IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

12 Sep 2009

.: bila Quran tiada di sisi

alhamdulillah.. ALLAH masih lagi memberi nikmat tarbiyah padaku. nikmat y sangat berharga. menjadikan kita semua berusaha untuk menjadi lebih baik dan terbaik. Generasi y terbaik, umat y terbaik. " Khaira Ummah" . Kerana apa? kerana kita mengajak ke arah y makruf dan mencegah y munkar. Subhanallah.. besarnya penghargaan y Allah bagi. Tingginya label y Allah bagi utk para dai' ini. Jadi, apa tunggu lagi? jom rebut title, label dan pangkat ini secara percuma.
' kamu umat islam y adalah umat y terbaik y dilahirkan utk manusia kerana kamu menyuruh berbuat y makruf dan mencegah y munkar dan beriman kepada Allah....' ( ali imran 3:110)
selepas solat subuh bergegas menghantar seorang akhwat balik ke biliknya untuk mengambil nota. disebabkan bergegas saya terlupa untuk membawa Quran terjemahan. entah kerana menganggap bahawa masa untuk mengambil nota adalah sekejap, saya tidak bawa Quran terjemahan kerana yakin hanya beberapa minit sahaja. tapi.. rupanya hampir 20minit saya menunggu akhwat ini mengambil nota dan jikalau dikira 20 minit itu saya mampu utk habiskan separuh juz. Astaghfirullah.. geramnya saya. apa y saya nak tekankan di sini, ibrahnya.. jangan pernah tinggalkan Quran. Quran adalah sepatutnya benda y paling penting untuk kita bawa ke mana sahaja kita pergi. Quran sepatutnya sentiasa di sisi kita. kadang2 kita terlepas pandang dan mengutamakan benda lain dari Quran. of course la ic, lesen memandu, kad bank dan duit kita perlu bawa. itu adalah benda y kita takkan lupa kan? tapi kadang2 kita lupa untuk membawa Quran y merupakan perkara penting iaitu lebih penting dari segalanya. kenapa perlu bawa Quran terjemahan? # mencari keredhaan Allah # untuk terapkan diri dalam mengingatinya #untuk dapatkan pahala berlipat kali ganda sebagai rujukan ilmu y utama # menjadi penenang hati ketika resah # menghabiskan mutabaah # supaya kurang bercakap # untuk elak buat perkara tak berfaedah ( eg. sembang kosong, lawak , bergelak ketawa etc) # untuk elak daripada baca majalah mangga, starz, utopia, komik , gempak dan majalah y lagha # untuk apa lagi ek? ( tambah sendiri) jadi akhwat fillah, lihatlah betapa pentingnya Quran dalam diri dan kehidupan kita. dan insyaAllah tarbiyah mengajar kita untuk menjadikan Quran sentiasa dalam hati kita dan tak segan silu untuk membacanya di tempat tertutup mahupun di tempat umum. di dalam bas, di stesen bas, di kuliah an even di atas motosikal @ kereta. inilah y kita nak bina iaitu Generasi al quran y sentiasa membaca al quran di mana sahaja semata2 mencari keredhaanNya. jadilah generasi rabbani iaitu mereka y mengajar dan belajar al-quran.
' tidak mungkin bagi seorang y telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia " jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah tapi dia berkata " jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kamu mempelajarinya!" ' ( ali imran 3:79)
inilah quran terjemahanku y sudah lama di mamah usia..
p/s : banyak kali terfikir untuk membeli quran terjemahan y baru tapi siapa y nak baca quran terjemahanku y sudah lama?

5 teguran:

Tanpa Nama berkata...

adikku sayang...syukur kepada Allah yang memberikan kepada kita nikmat dengan kenikmatan membaca alquran. lebih-lebih lagi dengan nikmat tadabbur yang memantapkan dan meningkatkan lagi ilmu, iman dan takwa kita kepadaNya. doa moga Allah mengekalkan nikmat ini buat selama-lamanya. moga kita bertambah cemerlang menerusi iktibar alquran ini...mengambil keteladanan untuk lebih cemerlang dalam bidang ilmu yang dipelajari. ya Allah, jadikan adik yang ku sayang ini seorang doktor
muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat. sebahagian lirik lagu menuju wawasan:

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik
Dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh?
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

p/s: belajar sungguh-sungguh ya...berusahalah!

umatMuhammad berkata...

Assalamualaikum ya ukhti,

betul apa yg enti 2lis..
ana pun pernah jgk berada dlm situsasi enti 2..menunggu seseorg terlalu lama, tp boleh je masa menunggu 2 diisi dgn membaca Al-Quran

membaca Al-Quran boleh dimana-mana shj kan, tp kadang2 ana rasa mcm riak sket..dia bkn bangga diri tau tp mcm sumetin yg x baik..ana rasa mcm bagus bila org perhatikan kita buat baik..

shbt ana prnh ckp, kalau kita tinggl ibadah kerna manusia, itu dikira riak. btul ukhti?

mujahidah88 berkata...

buat akakku sayang, adikmu cuba utk menjadi cemerlang dengan al-quran. adikmu juga tak tahu adakah doktor adalah kerrjaya terbaik. tapi adikmu cuba utk berusaha ke arah itu.
buat sahabatku, umatmuhammad, riak itu adalah masalah diri. cuba istighfar bile ada perasaan cmtu. dan amalkan sikap takut dan harap bile berdepan dgn perkara ini.takut Allah tak terima amalan kita dan harap Allah menerima amalan kita.

Tanpa Nama berkata...

adikku sayang...lihatlah doktor itu sebagai ilmu. pasti kamu akan melihatnya sebagai antara yang terbaik buat dirimu. moga kamu tabah dan kuat meneruskan perjuangan yang telah sekian lama dicita-citakan menggalas harapan orang tersayang...
begitulah juga kita dalam menempuh ranjau sepanjang jalan mencari cinta Allah yang lebih hakiki tanpa kenal erti jemu dan putus asa. ya...moga kita sama-sama cemerlang dengan al-quran pencetus ilmu menerusi iqra' yang bermaksud 'bacalah'... darinya membawa maksud tersurat dan tersirat yang sebegitu luas. ambil kesempatan bidang ini untuk meneroka ilmu Allah. moga menjadi jabir, hunayn, thabit, abu yusof, ibnu sina, al-Razi, ishak, ibnu Zuhr, ibnu rusyd dan ibnu quff...mengangkat
dan memartabatkan kembali perubatan islam...insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

jazakillahukhoiron... masukan yg sgt bermanfaat... sedikit sebanyak menyumbang semangat pd diri ini untuk lebih berdamping dgn alQuran.. doakan ana moga diberi kekuatan untuk menjadi hambaNya yg lebih baik daripada sebelumnya... amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...