Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

28 Jan 2011

Saya sudah besar


Oleh : adik

Sedar atau tidak, umur kita sudah semakin meningkat. Kadang –kadang seperti tidak perasan yang kita ini sudah besar . Baru sahaja menyambut hari lahir hari itu. Pantasnya masa berlalu. Bagai baru semalam rasanya kita semua duduk di meja dan kerusi sekolah. Khusyuk mendengar apa yang diajar oleh guru. Tidak kurang juga berangannya. Kadang – kadang gagal menyiapkan tugas yang guru beri akibat terlupa. Didenda berdiri atas kerusi, dirotan, dicubit. Memang sakit tapi apabila alam persekolahan sudah  ditinggalkan apa yang dirasakan hanya rindu pada suasana itu. Memang rindu. Rasa mahu kembali semula ke alam persekolahan.

Mari mujahadah !

 

Alhamdulillah hari ini kita masih lagi dapat merasai nikmat tarbiyah dalam hidup. Tarbiyah itu datang daripada pelbagai cabang. Antaranya daripada akhwat yang datang ke sekolah dan ahli keluarga sendiri. Tidak semua sekolah yang dapat keistimewaan seperti dapat berhalaqoh dengan akhwat sekalian.

Namun bersyukurlah kita yang dapat merasa nikmat tarbiyah melalui ahli keluarga kita yang diantaranya juga sudah ditarbiyah.

"WAHAI orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan 
dikawal oleh malaikat yang kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka 
kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka 
pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". (at-Tahrim: Ayat 28:6).
 
Tarbiyah itu merubah seseorang kepada keadaan yang lebih baik. Sudah tentu mereka yang sudah ada fitrah tarbiyah sebegini akan merasa tidak selesa dengan suasana yang dikelilingi dengan isu ber’couple’ , ikhtilat dan lain-lain yang bertentangan sekali dengan pendirian hidup dan ISLAM. Agak tersiksa juga apabila persekitaran tidak seperti yang kita mahukan!

Kerana Allah ada

Bagi mereka yang bersendiri memang sukar untuk bertindak seorang diri lebih-lebih lagi suasana sekolah yang terbiasa dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tindakan itu perlu  dan bukan hanya memandang remeh. Mengedarkan risalah bertepatan dengan situasi masalah sekolah tersebut adalah langkah yang sesuai bagi menegur keadaan seperti itu.

Cuba untuk rapat dengan semua orang meskipun tidak punya teman disisi. Masa yang sesuai itu harus dicari seperti situasi kawan yang sedang down merasa keseorangan. Walaupun apa yang selalu yang disampaikan itu mendapat tentangan dari pihak-pihak yang sukar menerima kebenaran. Kadang-kadang juga lidah menjadi kelu kerana soalan yang bertubi-tubi.

Mungkin masih belum kuat kerana kita baru sahaja dalam jalan ini. Lebih-lebih lagi seorang diri dan tidak punya halaqoh setiap hujung minggu. Situasi tersebut memang menguji iman sehingga kadang-kadang menangis dan terduduk seorang diri. Merasakan seperti mahu sahaja keluar dari sekolah. Mahu keluar dari medan yang menyesakkan ini. Tapi yakinlah pertolongan Allah itu dekat. Ingatlah ini baru sahaja pemulaan langkah kita.

"Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedang kamu belum diuji" (Al-ankabut:2)

Malu

  

Berubah ke arah lebih baik seperti menutup aurat dengan sempurna adalah satu yang agak mencabar. Perubahan diri dari hari ke hari untuk menjadi lebih baik menjadi perhatian insan disekeliling terutama kawan-kawan. Kadang-kadang malu akan menerpa hanya kerana pandangan manusia dan buat kita rasa tidak selesa. Pelikkah kita ikut apa yang agama sendiri syariatkan.

Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR. Muslim)

Apakah pandangan manusia yang kita cari? Redha Allah atau redha manusia. Istighfar dan ‘refresh’ niat balik pandangan Allah atau pandangan manusia yang kita mahu sebenarnya? Tepis segala fikiran yang melemahkan. Seharusnya kita yang mengawal keadaan, bukan keadaan yang mengawal kita.

Tingkah laku

Pakaian yang kita pakai melambangkan diri kita. Tingkah laku juga hendaklah dijaga untuk mengelakkan dari datangnya fitnah. Akhlak yang buruk yang ditunjukkan mengubah persepsi orang lain terhadap orang yang nampak sopan dan bertudung labuh. Kita disini bukan hanya mahu dikatakan baik sebab luarannya sebegitu tetapi baik dari segi dalamannya juga. Makanya dalam menyeru kearah kebaikan akhlak juga mesti ‘mantop’ kerana itu adalah salah satu agen untuk menarik orang kepada kebaikan.

Sokongan perlu ada

Sokongan daripada ahli-ahli keluarga yang sudah ditarbiyah amatlah diperlukan setiap masa sehingga hati-hati ini yakin bahawa usaha mereka itu bukanlah sia-sia meskipun pahit yang dirasa. Kebersamaan harus ada supaya mereka juga tidak merasa keseorangan. Membuat halaqah setiap kali balik ke rumah untuk sama-sama berkongsi rasa.

Bukan mudah untuk menempuh hari-hari  yang sukar disekolah bersama teman-teman dan guru-guru disekolah yang masih belum mengerti. Bagi mereka yang sedang melalui keadaan tersebut bersabar sahajalah.

sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(al-Baqarah:153)

. .

p/s: temui adik di walimah ukhti dayah UTM pada ahad ini. jumpa di sana.

0 teguran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...