr. mujahidah berkata...

mm.. tahniah la mak enti dah faham. alhmdulillah buat masa ni if ana tak minta duit ke program pn, mak ayah akan bagi sket walaupn tak banyak..

insyaAllah ana akan cube ukhti. doakan

sherasan berkata...

akak, artikel yang bagus bangat. mula2 ana pun macam ni juga. betullah apa yang ukhti sahabatmu cakap kat atas, bila mak ayah tengok kita berubah ke arah yang lebih baik, hati parents mana yang tak sejuk.
insyaAllah, kita kan akhawat. tunjukilah akhlak akhawat sejati, cewaahh.:D

anyway, mohon share. biar lagi ramai akhawat yang tunjukkan taat yang sebenar2nya!!

dr. mujahidah berkata...

sherasan, silakan..

adeq berkata...

sherasan?? banggo den.

- iklan -

dr. mujahidah berkata...

adeq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...