alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana mengeyangkan ku hari ini meskipun semua cafe tak bukak. cukuplah roti sebungkus sebagai pengalas perut. Alhamdulillah.. dengan nikmat kenyang ini. Subhanallah... Maha Suci Allah..
Incident y berlaku baru2 ini adalah, saya mengalami accident depan jalan besar USM. agak terkejut juga. rasa macam tak nak bawak motor selepas ini. trauma.. takut...meskipun doa menaiki kenderaan mengiringi, saya tetap accident. kenapa ya? apakah rahsia doa y saya tak tahu.
kondisi DOA sangat menakjubkan. Doa itu senjata. kalau askar Israel mnggunakan kereta kebal, M16 atau apa2 senjata canggih beserta pesawatnya sebagai senjata untuk membunuh umat islam y tak bersalah, membunuh kanak2 dan wanita yang lemah ( ya Allah, selamatkanlah umat islam, para pejuang di palestin, dan pejuang2 islam di semua tempat dan masa). tapi... bagi kita, umat islam y punya Allah, sepatutnya mengetahui bahawa senjata y paling berharga dan paling mujarab adalah D O A.
sebagaimana sabda Rasulullah,
" mahukah aku memeberitahu padamu satu senjata y dapat melindungimu dari kejahatan musuh dan rezeki y bertambah?"
sahabat menjawab. " sudah tentu ya Rasulullah"
" serulah Tuhanmu siang dan malam kerana doa itu senjata orang beriman"
subhanallah.. lihatlah.. dengan doa sahaja segalanya mampu berubah.
kita lihat contoh. dalam exam sendiri. kita memohon doa kepada Allah, mintak diluluskan dalam exam ( lulus dah dikira bagus), tapi bila Allah tak meluluskan kita, kita berasa sangat frust. menyalahkan Allah? ( harap anda bukan begitu). mungkin dengan kejayaan, Allah melihat ia dapat melalaikan kita dariNya dan memalingkan kita dariNya. maka Allah memberi kegagalan sebagai solusi dari masalah ini. syukur.. kita semakin dekat denganNya. kita semakin bermohon bersungguh kepadaNya. kita semakin dekat denganNya. itu kan labih baik.
mahu tahu rahsia dalam doa:?
' Allah mengabulkan doa berdasarkan apa y difikirkan orang itu. tapi cara y terbaik , Allah dengar doa itu. jika allah tak melihat kebaikan dalam doa itu, Dia memberi y terbaik bagi orang itu'
sesetngah kita percaya, bila doa tak makbul, mereka ingat Allah tak mendengar doa mereka. itu adalah kepercayaan orang bodoh dan sesat. hei kawan.. mestilah Allah dengar doa kita, sebab Allah itu dekat.
firman Allah,
' dan apabila hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan doa orang y berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolah kebenaran.' ( al baqarah, 2: 286)
ukhti fi;llah,
doa itu saat-saat kedekatan seseorang kepada Allah sangat dekat dan dapat dirasakan.
cuba kita bayangkan diri kita sewaktu di ambang ketakutan, kapal terbang y kita dinaiki ke indonesia, atau ke sabah sarawak ( insyaAllah, akan datang, aku nak terbang ke indonesia atau ke sabah atau ke sarawak, bestnya..), sedang berada dlam keadaan y mencemaskan. sayap kapal terbang patah dan tak dapat dikawal. kapal terbang menjunam ke bawah dan apa y kita buat di dalam kapal terbang?
semestinya berdoa dengan penuh khusyuk dan harap. di sertai dengan linangan air mata dna sungguh2 mintak pada Allah supaya diselamatkan ( kerana amal tak cukup lagi untuk menghadap Allah sebab sibuk study kononnya)
pernahkkah kita merasa nikmat berdoa sebegitu. sudah tentu tidak. kerana keadaan kita terlampau selesa. apatah lagi naik kapal terbang pun belum pernah. negara kita pun aman tak de peperangan. tapi bagi mereka y pernah merasakan berdoa sepertimana di atas, alhamdulillah. praktikkan dalam setiap kita berdoa. berdoa dengan sungguh2. kerana Allah sahaja y mampu tolong kita. kita hanya memerlukan Dia. kita terdesak. kita hanya perlukan bantuan dari Dia. tak de siapa y dapat tolong kita. siapa y mampu tolong?
mak? abah? kawan? kakak? abang? adik? anak saudara? kakak ipar? lecturer?
argh.. semua tak mampu tolong kita. Allah.. Allah sahaja.
" dan TuhanMu berfirman, " berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu"
( al mukmin, 40:60)
syukur.. ku mengerti hikmah di sebalik accident. motor ku dapat di repair sepenuhnya dan sebagai kifarah dosa.
p/s : ukhtiku, jangan lupa baca doa sewaktu naik kereta atau motor. moga Allah beri y terbaik utk skuad bola kelantan. ( meskipun pelajar usm, lecturer dan staf tak bermain bola)
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
.
SELAMAT DATANG
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )
6 Nov 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 teguran:
Catat Ulasan