Dalam hadis diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut
oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Suruhlah kamu kepada yang baik dan
cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi
tidak diperkenankan kepada kamu.”
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat
perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak
mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan
dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”
p/s : kalau
patient paralyse mungkin boleh diterima, tapi aku? paralyse saat-saat genting!
Saat-saat tertentu!
Ya Allah,
Kenapa lidah
ini kelu?
Hanya saat
apabila kemungkaran di depan mata,
Hanya saat
kejahatan bermaharajalela,
Hanya saat
maksiat berleluasa.
Ya Allah,
Kenapa aku
begitu takut untuk mencegahnya?
Adakah kerana
aku takut pada manusia?
Adakah kerana
aku terlalu menjaga perasaan mereka?
Adakah kerana
aku ini lemah imannya?
Adakah kerana
aku ini menyokong mereka?
Ya Allah,
Kenapa aku
selama ini berdiam diri?
Tidak mampu
menegur apabila salah,
Tidak mampu
berkata-kata dengan hikmah,
Tidak mampu
melupuskan jurang ukhwah,
Tidak mampu
menerangkan tentang islam agama syumul dan mudah.
Ya Allah,
Mereka
rakanku,
Mereka
saudaraku,
Kami selalu
bersua tak kira waktu,
Kami bekerja
demi bangsa, negara dan agamaMu,
Namun kami
punya fikrah islami yang berlainan liku.
Ya Allah,
Ku tahu
murkaMu,
Ku tahu
azabMu,
Ku tahu
syurgaMu,
Ku tahu
nerakaMU,
Ku tahu semua
itu,
Tahu tidak
cukup begitu,
Tapi amal juga
perlu.
Ampunkan kami
Ya Allah.
~alone, meja study,
mendung, dingin kipas berpusing laju, 1pm 10mei2010 ~
2 teguran:
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
ok. tq
Catat Ulasan