Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

15 Jan 2011

puisi: Dialah murobbiyahku


Dialah murobbiyahku

Semua akhwat pasti ada murobbiyah. Mana mungkin proses tarbiyah berlangsung tanpa adanya murobbiyah. Murobbiyah kitalah yang menyentuh hati kita untuk dekat dengan islam dan untuk memikul beban dakwah ini. tak mungkin seorang murobbiyah itu sempurna. kelemahan murobbiyah kita adalah satu perkara yang memerlukan sikap berlapang dada. jadi, apapun, murobbiyah kita adalah terbaik !!!

kepada murobbiyah di seluruh medan, jagalah binaan kita sebaik mungkin. ikatlah hati seerat mungkin. terus ikhlas dan bersungguh-sungguhlah dalam mentarbiyah kerana kesungguhan dan keikhlasan anda akan membuat binaan anda semakin yakin dengan apa yang mereka tempuhi.

Dikala aku kekosongan jiwa,
Dia hadir tiba-tiba,
Mengikat hatiku dengan ukhwah yang indah,
Mengenalkanku pada tarbiyah,
Membawaku kepada Allah,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku leka dengan dunia,
Dia mengingatkan dengan akhirat,
Dikala auratku tak dijaga,
Dia menegurku dengan hikmah,
Membawaku jauh dari jahiliyyah,
Menuju cahaya islam,
menemukanku dengan diri ini yang sebenar,
Mengajarku tentang tujuan hidup,
Dialah murobbiyahku

Dikala aku masih belum faham dakwah,
Dia menerangkan dengan berperingkat dan berkala,
agar aku tak terkejut tiba-tiba,
Mengenalkan dengan mutabaah,
Membawaku ke program yang ada,
Bertemu dengan akhwat tercinta,
Dari situ aku kenal jemaah,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku tidak tahu mengurus semua,
Dia mengajar segalanya,
Memperbetulkan segala kesilapan yang bermaharajalela,
Membuat strategi medan yang sempurna,
Cara membuat dan mengurus program,
Menarik hati mad’u,
Membuat halaqah yang baik,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku down atau futur,
Imanku meningkat dengan pengisian ruhi yang diberi,
Tingkatkan semangat dakwah tanpa henti,
Melihat dia bersemangat mentarbiyahku,
Aku juga bersemangat mentarbiyah orang lain,
Akhlaknya seperti apa yang diperkatakan,
Malu aku berhadapan,
Dialah murobbiyahku.

Dialah murobbiyahku,
Tidak tahu bagaimana membalas segala pengorbanannya,
Segala jasa baiknya,
Kerana aku adalah aku sekarang hasil didikannya,
Itu semua dengan izin Allah,
Moga kita bersama menginjak ke syurga bersama-sama,
Amen..

p/s: jazakumullah khairan kathira kepada semua yang menjadi murobbiyahku di mana sahaja anda berada samada di Sabah, Johor, Terengganu dan Perak.

9 teguran:

.:: نورحبيب ::. berkata...

ana jgak syggggg semua murabbiyah ana!! jgak syg sama semua akhwat2 ana..(^^,)

Unknown berkata...

wah..nice entry..
terima kasih juga buat murobbiyahku..(dah lama xjumpa)...=(

Tanpa Nama berkata...

salam. good job! ana pon kadang2 terasa ngan murobiyah. tulah. sikit kesilapan dy, nampak aje. kebaikan dia mengajar n bsusah payah menangani masalah ana, jarang nk teringat. asif jiddan, murobiyahku. salam sayang dan rindu buat M yg kini berada di selangor, terengganu, kelantan,perak.

Tanpa Nama berkata...

jazakallahu khairan kathira juga kpd murobbi. ajaran antum akan ana manfaatkan.

Lily berkata...

subhanallah. may this open all mutarabbi's eyes out there esp me.hope you don't mind if I were to copy it to my blog

husniyah bazlaa berkata...

subahnallah.. jazakumullah juga buat m ana di n9, s'gor dan johor.. ana syg m ana.. juga akhwat fillah~

Tanpa Nama berkata...

teringat saat M dtg ke hq dgn penat br balik kerja. xsinggah ke rumah, tp terus ke hq dr tmpat keje. badannya masih nampak keletihan, belum mandi dan katanya kulit semakin hitam kerana kerja beliau sebagai pemandu lori mengangkat barang. namun kesungguhan beliau mentarbiyah dan mengambil tahu perihal dakwah medan, patut dicontohi. jzkk kpd M...

amanina baharuddin berkata...

salam. ye la. terharu bila ingat balik susah payah murobbiyah dalam memahamkan ank hq nya. sangat rindu pd beliau. kini di sabah. dan jua pada murobbiyah yang lain, jazakillahu khairan kathiro. moge kite semua terus ikhlas lillahita'ala. =D

adeq berkata...

T_T..

sekali kamu murobbiahku selamanya kamu murobbiahku..

selamat hari murobbiah untuk semua murobbiah sedunia !

ana syg semua murobbiah ana bermula di n9 , selangor dan seterusnya di KL.InshaAllah....

meski kita semua berlainan 'jalan' kamu di sana masih murobbiku dan kamu di situ masih murobbi ku , kamu di sinun juga murobbi ku.complete semua di jalan berbeza.termasuk mutarabbi juga sedang mengambil jalan yang berbeza.

mashaAllah seperti suatu keindahan pula.InshaAllah x akan melupakan , habis madu sepah dibuang JANGAN.

love u ols lah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...