IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

2 Feb 2011

Duhai mutorobbiyahku, beritakan musykilahmu padaku!


khabarkan musykilahmu padaku, aku sedia bantu termampu !

Baru-baru ini, ada puisi saya nukilkan khas untuk murobbiyah. Seorang yang ditarbiyah, jika tiada murobbiyah, itu adalah sangat pelik. Bahkan, salah satu rukun tarbiyah itu sendiri adalah murobbiyah. Siapa yang mampu untuk mendapat tarbiyah tanpa murobbiyahnya? Mungkin, satu masa nanti kita akan futur kerana tiadanya murobbiyah.

Ada akhwat yang kadang-kadang terpaksa beberapa kali bertukar murobbiyah selama dia ditarbiyah. Ada juga akhwat yang terpaksa menerima seorang ikhwah sebagai murobbinya. Namun, itu bukan penghalang kita untuk merasa tsiqah kepada murobbiyah/murobbi kita. Bukan juga alasan untuk kita merasa kekok atau janggal dengan situasi baru itu. Namun, itu satu sesi pembelajaran sebenarnya. Kerana setiap murobbiyah/ murobbi berbeza karakter  dan cara dia berinteraksi. Itulah membolehkan kita sendiri belajar bagaimana untuk menjadi murobbiyah sukses.

Luahan murobbiyah

Seorang murobbiyah sebenarnya sangat prihatin akan masalah mutorobbiahnya meskipun pada pandangan mata kasarnya kita tidak nampak. Peranan murobbiyah bukan sahaja hanya menyampaikan ilmu dan kefahaman, namun lebih dari itu. Murobbiyah adalah ibarat ibu dan kakak kita.

Ramai lagi masih tidak faham sebenarnya apa seorang murobbiyah itu kehendaki. Seorang murobbiyah bukan sahaja menginginkan mutorobbiahnya sangat komited terhadap dakwah dan tarbiyah, tapi juga menghendaki mutorobbiahnya tsiqah padanya.

Tsiqah yang bermaksud percaya. Percaya dalam berkongsi masalah atau musykilah. Menjadikan murobbiyahnya tempat curhat. Menjadikan bahu murobbiyahnya sebagai tempat mengadu masalah dan tempat berkongsi rasa. Namun, itu sangatlah jarang kita temui sekarang! Seorang mutorobbiah lebih tsiqah pada orang lain melebihi murobbiyahnya.

Sampaikan musykilahmu

Sebenarnya dalam berkongsi musykilah, seorang mutorobbiah sepatutnya mengutamakan murobbiyahnya dari yang lain. Musykilah selalunya adalah satu masalah yang dihadapi oleh mutorobbiah. Jika mutorobbiah tidak sanggup untuk berkongsi musykilah, bagaimana untuk seorang murobbiah mengetahui apakah permasalahan mutorobbiahnya dan sejauh mana kefahaman mutorobbiahnya selama ditarbiyah. Adakah salah faham atau memang tidak faham langsung!

Saya bukan bermaksud menghalang akhwat dari berkongsi musykilah dengan akhwat lain. Tidak salah jika mahu berkongsi sesuatu dengan akhwat lain namun perlu di ingat bahawa musykilah itu sepatutnya sampai ke telinga murobbiyah kita dahulu.

kabarkan musykilah bukan sahaja semasa halaqah tapi juga di luar halaqah

Sesuatu yang tidak adil sebenarnya, apabila musykilah seorang mutorobbiah tidak sampai ke telinganya bahkan sampai kepada akhwat lain atau mungkin lebih teruk jika sampai kepada orang yang tidak pakar.

Bila kita menjadi murobbiah, kita juga tidak suka perkara ini berlaku. Adakah kita suka jika mutorobbiah kita melakukan hal yang sama? adakah kita suka jika mutorobbiyah kita mengkhabarkan musykilahnya pada akhwat yang mungkin dari management lain? jika mereka bisa membantu, tidak mengapa. bagaimana kalau mereka hanyalah semakin membawa masalah dan bahkan memburukkan management kita pula. Moga itu takkan berlaku!

Penghalangnya adalah ukhwah!

Kebanyakkan mutarrobbiyah tidak sedia untuk berkongsi musykillah dengan murobbiyah. Bukan kerana tidak tsiqah, tetapi kerana rasa kekok. Murobbiyah yang sukar untuk melapangkan tangan dan tidak bersedia untuk menadah telinga menjadi pendengar yang baik dan ukhwah yang hanya diwujudkan semasa halaqah sahaja. Sedangkan diluar halaqah tidak jauh hanya seperti kenalan biasa. 

Oleh itu, bagaimana mutarrobiyah boleh selesa untuk meluahkan apa yang yang dirasa dan berkongsi masalah. Semestinya orang yang ingin dikongsikan cerita dan masalah akan jatuh kepada orang yang benar-benar akrab dan selesa untuk dikongsikan. Siapa pula yang orang yang selesa untu dikongsikan pula? Iaitu orang yang sama rasa sama cinta dan sama memerlukan. Jika tiada kebersamaan dalam emosi dan rasa serta cinta maka amat sukar sekali untuk meluahkan apa yang terpendam di jiwa..

Ya, ukhwah itu penting. Tapi bukan hanya dengan kata-kata, bukan dengan manis lidah berkata, bukan dengan sentuhan mesra. Tapi ia terletak di hati kita. Ya, di hati…hati yang menyatukan hati-hati menjalinkan ukhwah sejati. Dari hati akan lahir dengan manis bicara, sentuhan mesra, mencetus kebersamaan emosi dan secara tidak langsung mudah untuk berkongsi suka duka dan meluahkan rasa.

Penutup: salah siapa?

kita perlu sama-sama perbaiki apa yang kurang

Ukhti, jangan sesekali menyalalahkan murabbiyah atas kekurangan itu. Kerana mereka juga masih belajar. Bukan mudah untuk menjadi murobbiyah kerana ia memerlukan pengorbanan ibarat ibu yang selalu berkorban untuk anaknya. 

Sedarlah mutarobbiyah, murobbiyahmu sedang mencuba menjadi yang terbaik untuk mu. Bagi yang bergelar mutarobbiyah pula, kamu boleh mengubah dirimu untuk positif berfikir dan sentiasa berbaik sangka. Jangan kerana kelemahan murobbiyah mu, menjadikan dikau beralasan untuk berdakwah dan berhalaqah. Pesan pada diri, kita tidak boleh mengubah orang lain kerana itu urusan Allah.

Tapi khabarkan pada diri, kita yang harus berubah agar perjalanan dakwah lebih lancar, halaqah lebih ceria dan diri bertambah semangat dan dekat dengan Allah.

p/s: duhai akhwatku, saya sedia meminjamkan bahu saya untukmu.

12 teguran:

analytical_blue berkata...

Salam.

^_^ (senyum seribu makna). Huhuhu..

Anyway, moga sentiasa diredhai Allah ukhti.
Uhibbuki fillah.

kak ain berkata...

wahai murobiah, jangan salahkan mutarabbiyah mu curhat pada orang lain jika kalian tidak mampu berperanan sebagai ibu, kakak dan sahabat baik.. bahkan jangan salahkan orang lain jika mutarobbiahmu curhat kepada mereka.. tapi salahkan dirimu!

adik berkata...

nk pinjam bahu

DNA mai'Esyati berkata...

Salam..

ana mengakui kata ukhti.ana mempunyai halaqoh(br dibina thn lalu) tp sungguh sukar tuk ana meluahkn mslh bersma mrka.kekuatan antra hati2 itu tdk terasa.Jika mmpnyai musykilah,ana akn pergi mcri org len yg lbh ana prcya.Bukan ana x prcya sm mrka ttpi kekuatan hati antra kmi smua xdpt ana rsakan.sblm ini,ana da halaqah jg sblm memasuki U but ana ttp merasakn prkra yg sma.Kdg2 ana cemburu melihat kekuatan antara anak2 halaqah sahabat ana.Smpi skrg,ana berdoa akan menemui halaqah yg benar2 menguatkan n meneguhkan hati ana brsma mereka.insyaAllah..

adeq berkata...

murobbiahku..aku kan cuba mengenalimu dan cuba berkongsi rasa dan hati pdamu.
kerana aku cinta halaqah ini aku cinta tarbiah ini dan akanku pastikan hubungan2 kita kukuh bersama cintaNya.
mutarabbiku,khabarkan padaku jika kamu mampu.adakah kerana aku terlalu keibuan lantas hal2 yang melibatkan jiwa anak remaja kau khabarkan pada mereka yang lain?
- bukan ana di atas - hehe.

mushah berkata...

=)

dr. mujahidah berkata...

analytical blue : ana juga senyum seribu makna
kak ain : yela, murobbiyah pon salah jugak
adik: amek la bahu akak
DNA Maiesyati: teruskan sama2 perbaiki diri
adeq : bukankah kata2 itu lahir dari diri sendiri, masakan dari hati orang lain. hehe
mushah: smile

Iffah Nabiha Ahmad Jailani berkata...

Alhamdulillah ukhti

Moga istiqamah.

Berada di perantauan, saya suka cara mereka mendidik anak-anak murid mereka. Saya sedih kerana apa yang dapat saya lakukan hanyalah berbicara sendiri mengimpikan Malaysia mengamalkan yang serupa.

Kerana hakikatnya umat Islam kinikurang ilmu di minda dan kurang hidayah di hati, kurang juga akhlak pada peribadi.

Ukhti, bersama kita tegakkan islam semula ya?

ukhti analytical berkata...

menangislah di bahuku(tajuk lagu)....nak menangis di bahumu...

ekada_ika berkata...

xnk pinjam bahu tp nak tumpang bahu tu...

Akhi Syaiful berkata...

itu harapan kita

dr. mujahidah berkata...

ukhti iffah : ya, insyaAllah kita sama2 tegakkan islam
ukhti analytical: lagu firdaus- menangislah di bahuku.. ana suka
ekada ika- pinjam bahu pun ana sanggup.. apatah lagi tumpang bahu. hehe
akhi syaiful:jzkk atas menjadi komentar setia setiap kali posting. memang itu harapan.. moga realiti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...