Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

9 Mei 2010

perjalanan hidup kita

perjalanan kita bukan setakat sini sahaja. ia sangat jauh. beribu batu. berjuta masa. kerana kita pengembara. pengembara di dunia nyata.

sesungguhnya kita sangat rindukan kampung halaman. rindu bertemu ibu, bapa dan keluarga. rindu di rumah yang selesa. rumah yang ada tv, astro, kereta, motor, kucing kesayangan, katil empuk, duit di bank dan segala-galanya.rumahku syurgaku. rindu juga suami yang soleh. mungkin....

rindu yang sepatutnya

begitulah sepatutnya kita rindukan akhirat.bahkan lebih lagi yang teramat rindu kita. rindukan syurga. rindukan Pencipta. Rindu bertemu Allah yang maha esa. dan peluang ini hanya untuk mereka yang berusaha. yang hanya membuat amalan yang disukaiNya. dan bagi mereka yang menerima kitab illiyyin. tahukah anda apa kitab illiyin?

Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang berbakti itu (tersimpan) dalam Illiyyin.Tahukah kamu apakah Illiyyin itu? (Yaitu) kitab yang bertulis. Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah).
( surah al mutaffifin ( 83): 18-21)
* sila rujuk tafsir al azhar, ibn kathir dan fil zilalil quran untuk yang lebih jelas*

adakah kita pernah bercita-cita rindu untuk bertemu Allah? rindu bangat sama Allah. rindu bangat kekasih hati. subhanallah, barangkali kita tak pernah terfikir begitu. betapa dahsyatnya hidup kita dalam memahami konsep ikhlas. nampaknya pencapaian konsep ikhlas kita masih mentah. berbuat sesuatu kerana pahala dosa dan neraka syurga. padahal capaian ikhlas paling tinggi adalah berbuat sesuatu kerana Allah semata. kerana rasa cintanya kita pada Dia.

kemana arah tuju kita selepas ini?

semalam, semasa halaqah. kami ada berbincang mengenai alam barzakh. apabila teringat sahaja alam barzakh. tak dapat bayangkan bagaimana keadaan kita semua pada masa itu. sayu dan syahdu masing-masing. bagai nak luruh jantung apabila disebut kematian. tapi persediaanya? kita lansung tak ambil kisah. amal ibadah dipandang remeh. apatah lagi mutabaah semakin menurun. iman terumbang ambing. diri semakin lalai. usia tarbiyah betul-betul tak menjamin kedudukan kita di akhirat nanti. samada syurga atau neraka. ampuni kami ya Allah.

kita akan melalui alam kubur. dan setelah itu apabila kiamat hampir, tiupan sangkakala akan berlaku. seterusnya kita akan dihidupkan semula. dikumpulkan di padang mahsyar. bayangkan 50,000 tahun kita dikumpulkan. rasa tak tertanggung untuk kita menunggu. 

orang mukmin akan dapat syafaat dan orang kafir akan terus kepada penyerahan kitab. kitab kita dapat samada mungkin kitab sijjin atau kitab illiyyin. dan seterusnya kita akan dihisab dan ditimbang amalan di neraca al -mizan. bagi orang mukmin mereka akan pergi ke telaga al-haudh. telaga di mana kita akan mengikut nabi kita masing-masing. dan nabi kita nabi MUhammad saw. sesi seterusnya orang mukmin akan di uji keimanan mereka. samada mukmin sejati atau munafik. kalau munafik terus aja masuk neraka sekali dengan orang kafir setelah mereka melalui titian sirat.

*segala hadith yang berkaitan boleh rujuk gambar. maaf atas gambar yang kurang jelas.

sekecil-kecil amalan dan kejahatan akan dibalas.

benarlah dalam surah al zalzalah (99) :7-8 :

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

orang mukmin yang berjaya melepasi titian sirat juga akan di tahan sebentar sebelum masuk syurga. mereka akan ditahan di al-qantharah iaitu tempat membalas hukuman. setiap kejahatan yang kita perbuat dibalas dengan adil meksipun kita berjaya melepasi titian sirat.

mahasuci Allah yang Maha Adil dalam membuat semua perancangan dan penghakiman. betullah. mahkamah Allah memang tersangat paling adil berbannding mahkamah dunia yang banyak konspirasi dan rasuahnya.

sedarlah

sedarlah ukhti. sahabat-sahabat. adik-adik. pakcik makcik. abang kakak.kepada semua non muslim...
mari kembali semula ke jalan yang benar. ke islam yang sebenar. mari kembali kepada agama yang syumul. lengkap dan benar. islam agama yang benar. berimanlah pada Allah. mohonlah hidayah dan petunjuk dariNya.
jangan kau pilih jalan yang salah. tiada satu benda atau pencipta lain selain Allah. berhala atau patung yang kamu sembah itu tidak mampu berbuat apa-apa. ia hanyalah ciptaan manusia. fikirlah dan lihatlah ke sekeliling kamu. alam yang sangat luas. langit yang tidak bertiang. bunga ros yang berwarna merah. siapakah yang ciptakan?
pasti ada kuasa besar yang mencipta segala semua ini. pasti ada penciptanya. bukan berhala.bukan patung. bukan tangkal. bukan tok bomoh. bukan itu semua. tapi ALLAH. Allah penciptaNya. mari semua beriman pada Allah. meyakini kewujudan Allah. 

p/s : dakwah di blog tidak mencukupi.sepatutnya dakwah di dalam dewan kuliah. tapi masih tiada kekuatan.

1 teguran:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...