IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

19 Okt 2012

Consanguinous married


Maaf, lama tidak update blog.
InsyaAllah, sudah beberapa minggu saya berada dalam posting paedetrik ( kanak-kanak). dan ini minggu terakhir saya.

Jadi, teringin untuk menyentuh tentang "consanguinous married".
Pernah dengar perkataan ini?

Menurut kamus dorland, edisi 27, consanguinous married adalah bermaksud " blood relationship." married atau dengan kata lain, perkahwinan yang mempunyai hubungan darah.

Dalam istilah perubatan

Setiap kali seorang doktor bertanya pada ibu pesakit ( kanak-kanak) tentang sejarah penyakitnya, pasti akan ada satu soalan yang wajib ditanya iaitu adakah perkahwinan ibu dan ayah mereka adalah sesama sepupu atau tidak. Consanguinous married bukan sahaja diistilah sebagai perkahwinan sesama sepupu, malah perkahwinan sesama dua pupu dan tiga pupu juga.

Ini kerana, kebanyakan penyakit kronik yang dihadapi oleh anak, adalah hasil daripada consanguinous married. Di wad pun, saya menyaksikan terdapat pasangan yang melakukan consanguinous married ini mengalami anak yang kurang sihat berbanding pasangan yang lain. walaupun hakikatnya, bilangan itu tidaklah ramai.

Jika dihuraikan dari segi genetik itu sendiri, consanguinous married ini meningkatkan keadaan penyalinan 2 genetik yang cacat dan mutasi genetik menyebabkan keadaan genetik resessif. Jadi, peratus anak yang dilahirkan itu untuk mendapat kecacatan itu tinggi.

Penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh anak kepada pasangan consanguinous married ini adalah kecacatan seperti sumbing, hydrocephalus, jantung berlubang, down syndrome dan banyak lagi. 

Namun, peratus menyatakan bahawa risiko untuk mendapat cacat kelahiran  daripada pasangan consanguinous married ini adalah sebanyak 5-8% berbanding perkahwinan perkahwinan biasa adalah sebanyak 2-3 %.


Apa islam kata

Dalam islam, terdapat larangan perkahwinan dengan adik beradik tetapi tiada menyatakan larangan berkahwin dengan sepupu. Seperti mana dalam Surah An Nisa' : ayat 23 menyatakan larangan berkahwin dengan adik beradik ( hubungan mahram) :

"diharamkan atas kamu menikahi ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudara perempuan ( kakak @ adik perempuan), saudara-saudara ayahmu yang perempuan ( emak saudarau belah ayah), saudara-saudara ibumu yang perempuan ( emak saudara belah mak), anak perempuan daripada saudaramu yang lelaki ( anak saudara abang @ adik lelaki), anak perempuan daripada saudaramu yang perempuan ( anak saudara kakak @ adik perempuan) , ibu susuan, saudara perempuan susuan, ibu mertua, anak tiri dan istri yang telah kamu campuri.. " 

Ayat seterusnya menyatakan tiada larangan berkahwin dengan sepupu:

“Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu ( sepertimana dalam ayat di atas)…"

Begitu juga dalam surah Al-Ahzab, ayat 50:

 “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Menurut mazhab Syafie dan Hanbali, makruh hukumnya berkahwin sesama sepupu. Namun terdapat sebab yang menguatkan bahawa hukum berkahwin dengan sepupu adalah harus iaitu berdasarkan dalili Al-quran yang diberikan dan Rasulullah sendiri mengahwini sepupunya sendiri iaitu Zainab Al-Jahsy. Tambahan pula, baginda juga mengahwinkan Saidina Fatimah dengan Saidina Ali yang mempunyai hubungan sepupu.

Kesimpulan: Langkah berjaga-jaga


Walaupun dalam perubatan melarang consanguinous married ini dan islam mengharuskan consanguinous married, ini tidak semestinya islam dan perubatan bercanggah satu sama lain. Tambahan pula, peratus juga menunjukkan bahawa risiko mendapat cacat kelahiran bagi consanguinous married tidaklah banyak beza berbanding non consanguinous married.

Namun, sebagai manusia, sikap berjaga-jaga tetap perlu ada. Kita tidak boleh terus pasrah dengan takdir Allah tanpa berusaha terlebih dahulu. Langkah menyelidiki latar belakang penyakit dan keluarga pasangan amatlah digalakkan untuk mengelak komplikasi akan datang. Dan sebaiknya dinasihatkan kepada semua untuk mengahwini seseorang yang tiada kaitan dalam talian kekeluargaan itu. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengelakkan mudarat lain yang lebih besar.

Walaubagaimanapun, jika tetap mendapat ujian, ingatlah itu sebagai kifarah dosa-dosa kita. Teruskan bersabar dan berdoa agar sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan ini.

Anak-anak yang lahir dididik daripada ibubapa yang menjaga diri sejak sebelum perkahwinan.

3 teguran:

adeq berkata...

baekla. saya akan lupakan hasrat. hehe.

muharrikdaie berkata...

saya akan kawin dengan yang tak ada pupu ...

saifudin berkata...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...