sambutan hari guru seringkali disambut setiap tahun. tarikhnya sama. 16 Mei. hari guru ini adalah hari yang paling menggermbirakan bagi semua guru. kerana menerima pelbagai hadiah dari anak murid dan pelajar-pelajar mereka. namun, sambutan hari guru yang tidak bertetapatan kadang-kadang membuatkan hari guru menjadi hari yang membosankan dan menjenuhkan.
trend masa kini
kenapa ya hari guru disambut dengan nyanyian dan hiburan-hiburan lagha?
kenapa ya hari guru disambut dengan sorakan riuh pelajar tanpa malu?
kenapa ya hari guru disambut dengan persembahan lakonan yang memperlekehkan guru-guru kita?
kenapa ya hari guru sahaja baru nak bagi hadiah?
kenapa ya hari guru tidak dihayati sepenuhnya?
kenapa ya?
adakah ini satu trend? atau adakah ini rancangan guru-guru yang mmemang hendak begitu sambutan hari guru berlansung?
menyambut hari guru sekadar menganggapnya sebagai kebiasaan. memberi hadiah untuk guru sekadar untuk sambutan. sekadar mengambil hati insan-insan yang mengajar kita setiap mata pelajaran. sekadar untuk mmenjadikan guru kita tersenyum kegembiraan.
" oh, inilah satu-satunya anak muridku yang memberi hadiah"
" cikgu, terima kasih kerana menyelesaikan masalah saya dan pakwe saya"
nasihat untuk guru
guru bukan pada sekadar nama. bukan hanya pada ijazah yang kamu dapat dari maktab atau universiti. jadilah guru yang betul-betul beragama. walaupun kalian bukan lah mengajar subjek pendidikan islam di sekolah.
apa yang dimaksud guru beragama? guru yang tidak menggalakkan anak muridnya bermaksiat. bercouple. yang mengiyakan haram dan mencegah yang halal. padahal anda guru. seorang yang dipercayai. tugas anda bukan hanya mengajar fakta. tapi anda perlu mendidik. mendidik anak murid dengan amal islami. menegenalkan mereka dengan tarbiyah. islam yang sebenar. meneylitkan unsur-unsur islami di dalam kelas. susah sangat ke?
bukan menjadi guru tapi bersikap jahiliyyah. melakukan perbuatan tidak senonoh pada annak murid. merosakkan masa depan pelajar. menggalakkan pelajar bercouple. mengajar perkara yang sia-sia dan tidak elok. hanya tahu berlumba-lumba memakai kereta mewah dan berbisnes sakan di bilik guru. dan menghalang akhwat ikhwah untuk mentrbiyah pelajar-pelajar di sekolah-sekolah dan matrikulasi tanpa alasan yang benar.padahal kami bukan mahu sesatkan pelajar.
Berilah peluang kami mentarbiyah pelajar anda
kami tahu kerjaya guru kadang-kadang penat. kadang-kadang letih. tidak mampu untuk menjaga semua pelajar. tidak mampu memantau semua. dan peranan kami, sebagai daie' adakah untuk meringankan beban guru. untuk memastikan islam tertanam dalam hati pelajar. untuk menjadikan pelajar mengenal islam yang sebenar. dan terpancar melalu akhlak. halangan anda membantutkan tugas daie'-daie' yang mengharap para pelapis meneruskan kerja dakwah.
Redha guru
Khalifah Harun al-Rasyid yang amat masyhur ketika datang ke Mekah untuk menunaikan haji maka baginda tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Madinah. Setelah tiba di Madinah baginda ingin bertemu dengan imam Malik untuk belajar secara langsung daripada beliau berkenaan kitabnya yang paling masyhur iaitu Muwatta’. Ketika pesuruh khalifah datang menemui imam Malik untuk menyampaikan hajat khalifah lalu beliau dengan tegas menjawab : “ Sampaikan kepada khalifah bahawa ilmu itu didatangi bukannya ia yang mendatangi seseorang”. Akhirnya khalifah datang sendiri berkunjung ke rumah imam Malik untuk belajar. Semasa berada di rumah imam Malik lalu disampaikan maksud kedatangannya itu iaitu untuk belajar kitab Muwatta’. Ketika mahu belajar maka didapati hanya satu kerusi sahaja yang ada di ruangan tempat belajar lalu imam Malik dengan tegas menyatakan :” Kerusi itu untuk guru dan jika engkau datang untuk belajar maka duduklah bersama dengan murid yang lain”. Maka dengan hati terbuka khalifah pun duduk bersama dengan murid imam Malik yang lain untuk belajar kitab Muwatta’.Jika rasa rendah diri dan menghormati guru tidak ada maka sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid tidak mampu menimba ilmu pengetahuan daripada imam Malik.Baginda telah membuang rasa megah dengan kedudukan sebagai khalifah dengan duduk bersama murid imam Malik yang lain untuk sama-sama belajar. Inilah sikap yang mesti ada pada setiap diri pelajar agar mereka benar-benar belajar dengan baik disamping mendapat keberkatan hasil keredhaan guru.
penutup
dia tetap guru anda. dia yang mengajar anda. janganlah pernah membenci. jika kita hormati dia, makan dia akan hormati kita. berlapang dada jika guru pernah berbuat sesuatu pada anda. menyakiti, memarahi, merotan atau membaling anda dengan duster kapur ( huhu.. ana pernah kena). janganlah langsung ada perasaan dendam. jadi, berbuat baiklah pada guru kita sejauh mana garangnya dia, dia hanya mahu anda berjaya. dia bangga dengan kejayaan anda. dia tetap guru anda. guru saya. guru kita.
p/s : kepada cikgu tabika kemas, KAFA, Sek.Agama Semencu, SKFS, SMSAH, KMJ dan USMKK, selamat hari guru.
~ artikel 16mei, pintaan dari ADIK~
~ artikel 16mei, pintaan dari ADIK~
12 teguran:
Assalamualaikum..smentara nk bkak wat ltihan bkak bl0g k.yu pahtu ad post bru pla.ingtkn bz ya amat nk exam.iza bg idea je cz k.yu xde citer.wokey papepn bgusla.bkn k.hana kate k.yu demam ke?? demam kura2 eh.ok sume org nk exam g stdy........(da komen dah)suke la tu;.hohoho
MENULIS BUKAN KERNA KOMEN.. ;)
paksa mengomen kah..la la la ...saya pon dah komen..
senyum3..
terimakasih buat semua murobbiah ku sama ada secara langsung mahupun tidak langsung..-habis madu sepah dibuang JANGAN-
juga kepada semua akhwat fillah merangkap sahabat seperjuangan..
"Aku bukanlah orang yang sempurna tetapi yang menyempurnakan aku adalah mereka yang di sekeliling" - HP !
siapakah adeq?
adeq adalah seoarng akhwat,,;p.. akhwat cintan
oo..yeke .hehe..ok ^_^
Diantara blog yang boleh dimenfaat. Tahniah team blog ini. Harap banyak menulis yang memotivate manusia .. .
Insyaalah
apa cintan2..kadang2 perlu juga..InshaAllah untuk tautan hati bersama mad'u2 baru kan...
-dasar dakwah kita adalah persaudaraan dan kasih sayang- HAB..
ke kamu sudah jatuh hati?la la la..
baik adik,, HP!
adeq la..hehe..eh3..HP? Ada ahli perwakilan baru nampaknya..hehe......
salam...
bagus entry yg mantap.membuka minda.
kadang2 jadik sedih bila guru sekolah agama sebok menyuruh pelajar memakai stokin,tutup aurat,bila diajukan pd mereka hal yg sama dikatakan "itu peraturan sekolah",awak sbg pelajar kene patuh peraturan.bukankah menutup aurat tu peraturan Allah.bila guru agama sendiri kurang 'beragama' begitulah jadiknya.belum masuk psl tabaruj lagi.hmm...mcm2.
wallahualam...
tahu, amal, paham.. insyaAllah, masalah sebegitu takkan berulang kalau masing2 mengamalkan konsep amal..
teringat lagu,
AL AMAL, AL AMAL, AL AMALulillah..
Catat Ulasan