Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

7 Mac 2012

Catat hutang piutang anda!



"Ukhti, ana rasa enti ada hutang ana RM100."

" Eh, ana dah bayar kan hari tu. Ada la masa kita gi Mydin. Ana dah selesaikan semua."

" Yeke..ana rasa belum. mm.. betul ke?"

" Mm.. betul, ana ingat, ana dah bayar. Serius."

" Ok.. takpelah.."

Sedih wajah Siti apabila ada akhwat hutang padanya RM100. Tapi, akhwat itu begitu yakin bahawa dia telah membayarnya. Bagi seorang yang bergaji besar, mungkin nilai RM100 itu tiada nilainya. Tapi, bagi pelajar sepertinya, apatah lagi mengambil pinjaman PTPTN , nilai duit itu begitu besar. Nilai duit itu boleh digunakan untuk makan selama sebulan!

Di mana wang anda?

Pernah baca atau nampak buku " Di mana wang anda" ? Buku ini mengajak kita untuk lebih menggunakan duit secara berhemah dan menunjukkan bahawa jika kita pandai mengurus duit, lebih banyak duit simpanan yang kita boleh perolehi.

Tapi, lihatlah kehidupan kita. Sebagai contoh, jika hari ini, kita mengeluarkan duit bernilai RM300. Tidak sampai seminggu duit itu sudah habis dan kita tidak tahu kemanakah ia sebenarnya. Sebagai contoh, kita membeli tiket ke Daurah untuk beberapa orang akhwat, setelah itu, menggunakan duit kita seterusnya untuk membeli makanan dalam kuantiti yang banyak dan dimakan dalam talam untuk makan tengah hari bersama. Dan setelah itu, kita tidak ingat dimanakah duit itu dibelanjakan dan siapakah yang sepatutnya membayar duit itu. 

Catatlah walaupun nilainya kecil

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berutang itu merencanakan (apa yang ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikit pun daripada hutangnya.... " (surah al-Baqarah:282)


Pada hari ini, ramai yang begitu meremehkan soal hutang ini kerana mungkin sudah terbiasa dengan perkataan infak.Tapi, bukankah ini adalah satu kerugian jika kita meremehkan soal hutang orang lain kepada kita. Jika, kita kira betul-betul nilai hutang itu daripada orang yang berlainan, pasti nilai itu sangatlah besar.

Tidak kisahlah meminjamkan duit kepada orang hanya untuk membeli RM1 keropok lekor atau pisang goreng, atau barang yang harganya tidak lebih daripada RM5, maka, hendaklah kita catatkan nilai hutang itu, siapakah orang yang berhutang dan apakah barangannya di dalam satu buku catatan, di handphone, dalam laptop atau mana-mana tempat yang senang dilihat. Maka, selepas itu, mudah untuk kita cek, meminta kepada orang yang berhutang atau membayar hutang yang telah kita lakukan kepada orang yang berkenaan.

Terbukti, apabila saya mencatat hutang-hutang orang lain kepada saya, begitu mudah sekali untuk saya meminta kepada mereka yang berhutang kerana telah pun dicatat dan hutang itu tidak dapat diragukan lagi. Begitu juga apabila saya mencatat hutang saya kepada orang lain. Walaupun nilainya sedikit, tetapi, jika ia terlalu kerap , nilainya boleh mencapai ratusan ringgit.

Mulakan dari sekarang

Apabila si peminjam hutang itu bertittle akhwat, kita selalu mengabaikan perkara ini. Maka, selepas ini, mulalah catat hutang walaupun nilainya kecil dan siapapun status mereka.

Disamping kita boleh menyimpan wang dengan baik, kita juga boleh mengelakkan diri daripada berhutang dan malu untuk meminta hutang daripada orang lain.


Ingatlah kisah Rasulullah sewaktu sakit hampir dengan kewafatan baginda. Di depan para sahabat, baginda berucap:


" Barangsiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut akan kemarahanku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu adalah orang yang mengambil hakknya daripadaku sekiranya dia mempunyai hak itu.."


Seorang sahabat bangun dan menyebut dia mempunyai tiga dinar daripada Rasulullah dan Rasulullah meminta Qusam memberikan 3 dinar kepada sahabat itu. Maka, selepas itu orang bertanya kepada sahabat itu.


" Mengapa kamu meminta 3 dinar sedangkan ini Muhammad?"


Sahabat itu berkata, " Aku mahu menjadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad.."

Semoga bermanfaat.

2 teguran:

.:: نورحبيب ::. berkata...

setuju!!..

dlm pasal hutang je, Allah dah state dalam surah al-baqarah. 1 page full plop tu..jd kite dop leh amek enteng mende ni..

kdang2x, RM1.00 pun amat bernilai buat selintir akhwat..

bukan senang nak dpt duit..

analoginye, klu nak gi KL-KB klu duit ade 39 yal pun dop dpt sapa klate sebab nyer tiket ke KB 40 yal..jd pointnyer, seyal pum penting!!..even 10 seng

ana nak kongsi pgalaman Donald J Trumph, sang billionare kt dunia ni. dia ni sorang yg amat menjaga wang dia.

dia oyap 'orang yg suke letak duit merata-rata ni, orang yang x pndai nak mguruskan wang, x pndai nak jage aset sendiri'

klu tgk cara dia secure duit dia, dia akan pastikan tiada duit dia keluar dengan sembrono..bukan maksud nyer kedekut tp elak drpd wang tu mengalir ke arah pembaziran

see, walaupun kaya, masih juga buat mcm tu..

klu org org yang suka letak duit merata, pahtu dop kesah pum pasal duit dia..ohh ni bahaya..klu ade akhwat gini, cpt muhasabah!!

sebabnyer dia x pernah amek tahu pun gane parent dia susah cari duit. x penah langsung rase pengalaman hidup susah. x penah mikir, gane orang miskin ikat perut untuk mencukupkan wang dia..

try put urself in their shoes!!
kendurkan keplegmatikan dan cuba untuk jd orang sensitif spt melankolik



sori puan blog...dh mcm post entry dah, pnjg ngat!!

dr. mujahidah berkata...

baik,, jzkk.. lepas ni boleh hantar artikel di majalah SINERGI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...