IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

25 Ogo 2012

Sirr @ rahsia

tolonglah jaga rahsia ini

Suasana di dewan kuliah senyap. Masing-masing tertumpu kepada Syafiq yang mahu memberi pengisian selepas selesai kuliah.

" Assalamualaikum.. saya ada nak berkongsi sedikit mengenai apa yang saya dapat di Mukhayyam XXX bersama murobbi saya, Abang Fizi. Dalam program tu, ramai kawan-kawan yang saya jumpa daripada IPTA lain. Ada juga dari matrikulasi A, B dan C pun ada. Program ini di buat di Dewan Jemaah X Kajang, Selangor. Kawan-kawan satu halaqah saya pun turut serta. Aman, khairul, hafiz dan ijam. Betapa kerdilnya saya melihat mereka yang baru sahaja berstatus 'budak matriks' tapi lebih banyak tahu tentang agama dan isu-isu semasa daripada kita di sini yang lebih senior daripada mereka. Mereka juga hebat pergerakan dakwahnya berbanding kita. Mereka telah masuk ke sekolah itu dan ini, IPT itu dan ini dan juga matrikulasi itu dan ini. Mereka bergerak di bawah pantauan Ustaz XYZ. Ayuh lah sedar..bla bla bla.."

Seusai pengisian, ramai yang menyapa Syafiq.

" Murobbi kau Abang Fizi ke? Kau ikut geng-geng X ...... ke?" tanya seorang kawan dia yang mengikuti usrah lain.

" Kau tak ajak aku ke? Aku pun berminat nak join aktiviti-aktiviti lasak macam ini. Aku nak ikut usrah kau la." sapa kawannya yang kelihatan berminat untuk mengikuti program yang baru di kongsikan semasa pengisian tadi.

Tak kurang juga ada yang berbisik-bisik.

" Eh, ustaz XYZ tu bukan kena tangkap ke dulu."
" Err.. syafiq tu jemaah X kan?"
" Oh.. aman, khairul, hafiz dan ijam pun ikut jemaah X."
" Aku rasa dorang ni JI la. "

Kesilapan

Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Syafiq sebenarnya? Tidak salah menceritakan tentang pengalaman kita dalam mengikuti program-program ilmiah dan bermanfaat, tetapi biarlah berlapik dalam berkata. Tidak perlu terlalu ghairah menceritakan detail sesuatu perkara sedangkan kita tahu bahawa ada perkara yang perlu kita rahsiakan.

Sirr atau berahsia adalah salah satu method sesebuah organisasi atau jemaah dalam melakukan langkah berjaga-jaga.

" Eh, kenapa nak berjaga-jaga? Bukankah malaysia ini aman dan majoritinya islam? "
" Apa yang nak dirahsiakan. dakwah kita kan terbuka. bukan rahsia. "

Ya, memang negara kita aman, majoritinya islam dan dakwah kita terbuka. Tapi probability untuk diancam dan diserang itu ada kan? 



Hakikatnya, di jalan dakwah ini, akan ada orang yang tidak suka dengan apa yang kita buat. Tidak semua orang menyokong apa yang kita lakukan. Dan tidak semua juga akan terus duduk diam sahaja melihat kita. Tidak kisah golongan apa pun seperti mak ayah, pemimpin, kawan atau mad'u kita sendiri berkemungkinan ada untuk menghancurkan dakwah ini. Sememangnya kita tidak tahu siapa, tapi langkah awal perlu dilakukan iaitu dengan berahsia dalam sesetengah perkara seperti murobbi, halaqah mate, tempat halaqah dilakukan, aktiviti-aktiviti daurah yang bersifat fokus dan sebagainya.

Sedangkan Nabi Nuh pun berdakwah secara rahsia dan juga terbuka. Di awal permulaan dakwah lagi Nabi Nuh telah menggunakan dakwah secara rahsia sepertimana dalam Surah Nuh, 71 ayat 9,

" kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan diam-diam."


Kenapa kena sirr?

Seperti sedia maklum, sirr adalah salah satu langkah untuk mengelakkan daripada dakwah kita dihancurkan. Ini pernah berlaku sewaktu zaman As Syahid Hassan Al-Banna. Ketika itu pemerintahnya adalah Jamal Abdul Nasir yang sangat anti dengan 'ideologi' Hassan Al Banna dalam membangkitkan jiwa pemuda islam. Maka, Jamal Abdul Nasir telah melakukan penangkapan golongan ikhwanul Muslimin secara beramai-ramai dan disumbat masuk ke dalam penjara.

Bagaimana Jamal Abdul Nasir boleh menangkap ikhwah dalam jumlah bilangan yang besar? Bagaimana Jamal Abdul Nasir boleh tahu? Salah satu sebabnya adalah para ikhwah tidak menjaga rahsia. Sekiranya kita tidak merahsiakan halaqah mate atau murobbi dan ia telah diketahui oleh ma'du kita @ orang bawahan, dengan mudah mad'u kita membocorkan semua rahsia yang dia tahu kepada musuh kerana pada waktu itu imannya masih goyah dan takut. Maka, apa yang berlaku, semua data-data ikhwan dan tanzim (organisasi) jatuh ke tangan musuh. Dan akhirnya, dakwah disekat oleh pemerintah sendiri. Berakhirlah ajal Syed Qutb di tali gantung manakala Hassan Al Banna pula mati ditembak.

Selain itu, sirr juga perlu untuk mengelakkan salah faham orang lain kepada kita. Sekiranya terdapat program atau halaqah untuk level kita, tapi dihebahkan kepada orang lain. Maka, orang yang level kefahamannya kurang merasakan apa yang dibincangkan oleh kita dalam halaqah atau program terlalu ekstrem. Jadi, mereka terus meninggalkan majlis ilmu dan dakwah hanya kerana apa yang disampaikan langsung tidak boleh diterima.


 

Penutup: 
Dakwah kita tidak sirr

Walaupun sirr, ini tidak bermakna kandungan dakwah itu sendiri adalah perlu disimpan sendiri-sendiri atau tidak perlu dihebahkan. Ilmu yang diperolehi itu tidaklah rahsia. Maka, apa sahaja ilmu yang kita perolehi sepanjang halaqah atau program bolehlah disampaikan kepada orang-orang umum selagi ianya boleh diterima dan sesuai untuk mereka.


Sekadar ingatan, wujudnya istilah sirr bukan menjadikan  para ikhwah wa akhawat menjadi takut untuk berkata-kata, produktiviti berkurang dan menjadikan dakwah hambar. Seringkali saya melihat, ikhwah wa akhawat terlalu ghairah berahsia sehingga program umum pun dirahsiakan juga. Maka, dakwah umum seolah-olah tersekat kerana sikap kita.

Jadi, akhir kata, sirr terhad pada certain perkara. Bukan semua.

Berahsia biarlah bertempat.

20 teguran:

akhwat perahsia berkata...

Seringkali saya melihat, ikhwah wa akhawat terlalu ghairah berahsia sehingga program umum pun dirahsiakan juga. Maka, dakwah umum seolah-olah tersekat kerana sikap kita.

Jadi, akhir kata, sirr terhad pada certain perkara. Bukan semua.

Berahsia biarlah bertempat.
(sangat setuju dengan ayat di atas. yang umum tidak perlulah di sirrkan sehingga menyebabkan orang lain bersangka2 yang bukan2 seolah2 kita membawa perkara yang salah)

Tanpa Nama berkata...

ye memang hqmate n murobiyah or murobbi perlu dirahsiakan dan penerangan di atas jelas, tapi saya masih x faham, apakah kecairan berlaku sekiranya hqmate, murobbi adalah tidak lagi sirr antara satu group halaqah dan satu group halaqah yang lain yang sama level?mohon pencerahan.

lin berkata...

salam ziarah dr. mujahidah, entry yang menarik. bagus soalan tanpa nama di atas.soalan ana juga hampir sama dengan tanpa nama di atas mengenai kecairan tapi lain sikit. soalannya di sini, bagaimana mahu sirr jika akhwat atau ikhwah tu duduk dlm satu rumah tarbiyah yang berbeza level?mgkin kalau hq boleh sirr dan dibuat di tempat yg lain tapi jika prgram?pastinya tidak dapat sirr dengan level bawahan sebabnya dah serumah dan prgram juga kadang2 lain2. apa pendapat anti bagi menyelesaikan masalah ini?kadang2 terasa juga if tidak terlibat dgn prgram kerana level yang berbeza.dan kecairan yang bagaimana mgkin berlaku if hqmate dan murobiyah tiada lagi sirr antara hq group yang berbeza level?
harap dapat jawab persoalan ana.

dr. mujahidah berkata...

akhwat perahsia : ya

tanpa nama: kalau boleh elakkan. tapi biasanya, setakat level taklim tak mengapa. jika dah level halaqah core, kena la jaga sirr. dan biasanya bila level dah atas2 ni tak mengapa utk tahu level2 di bawah demi utk kemaslahatan dakwah.

lin:

utk ikhwah atau akhwat satu rumah. tentang prgoram tu, kalau boleh elakkan buat di rumah tarbiyah especially program yang level atas. if level bawah2 tak mengapa sebab masih lagi semua boleh join . dan jika akhwat/ikhwah y sama rumah tapi tak join program tu, maka dia boleh lah keluar rumah tu semasa program berlangsung eg-gi masjid atau bagitau ada urusan dakwah y mahu diselesaikan. tapi biasanya, mad'u faham kenapa akhwat/ikhwah tu tak perlu join sebab lebih senior.

untuk lebih selamat, buat program di tempat lain.

kecairan yang berlaku jika tiada sirr antara sesama akhwat adalah berlaku rasa rendah diri atau rasa bangga diri kerana merasa diri duduk di halaqah level atas/bawah. begitu juga berlaku satu semangat assobiyah antara akhwat senior dan junior. dan lagi satu, mad'u level bawah atau yang telah pun mufaraqah membuka rahsia jemaah tersebut kepada orang lain dan menyebabkan orang lain y dengki berupaya merosakkan dakwah/ membuat fitnah

ini jawapan y ana mampu. if tak clear, boleh lah tanye murobbi masing2. afwan

sirr berkata...

sirr atau rahsia...selalu digunakan oleh aktivis dakwah..tapi kdg2 jadi xleh terima jika terlalu kerap menyebut perkataan tersebut oleh sesetengah individu...dan mungkin bleh menyebabkan prasangka oleh sesetengah pihak...jadi harap lebih baik diamkan sahaja dari menyebut perkataan tersebut kepada orang...

dr. mujahidah berkata...

sirr: takperlu nak sebut. action is louder than words.

adeq berkata...

benda yang saya x suka sebutkan kepada individu adalah 'sirr'.

murobbiah sapa??

" sirr la "

huhu. kena kurang sebutkan SIRR adalah lebih baik kan. bak kata 'sirr' yang di atas nun jauh di telapak tangan.

dr. mujahidah berkata...

yela adeq. tapi, nak jawab ape plak bile tanye Murobiah sape. kalau ada orang y x faham sirr tu, mesti dia tanye kan..

buat masa ni, agak susah ana nak dengar pertanyaan,

" murobiyah enti sape?"

sebab, masing2 dah faham benda tu tak perlu ditanya

sirr berkata...

kalau tanya murobiyah sape tu memang la patut kata sirr..tapi kalau tanya, "nak ke mana?" jawabnya sirr.. keluar dgn sape? jawabnya juga sirr.pergi dgn sape? tu pon sirr juga..semuanya sirr.memang x patot.lahi mau korek itu rahsia ada la.so, gunalah perkataan sirr tu sebaiknya dan pada tempatnya.

sherasan berkata...

:)..teringat adeq..:p

dr. mujahidah berkata...

yelah.. sebab ana gune perkataan tu utk ukhti "sirr" je.

sherasan: tak teringat ana ke?
hehe

ukhti silam berkata...

adakah berbeza jemaah membolehkan kita sesuka hati menggunakan perkataan sirr tu?

sehingga menjadikan ada gap dalam nak berukhwah?ana rasa x patut.ana setuju dengan ukhti sirr di atas.

berpada la dlm menggunakan perkataan sirr tu..jgn sampai membuat hati2 insan lain terluka dan terasa.

Tanpa Nama berkata...

di sini saya ingin share sesuatu.

ADIL bukan bermaksud membahagikan sama rata, tetapi ADIL adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

kembali kepada konteks perbincangan penulis blog dan komen2 dia atas, saya lihat kebanyakan komen xpuas hati penggunaan perkataan 'sirr'terlalu kerap, so sukalah saya unt. cadangkan agar perkataan sirr tu digunakan pada tempatnya, mengikut keadaan dan situasi yang sesuai. agar tidak melukai hati mana2 pihak terutamanya yang berlainan kapal.

jgn sampai perkataan itu menjadikan ukhwah antara kapal2 tidak dapat dijalankan dgn baik.

amalkan konsep ADIL itu di mana2.

sekian.

sahabatmu berkata...

jika kita punya sahabat berlainan jemaah tak perlu juga bertanya sokmo detail tntang ape je y dia nak buat.. boleh jd dia x brapa selesa, boleh jd kita buat dia rsa serba salah, boleh jd diri sendri y terluka.. sgt perlu dua2 saling bersefahaman agar tidak saling berselisihan..

tapi "sirr" tetap "sirr" walaupun perkataan tu sbenarnya tak perlu disebut pun dalam setiap pertanyaan y berbentuk "sirr".. be creative~

adeq berkata...

sherasan teringat ana sebab ana selalu berkata 'SIRR' kan. hehe. kadang3 gunakan perkataan tu untuk INGATKAN org bahawa ia adalah benda sirr. hessirrasasayangsayang hei !

dr. mujahidah berkata...

dah tau berbeza jemaah, maka tahulah mnentukan persoalan itu perlu ditanya dan dijawab atau tidak.

jzkk semua y komen

Tanpa Nama berkata...

kalau ana, prefer utk berdalih. kalau ditanya nak ke mana, bgtau jmp kwn. kalau program di rumah akhwat laen, bgtau nak blek umah. plg2 xde idea pon, just bgtau ade hal nk kn setelkan...

ana pnah serumah dgn akhwat lbh senior. sgt terasa hati sbb dorg slalu kua g program, tp bl dtnye, jwb 'ade lah'.
tp bl difikrkn smule, cek la blek keikhlasan niat kte dlm berhalaqah, berprogram.
jzkk ats perkongsian.

sherasan berkata...

sure ingat enti^^..bila la lagi nak datang terennganu. sem depan bakal duduk rumah sewa bersama akhawat. jzkk ukhti, entry ini sangat membantu ana nanti. insyaAllah, akan dikongsikn bersama akhawat.

adeq: benar! bnyak ana belajar dari enti ni..selalu kena cubit dgn k.min sebab selalu ckp sirr time matrik dulu..^^

adeq berkata...

gtau nama SIRR ant ni. hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Ye btul, sesetengah pihak tdk berkenan dgn dkwh2 yg dilakukn olh sesetngh jemaah, mnyebabkn mrk-mrk ini trpksa bergerak kerja secara sirr. walau bgaimanapun, berpada-padalh dlm mnjga kerahsiaan, agar tidk mengundng perspektif negative sesetngh pihak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...