IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

28 Mac 2012

Tarbiyah bukan setakat halaqah!




" Akak, saya tak dapat hadir ke daurah.."

" Kenapa? weekend ni takde pape kan?"

" Saya ada join program kampus."

" Oh.. ok.."



Mesej berakhir di situ. Luluh hati seorang murobbiyah apabila tiada seorang pun anak halaqah mereka mengikuti daurah. Padahal, untuk mengukur kejayaan seseorang akhwat itu dalam membina adalah hadirnya mutorobiah mereka ke daurah.

Sarana tarbiyah

Mungkin ada yang kurang faham tentang kepentingan hadir ke daurah. Atau merasakan tarbiyah hanya cukup diperolehi di halaqah sahaja. Dan sebagai seorang murobbiyah, pentingnya untuk kita menerangkan secara jelas  bahawa tarbiyah tidak hanya di halaqah tetapi perlunya menghadiri acara-acara lain untuk mendapat tarbiyah yang sempurna.

Begitu juga seorang cikgu, untuk menjadikan anak muridnya cemerlang dalam akademik, perlunya dia menyediakan kelas tambahan, tuisyen, program skor A, speed modul, teknik jawab soalan dan sebagainya. Ini kerana, seorang cikgu percaya bahawa program pengajian di dalam kelas tidak akan mampu sepenuhnya membantu pelajar untuk memahami pengajaran dengan baik, tetapi perlu dilakukan kelas-kelas tambahan untuk memastikan mereka memahami sebenarnya subjek yang dipelajari.

Maka, semestinya program tarbiyah yang kita ikuti perlu juga memastikan mutorobiyahnya atau peserta tarbiyahnya mengikuti program-program yang diadakan seperti rehlah, mukhayyam, mabit, iftar, daurah dan program-program yang berkaitan. Ini demi memastikan seorang mutorobiyah itu memahami sebenarnya tarbiyah yang mereka ikuti dan meningkatkan kefahaman mereka sebagai orang yang ditarbiyah disamping membina ukhwah dikalangan mereka yang mengikuti tarbiyah sepertinya.

Keutamaan kita

Kita perlu jelas bahawa, apabila kita mengikuti tarbiyah, maka, terdapat perbezaan  antara program tarbiyah dan program islamik yang lain. Jikalau program lain hanya bersifat umum dan mempunyai peserta yang ramai, maka program tarbiyah adalah bersifat fokus dan pesertanya hanyalah orang yang mengikuti tarbiyah @ halaqah.

Jadi, perlunya kita mengutamakan program tarbiyah itu sendiri daripada program lainnya kerana setiap program yang dibuat untuk kita sememangnya ada objektif tertentu.

Bukanlah bermaksud apabila kita memasuki arena tarbiyah, kita dihalang mengikuti program islamik yang lain. Malah, kita memang sangat digalakkan untuk mengikutinya. Cuma, adalah menjadi keutamaan kita untuk kita terus memilih sesuatu yang lebih patut diprioritikan daripada yang lain.

Jika, tidak ada apa-apa program tarbiyah yang dilakukan, maka, silakan untuk mengikuti program islamik yang lain. Tiada masalah.

Penutup: Halaqah bukan setakat ilmu

Sekiranya kita mahukan hanya ilmu daripada halaqah itu sendiri, maka silakan belajar di Mesir, Jordan atau Mekah  kerana disana terdapat begitu ramai para ilmuan yang boleh kita jadikan guru. Namun, kita perlu tahu bahawa halaqah bukan setakat itu sahaja. Malah, ia lebih daripada itu.


Halaqah adalah lebih bersifat pembinaan dan kesedaran individu dalam berislam. Dan bagaimana sikap seseorang apabila mahu menjadi individu muslim yang sempurna.

Jadi, marilah kita sama-sama memahami bahawa, kita datang halaqah bukan setakat mahukan ilmu tetapi kita mahukan tahu dan amal. Sekali kita tahu, maka kita dituntut untuk mengamalkannya dengan pantauan murobbiyah. Itulah yang lebih berkesan sebenarnya.

8 teguran:

nyq berkata...

salam ukhti, bagus penulisan, tapi macam mana kalu kita nak sampaikan pada mutarabbi..sperti kita semua maklum,,mutarabi, lebih2 lagi yang baru kenal tarbiyah ssh/belem reti utk menimbang yg mana paling aula..belum lagi mutarabbi yg dah beberapa ketika dengan kafilah, faham beberapa pkr, cuma bab bila bertembung program tarbawi dan lain(contoh janji nak tolong kawan)..dan saja nak ty pendapat ent kalau kata program tarbawi dtg selepas mutarabbi plan tarikh sekian2 ade janji dsbg,salah program tarbawi tu ke..dan perlu ke kita bertegas?? - tapi kita semua maklum dalam DnT kita x dapat elak urusan mufajaah(yg dtg tiba) kan??ke x? ana baru nak belaja dalam, mungkin ukht boleh berkongsi :) jazakillah..

dr. mujahidah berkata...

bagi pehamaman. ukhwah kena baik.
insyaAllah dia boleh terima.tak kisah program tu bagi tau awal atau tak.
kalau mutorobbi yg memang nak tarbiyah dia akn samikna waatokna je. tapi kalau mutorobbi yang nakal sket ni, banyak betol alasan dan karenah dia. sabor je la..

.:: نورحبيب ::. berkata...

"halaqoh bukan segalnya, tetapi segala-galanya diraih dari halaqoh"..

nak ilmu, datang la hq
nak ukhwah, datang la hq
nak rasa disayangi, dicintai, itulah hq
nak rase diri ni berguna pada deen, cubala hq
nak belajar menyampaikan konfident diri, come from hq...


speechless bila ckp pasal hq. terlalu byk 'peluang' untuk 1 'bulatan'

al-Manjuniyy berkata...

Semoga Allah redha...

nyq berkata...

jazakillah..:) doakan kelahiran yg berkualiti yg mampu membangun ummah :)

adeq berkata...

..... (baru nak skip program) cam tetau je la akak2 hq nhe. huhu.

Nurul Izzati Mukhali berkata...

Assalamualaikum, uhkti.. syukran menjawab persoalan yang pernah datang.. :)

Senyumperawat.com berkata...

baarokallaahu fyk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...