Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

4 Jan 2011

Aktiviti : Cuti yang terisi

oleh : a.d.i.k

maaf semua. saya akan kurang menulis dalam blog ini. mood menulis agak kurang stabil. mungkin juga kesibukan peperiksaan yang akan datang bulan februari dan mac nanti. Doakan saya ye akhwat sekalian. insyaAllah, tunggulah cuti 5 bulan nanti lepas final exam. mana tahu akan ada lebih banyak post baru. jadi, apapun, mungkin dalam masa ini adik akan jadi pengganti saya. itupun jika adik setuju. 
~ dr.mujahidah~

***********

 

Alhamdulillah..akhirnya  saat yang dinanti untuk membaca buku sinergi karya Hilal Asyraf tercapai juga. Buku ini sudah dbeli dari awal tahun dan baru sekarang berkesempatan untuk membaca. Seronok membaca.

Apa yang menarik saya untuk terus membaca mengenai buku ini adalah ukhwah iaitu ukhwah yang dibina bukan sekadar untuk suka – suka . Ukhwah yang terbina dengan luar biasa .Ukhwah antara Irfan dan Asid benar – benar membuka minda saya. Konsep iman digunakan sebaik – baiknya dalam kehidupan mereka. Dimana iman adalah segala-galanya. Dengan iman hati-hati mereka  menjadi satu, sebab ukhwah berdasarkan iman itu sangat indah bagi orang-orang yang merasainya.

Ukhwah kerana Allah itulah sebenar-benarnya. Seorang sahabat yang mencintai sahabatnya tidak akan biarkan sahabat yang dia cintai itu terumbang-ambing  dalam kegelapan. Saling ingat –mengingatkan agar sama-sama berjalan untuk meraih redhaNya bersama. Itulah sinergi 1+1=3 (individu + keimanan = luar biasa) bukan 2. Antara dialog antara syafiq dan irfan yang saya buat saya tersentuh apabila syafiq yang ingin membunuh diri meminta dirinya dilepaskan dari diselamatkan.

“Aku tak akan lepaskan kau . Kalau kau terjun ke neraka , aku akan tarik tangan kau untuk naik semula , berpimpim dengan kau ke syurga"

Adakah ada antara kita yang melakukan sedemikian terhadap sahabat – sahabatnya. insyaAllah ada iaitu ukhwah kerana Allah kerana ukhwah keranaNya sahaja yang mendorong kita untuk saling ingat-mengingatkan. Sahabat tidak akan biarkan sahabatnya itu terumbang – ambing dalam kegelapan. Seronokkan kalau macam tu.


KEM REMAJA SINERGI!!

 

Alhamdulillah program KRS ini baru sahaja selesai . Susah untuk melupakan wajah – wajah  fasilitator – fasilitator yang letih  tetapi tetap tersenyum .Wajah – wajah sahabat yang bertenaga walaupun seharian penat dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan . Kerjasama pasukan itu perlu ada dalam setiap kumpulan. Seronok kalau sama –sama bekerjasama  bergerak dalam satu pasukan .

AKTIVITI BEST


Antara aktiviti yang memberi kesan :  game yang dibuat semua best dan menarik. Selepas setiap aktiviti yang dilakukan ibrahnya akan dibincang bersama. Masing – masing dibenarkan untuk mengemukakan pendapat. Selepas lelah, zikir bersama – sama sebelum waktu maghrib sangat menenangkan selepas penat membuat aktiviti – aktiviti yang kadang – kadang kita terlalu berlebih – lebihan dalam berurusan. Sesi muhasabah juga  mencuci mata dan hati kami. Jangan  benarkan  air mata itu kering seperti keringnya hati kita lagi.

Qiamulail seronok   apabila masing – masing pasang  alarm untuk solat sunat tahajud. Alarm  hp yang pelbagai bunyi sudah cukup menggegarkan dorm tempat kami tidur . Dengan mata yang sepet dan suasana yang sejuk kami bangun dengan pantas  melintasi  sungai didepan dorm (ada jambatan) sebab nak main cop-cop  toilet awal – awal . Qoilullah pula kami dibenarkan tidur sekejap kerana perkara itu sunat untul dilakukan . Kami diberi masa selama setengah jam untuk tidur , sekejap je tak boleh lama – lama.

Pada waktu malam ke-2  ceramah doktor  yang saya ingin sentuh ialah ukhwah. beliau mengatakan bahawa kawan tu ramai sekali. Kawanlah dengan siapa-siapa sahaja tp sahabat itu adalah akhwat – akhwat kita . Bila difikirkan betul juga. Makna sahabat itu besar sekali kerana yang dikatakan sahabat itu adalah orang yang sering mengingatkan n menguatkan tatkala salah seorang itu lemah. Siapa lagi jika bukan mereka yang sentiasa disisi kita. Sentiasa ada untuk kita kerana jalinan ukhwah tertaut kerana cinta keranaNya.

Mendaki adalah aktiviti yang mencabar. Aktivti ini menjadi lebih menarik apabila  akak –akak fasi juga sudah sediakan game disetiap check point. Berjalan didalam hutan sambil mulut menghabiskan mutabaah dan melihat pokok-pokok yang tinggi dan menghijau buatkan badan tidak berasa lelah. Ukhwah juga terasa manisnya sepanjang perjalanan apabila masing-masing menghulurkan tangan untuk membantu sahabat-sahabat yang lain.

JADI??

Bagi mereka yang mempunyai masa lapang bolehlah sertai kem saperti ini. InsyaAllah amat bermanfaat untuk kalian yang mempunyai masa yang terluang.

YAMAMAH OH YAMAMAH!

Nama group saya. Mungkin paling pemalu dan pendiam. Cheers pun asyik tidak jadi. Tidak mengapa tempat bukan segala-galanya tetapi apa yang kita dapat sepanjang kem disana. Walaupun ramai diantara kita yang masih baru pada jalan ini belum bersedia untuk berkata-kata tidak seperti mereka yang petah berbicara. Semoga kita terus istiqomah pada jalan ini. Mutabaahnya dijaga sebagaimana kita mengamalkannya sepanjang disana meskipun disana adalah permulaannya. Al-Quran juga boleh bermula dengan 10 m/s sehari  dahulu. Qiamulail boleh target seperti 3 kali seminggu.  Kita mula sikit-sikit dahulu.  (harap-harap mereka baca) kalau macam malas-malas dengarlah lagu tema kita.

Takkan surut walau selangkah
Takkan berhenti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

p/s:  saya budak baru belajar menulis kalau salah tolong tunjukkan

4 teguran:

Tanpa Nama berkata...

wahhh..adik...truskan...truskan...truskan menulis...

adeq berkata...

alaaa baru nak jadi orang first ! huh.

adik menarik la.susunan kata yang tidak bersilang.hehe senang cer best la frasa2 semua.ringlas dan padat.tidak meleweh meanrik.hehe.
o.k dah kata2 semangat yang len akan disambung oleh org len.kunk x cukup kosa kata lak nak guna.hohoho.

waah besntya camping tu.kontek2 la dengan ahli grup yamaha tu.hehe.eh yamamah.kenak yamamah??

nhe kakak tulun ek?hehe.

adik berkata...

adeq; yamaha?hehe..stiap kumpln kne gne nme perangla..insyaAllah cbe untk cntact tp no fonnya xde.tga cari..

blajr bdasarkn pmerhatian,hehe..ya akak tulun..

dr.mujahidah ;knp tbe2 ni?xbw bincg pn..huhu

safirah berkata...

assalamualaikum, "mana tumpahnya lauk, kalau x ke nasi" ken? adik ada bakat mcm dr. mujahidah, boleh kembangkan lagi. seperti dalam qaedah sulbah- gunakan sebaiknya kekuatan yg ada untuk Islam... inshaAllah! adik boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...