IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

26 Okt 2009

.: istilkharah

alhamdulillah.. segala puji bagi Allah y menguasai sekalian alam. Moga kita sentiasa di bawah lindungan rahmatnya.. berusaha mencari keredhaanNya. Buat mak abah dan family di johor, moga Allah berkati segala usaha kalian. saya pening. saya pusing. saya bingung. mana satu saya perlu pilih? apa, siapa dan kenapa saya perlu pilih. seorang akhwat memberitahuku bahawa istikharah sahaja jalan penyelesaiannya. ini bukan soal main2. saya cuba menyelak hadith berkenaan dengan istikharah di riyadus shalihin karangan imam nawawi. di bab 97, hadith ke 715. Dari Jabir r.a katanya RAsulullah saw mengajarkan kpd kita cara melakukan solat istikharah yakni memohon pilihan kepada Allah mana y terbaik antara dua perkara atau beberapa perkara, dalam segala macam urusan, sebagaimana beliau saw mengajarkan surah dari al-quran. beliau bersabda : "jikalau seorang dari engkau semua berkehendaki pada sesuatu perkara, maka hendaklah bersembahyang dua rakaat y tak termasuk solat fardhu. kemudian ucapkanlah y ertinya ' ya Allah, saya mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu dan saya mohon ditakdirkan untuk mendapatkan y terbaik antara dua atau beberapa perkara dengan kekuasaanMu. juga saya memohon kepadaMu akan keutamaanMu y agung, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa sedang saya tidak kuasa apa2. juga Engkau adalah Maha mengetahui sedang saya tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha mengetahui segala sesuatu y ghaib. " Ya Allah, jikalau Engkau mengetahu bahawa perkara ini memang baik untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku atau beliau saw bersabda ; baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah mendapatkannya padaku, selanjutnya berilah keberkahan padaku dalam urusan itu. tapi jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara itu adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkara ku ; atau beliau saw bersabda : baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hati, maka hindarkanlah itu daridiriku dan hindarkanlah aku darinya, lalu takdirkanlah mana mana y baik untukku di mana saja kebaikan itu dan seterunya berikanlah keredhaan padaku dengan melakukan y baik tadi " beliau bersabda : " dan orang y melakukan istikharah itu supaya menyebutkan apa y hajat keperluannya " ( HR Bukhari ) jadi akhwat fillah, dalam memilih sesuatu samada memilih madu', memilih bakal suami ataupun memilih apa sahaja benda sekalipun, saya menggalakkan anda istikharah dahulu. mohonlah petunjuk dari Allah. agar keputusan y dilakukan mendapat kebaikan. dan insyaAllah, supaya tidak menyesal di kemudian hari. moga2 apa y saya putuskan dan saya pilih ini tidaklah tersalah. saya yakin ini y terbaik buat masa ini. jikalau di duga dengan segala macam ujian pun, saya pasrah. Doakan saya kawan2, sahabat.. doakan saya akhwat sekalian. saya pasti ada hikmah disebalik semua ini. p/s : jangan bikin saya pening dan pusing lagi.

2 teguran:

~GaDis KaNcIL mErAH~ berkata...

salam.. nti.. moga Allah memberi petunjuk yg terbaik buat nti... sentiasalah redha dengan apa sahaja pilihan Allah kerana itulah yg terbaik utk kita.. ^_^

mujahidah88 berkata...

jazakillah khairan kathira ya ukhti gadis kancil merah. anti da berli kete kancil warna merah ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...